Memaparkan catatan dengan label mind biz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mind biz. Papar semua catatan

Rabu, 18 Mei 2011

Bandar 'Hilang'

Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.




Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.


Waduh!Sungguh menakutkan kalau bandar-bandar penting di Malaysia akan tenggelam. Semuanya akan effect. Hopefully government akan mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum benda ni terjadi.


Reminder : Jangan mencari hartanah berdekatan laut walau skang harganya naik melampau-lampau.

Ahad, 20 Februari 2011

Adei!

Hari nih aku menjadi 'super boros'. Yup..mana tak ku katakan boros. Skali kuar, aku beli 3 pasang kasut. 1 kasut Hush Puppies and 2 lagi dari Primavera. Isk...isk...isk..lepas nih, banyak la benda nak kena 'catu' sebelum dapat gaji next month..Adei!

Dan bertambah 'down' lagi, 'lappy' aku plak buat pasal. Adei..nak kena repair plak ker nak tukar 'lappy' baru??Erm....Apapun, aku nak kena tanya pomen gak. Kalo kos nak repair lebih kurang jerk ngan 'lappy' baru, ada baiknya aku tukar jerk terus. Lagipun 'lappy' yang ada skang dah berumur 5 tahun. Memang patut pun ko rosak. Skali skala nak kena servis jugak kan...Dan alang-alang tuh, terus tukar window 7..Huhuhu...

Semoga rezeki aku for next month semakin melimpah ruah. Dan aku skang dengan aggressive nye mencari punca rezeki dari pelbagai sudut. Smoga usaha aku nih membuahkan hasil..Insya-allah...


Rabu, 21 Julai 2010

Daftar Perniagaan


Sesiapa yang buat 'online business'
patut berdaftar dengan SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
Sekiranya tidak berbuat demikian,
anda akan didenda RM5000 atau 2 tahun penjara.

Banyak juga yang bagi 'respon negatif' di internet
PATUTNYE anda menyambut baik cadangan kerajaan nih
BAGUS & sbg JAMINAN yang kita tidak akan
melakukan PENIPUAN kepada pengguna

Aku sudah BERDAFTAR.

ANDA BILA LAGI??

p/s: Sesiapa tak tau cara nak berdaftar, sila klik disini.

Rabu, 23 Jun 2010

Extra Income

Akibat kerajinan yang terlampau meng'surfing' internet nih..tetiba aku click kat satu website nih berkenaan dengan Program RM20,000 dalam 20 hari. Menarik kan? Siapa yang tak mau duit kan..btul tak?

Tambah menarik lagi, kita akan dapat komisyen jika kita berdaftar dan promote iklan nih di mana-mana kita suka sama ada kat email, facebook, twitter, website, blogspot etc. Ikut suka hati korang la. JANJI ada orang klik kat iklan tuh dan daftar program diorang.

Komisyen yang akan kita dapat ialah 50% pada nilai RM200 setiap jualan. Pada aku, banyak juga la komisyen dia. Jom la ramai-ramai klik kat sini. Ane tau..rezeki masing-masing.Ble gak dapat extra income.

Selasa, 18 Mei 2010

Syukur alhamdulillah...

Alhamdulillah...aku berjaya turunkan berat badan aku hampir 10kg skang. Sungguhlah happy. Cuma tummy dan bahagian peha jerk nak kena kasi trim skit (macam rumput plak bole trim trim yek). Bahagian lengan plak nak kena kasi firming skit lagi.Rahsianya..??Jeng..jeng..jeng...

Aku gunakan 'foot detox patches' yang member aku syorkan. Memang berkesan. Thanks to Ms.T kerana bagi aku cuba produk nih. Fungsi foot detox nih ialah untuk membuang segala toksin dalam badan, melancarkan peredaran darah, menyembuhkan penyakit migrain dan sengal-sengal badan. Selain dari tuh, ia juga dapat melangsingkan badan jika diguna secara berterusan. Maknanya korang kena pakai hari-hari. Jangan kejap pakai kejap tak. Memang tak nampak sangat kesannya.

Setelah aku pakai foot detox nih, aku rasa cepat dahaga. Dah rasa cam unta plak.Asyik-asyik pergi kitchen, cari air. Aku minum plak bukan gelas kecil ok. Skali teguk,satu gelas besar (cam saiz gelas buah yang korang order kat kedai). Tapi bukan air buah lah yang aku minum. Mau kembung perut. Disyorkan aku minum air panas suam. Selain dari langsing, aku terasa badan aku segar dan tak penat. Yelah, skang kan kena jaga Amin & Bismi. Kekadang aku kurang tidur kalo diorg meragam tengah malam. Untuk maklumat lanjut pasal produk nih, korang click kat sini.

Alhamdulillah..mungkin juga rezeki anak-anak. Aku berjaya jual lebih 2000kpg foot detox selama 2 minggu. Ramai juga yang berpuas hati setelah mencuba foot detox nih. Selain dari end user, ada juga yang berminat untuk menjadi pengedar. Aku amat alu-alukan. Untuk harga pengedar, bolehlah juga ke laman web di atas.

Kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan terima kasih pada pembeli2 dan kengkawan yang menyokong aku membuat biz online. TQ TQ. Insya-allah, tak lama lagi (mungkin seminggu dua lagi) selain dari foot detox, aku akan mula menjual hand bag pulak (menyambung biz yang aku buat time U dulu). Aku mungkin tak ble janjikan design yg cantik-cantik (coz lain org lain citarasa) tapi aku boleh janjikan harga yang termurah dari harga pasaran. Itu yang pasti...jadi nantikan lah kengkawan....


Selasa, 16 Jun 2009

Bulan Teknologi Pertanian

Once again, aku pegi lagi pameran bulan Teknologi Pertanian atas tiket MARDI N9. Thanks Tuan Norman atas jemputan kepada Sunnur Mushroom Farm (SMF). Kali nih, aku tak pergi ngan my cayunk husband (disebabkan dia ada appointment lain kat KL), so aku decide utk bawak salah sorang pekerja aku, Rita (merangkap manager kat SMF) utk temankan aku ke Stesen MARDI Kuala Linggi. Memula tuh, bercadang gak aku nak ikut rombongan MARDI dgn bas.Pastu, aku pikir-pikir balik, kalo aku follow by bus, sure lambatnye diorang balik. Jadi, ada baiknya aku drive dari terpaksa menunggu lame( masa itu emas la katakan..huhu).

Banyak juga yang aku pelajari dari pameran ini. Kali nih, aku memang puas hati. Dia tunjukan semua brosur mesin yang MARDI ada even hanya dua mesin saja yang operate dan satu inkubator yang baru dirasmikan tadi untuk hasilkan minyak pati. Minyak pati ini dihasilkan dari serai wangi, serai makan dan juga daun nilam bagi membuat minyak wangi, aromaterapi, balm, minyak urut, losyen, sabun, gel mandian, pelembap dan juga syampu. Menarik kan? Kalo korang berkesempatan utk ikuti pameran atau kursus seperti ini, make sure korang jangan lepaskan. At least, korang kuar tengok kepompong orang lain which is interesting to learn and applied (if korang dah betul2 bersedia). Boleh buat duit wooo......

Tengah dok dengar ucapan dari dif2 terhormat (dgn cuaca yang agak bahang dan panas), aku suruh Rita beralih ke depan sebelah aku (tmpt yang agak redup and selesa skit sebab belakang memang btul2 kena pancaran matahari) Kecian plak aku tengok dia berpeluh-peluh kat belakang. Tetibe ada sorang pakcik nih (pakai kopiah OK!) sound Rita, jangan duduk kat sebelah aku!!!Apa hal plak!Ko tak nampak ke cuaca panas terik??Salah ke dia duduk sebelah aku? Kenapa nak bersikap perkauman?Apa ingat majlis nih forum perdana ke? Even dia berbangsa India, still she have the right. Dia manusia gak. Ada hati dan perasaan. Kecian gile, aku tgk muka Rita tadi..Nak jerk aku sound pakcik tuh tapi memandangkan majlis tengah berlangsung. Tak m0 lah aku kecoh-kecoh.

Tuh takpe lagi...Selang beberapa minit, pakcik nih tetibe blah (tak tau la mana dia gi..ukan hal aku nak amik tahu). Adalah sorang makcik nih dan sorang cucu dia duduk kat tempat pakcik tadi. Then, tetibe pakcik nih datang balik suruh makcik and cucu dia nih blah dari tempat duduk dia tadi (siap bagi arahan guna jari telunjuk tuh)WTF!! Kecian gile tengok makcik tuh. Pakcik nih sungguh tak beretika dan beradab. Kalo ko dah blah tuh, carilah tempat lain. Ingat seat tuh ko bayar ke?? Suka hati dia jerk...Dah la pakai kopiah, tunjukla sikap baik-baik dan sopan. Malu aku dengan Rita (yang berbangsa India).

Akibat menyampah tengok pakcik tuh lama-lama (aku memang cam dah nak naik angin dah tadi, nasib Rita sabarkan), aku blah tengok pameran yang ada. Menyirap aku dgn orang berperangai cam tuh. Even bukan aku yang kena, tapi aku dapat rasakan perasaan Rita, makcik and cucu dia tadi tuh. Diorang plak tak melawan. Adeii!!Memang aku tak boleh terima.

Kepada pakcik tadi, ubahla perangai. Awak tuh dah berumur. Sepatutnya tunjukan la teladan yang baik kat anak bangsa dan juga sikap bertimbang rasa. ESQ kureng!!Gi belajar balik la pakcik, baru sesuai kopiah tuh atas kepala. Maaf pada sesapa yang terasa apa yang aku tulis nih. Aku hanya melepaskan geram dan tulis apa yang aku rasa.

As a whole, MARDI berjaya menarik perhatian aku. Mungkin lepas nih, aku akan apply utk satu atau dua mesin kat kilang. Nak tengok dulu prosedur dia cam ane...

Selasa, 2 Jun 2009

Pendapatan..

Umumnya kita ada 3 jenis pendapatan.

1. Earned/Active Income
ia adalah pendapatan yang memerlukan kehadiran kita. Kalau kita tak bekerja, maka kita tak dapat duit. sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri. Ramai daripada kita hanya ada pendapatan ini sahaja. Jadi, kalau kita sakit untuk tempoh waktu yang panjang dsb, maka kita tiada pendapatan.

Kalau kita jual goreng pisang, walaupun dapat RM 200 bersih sehari, dan kita masih bekerja seorang diri, maka kita masih dalam kategori ini.

2. Passive Income
Inilah yang dinamakan duit bekerja untuk kita. Ia hanya dapat dibina selepas kita simpan duit kita dari earned/active income sebanyak mungkin dan menukarkannya kepada passive income. Hartanah adalah yang paling popular dikaitkan dengan passive income.

Kalau kita jual pisang goreng tepi jalan, dan kita berjaya buat 2 cawangan, dan mempunya pekerja, kita hanya tukang arah, maka itu juga dah termasuk sebagai passive income.

3. Portfolio Income
Ia adalah paper assets seperti saham, amanah saham, insurans dan sebagainya.

Earned As Much As You Can, As Fast As You Can

Topik ini berkait dengan active income. Untuk membina passive income, kita perlu Earned As Much As You Can, As Fast As You Can dalam active income.

Jadi kena cari bidang yang membolehkan kita mendapat unlimited income. Lagi rajin kita bekerja, lagi banyak kita dapat. Bukan lagi rajin kita bekerja, pendapatan kita tetap tak berubah.

Antara bidang yang perlu kita fikir-fikir:

1. Sales / Marketing
Commission based job sebegini mmg ramai yang mengeluh. tapi inilah ruang untuk mendapat unlimited income. Cuba jadi unit trust consultant, remisier saham, ejen insurans, real estate broker, ejen jual kereta, ejen jual kamus, sertai MLM dan bidang yang sebegitu.

Mahadi Badrul Zaman (lihat entri: http://www.bicarajutawan.com/forum/viewtopic.php?t=338) adalah sebahagian kisah orang berjaya dalam bidang ini.

2. Active Paper Trading
Terlibat dalam share market, forex, futures, options, commodities sebagai player in the market. bukan remisier. Ia adalah bidang yang highly leverage. Sekiranya dalam sales/marketing kita perlukan sales skills yang tinggi, dalam bidang ni pun kita perlukan skills tertentu yang mesti dipelajari dan dikuasai.

3. Business
Ada di antara kita memandang rendah kepada orang jual air tepi jalan, jual burger, repair komputer dsb. Kita rasa itu kerja untuk orang yang tidak ada pendidikan. Ingat, Michael Dell bermula dengan repair, jual komputer pasang sendiri dari bilik kolej sewaktu dia masih belajar lagi, dan kini Dell berkembang pesat.

Yang penting, kita mesti sediakan small business kita boleh berkembang ke big business. Ini yang selalu ramai small business owner gagal buat.

Pilihan di tangan kita. Dengan matlamat kewangan yang ada, seharusnya kita bertindak segera, kerana masa tidak menunggu kita.
__________________

Selasa, 26 Mei 2009

Hala Tuju Ekonomi Orang Melayu

Lupa laks nak cerita pasal 1 lagi seminar yang aku join last week iaitu Hala Tuju Ekonomi Orang Melayu (menarik kan topik dia) anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) N9. Even aku adalah ahli DPMM, Putrajaya (dah terjoin awal sbb tak tau lak kat N9 ada DPMM..Huhu), aku tetap nak join seminar ni disebabkan topik dia yang menarik nih (nasib ada orang dalam boleh bantu..THANKS TUAN atas timbang rasa). Seminar ini dirasmikan oleh Dato Mukriz (anak Tun Dr. Mahathir).

As a whole, seminar ini lebih tertumpu kepada pasaran antarabangsa (sebab adanya penglibatan MITI & MIDA. Ada juga SMIDEC & SME Bank skali). Tapi jika aku perhatikan, kebanyakan usahawan-usahawan yang hadir (bizman &bizwomen) ini terdiri drpd pengusaha IKS dan juga service sector. Jadi sedikit sebanyak, mungkin ada beberapa perkara yang Agensi Kerajaan ini terangkan tidak dpt difahami oleh certain pengusaha. But its one of guidance for us who want to go beyond the border..(amat menarik utk plan biz di masa akan dtg).

Yang menarik perhatian aku, time Dato Mukriz bagi speech. Agak kagum jugak dengan dia. He's just like his dad. Cool and mantain. Speech contain pun padat even dia bagi speech tanpa menengok text..(aku pun tak boleh buat cam dia). Yang aku sangat berpuas hati, dia bagi opinion dia juga tentang hala tuju ekonomi melayu yg orang2 melayu perlu fokus dan ambil perhatian. Thanks Dato. At least sedikit sebanyak terjawab juga teka teki dlm kepala otak ni..Thanks juga kepada DPMM N9 kerana menganjurkan seminar yang sebegini. Moga dpt diteruskan dan bertambah maju di masa-masa akan dtg