Rabu, 26 Januari 2011

Black Maria!

Alhamdulillah...
akhirnya dapat gak aku and hubby
memiliki 'Black Maria'
Syukur sangat-sangat...

Now,
Focusing utk mencapai 1 lagi impian
yang belum tercapai-capai lagi...
Doakan kami yak!

Khamis, 13 Januari 2011

Emas!Gold!


Dulu time anak dara, aku memang suka gile pada barang kemas or accessories silver atau white gold. Pantang birthday or ada duit lebih skit, sure aku akan beli white gold. Takat mas kuning nih memang aku tak pandang. Masa tuh, pada aku hanya mak-mak or makcik-makcik jerk yang sesuai pakai mas kuning.

Tapi bila dah kahwin nih...baru minat aku pada mas
kuning nih membuak-buak. Mungkin faktor umur yang dah meningkat nih kot. Kate mak-mak or makcik-makcik jerk suka kan.. So aku dah tergolong dalam golongan tuh dah. Tapi jiwa nih tetap muda...and even dah peringkat mak-mak tapi masih boleh jual saham ye..Huhuhu...

Kekadang terfikir, adei ruginya aku beli white gold banyak-banyak. Kalo aku beli emas kan, dah untung berganda-ganda. Dulu emas murah jerk.. RM400 dah boleh dapat yang lawa-lawa dan besar. Tapi skang nih, takat RM400 tuh, emasnya ciput jerk. Design pun tak cantik. Betapa harga emas naik mendadak-dadak kat pasaran dunia.

So pada kengkawan yang dah dapat dividen ASB tuh, apa kata sebahagian atau sesuku duit tuh joli dan sebahagian lagi, kita beli emas untuk pelaburan jangka masa panjang. Tak rugi...nilai emas tak akan jatuh dan tiada susut nilai. Macam kita beli rumah jugak. Harga akan sentiasa naik dan naik dan naik. Dan ada juga kedai emas yang buat installment untuk beli emas. Sebulan dalam RM200 jerk utk 10gram emas setahun. Murah kan?

Jadi, fikir-fikirkanlah




Selasa, 11 Januari 2011

Akhirnya...kini PASTI


Yeah, bebeh..semalam washer machine baru telah selamat sampai ke rumah..


Nih la rupanya washer machine baruku........

12.5kg LG washer machine

Setelah difikir-fikir, brand LG tetap menjadi pojaan hatiku. Yang previous punye pun boleh tahan sampai 9 years tanpa rosak. Jadi pada aku, brand nih memang memuaskan hati.

Oh, ingat tak sebelum nih aku kate washer machine yang lama rosak?Rupanya tidak ye kengkawan. Masalahnya cuma salur air jer yang bocor. So aku kena tipu ngan pomen. Nasib tak hantar kat diorang. Kalo tak, buta-buta jer rugi beratus.

Bila Papa plak dapat tau masalahnya..apa lagi...kuarla soklan cepumas. "Ha?Washer machine lama nak letak mana Mama?" Huhuhu.."Jual second or letak kat rumah sewa mak, ok tak papa?" Then, papa kate "Memana la Mama Oi!" Hehehe...malas la tuh nak layan kerenah aku. Apa-apa jerk la papa..

Nih antara key featuresnya:

  • Modern Stylish Design
  • Health Plus Filter
  • Deep Clean Waterfall
  • Express Wash 19"
  • Smart Cleaning

Yang paling aku pasal washer machine nih, dia ada smart cleaning, corak bunga2 kat badan dia dan juga anti-kedut ya puan-puan dan tuan-tuan..Hehehe

Sabtu, 8 Januari 2011

Basuh!Jangan tak basuh!!

Aku skang tengah survey washer machine baru bagi meng'upgrade' washer machine LG (6.5kg) yang aku pakai dari zaman aku anak dara dulu. Bayangkanlah dah 9 years aku pakai, washer machine nih tak rosak-rosak.

Then, suddently nak masuk jer tahun 2011 nih...tgh syok-syok basuh baju, tetiba bocor plak bahagian bawah machine. Habis dapor aku berair (skit jerk air tuh sebenarnya). Tapi menganggu gak la. Dari senang jadi susah plak nak kena letak kain basah kat bawah machine tuh setiap kali basuh.

Bila tanya pomen kalo repair machine nih berapa...pun dah makan beratus. Ada baiknya aku beli washer machine baru. Lagi pun ahli keluarga dah bertambah, jadi aku nak upgrade skit ke 10kg or 11 kg. Boleh basuh blanket skali. Tak yah hantar dobi lagi.

So, ini yang aku terpikir nak beli samada Toshiba washer machine or LG washer machine....

LG washer machine



Toshiba washer machine

Ada jugak terpikir nak beli LG washer machine yang pintu kat depan nih. Smart gak kan?Siap skali ngan dryer. Menarik-menarik! Harga plak mahal skit dari yang pintu kat atas. Hurm..akan difikir-fikirkan mana yang terbaik..Budget itu harus!

LG washer machine+dryer

Esok, kena ajak papa pergi kedai elektrik. Takat tengok kat internet nih, tak puas plak rasanya. Tak boleh nak belek-belek. Kalo ada tokei kedai, boleh gak aku tanya function washer machine nih and nego-nego price. Yang latest aku tahu, dia ada child lock and anti-kedut. 'ANTI-KEDUT' tuh yang menarik! Boleh pakai terus lepas basuh....Huhuhu...malas nak gosok kan?


Khamis, 6 Januari 2011

Hijrah 2011

Petang tadi, aku dapat call dari FINAS.

Dub..Dab..Dub..Dab...

Alhamdulillah...lepas 2 session interview, aku PASS!!

Insya-allah, next week aku akan melapor diri ke sana.

Wish me all the best of luck and hapiness yeh kengkawan!

But, bos aku suruh aku buat penangguhan for 1 week utk settlekan kerja2 tertangguh...

Still aku akan usahakan siap jugak dlm this week!

Malas la nak buat penangguhan.

Bak kate 'Gedeber' and Pn. Ikin...............Ada aku kisah?

Hahaha...tak baik doh! Bos aku gile baik kat sini..

Hopefully dpt bos yang baik jugak kat sana.

Gonna miss my BPS's friends and bosses.

Huk..huk..huk