Ahad, 19 April 2009

Kelas Tarian di Putrajaya

Agak lama gak aku tak update blog. Maybe sibuk skit dengan urusan cendawan frozen dan tempahan bongkah. Lagi plak, skang nih aku ngah set up business baru kat area umah aku kat Cheras. Apa business nya? TUNGGU...bila dah cantik and complete, baru aku inform korang business apa yang aku buat untuk pendapatan sampingan selain biz cendawan. Alang umur masih muda, baik aku try something yang new. Orang kate Tak Cuba, Tak Tahu setakat mana kemampuan kita. Itu bagi aku la yang tak berapa suka bekerja di bawah orang. Aku lagi prefer buat ikut cara aku, masa aku dan kemampuan aku. Dan yang penting skali, family aku (sang suami and sang anak) sentiasa di depan mata. Bukan mengongkong atau mengawal, tapi aku dan sang suami memang lebih suka begitu. Lantak apa orang nak cakap aku ni QUEEN CONTROL ke @ sang suami ni KING CONTROL ke..yang kitorang tahu, WE LOVE TO BE WITH EACH OTHER. Ke mana-mana musti bersama dan tak kenal erti busan. Alhamdulillah. Hopefully, tak kan berubah.

Oh ya..skang ni aku ada aktiviti baru. Setiap hari Jumaat malam, aku akan attend kelas tarian kat Putrajaya bersama member aku, Cik Mimi. Setakat ni, aku baru hadir 2 sessi. Best gak la kelas dia. Tak membusankan. Seronok gile..aku and mimi bole gelak dari start kelas sampai la akhir akhir kelas yang selama 2 jam dari 830pm - 1030 pm. Tapi pengalaman yang paling aku tak dapat lupakan iaitu time lepas aku attend 1st sesi kelas tarian tuh. Kaki aku bole kejang (sakit gile) sampai 4 hari baru baik. Aku ingatkan aku sorang jerk macam tuh. Rupa nya Cik Mimi pun cam tuh gak. Tapi dia lagi power la. Siap MC 2 hari. Hahaha...Aku plak 3 kali urut kaki baru reda. Bayangkan selama 4 hari tuh aku bole jalan terjengkit jengkit (jalan hujung jari) cam gerak tarian yang kitorg belajar. Sang suami asyik perli jerk la aku. Ha..nak menari lagi. Rasakan..kang tang lain plak yang kurus. Yang syok, Mak Mimi kate kitorg nih jalan cam burung enggang. Hehehe..burung enggang pun burung enggang la makcik..janji kitorang bole kurus. ECEH...semangat ah konon. Tapi lepas 2nd sesi, okiesla..tak kejang cam 1st sesi. Apa tak nya, aku and Mimi siap sapu dlu MINYAK PANAS...Huhu..PENGALAMAN MEMANG MENGAJAR KITA.....

sempat posing aku and mimi

Selasa, 7 April 2009

Amin makan sendiri

Amin dah boleh makan sendiri. Hari tuh aku bagi dia makan biskut baby. Habis semua dia masukan dalam mulut..bukan 1 keping jer dia makan tapi 2 keping. Wah, selera betul anak mama nih. Mungkin biskut tuh sedap kot berperisa strawberry..Nih gambar amin yang comot-comot..

amin pandang mama

syok nya amin makan..mama nak sikit

nyum nyum nyum

Mukjizat Bismillah


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."




KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepad Jibrail.

2."BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3.Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam,air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada oran sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6.Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada19 (QS.AL http://qs.al/ Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."
8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya disyurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka
akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim,
hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulullah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Sabtu, 4 April 2009

Tournament Bowling Kristal Height 2009

Last week ada tournament bowling sempena Hari Keluarga Kristal Height 2009 ( tempat tinggal abg Shahrul). Aku, sang suami and Fadly (adik) pun join sekaki untuk menambahkan bilangan pemain yang tak mencukupi. Sepatutnya Abg Reza and Abg Boy sekeluarga pun join skali tapi memandangkan diorang bekerja, tak dapatla diorang turut serta. Huk huk huk..kalo tak, bole gathering ramai adik-beradik...(adik beradik angkat). Yelah..lame tuh, tak jumpa diorang. Last skali aku rasa, time kahwin. Kalo tak silap aku la.

Aku actually saje jer la join tournament nih. Memain sajer pun. Yela weh..lame tak test skill. Sejak-sejak aku pregnant, terus aku tak main bowling. Sang suami tak kasi sebab nanti aku kena angkat bola berat..takut jadi pepe plak. Korban la kejap. Nih amin pun dah besar, ble la test skill balik. Kitorang main 3 frame. 1st frame, memang 'barai'. Sadih giler aku main..Kejap kiri, kejap kanan. Tak menentu bola aku..yela, baru nak start enjin. Biarla kasi panas dulu, then mula jalan pelan-pelan. 2nd frame and 3rd frame, adala peningkatan. Aku dah dapat 'tune' aku balik. And finally, tidak disangka-sangka, aku menang Naib Johan kategori Wanita untuk tournament nih. Alhamdulillah...hadiahnya aku bahagi 2 dengan abg Shahrul...(hehe..aku amik medal and abg Shahrul amik hamper). Kenala kasi tuan rumah merangkap sifu aku tuh..




Jumaat, 3 April 2009

Hobi Amin: Suke Masukan Barang Dalam Mulut

Aku tak tau la nak buat cam ne ngan Amin..skang nih pantang dapat barang skit..dia akan masuk kan dalam mulut..kalo aku amik, dia akan cari barang lain masuk dalam mulut dia. Aku takut jer dia kena jangkitan mulut ke atau tertelan benda-benda yang tak sepatutnya. Tapi mak aku cakap may be sebab dia gatal gusi..Aku pun cam blur-blur..Gusi??Walhal anak aku dah tumbuh 3 batang gigi. Percaye tak? Yang menakjubkan..Amin tumbuh 2 batang gigi taring dulu dan 1 batang lagi, gigi bawah...Aku tak ble la nak snap gambar gigi Amin sebab setiap kali aku nak buka mulut dia, sure dia mengamuk...tapi kalo korang tengok time amin senyum, nampak cam baby drakula..hehehe (tapi manis)..macam-macam anak aku nih...len 'pe el' dr lain (kate org Johor)