Rabu, 16 Mei 2012

Happy Teacher's Day


Happy Teacher's Day!!
to my
ex teachers in Sekolah Agama Abu Bakar Al- Siddiq ( 1988 )
ex teachers in Pan & Judy Kindergarten, Bangsar ( 1989)
ex teachers in SR Bukit Pantai, Bangsar ( 1990 -1993 )
ex teachers in SRK Taman Sri Gombak, Selangor ( 1994 - 1996 )
ex teachers in SMK Hillcrest, Gombak ( 1997 - 2001 )
ex teachers in MRSM Balik Pulai, Penang ( only 6 month in 2000)
ex lectures in Multimedia University, Melaka & Cyberjaya ( 2002 - 2006 )

TQ so much for being a good teachers & lectures of mine




Rabu, 2 Mei 2012

Kerja kerajaan vs Kerja swasta

Mesti ada di antara korang yang tengah or masih memburu untuk kerja di kerajaan, bukan? Bila SPA bukak perjawatan especially PTD..wah bukan main semangat lagi untuk pergi exam..ada tuh yang 5x ambil exam, still tak lepas lepas. Tapi yang penting korang tak berputus asa. Cuba dan cuba lagi.

Betul! Kerja ngan government memang banyak benefit nya. Namun begitu, ada pro and cont nya. Kerja swasta pun mempunyai kelebihannya tersendiri. Antaranya:- 

Kerja Kerajaan
Kerja Swasta
Kebaikan
Kelemahan
Kebaikan
Kelemahan
·    Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
·    Kenaikan gaji setiap tahun
·    Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
·    Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
·    Caruman KWSP atau pencen
·    Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
·    Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
·    Kestabilan ekonomi sendiri
·    Potensi dibuang kerja amat tipis
·    Kerja yang lebih tenang dan selesa
·    Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
·    Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
·    Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
·    Gaji pokok yang kecil
·    Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
.    Posting jauh dari tempat tinggal

·    Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
·    Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
·    Gaji pokok yang tinggi
·    Berorientasikan keuntungan syarikat
·   Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
·    Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa  di mengikut kelayakan
·    Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
.    Ruang kerja yang kondusif
·    Potensi dibuang kerja tinggi
·    Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
·    Masa depan tidak terjamin
.    Boleh pilih kerja

* Di atas hanyalah bayangan kasar yang mungkin tidak terjadi lagi di mana-mana tempat. Peace!! 

Pada aku, kerja di mana-mana pun sama sahaja. Sekiranya korang talented dan commited dalam bekerja, letaklah di mana-mana pun korang boleh bekerja. Cuma....(berdasarkan pengalaman  aku)

Bagi aku, sesiapa yang pernah bekerja di swasta boleh bekerja di government tapi bagi sesiapa yang bekerja di government, amat payah dan sukar untuk bekerja di swasta. Kenapa? Soklan sensitip untuk aku hurai lebih-lebih. Lu pikirlah sendiri! 

p/s: Sesiapa yang dah bekerja di government sepatutnya bersyukur dan bekerja bersungguh-sungguh. Jangan kerana potensi dibuang kerja tipis, korang ble bersikap sambil lewa. Buatlah kerja yang telah diamanahkan sesuai dengan gred dan kenaikan gaji yang PM kita beri sekarang. 

Aku nak mintak maap sekiranya ada yang terasa. Bukan semua yang sebegitu tapi segelintir kumpulan yang sebegini telah merosakan imej government. Berubahlah untuk menjadi pekerja yang lebih baik. 

Sekian.

Khamis, 26 April 2012

Diet tapi Pucat

Tengah syok blog walking ( Al-Maklumlah...aku skang tengah tak berapa nak ada kerja atau ada kerja tapi buat-buat slow skit...macam kawan aku nan sorang tuh!), tetiba terkezut kerani Opis masuk bagai angin lintang menghempas badai. Haiyo...apala salahnya ketuk dulu kawan! Ingatkan kenapa la..Wupenya, dia tanya sama ada aku nak gi kursus ke tak nak...

Tengah aku dok pikir-pikir, skali dia kuar statement " Kenapa muka skang nih nampak pucat jer?". Okies!!Ini adalah orang ke-6 yang tegur muka aku skang pucat dan macam orang sakit. Walhal aku EVERYDAY MAKEUP!! Tensionnya!! 

Is it because Im avoiding rice this whole week? Or my lipstick not too bright enought? Haish...DIET, SALAH!! TAK DIET PUN SALAH!! I have another week to go for avoiding rice..lepas tuh dah boleh makan HANYA untuk LUNCH sahaja! Bersabau la yek!! 

Progress utk 1 week yang pertama nih....1 kg sudah reduce! Alhamdulillah...dari tak reduce langsung kan! 

And  beside than avoiding rice, I also take AyurSlim Capsules by Himalaya rite after I have my meal untuk pembuangan toksin a.k.a berak setiap hari. Sebelum nih, aku memang menghadapi sedikit masalah pembuangan sama ada 2 or 3 days sekali. Tuh yang badan makin membesar lelagi aku pulak dah jarang pakai foot detox akibat MALAS atau TERLUPA kan? Walhal ada jerk benda tu kat umah. Tak mahal pun capsule nih. Dalam RM30-RM45 (Ikut kedai and farmasi)sebotol. Bolehlah kalo korang nak cuba.

At least once a week ( bergantung pada kerajinan jugak) , aku akan turun naik tangga. Dia punye azab. Masya-allah. Kalah kepenatan pergi jogging for 1km. First time buat nih, frankly aku MUNTAH. Agaknya baru oksigen nak masuk kot dalam badan yang tepu lemak nih. But then, when you get used to it...korang cuma akan mengah mengikut level (ikut kemampuan masing-masing). Macam aku, aku akan start mengah bila dah level 7. Time tuh aku tanam semangat tak nak berhenti selagi belum sampai level 10. Sweat?? Usah cakapla. Memang menyimbah keluar. 

Keluar topic plak nih kan?? Camne nih...nak buat muka kembali berseri-seri?? Kena preggy balik lah camni sbb Papa kate Mama nampak berseri kalo Mama preggy....Apakah?? Aku dalam mission NAK KURUS nih! Okies...mungkin aku kena makan daging banyak untuk tambah darah..atau cari lipstick yang LONG LASTING untuk kekal anggun sepanjang hari...Apa kata anda?

Senaman-10 minit

Assalamualaikum

Selain dari pemakanan yang betul, kaedah senaman yang betul juga penting dalam proses menurunkan berat badan. Terutamanya bagi mereka yang benar benar serius hendak menurunkan berat badan.

Pernah tak rasa jogging berkilometer atau berjam jam senam tapi sikit je kalori yang dibakar. Sebenarnya, dengan kaedah senaman yang betul, tak perlu spend masa berjam jam atau jogging pusing satu taman pun. Di rumah pun boleh. Tanpa menggunakan alat.

Macam mana nak bersenam kalau tak cukup masa, tak sempat nak pegi gym atau memang takde duit nak masuk gym. Kaedah senaman ni cuma memerlukan 10 minit bagi beginner, boleh tambah bila dah biasa dan selesa. 
(1) Warm up badan
(2) Lari anak (setempat- kalau dalam rumah) selama 30 saat.
(3) Sprint (lari laju laju) selama 30 saat. Lari selaju yang mungkin.
(4) Lari anak - Sprint adalah dikira satu set. Ulang sebanyak 6 set.

*Gunakan stop watch

Kalau ada basikal kat dalam rumah tu boleh guna kaedah ni jugak. Mula-mula kayuh perlahan, lepas tu kayuh sekuat mungkin. Kalau tak mampu nak sprint sampai 30 saat, buat 20 saat pun boleh.


Senaman ni lebih memenatkan dari berjogging 1km. Kalau tak percaya cubalah. Apa yang penting. Masa bersenam, kawal pernafasan dengan baik. Jangan lupa minum air yang mencukupi (lebih kurang 500ml)

Kalau dah advance, boleh tambah set tu. Selain tu boleh gabungkan dengan jenis senaman yang lain seperti core muscle training untuk kuatkan otot badan secara keseluruhannya. Aku paling suka plank. First time buat nak stay dalam posisi tu 30 saat pun seksa woo.. 





Contoh core muscle training (dengan gambar)

Tak perlu buat setiap hari. Cuma 3 kali seminggu. 10 ~ 30 minit sehari. Sambil tengok TV pun boleh kan. Hehehe..


p/s: Papa selalu perli Mama sebab exercise 10 min sehari. Makan lebih dari 10 min.. Haiyo!! Bukan nak bagi support 'orang tua' nih.. Ada kang aku 'lesing'. Hehehe..

Rabu, 25 April 2012

15 Kesilapan dalam Mendidik Anak-anak



Saja nak share!! Hopefully kita dapat menjadi Mama & Papa yang baik untuk anak-anak kita nanti. Insya Allah.


15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

 Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

 1. KESILAPAN PERTAMA: Kurang berdoa

 1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah * Saidul (penghulu) Istighfar * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 :38) * Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 :40-41)
 1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah * Doa agar anak patuh kepada ALLAH s. w. t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) * Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) * Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

 2. KESILAPAN KEDUA: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : * menakutkan anak-anak dengan sekolah * menakutkan dengan tempat gelap * menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau * menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

 3. KESILAPAN KETIGA: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak * tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak * terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

 4. KESILAPAN KEEMPAT: Menegur anak secara negatif * mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). * membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

 5. KESILAPAN KELIMA: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) * ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani 

6. KESILAPAN KEENAM: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r. a. Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r. a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

 7. KESILAPAN KETUJUH: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas * ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.  

8. KESILAPAN KELAPAN: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

 9. KESILAPAN KESEMBILAN: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

 10. KESILAPAN KESEPULUH: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

 11. KESILAPAN KESEBELAS: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

 12. KESILAPAN KEDUABELAS: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.  

13. KESILAPAN KETIGABELAS: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.  

14. KESILAPAN KEEMPATBELAS: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

 15. KESILAPAN KELIMABELAS: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

 Wallahu'alam.