- Aku skang tengah sibuk training bibik kat rumah. Yang datang pun memang fresh dari Indonesia dan tiada pengalaman kerja sebagai pembantu rumah. Jadi jenuh gak la nak ajar bibik nih satu per satu. Tapi alhamdulillah, bibik cepat faham dan anak-anak pun dah mula mesra dengan dia. Itu yang paling penting sebenarnya. Dan punca aku start ambil bibik sendiri pun sebab aku dah mula bekerja bawah orang. Kalo tak, jangan harap aku ambil bibik even berkemampuan. Coz pada aku, jaga anak sendiri lagi puas hati dari jagaan orang. Tapi bile dah dapat offer bekerja, aku 'rela dalam paksa' jugak la disebabkan aku tak nak menyusahkan mak dan mentua aku jaga anak-anak. Diorang pun ada 'biz' dan 'aktiviti sendiri' yang nak dibuat. Tambah plak, costing yang tinggi nak ulang-alik hari-hari dari seremban or gombak ke tmpt kerja. Ditambah plak, aku dan papa tak boleh nak berjauhan dengan anak-anak. Apa-apa, biarlah anak-anak ada di depan mata dan dekat dengan kami. Kalo takda anak-anak, rasa sunyi jer hidup. Dicukupkan lagi dengan anak-anak aku yang tak mahu ke nursery. Huhuhu...suku hari diorang kat sana, nursery call kate anak-anak aku menangis. Dan yang paling best, kakak tuh ngadu kat aku...amin pukul kepala dia sebab paksa amin mandi.Hahaha....hero jugak anak mama nih! Dalam hati aku kata 'padan muka ko dan memang patut pun amin pukul ko sebab ko tak pandai pujuk dia mandi...Hehehe...' Jadi, setelah discuss ngan papa...solution utk semua problem yang timbul ialah dgn mengambil seorang bibik. Hopefully bibik ni dapat jaga amin & bismi dgn baik dan tak banyak kerenah. Insya allah.....
- Hari first bibik bekerja, aku heran kenapa la dia nih mandi tak bukak lampu dan tak bukak paip air. Rupa-rupanya dia tak tahu. Kat kampung dia, tak pakai elektrik dan air pun dapat dari perigi. Masa aku tunjuk kat dia cara2 bukak suis dan paip air, dia punyalah kagum. Tuh belum lagi time aku tunjuk cara2 guna washer machine dan vacuum. Lagi dia tercengang. Hehehe..tapi aku kesian tgk muka dia. Muka dia cam teringat kat kg halaman dan anak-anak dia. Dia ke sini pun sebab nak cari rezeki dan sekolah kan anak-anak. Bila aku bagi dia call kg, menangis teresak dia. Yelah, kalo aku kat tmpt dia pun aku sedih sbb berjauhan dgn suami dan anak-anak. Sabar lah bibik. Mungkin ada hikmah disebaliknya. As for me, insya allah...aku akan cuba sedaya upaya utk menjadi majikan yang baik dan bertimbang rasa. Janji boleh jaga amin & bismi dgn baik. Kalo boleh, sayang mereka sekali macam sayangkan anak sendiri.
- Adik ipar aku dari Kedah dah berhijrah ke KL. Alhamdulillah...tambah lagi anggota keluarga di KL. Bertambah meriah rasa. Rumah plak dalam 15 min jer dari rumah aku. In case apa-apa, family yang terdekat dah ada. Smoga penghijrahan ini dapat merubah kehidupan adik ipar aku ke tahap yang lebih baik. Insya-allah...
- Cerita lain...???kita sambung esok yak. Skang pun dah nak dekat pukul 12pm, aku tak tidur lagi...esok plak nak kerja.Papa and anak-anak semua dah lelap. Dan kalo nak tahu, aku memang suka tatap dan selami muka papa and anak-anak masa diorang tidur. Dan kekadang tindakbalas yang aku sendiri tak sedari, aku akan cium dahi mereka dengan sendiri. Rasa bahagia dan tenang jiwa bila aku buat cam tuh. Terdetik jugak kat hati, rasa bersyukur yang tidak terhingga terhadap Allah kerana anugerahkan aku 'harta' yang cukup berharga untuk aku sayangi dan disayangi. Isk...sentimental plak malam nih..cukup2!!tidur dulu yek tuan-tuan dan puan-puan...
Good nite and sleep dreams!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan