Memaparkan catatan dengan label gadget. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gadget. Papar semua catatan

Selasa, 11 Januari 2011

Akhirnya...kini PASTI


Yeah, bebeh..semalam washer machine baru telah selamat sampai ke rumah..


Nih la rupanya washer machine baruku........

12.5kg LG washer machine

Setelah difikir-fikir, brand LG tetap menjadi pojaan hatiku. Yang previous punye pun boleh tahan sampai 9 years tanpa rosak. Jadi pada aku, brand nih memang memuaskan hati.

Oh, ingat tak sebelum nih aku kate washer machine yang lama rosak?Rupanya tidak ye kengkawan. Masalahnya cuma salur air jer yang bocor. So aku kena tipu ngan pomen. Nasib tak hantar kat diorang. Kalo tak, buta-buta jer rugi beratus.

Bila Papa plak dapat tau masalahnya..apa lagi...kuarla soklan cepumas. "Ha?Washer machine lama nak letak mana Mama?" Huhuhu.."Jual second or letak kat rumah sewa mak, ok tak papa?" Then, papa kate "Memana la Mama Oi!" Hehehe...malas la tuh nak layan kerenah aku. Apa-apa jerk la papa..

Nih antara key featuresnya:

  • Modern Stylish Design
  • Health Plus Filter
  • Deep Clean Waterfall
  • Express Wash 19"
  • Smart Cleaning

Yang paling aku pasal washer machine nih, dia ada smart cleaning, corak bunga2 kat badan dia dan juga anti-kedut ya puan-puan dan tuan-tuan..Hehehe

Sabtu, 8 Januari 2011

Basuh!Jangan tak basuh!!

Aku skang tengah survey washer machine baru bagi meng'upgrade' washer machine LG (6.5kg) yang aku pakai dari zaman aku anak dara dulu. Bayangkanlah dah 9 years aku pakai, washer machine nih tak rosak-rosak.

Then, suddently nak masuk jer tahun 2011 nih...tgh syok-syok basuh baju, tetiba bocor plak bahagian bawah machine. Habis dapor aku berair (skit jerk air tuh sebenarnya). Tapi menganggu gak la. Dari senang jadi susah plak nak kena letak kain basah kat bawah machine tuh setiap kali basuh.

Bila tanya pomen kalo repair machine nih berapa...pun dah makan beratus. Ada baiknya aku beli washer machine baru. Lagi pun ahli keluarga dah bertambah, jadi aku nak upgrade skit ke 10kg or 11 kg. Boleh basuh blanket skali. Tak yah hantar dobi lagi.

So, ini yang aku terpikir nak beli samada Toshiba washer machine or LG washer machine....

LG washer machine



Toshiba washer machine

Ada jugak terpikir nak beli LG washer machine yang pintu kat depan nih. Smart gak kan?Siap skali ngan dryer. Menarik-menarik! Harga plak mahal skit dari yang pintu kat atas. Hurm..akan difikir-fikirkan mana yang terbaik..Budget itu harus!

LG washer machine+dryer

Esok, kena ajak papa pergi kedai elektrik. Takat tengok kat internet nih, tak puas plak rasanya. Tak boleh nak belek-belek. Kalo ada tokei kedai, boleh gak aku tanya function washer machine nih and nego-nego price. Yang latest aku tahu, dia ada child lock and anti-kedut. 'ANTI-KEDUT' tuh yang menarik! Boleh pakai terus lepas basuh....Huhuhu...malas nak gosok kan?


Selasa, 7 Julai 2009

Nokia E63

Yeah..another new phone mengantikan Nokia 6110 yang sudah lama aku pakai. Kalo tak silap aku dari 2004 lagi. Handphone nih aku dapat sempena birthday aku from Uncle Rapon (merangkap bapak angkat aku). Masih lagi dalam keadaan baik. Actually aku memang suka handphone nih sebab saiznya yang sebesar tapak tangan aku and senang aku nak bawak mana-mana.Nih la satu-satunya handphone aku yang lama dan tak penah rosak. Akan kusimpan nokia 6110 nih jadi kenangan. Kalo handphone baru aku buat hal, aku pakai la balik handphone nih.

Berbalik citer Nokia E63. Aku minat design dia yang agak classic dan ala-ala komputer nih. Tapi satu jerk kekurangan. Kalo aku tengah driving, agak susah aku nak sms atau call disebabkan button dia yang berserabut dan banyak sangat(maybe lepas nih nak cari bluetooth keyboard). Neway, hp nih aku pakai time emergency jika hp nokia xpress music5800 dah habis battery (aku nih ada tabiat yang malas nak charge battery..kuikui) Kire nih back up jerk ah. Lagipun tak bole pakai selalu sebab bil kan. Kalo prepaid, senang skit aku nak budget.

nokia E63

Jumaat, 22 Mei 2009

P1 W1MAX

Wah..aku skang adalah pelanggan kepada p1 wimax. Memandangkan aku malas nak pasang phone line kat apartment aku (buat apa??..handphone dah ada..gile kose nak phone umah laks..menaikan lagi bil2 yg sedia ada)Jadi, aku decide on trying wireless wimax broadband..but sebelum aku decide nih pun, aku dah buat survey byk kat internet pasal broadband.Ada pro and cons gaks. Risau gak nanti bayar mahal2, x dapat coverage. AKU JUGAK YANG RUGI!

Setakat ini hari, alhamdulillah. I LURVE WIMAX..Memang laju ah compare dgn streamyx and Jaring (yang aku pakai sebelum2 nih). Amat memuaskan hati aku..Thanks P1 WIMAX. Kau melengkapi hidupku di mana jua (aku bole bawak merata-rata..ke rumah mak mentua aku, ke rumah family aku..ke office aku..pendek kata, kat mana-mana jerk ah).

Khamis, 2 April 2009

HP baru ku...

Setelah fed up ngan handphone lame aku (N93) which aku bole consider agak ketinggalan zaman skit sudah jadi bengong, aku putuskan untuk beli handphone baru. Masuk kali ni, sudah 3 kali aku repair N93. Balik-balik problem dia, handphone tak bole charge (sebab soket dalam dia terbakar). Dah la warranty pun dah habis. Dari aku bazir duit repair handphone tuh yang memakan sekitar RM200 setiap kali repair. Baik aku beli handphone baru yang tak menyakitkan hati..dan choice aku kali nih ialah Nokia 5800 Xpress Music..hurm..i like..lovin it!

Antara function nya yang menarik minat aku:-
  • touch screen
  • wifi
  • 3G (nih penting)
  • gambar same standard ngan HTC (in fact, aku compare ngan sony ericson g900 pun dia power lg)
  • music (heaven la dengar..tak menyakitkan telinga)
  • game (dah mcm psp dah)
  • internet (screen besar, mmg best explore internet di kala busan dan emergency)
Overall, aku bagi ***** out of 5..the best bagi aku.

Rabu, 21 Januari 2009

HTC-Touch-PDA Phone @ TV LCD



Waaa...aku ngah gila-gilakan PDA nih. Skang tgh berkira-kira juga nak beli phone nih tapi suami aku kate dari beli phone nih baik beli TV LCD. Lagi puas hati kata dia. Ble tengok ramai-ramai. Adeii...Apa plak pendapat korang? Phone kat atas nih ke atau LCD TV bawah nih...