- Gold necklace with my name on it 'Hanna'. Letter 'H' tuh aku nak letak diamond :-X
- Vacation with family. This time, aku target nak pergi Kelantan, Terengganu and Pahang. Hopefully papa ada byk cuti lagi coz ingat nk bercuti direct 1 week. Asyik bercuti belah2 selatan jerk. Nak jugak berubah angin.
- Gold necklace for Bismi. Orang tua kate kalo dah dpt anak perempuan, kenalah letak at least 1 brg utk ' semangat badan'. So,ikutkan saja lah. Lagipun tak rugi.Btul tak?
- Home theatre...aku belum decide lagi nak choose yang mana. Masih lagi dlm proses survey
- This one maybe 'weird' skit tapi aku teringin sgt for this year Hari Raya my family(me,papa, amin & bismi) pakai baju punjabi and kurta..Hehehe! Dah byk sgt collection baju kurung & baju melayu. Apa kata this year kita berubah angin and menyahut seruan 1Malaysia.
- Save amount of money (jumlahnye tak ble la kasi tau yek) for family vacation to Hong Kong Disneyland(Insya-allah, may be next year or 2 years more). Kalo dulu, mama pergi HK time bujang-bujangan. Kali nih, mama nak bawa family mama plak ke sana. Selain Disneyland, HK merupakan 'Shopping Heavan'.Huhuhu..which is 'I Like'!!Sambil berhibur,ble gak gi shopping skali...
Khamis, 6 Mei 2010
My wish list!!
Ahad, 25 April 2010
Trillion Thanks Papa!!
So those 2 days, papa la yang memasak, mengemas, buatkan air akar kayu dan air mandi mama, tungku mama, mandikan anak2 serta jaga anak2 (siang malam). Thanks so much, SUPER PAPA...tak tau la kalo takda papa cam ne...musti mama terkial-kial gak nak handle semua benda dalam keadaan cam nih..
Love you so much sayang...
Selasa, 20 April 2010
Pantang Time!!
Selain utk kesihatan, time berpantang nih juga memberi peluang pada aku untuk menguruskan badan yang sedia kembang. Kali terakhir aku timbang time mengandung, berat badan aku mencecah 64kg. Waduh!!Naik 10kg...sungguhla banyak. So, aku kena tanamkan azam untuk kembalikan balik berat badan aku yang asal atau kurang dari itu. Antara yang aku amalkan semasa berpantang ialah:
- makan nasi panas dengan lada hitam
- amalkan mandi dengan serai wangi (especially waktu pagi)
- bertungku (pagi & ptg). Boleh juga guna botol kaca berisi air panas
- berbekung (pagi & mlm). Boleh juga selang seli pakai geder utk rampingkan pinggang
- amalkan pakai pilis (utk mata lebih terang) juga memparam (utk elak angin masuk dlm bdn)
- jangan tinggal stokin. Pakai selalu
- jangan makan/minum benda sejuk
- minum air sedikit demi sedikit
- makan pil ikan haruan, pil perawan dan jamu utk menyembuhkan peranakan
- bersihkan bahagian bwh dgn air rebusan daun sireh (produk Mustika Ratu)
- ikat rambut biar ketat dan tinggi agar batu meriyan naik
- Jaga kaki especially ibu jari kaki dari terpijak atau tersepak benda
- Cakap perlahan-lahan. Jangan cepat tinggi suara
- Kalau boleh, menyusukan baby dengan susu ibu sepenuhnya
Pengalaman bersalin ke-2
Lepas salin pad, aku sempat cakap slow2 kat 'baby' sambil usap-usap perut " Baby, jangan keluar hari nih ye.Kecian kat papa. Papa ada exam. Bagi papa buat exam dulu ye sayang." Mungkin sudah takdir, kita nih hanya merancang Tuhan menentukan. Bangun jer dari tidur, terus aku check pad. Tengok-tengok dah keluar 'lendir darah'. Terus aku bagi tau papa.
Kitorang dgn 'tenang' (tak mengelabah sgt sbb dah ada experience yg pertama dulu), pack-pack barang yg diperlukan,charger hp (sempat lagi OK!hehe) dan juga video kamera (itu penting!!sbb nak rakam saat2 indah bersama baby nanti). Sempat jugak telepon Dr. Masitah dan inform pasal kondisi aku. Punyalah marah doktor tuh sbb aku lewat pergi hospital. Sepatutnya kalau dah pecah ketuban, memang kena segera ke hospital. Takut baby lemas dalam perut. Tapi aku percaya pada gerak hati aku yang baby aku tak apa-apa (tawakal kepada Allah).
Sampai jer Hospital Pusrawi Tun Razak, aku sempat lagi 'snap-snap' gambar. Buat kenangan walau tengah dalam kesakitan. Rasa rugi plak kalo tak snap..BOLE??Hehehe....Dalam pada itu, boleh gak menceriakan sedikit keadaan serta mengurangkan rasa gemuruh aku nak bersalin(even dah ada experince yg 1st). Setelah menahan kesakitan selama 8 jam, akhirnya aku selamat melahirkan puteriku yang diberi nama 'Bismillah Humairah' tepat jam 5.06 ptg secara normal.
Alhamdulillah...hanya Tuhan yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya aku ketika itu. Melihat muka Bismi dan juga sokongan dari papa yang tak henti-henti ketika hendak melahirkan Bismi, terasa hilang semua kesakitan yang aku alami. Thanks papa 'coz' sentiasa berasa di sisi mama saat mama melahirkan anak kita. Sayunk papa so much..Juga thanks to 'Mak' kerana menjaga Amin time Yus kesakitan serta to 'Amin' kerana memahami mama dalam keadaan sakit. Also to Mummy', yang sanggup rushing dari N9 hanya utk beri support pada anakmu ini. Sangat-sangat terharu pada pengorbanan semua. Terasa bersyukur sgt2 kepada Allah s.w.t. kerana semua yg aku syg berada di sisi aku sampai aku selamat melahirkan.
Dan pada ketika aku pantang kini, Mak Nah, Mak dan Mummy menjaga aku dan Amin dengan baik skali. Begitu juga dengan Papa. Thanks yg tak terhingga and cayunk cemua cecangat...muah muah...:D
Khamis, 8 April 2010
Kebaikan Helba
Banyak kali juga aku dengar tentang kebaikan helba/hilba nih.So aku nak share sedikit info dgn korang agar kita mendapat kebaikan bersama.
Hilba adalah tanaman/tumbuhan yang sangat terkenal di kawasan timur tengah dalam bahasa mesir tanaman ini bernama “Fenugreek”. Biji Hilba umumnya di gunakan sebagai makanan dan rempah rempah dan juga bumbu aromatik dalam masakan. Karena sangat terkenal dan kaya akan manfaat Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang hilba ini “Jika umatku mengerti akan manfaat hilba maka mereka akan sanggup menukarnya dengan emas” (Books of Sufi Healing ms: 58). Berikut ini beberapa resep pengobatan tradisional dengan menggunakan Hilba yang sudah di gunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) tabib Yunani kuno untuk mengatasi berbagai macam penyakit.
Campurkan Hilba dalam air hangat secukupnya aduk hingga merata dan diminum rutin setiap hari maka akan bermanfaat untuk:
- Menghilangkan perut kembung
- Melancarkan haid yang tidak teratur
- Membantu melancarkan buang air besar
- Menguatkan jantung
- Membantu mengatasi sakit kepala/migren
- Dapat mengurangi berat badan
- Mengatasi radang kulit/bisul
- Menyuburkan rahim/kandungan
Campurkan Hilba dalam air hangat + madu asli bermanfaat untuk:
- Mengurangi dan menghilangkan kebiasaan merokok
- Membantu mengatasi Anemia
- Untuk kecerdasan dan ketahanan tubuh jika di minum oleh anak2 usia baligh
- Memperbanyak Air Susu (ASI) pada ibu yang sedang menyusui (konon bisa mencapai 300%)
- Membantu kesuburan sperma dan sel telur untuk yang susah punya keturunan
- Meningkatan Nafsu wanita dan laki laki untuk keharmonisan rumah tangga
- Mengatasi ejakulasi dini
.jpg)
.jpg)
.jpg)
_2.jpg)