Khamis, 29 Julai 2010

Tajul Muluk

Terkenang dulu masa zaman kecik-kecik, Tok Tam (adik kpd arwah Tok Mak) pernah ajar aku pasal 'tajul muluk'. Dia kata aku boleh ganti dia jadi dukun.Hahaha..kelakar plak bila terkenang balik. Walhal time tuh aku nak belajar sebab busan tak ada aktiviti kat rumah Tok Mak.Ble? Isk..kalo Tok Tam tahu, mahu dia maki aku. Tapi aku ikhlas belajar dengan dia. Tak rugi wa cakap lu.

Seingat aku, buku 'tajul muluk' dia langsung tak cantik tapi kandungannya amat-amat berguna. Kalau nak belajar 'tajul muluk' ni, korang kena fasih tulisan jawi kalo tak memang korang tak akan dapat belajar & faham punyalah sebab kiraanya pun kena jawi. Nasib mamy hantar aku pergi sekolah agama awal. Kalo tak, aku pun 'hanyut 'tak tau tulisan jawi.Dan sampai skang nih aku dok mencari buku yang aku tulis dlu-dlu. Sayang...ntah manala pergi. Kalo ada, aku boleh gak jadi 'tokmoh' korang kan..boleh tilik sana sini..Hahaha

Akibat excited yang terlebih, aku terus type 'tajul muluk' kat search engine. Tetiba jumpa satu web nih yang agak menarik juga info dia untuk aku kongsi bersama korang. Ada betul & ada yang salah gak. Ini bukan lah sejibik cam kitab aku belajar tapi boleh la cuba untuk suka-suka.Dalam banyak-banyak, aku suka betul dia ramalkan rahsia zodiak lelaki & rahsia mengenal lelaki dari bulan kelahiran Islam. Cam betul la weh..exactly true..I Like..huhu

Kalau korang nak cuba,boleh klik di sini

Enjoy!!

Rabu, 28 Julai 2010

Picture from Amin's BirthdaY

Antara pictures time birthday party Amin...
Yang lain, sila tengok Facebook yak..

Welcome to Amin's Birthday Party

My Happy Family

I like Stripe..
Mama borek, Bismi Rintik

Londehla pipi Bismi kena cium dgn Pak Tam

Memalu Amin time nak potong kekOrang suruh bina menara
Amin merobohkan menara
Isk..isk..isk...

As a whole, birthday party Amin berjalan dengan lancar.
Dan yang PASTI, Amin tersangat HAPPY dengan birthday celebration nih.

Terima kasih kepada Mamy, family & kengkawan yang hadir.
Kedatangan korang merupakan suatu penghormatan buat aku & family.
Mohon maaf jika ada kekurangan di sana sini.

Doa Waktu Pagi

Marilah kita mulakan pagi ini dengan berdoa kepada Allah s.w.t.

1. *Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari dengan (kesedaran bahawa) Kerajaan(bumi dan segala isinya) ini seluruhnya milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu baginya tiada Tuhan selain dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.*(3x)

2. *Kami terjaga di pagi hari dalam fitrah Islam dan kalimat ikhlas dan dalam agama nabi kami,Muhamad SAW dan dalam millat(ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif(lurus) sedang dia bukan seorang musyrik. *(3x)

3. *Ya Allah, pada pagi ini kami nikmati afiat pemberianMu(keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia(dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu atasku,didunia dan akhirat.* (3x)

4.*Ya Allah nikmat apa saja yang aku peroleh di waktu pagi hari atau seseorang diantara makhluk-Mu sebenarnya adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagimu segala puji dan syukur.*(3x)

Jumaat, 23 Julai 2010

Happy Birthday Amin!!

Selamat Hari Lahir yang ke-2 anakandaku,
Muhammad Yushairil Amin.

Mama & Papa
harap anakanda akan menjadi
insan yang baik, bertanggungjawab, cemerlang & soleh.

Mama & Papa
akan sentiasa 'MENDIDIK' & memberi yang 'TERBAIK'
untuk masa depan anak-anak

Sentiasa Ingat!

Mama & Papa
always love you
&
you will always be our
'Little Shin Chan'


p/s: Cam nih la muka Amin kalo merajuk dgn Mama & Papa

Vehicle Market Value

Tengah tak ada kerja memalam nih, aku tetiba terfikir plak nak tahu market value kereta aku. Tapi tak bermakna aku nak jual kereta aku OK. Just nak tahu sahaja. Namun nak jual...MUNGKIN TIDAK!! Coz kereta yang aku pakai skang nih, consider 'MY DREAM CAR' dari zaman sekolah lagi. Betapa aku memang gila-gilakan kereta nih sampailah skang. Even ada 1 lagi kereta, tapi kereta inilah yang menjadi 'PUJAAN HATIKU'.

Tambah-tambah pulak, tokey kat 'workshop' bagi tau aku, ada orang tanya-tanya & nak beli kereta nih. Lagilah menambahkan keinginan aku nak tau market value kereta aku skang ni...best sangat ke sampai ramai yang 'AIM' kereta nih...Hurm............

So, sesapa yang nak tau gak market value kenderaan anda...Silalah klik disini

p/s: Bila tgk market value kereta aku,isk isk isk....... Aku compare price time beli dulu dengan skang. Rase jauh beza. Cukuplah dengan kereta-kereta yang ada skang. Papa ku sayang...jangan ditambah lagi kereta ek!! Mama nak kita tambah-tambahkan rumah..BERBALOI-BALOI!! Semoga Allah melimpah-limpahkan lagi rezeki kita & anak-anak.