Rabu, 21 Januari 2009

HTC-Touch-PDA Phone @ TV LCD



Waaa...aku ngah gila-gilakan PDA nih. Skang tgh berkira-kira juga nak beli phone nih tapi suami aku kate dari beli phone nih baik beli TV LCD. Lagi puas hati kata dia. Ble tengok ramai-ramai. Adeii...Apa plak pendapat korang? Phone kat atas nih ke atau LCD TV bawah nih...


Selasa, 20 Januari 2009

Pengalaman Melahirkan Amin

Masih teringat lagi aku detik-detik cemas tuh (eceh..buat suspen plak.hehe). Aku sudah mula rasa sakit perut dan pinggang yang amat sangat pada tengah malam 22hb Julai 2008. Memula tuh aku ingat sakit biasa jerk sebab siang harinya aku dok hentam makan berbiji-biji buah durian. Memang tak hingatnya. Durian plak tuh durian kampung. Lagila berselera aku..Akibat dah tak tahan sangat sakit, aku kejutkan suamiku a.k.a papa. Mengelabah gak la papa dibuatnya. Yelah, pengalaman pertama katakan. Nasib baik mak and bapak mentua aku ada kat rumah time tuh. Diorang la yang 'merelak'kan keadaan. Yang bestnya pak mentua aku bole buat lawak lagi time aku tengah kesakitan. Haru btui!!Hehehe...Ada baik gak, at least aku tak der la merasa panik.

Sampai kat Hospital Pusrawi, terus nurse bawak aku kat bilik bersalin and buat check up. Baru bukak 4cm..Kena tunggu sampai 9cm@10cm baru boleh beranak. Adei, lama lagi ke mau beranak. Dah laa tgh sakit, kena tunggu plak tuh..tungu punya tunggu punya tunggu sampai nak dkat 10jam juga aku dalam kesakitan, barulah bole beranak. Ada sampai satu tahap yang aku tak tahan, aku mintak nurse tuh guna epidural (sejenis injection supaya tak rasa sakit beranak).Tapi suami aku kata sabar laa..sikit ajer lagi tuh..Baby dah nak kuar tengok mama and papa..Mama push kuat-kuat ye. Ingat lagi kata-kata suamiku.Nasib aku ada suami yang sungguh 'supportive' time aku memerlukan ketika tuh. 'Thanks papa..kalo tak ada papa time tuh, tak taula mama nak hadapi sorang-sorang...Sayunk kat papa sesangat'.

Tepat 9.44 pagi, Amin selamat dilahirkan selepas banyak kali push akibat aku tak cukup tenaga nak push. Mungkin nih la akibat tak pegi kelas anatal..Pernafasan yang aku buat tak betul utk aku push baby time tuh.Yang peliknya, aku minum gk air selusoh yang mak angkat aku bagi kat aku. Tapi tak senang gak baby nak kuar. Takpela..janji Amin dilahirkan dengan selamat dan sempurna. Syukur, alhamdulillah. Time doktor Mashitah letakan Amin yang masih berdarah dan tak potong tali pusat kat dada aku, aku dapat rasakan kehangatan badan anak aku. Bahagia rasanya menjadi seorang ibu. Walaupun tadi aku menderita kesakitan, tapi selepas dapat memegang Amin, segala kesakitan tadi sudah tidak dirasakan lagi. Tambah pulak, Amin buka mata semasa aku memeluk dia. Macam dia pun tak sabar-sabar nak tengok mama dan papa nya. Lagi menambah riang dihati aku.

Lepas Amin dibersihkan, papa azankan Amin. Syahdu jer aku dengar..Besarnya kuasa Allah. Aku nampak papa pun menitiskan airmata..Aku pun tanya papa kenapa dia menangis. Papa jawap ' Papa bersyukur mama dan anak kita selamat. Terima kasih mama kerana melahirkan anak kita. Papa akan jaga mama dan anak kita baik-baik.' Tersentuh hati aku bila suami berkata begitu dan secara tak sengaja, aku pun bergenang juga...

Inilah serba sedikit pengalaman aku ketika melahirkan permata hatiku yang pertama, MUHAMMAD YUSHAIRIL AMIN...Korang pula macam mana?Lain orang, lain pengalamannya. Kongsila dengan aku kat 'komen' nanti.

Selamat Dilahirkan...

Alhamdulillah...

Pada tanggal 23hb Julai 2008 jam 9.44 pagi, aku selamat melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Muhammad Yushairil Amin b. Mohd Khairil Amri. Amboi, panjangnya nama anak aku. Tapi aku dan keluarga memanggil si kecil nih dengan gelaran Amin saja.

Aku dan suami mendapat ilham nama ni semasa berada di rumah Cheras. Memula kami dok gabung2kan nama kami berdua. Dapatlah nama YUSHAIRIL iaitu hasil gabungan nama aku dan suami. Nama last tuh yang tak dapat-dapat.Kejap Amil, kejap Akil, kejap Amril, kejap Irfan (sbb time tuh aku tgh gile tgk cite 'Soleha'). Buntu dibuatnya. Last-last, suami aku cakap Amin. Aku pun dok ulang-ulang sebut MUHAMMAD YUSHAIRIL AMIN, MUHAMMAD YUSHAIRIL AMIN. Sebutan pun cam lembut dan maksud dia pun KEBERKATAN. So aku setuju dengan suami aku. Kami berpendapat biarlah nama kami berdua mendapat keberkatan daripada Allah.

Nama aku dan suami = Yus + Khairil = Yushairil
Keberkatan = Amin

Nih foto Amin ketika baru dilahirkan

Amin umur 1 hari

Amin umur 2 hari

Amin umur 5 hari

Amacam? Comei tak anak gue?Kalo korang ada picture anak-anak korang send la kat aku. Nanti aku uploadkan kat dalam blog nih.;)