Khamis, 2 April 2009

April Fool!!

Lupa nak citer kat korang pasal April Fool. Pagi-pagi lagi suami aku dah kenakan aku..yang aku plak tak teringat pasal April Fool..Isk isk isk..1-0..cam ne ek aku nak kenakan dia balik nih...pikir-pikir kan..

Nih antara conversation aku and sang suami pagi tadi:

Papa: Mama...cepat!! Ada burung masuk dalam bilik air kita!!
Mama: Ha...!!(aku dengan mengelabahnya bangun dari katil..dah la aku tengah syok layan mimpi)Mana pa, mana pa??(tak teringat plak, aku dah tutup tingkap bilik air). Cepat pa halau dia..
Papa: Hahaha(gelak kan aku mcm nak pecah perut). Mana ada mama..papa acah jerk..APRIL FOOL...
Mama: Huk..huk..huk..(aku dahla tengah mamai). Papa nih pagi2 dah kenakan mama sampai amin pun terbangun..(aku buat muka merajuk)
Papa: Hahaha..jangan aah majuk nanti cepat tua..(pastu ble plak buat suara slow) burung lain ada ahh..(huhu..18SX okies)
Mama: Hahaha(aku pun tergelak gaks..Amin dah buat muka blur-blur. Cayunk anak mama)

Pengajaran nya..dalam kehidupan suami isteri musti ada bertolak-ansur, bergurau senda bagi memeriahkan suasana dan merapatkan hubungan suami isteri. Memang ada kala badai mendatang, tapi kuatkan la iman, bersabar dan paling penting KEPERCAYAAN.

Keberkatan Surah Yaasin

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang..

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah @ aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsebut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah S.W.T. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik…

Caranya:
Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.

Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Tiupan pertama - Ianya Datang dengan tiba-tiba
Tiupan kedua - Hancur Semua Alam ini
Tiupan ketiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap manusia akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3kali.
( amat mujarab buat org yang sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I’ve practiced this method subhanallah, effective)
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan seharian.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa
bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat)
menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
(Ayat 78 dan 79) -
Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun
tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada
air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

Wallahualam.

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6.
Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati
dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

  • Yasin is the jantung of Al-Quran
  • Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran

Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:

  • Child is sick
  • Feeling troubled.
  • Memudahkan urusan
  • Memudahkan perjalanan
  • As selusoh (to ease pain when giving birth)
    Read Yasin (3x) over water
    Read 3 Qul (three times each)
  • Fatihah
    Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
  • Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati
    dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 - “Wajaalna….”
Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Lindungi diri dari dianiaya
Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Baca Ayat 9
Fatihah
Read 3 Qul (three times each)
Ayat Kursi
Ayat 29 - “In kanat illa….”
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar
kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - “subhanallazi..”
Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan
sapu ke muka pada pagi hari
Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - “Salamun…”
Jika sakit anggota
Tak tenang hati
Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit ( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I’ve practiced this method subhanallah, effective)

Ayat 76 - “Falayahzun..”
Bila rasa sedih
Untuk menenangkan hati
Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 “dari Yuhyil Wahiya…”
Tulang patah
Sakit sendi
Sakit lutut

Ayat 82 - “Innama amruhu..”
Jika mandul
Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
Dry method
Sembahyang tahjud
Sembahyang hajat
Doa minta hajat
Baca ayat 100 x dengan yakin
Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh
penyakit dalam badan)
Seperti di atas
Bila baca ayat, tiup dalam air
Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi
Wallahualam.
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal
aa’maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian <>Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang
sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka
dan bukannya di kubur.(terutama ayat 12) — sebab kenapa kita perlu baca,
agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup
insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.
***** sekadar informasi *******
Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam
Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat
yang mujarab.
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahua’lam…

HP baru ku...

Setelah fed up ngan handphone lame aku (N93) which aku bole consider agak ketinggalan zaman skit sudah jadi bengong, aku putuskan untuk beli handphone baru. Masuk kali ni, sudah 3 kali aku repair N93. Balik-balik problem dia, handphone tak bole charge (sebab soket dalam dia terbakar). Dah la warranty pun dah habis. Dari aku bazir duit repair handphone tuh yang memakan sekitar RM200 setiap kali repair. Baik aku beli handphone baru yang tak menyakitkan hati..dan choice aku kali nih ialah Nokia 5800 Xpress Music..hurm..i like..lovin it!

Antara function nya yang menarik minat aku:-
  • touch screen
  • wifi
  • 3G (nih penting)
  • gambar same standard ngan HTC (in fact, aku compare ngan sony ericson g900 pun dia power lg)
  • music (heaven la dengar..tak menyakitkan telinga)
  • game (dah mcm psp dah)
  • internet (screen besar, mmg best explore internet di kala busan dan emergency)
Overall, aku bagi ***** out of 5..the best bagi aku.

Rabu, 1 April 2009

Gigit Handbag Mama!!


Macam-macam kerenah amin nih..kali nih dia seboleh-boleh nak gigit hand bag aku..aku tarik, dia tarik hand bag aku..bijak2..layan kan ajerk laa anak sorang nih..

geram kat hand bag mama ek

berusaha amik even mama tarik

gigitla yang..asal amin happy udah..

Amin mandi buih...

Alang-alang kat hotel dah ada bath tub, aku mandikan amin dalam bath tub. Besar skit. Tapi kalo nak pakai sink, kecil sangat. Sebab amin skang agak lasak juga. Suka gerak sane sini. Tak bole duduk diam. Dalam bath tub tuh, dia dok diam plak sebab aku buat buih banyak-banyak kasi dia main ngan papa dia. Aku tak join la mandi dalam bath tub tuh. Seksi U..jangan buat pasal. Lagi satu hal, agak sempet gak kalo 3 beranak dalam 1 bath tub. Kalo papa dia, takpe..kecik molek...hehehe!!

Nih antara pic yang aku snap..cadang tuh nak buat janggut dan rambut santa clause kat amin.pastu dia gi kaco buih tuh..habis semua buih jatuh bawah..memang amin seronok sangat time tuh sampai gelak mengekek-ngekek ngan aku dan papa dia. Periang anak mama nih....


santa clause yang tak jadi