Rabu, 21 November 2012

Sejuk hati mama!



Seronok rasanya melihat anak-anak membesar di depan mata.
Setiap saat merupakan suatu benda yang tidak boleh dibeli dgn wang ringgit.
Setiap detik adalah suatu memori indah yang akan diingat sehingga ke akhir hayat.
Walau adakalanya penat tapi semuanya berbaloi.
Semoga anak-anak mama menjadi anak yang soleh dan solehah.

posted from Bloggeroid

Khamis, 12 Julai 2012

Berita Baik!

Calon berkelayakan Ijazah Sarjana Muda kini dibenarkan untuk memohon dan dilantik ke jawatan yang berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia. Ini bertujuan bagi membolehkan semua calon bersaing bagi memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik yang dimiliki calon. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan kaedah ini, semua calon boleh memohon mana-mana jawatan yang dimohon tersebut dua (2) peringkat lebih rendah daripada kelayakan akademik tertinggi yang dimiliki calon.


Justeru (Ceh..justeru!) bagi korang yang berkeinginan untuk berkhidmat di Kerajaan, dah boleh apply yak tanpa sekatan....Selamat mencuba!

Rabu, 16 Mei 2012

Happy Teacher's Day


Happy Teacher's Day!!
to my
ex teachers in Sekolah Agama Abu Bakar Al- Siddiq ( 1988 )
ex teachers in Pan & Judy Kindergarten, Bangsar ( 1989)
ex teachers in SR Bukit Pantai, Bangsar ( 1990 -1993 )
ex teachers in SRK Taman Sri Gombak, Selangor ( 1994 - 1996 )
ex teachers in SMK Hillcrest, Gombak ( 1997 - 2001 )
ex teachers in MRSM Balik Pulai, Penang ( only 6 month in 2000)
ex lectures in Multimedia University, Melaka & Cyberjaya ( 2002 - 2006 )

TQ so much for being a good teachers & lectures of mine




Rabu, 2 Mei 2012

Kerja kerajaan vs Kerja swasta

Mesti ada di antara korang yang tengah or masih memburu untuk kerja di kerajaan, bukan? Bila SPA bukak perjawatan especially PTD..wah bukan main semangat lagi untuk pergi exam..ada tuh yang 5x ambil exam, still tak lepas lepas. Tapi yang penting korang tak berputus asa. Cuba dan cuba lagi.

Betul! Kerja ngan government memang banyak benefit nya. Namun begitu, ada pro and cont nya. Kerja swasta pun mempunyai kelebihannya tersendiri. Antaranya:- 

Kerja Kerajaan
Kerja Swasta
Kebaikan
Kelemahan
Kebaikan
Kelemahan
·    Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
·    Kenaikan gaji setiap tahun
·    Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
·    Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
·    Caruman KWSP atau pencen
·    Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
·    Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
·    Kestabilan ekonomi sendiri
·    Potensi dibuang kerja amat tipis
·    Kerja yang lebih tenang dan selesa
·    Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
·    Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
·    Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
·    Gaji pokok yang kecil
·    Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
.    Posting jauh dari tempat tinggal

·    Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
·    Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
·    Gaji pokok yang tinggi
·    Berorientasikan keuntungan syarikat
·   Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
·    Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa  di mengikut kelayakan
·    Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
.    Ruang kerja yang kondusif
·    Potensi dibuang kerja tinggi
·    Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
·    Masa depan tidak terjamin
.    Boleh pilih kerja

* Di atas hanyalah bayangan kasar yang mungkin tidak terjadi lagi di mana-mana tempat. Peace!! 

Pada aku, kerja di mana-mana pun sama sahaja. Sekiranya korang talented dan commited dalam bekerja, letaklah di mana-mana pun korang boleh bekerja. Cuma....(berdasarkan pengalaman  aku)

Bagi aku, sesiapa yang pernah bekerja di swasta boleh bekerja di government tapi bagi sesiapa yang bekerja di government, amat payah dan sukar untuk bekerja di swasta. Kenapa? Soklan sensitip untuk aku hurai lebih-lebih. Lu pikirlah sendiri! 

p/s: Sesiapa yang dah bekerja di government sepatutnya bersyukur dan bekerja bersungguh-sungguh. Jangan kerana potensi dibuang kerja tipis, korang ble bersikap sambil lewa. Buatlah kerja yang telah diamanahkan sesuai dengan gred dan kenaikan gaji yang PM kita beri sekarang. 

Aku nak mintak maap sekiranya ada yang terasa. Bukan semua yang sebegitu tapi segelintir kumpulan yang sebegini telah merosakan imej government. Berubahlah untuk menjadi pekerja yang lebih baik. 

Sekian.

Khamis, 26 April 2012

Diet tapi Pucat

Tengah syok blog walking ( Al-Maklumlah...aku skang tengah tak berapa nak ada kerja atau ada kerja tapi buat-buat slow skit...macam kawan aku nan sorang tuh!), tetiba terkezut kerani Opis masuk bagai angin lintang menghempas badai. Haiyo...apala salahnya ketuk dulu kawan! Ingatkan kenapa la..Wupenya, dia tanya sama ada aku nak gi kursus ke tak nak...

Tengah aku dok pikir-pikir, skali dia kuar statement " Kenapa muka skang nih nampak pucat jer?". Okies!!Ini adalah orang ke-6 yang tegur muka aku skang pucat dan macam orang sakit. Walhal aku EVERYDAY MAKEUP!! Tensionnya!! 

Is it because Im avoiding rice this whole week? Or my lipstick not too bright enought? Haish...DIET, SALAH!! TAK DIET PUN SALAH!! I have another week to go for avoiding rice..lepas tuh dah boleh makan HANYA untuk LUNCH sahaja! Bersabau la yek!! 

Progress utk 1 week yang pertama nih....1 kg sudah reduce! Alhamdulillah...dari tak reduce langsung kan! 

And  beside than avoiding rice, I also take AyurSlim Capsules by Himalaya rite after I have my meal untuk pembuangan toksin a.k.a berak setiap hari. Sebelum nih, aku memang menghadapi sedikit masalah pembuangan sama ada 2 or 3 days sekali. Tuh yang badan makin membesar lelagi aku pulak dah jarang pakai foot detox akibat MALAS atau TERLUPA kan? Walhal ada jerk benda tu kat umah. Tak mahal pun capsule nih. Dalam RM30-RM45 (Ikut kedai and farmasi)sebotol. Bolehlah kalo korang nak cuba.

At least once a week ( bergantung pada kerajinan jugak) , aku akan turun naik tangga. Dia punye azab. Masya-allah. Kalah kepenatan pergi jogging for 1km. First time buat nih, frankly aku MUNTAH. Agaknya baru oksigen nak masuk kot dalam badan yang tepu lemak nih. But then, when you get used to it...korang cuma akan mengah mengikut level (ikut kemampuan masing-masing). Macam aku, aku akan start mengah bila dah level 7. Time tuh aku tanam semangat tak nak berhenti selagi belum sampai level 10. Sweat?? Usah cakapla. Memang menyimbah keluar. 

Keluar topic plak nih kan?? Camne nih...nak buat muka kembali berseri-seri?? Kena preggy balik lah camni sbb Papa kate Mama nampak berseri kalo Mama preggy....Apakah?? Aku dalam mission NAK KURUS nih! Okies...mungkin aku kena makan daging banyak untuk tambah darah..atau cari lipstick yang LONG LASTING untuk kekal anggun sepanjang hari...Apa kata anda?