Selasa, 20 Januari 2009

Selamat Dilahirkan...

Alhamdulillah...

Pada tanggal 23hb Julai 2008 jam 9.44 pagi, aku selamat melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Muhammad Yushairil Amin b. Mohd Khairil Amri. Amboi, panjangnya nama anak aku. Tapi aku dan keluarga memanggil si kecil nih dengan gelaran Amin saja.

Aku dan suami mendapat ilham nama ni semasa berada di rumah Cheras. Memula kami dok gabung2kan nama kami berdua. Dapatlah nama YUSHAIRIL iaitu hasil gabungan nama aku dan suami. Nama last tuh yang tak dapat-dapat.Kejap Amil, kejap Akil, kejap Amril, kejap Irfan (sbb time tuh aku tgh gile tgk cite 'Soleha'). Buntu dibuatnya. Last-last, suami aku cakap Amin. Aku pun dok ulang-ulang sebut MUHAMMAD YUSHAIRIL AMIN, MUHAMMAD YUSHAIRIL AMIN. Sebutan pun cam lembut dan maksud dia pun KEBERKATAN. So aku setuju dengan suami aku. Kami berpendapat biarlah nama kami berdua mendapat keberkatan daripada Allah.

Nama aku dan suami = Yus + Khairil = Yushairil
Keberkatan = Amin

Nih foto Amin ketika baru dilahirkan

Amin umur 1 hari

Amin umur 2 hari

Amin umur 5 hari

Amacam? Comei tak anak gue?Kalo korang ada picture anak-anak korang send la kat aku. Nanti aku uploadkan kat dalam blog nih.;)

Tiada ulasan: