Khamis, 28 Mei 2009

Berus GiGi

One sweet day, aku jalan-jalan kat Jusco Cheras Selatan. Ternampak plak berus gigi comei yang sesuai untuk baby 0-12 month. Amin pun skang dah ada 6 batang gigi (4 gigi atas dan 2 gigi bawah). Jadi, aku rase dah tibe mase utk amin blajar berus gigi dia sendiri. So, aku pun beli berus gigi comei nih beserta ubat gigi perisa strawberry. Aku tak mau ah nanti gigi amin kekuningan akibat tak berus gigi. Nih antara steps aku ajar dia:-

1. Aku buat demo depan amin (ala-ala model gitu), tunjuk dia cara nak berus gigi dengan betul. Yang best tuh, amin boleh gelak-gelak tengok aku berus gigi. May be kelakar kot tengok berbuih-buih keluar kat mulut nih. Campur plak dengan papa dia yang tak habis-habis kacau aku. Hilang consentrasi aku nak mengajar amin..Hehe

2. Sambil2 tuh, aku bagi amin berus gigi dia. Lepas dia tengok aku berus gigi. Dia pun sambil gelak-gelak, masuk kan berus gigi comei dalam mulut dia. Memula tu, dia bukan memberus gigi dia tapi makan ubat gigi perisa strawberry tadi. Sedap agaknya kot. Tak pe la. Janji dia tau fungsi berus gigi tuh cam ne.

3. Keesokan nya, aku buat demo skali lagi depan amin (cara model tak berbayar..nih kena claim kat papa dia nih..hehe). Macam smlm gak, amin makan ubat gigi dia.. Aduhai anak ku ini. Lain ku ajar, lain plak ko buat. Tak perlah..bersabar. Nanti lame-lame sure amin ikut (kata hati aku)

4. Dalam 1 week mengajar, baru la amin pandai skit-skit guna barus gigi dia. Itu pun dia main gigit-gigit berus gigi tuh. Pastu kejap dia masukan berus gigi tuh dalam mulut dia, kejap kuarkan balik. Takpe..pelan-pelan blaja ye nak..At least, amin dah reti guna dan pegang berus gigi skit-skit.


Selasa, 26 Mei 2009

Hala Tuju Ekonomi Orang Melayu

Lupa laks nak cerita pasal 1 lagi seminar yang aku join last week iaitu Hala Tuju Ekonomi Orang Melayu (menarik kan topik dia) anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) N9. Even aku adalah ahli DPMM, Putrajaya (dah terjoin awal sbb tak tau lak kat N9 ada DPMM..Huhu), aku tetap nak join seminar ni disebabkan topik dia yang menarik nih (nasib ada orang dalam boleh bantu..THANKS TUAN atas timbang rasa). Seminar ini dirasmikan oleh Dato Mukriz (anak Tun Dr. Mahathir).

As a whole, seminar ini lebih tertumpu kepada pasaran antarabangsa (sebab adanya penglibatan MITI & MIDA. Ada juga SMIDEC & SME Bank skali). Tapi jika aku perhatikan, kebanyakan usahawan-usahawan yang hadir (bizman &bizwomen) ini terdiri drpd pengusaha IKS dan juga service sector. Jadi sedikit sebanyak, mungkin ada beberapa perkara yang Agensi Kerajaan ini terangkan tidak dpt difahami oleh certain pengusaha. But its one of guidance for us who want to go beyond the border..(amat menarik utk plan biz di masa akan dtg).

Yang menarik perhatian aku, time Dato Mukriz bagi speech. Agak kagum jugak dengan dia. He's just like his dad. Cool and mantain. Speech contain pun padat even dia bagi speech tanpa menengok text..(aku pun tak boleh buat cam dia). Yang aku sangat berpuas hati, dia bagi opinion dia juga tentang hala tuju ekonomi melayu yg orang2 melayu perlu fokus dan ambil perhatian. Thanks Dato. At least sedikit sebanyak terjawab juga teka teki dlm kepala otak ni..Thanks juga kepada DPMM N9 kerana menganjurkan seminar yang sebegini. Moga dpt diteruskan dan bertambah maju di masa-masa akan dtg

Pameran Bulan Teknologi Pertanian, Kluang Johor

Tadi aku gi MARDI di Kluang, Johor bersama sang suami atas tiket MARDI N9 bagi meramaikan lagi PAMERAN BULAN TEKNOLOGI PERTANIAN. Pameran ini dirasmikan oleh Dato Noh Omar. Walaupun pameran ini tidak sebesar di N9 tapi ada juga teknologi-teknologi yang dipamerkan menarik minat aku. Cuma agak terkilan sedikit sebab tak semua mesin yang dipamerkan berjalan. Hanya diletakan di suatu sudut jerk (ye ah..nama pun PAMERAN kan..isk demand lebih lak aku nih) dan tak byk yang mempromosikan produk hiliran cendawan. Setahu aku pengusaha cendawan di Johor la yang paling ramai. Mana pegi semua otai2 cendawan?? Satu peluang yang terlepas begitu saja..sayunk..

Aku agak kagum dengan bandar bernama Kluang nih. Pembangunan baik dari segi infrastruktur dan juga pertaniannya sungguh hebat. Tak sangka plak bandar sekecil ini dah bole menandingi Seremban. Aku suka konsep bandar yang agak terancang ni. Kawasan tanah digunakan sebaik-baiknya tanpa kosong (Nilai tanah skang tinggi wooo...)Bagus dan Syabas bagi KLUANG! Hopefully N9 dapat aplikasikan konsep nih dan jadikan ini sebagai contoh yang baik kerana aku tengok di N9 banyak skali kawasan2 terbiar dan tidak diusahakan. Kenapa jadi begitu ya?

it's me

door gift yang aku dpt

Jumaat, 22 Mei 2009

P1 W1MAX

Wah..aku skang adalah pelanggan kepada p1 wimax. Memandangkan aku malas nak pasang phone line kat apartment aku (buat apa??..handphone dah ada..gile kose nak phone umah laks..menaikan lagi bil2 yg sedia ada)Jadi, aku decide on trying wireless wimax broadband..but sebelum aku decide nih pun, aku dah buat survey byk kat internet pasal broadband.Ada pro and cons gaks. Risau gak nanti bayar mahal2, x dapat coverage. AKU JUGAK YANG RUGI!

Setakat ini hari, alhamdulillah. I LURVE WIMAX..Memang laju ah compare dgn streamyx and Jaring (yang aku pakai sebelum2 nih). Amat memuaskan hati aku..Thanks P1 WIMAX. Kau melengkapi hidupku di mana jua (aku bole bawak merata-rata..ke rumah mak mentua aku, ke rumah family aku..ke office aku..pendek kata, kat mana-mana jerk ah).

Rabu, 20 Mei 2009

Karnival Kerjaya & Keusahawanan



15 May- 17 May 2009 yang lepas, adanya Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 di PWTC. Tujuan aku gi karnival ni, bukan untuk mencari kerja tapi ingin mencari peluang-peluang keusahawanan yang ada. Tapi agak kuciwa jugak la sebab kebanyakan booth yang ada hanyalah untuk company yang offer pekerjaan dan juga training (nih yang plg byk).

Bagi booth keusahawanan cuma beberapa kerat jerk kat bahagian atas. Majoriti company yang involve pun, tak menarik perhatian aku dan tak banyak info yang aku dapat dari karnival nih. Adei, len kali war-war kan jerk la, Karnival Kerjaya. Tak payah la letak keusahawanan graduan. Agensi-agensi kerajaan yang tertentu pun, x involve dalam karnival ni. Camno?Patut Belia kena adalah, MARA, SMIDEC, MARDI (bagi yang usaha agriculture) dll. Baru la matlamat tuh tercapai. Isk..isk..isk..