Memaparkan catatan dengan label Bismi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bismi. Papar semua catatan

Isnin, 23 April 2012

Kena Buli!!

Balik jer dari kerja
Tetiba Mama terkejut but nasib tak pengsan
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Hasil kerja tangan Papa..

Bila aku bawak Bismi tengok cermin..
Terus dia nangis tengok muka dia sendiri..
Papa and Amin plak dok ketawa-ketawakan dia...
Cian la anak Mama nih..
Kena buli ngan Papa and Along dia..
Takpe sayang...
Nanti kita
BULI BALIK!!

Rabu, 18 April 2012

My Pretty Princess

Asyik cite pasal my Prince Charming jerk...Mari kita mulakan mukadimah pagi nih dengan cerita Bismi pulak a.k.a my Pretty Princess...

Bismi adalah baby girl aku yang tersangat manja..diulang ye..tersangat manja. Mengalahkan Prince Charming yang lebih independent. When Amin try to kiss her ( which actually Preety Princess suke tapi buat-buat tak suke), dia akan merengek. When Amin saja nak usik-usik ( which tak sah kalo tak usik adik dia sehari ), dia akan merengek jugak.

Kekadang sedang kita leka tengok tv, tetibe Pretty Princess nih akan baring kat lengan or peha kita. And kalo lepas Mama habis mandi and dia tengok rambut Mama basah, dia akan ambil sikat and terus pegi belakang Mama dan sikatkan rambut Mama (Cweet kan?) Tapi bila Mama nak dandankan rambut Pretty Princess, terus dia lari. (Ha..tang nih buat Mama geram!) Dia nak kena pujuk dulu and tunjukan getah yang cantik (yang ada flower or teddy bear) baru dia pakai. Isk Isk Isk...Bismi memang suka benda yang cantik dan comel. Namanya anak perempuan. Bila orang puji, Bismi cantikla...dia dengan gediknya akan tunduk malu dan senyum kucing.

Bila Mama pakaikan baju cantik atau ikatkan rambut dia, terus dia lari pergi kat cermin and belek muka dia. Nanti dia akan cakap, Mama...Shimi ( Pelat!!tak reti sebut nama sendiri) cantik tak Mama? Mama confirmlah cakap 'Chantik Sayang!'. Nanti dia pergi pulak kat Papa dia and tanya Papa...Shimi cantik tak? Papa pun cakap Chantik! And bila dia pergi kat Amin..dia akan cakap ' Along, Shimi Chantik!! ' ( Hamboi..Statement!) Amin pulak akan cakap 'Adik Chantik!' sambil pegang muka or rambut Bismi. Sememangnya my little Prince nih sangat Charming.

Bismi juga jenis yang suka merajuk ( yang dibuat-buat aka. berlakon untuk dapatkan perhatian!Ngada!) Cube tengok picture kat bawah nih..


Mimik muke bila Mama or Papa marah dia


Okies..dah mula muncung mulut!


Muke suam kuku lepas kena pujuk

Bismi juga suke tiru Along Amin dia. Kalo Amin buat gaya Ultraman( sangat obses OK dgn Ultraman!) and cakap 'Haiyak' , yang Pretty Princess nih pun ikut sama. Kalo Along Amin menari, dia pun ikut menari. And yang paling cweet, kalo Along Amin cakap 'Sayang Mama', Bismi pun ikut cakap 'Sayang Mama' sambil dedua cinonet nih peluk Mama. I Like!!

Alhamdulillah...Thank you Allah for giving me a wonderful husband and childrens.

I am so in LOVE with my family...

Selasa, 17 Mei 2011

The Legend International Water Homes

The Legend International Water Homes

Having vacation in The Legend International Water Homes, Port dickson was so awesome and a very privacy place. Suitable for people yang nak having their first or second honeymoon. However, kalo nak bawak family pun tak jadi masalah. The room was huge. I think bole muat dalam 10 members. Plus with a private swimming pool in each room. Superb!! Mula la berangan-angan nak beli kondo yang ada swimming pool sendiri jugak nih!Isk..isk..isk...Plus lagi the view from the room adalah sangat cantik...

Amin tak sabar nak mandi pool

Dah puas mandi kat private pool, aku ajak plak Papa and anak-anak ke public pool di luar bilik. Amin la yang paling happy skali. Nampak jerk gelongsor air tuh, terus melompat-lompat. As for Bismi plak, dia pun sama naik ngan abang dia. Cuma tak se'excited' along nye lagi. Tunggu Bismi dapat 'lesen penuh'. Alamat, jenuhla Mama and Papa nak kejar dedua beradik nih nanti.

Syok mandi

Di depan The Legend Water Chalet...cantik kan?


Ahad, 1 Mei 2011

My little Angle!



Kali nih, aku mahu tayang picture2 dari studio photo shoot sempena birthday Bismi hari tuh...

Layan...............
Her's favourite

My Angle

Di bahu mama

she's already 1 years old

senyum sokmo anak mama nih..


Selasa, 12 April 2011

1 years old


Happy 1 years old sayangku,
Bismillah Humairah
pada 10/04/2011 yang lepas
Semoga menjadi anak yang solehah dan rajin ye sayang
Mama doakan juga agar anak mama
mendapat kejayaan di dunia mahupun akhirat

Melahirkanmu di dunia adalah satu pengalaman yang paling indah
dan paling mengembirakan hati mama
Keinginan dan hajat mama utk mendapatkan anak perempuan
telah dimakbulkan Allah swt...
Alhamdulillah...Mama rasakan hidup mama cukup sempurna
dengan kehadiran anak-anak yang sentiasa menghiburkan hati

Bismi....
Suka mengeleng-geleng kepala
konon tunjuk rambut dia cantik cam iklan pantene

Bismi...
Suka cakap 'no-no' pada benda dia nak buat notty
Nak suruh mama dia cakap 'pandai' bila dia nak buat cam tuh..

Bismi...
Suka tepuk tangan
Bila mama nyanyi lagu 'pok amai-amai'
Sambil tunjuk barisan gigi putih yang cantik dan comel

Bismi...
Suka baring atas dada @ lentok kan kepala kat bahu
dan kekadang suka 'landing' kat peha orang
sambil hisap botol susu

Bismi...
Suka sebut "papapapa" bila nampak orang yang dia kenal...
Memang anak papa la dia nih...

Bismi...
Suka pergi kat orang yang tengah makan @ minum
Buat muka manja dan merengek manja
Minta orang suapkan makan

Bismi...
Suka main buih sabun masa mandi
Dan suka sangat pada air
Pantang nampak swimming pool or pantai

Bismi...
Sangat ringan mulut
Bila ajar bercakap, dia cakap sebijik-bijik

Bismi...
'Gedek' terlebih sampai malas nak belajar jalan
Bila mama suruh tatih, dia merangkak...
Sayang mama...cepat-cepat jalan ye sayang
Ble jalan dan lari sama-sama along amin, papa dan mama.

Bismi..Bismi..Bismi..
Manalah Mama tak rindu bila Mama berjauhan
Ada jer keletah yang buat mama terkenang dan
kekadang Mama gelak sesorang

Sayang anak-anak Mama...muah!!
Ops..dan papa nya jugak (tuh tak boleh tinggal tuh)

Rabu, 9 Februari 2011

Bibik oh bibik!

Lame sudah tak update citer 'sensasi' kat sini. Actually ada memacam citer nak story. Antaranya:-
  • Aku skang tengah sibuk training bibik kat rumah. Yang datang pun memang fresh dari Indonesia dan tiada pengalaman kerja sebagai pembantu rumah. Jadi jenuh gak la nak ajar bibik nih satu per satu. Tapi alhamdulillah, bibik cepat faham dan anak-anak pun dah mula mesra dengan dia. Itu yang paling penting sebenarnya. Dan punca aku start ambil bibik sendiri pun sebab aku dah mula bekerja bawah orang. Kalo tak, jangan harap aku ambil bibik even berkemampuan. Coz pada aku, jaga anak sendiri lagi puas hati dari jagaan orang. Tapi bile dah dapat offer bekerja, aku 'rela dalam paksa' jugak la disebabkan aku tak nak menyusahkan mak dan mentua aku jaga anak-anak. Diorang pun ada 'biz' dan 'aktiviti sendiri' yang nak dibuat. Tambah plak, costing yang tinggi nak ulang-alik hari-hari dari seremban or gombak ke tmpt kerja. Ditambah plak, aku dan papa tak boleh nak berjauhan dengan anak-anak. Apa-apa, biarlah anak-anak ada di depan mata dan dekat dengan kami. Kalo takda anak-anak, rasa sunyi jer hidup. Dicukupkan lagi dengan anak-anak aku yang tak mahu ke nursery. Huhuhu...suku hari diorang kat sana, nursery call kate anak-anak aku menangis. Dan yang paling best, kakak tuh ngadu kat aku...amin pukul kepala dia sebab paksa amin mandi.Hahaha....hero jugak anak mama nih! Dalam hati aku kata 'padan muka ko dan memang patut pun amin pukul ko sebab ko tak pandai pujuk dia mandi...Hehehe...' Jadi, setelah discuss ngan papa...solution utk semua problem yang timbul ialah dgn mengambil seorang bibik. Hopefully bibik ni dapat jaga amin & bismi dgn baik dan tak banyak kerenah. Insya allah.....
  • Hari first bibik bekerja, aku heran kenapa la dia nih mandi tak bukak lampu dan tak bukak paip air. Rupa-rupanya dia tak tahu. Kat kampung dia, tak pakai elektrik dan air pun dapat dari perigi. Masa aku tunjuk kat dia cara2 bukak suis dan paip air, dia punyalah kagum. Tuh belum lagi time aku tunjuk cara2 guna washer machine dan vacuum. Lagi dia tercengang. Hehehe..tapi aku kesian tgk muka dia. Muka dia cam teringat kat kg halaman dan anak-anak dia. Dia ke sini pun sebab nak cari rezeki dan sekolah kan anak-anak. Bila aku bagi dia call kg, menangis teresak dia. Yelah, kalo aku kat tmpt dia pun aku sedih sbb berjauhan dgn suami dan anak-anak. Sabar lah bibik. Mungkin ada hikmah disebaliknya. As for me, insya allah...aku akan cuba sedaya upaya utk menjadi majikan yang baik dan bertimbang rasa. Janji boleh jaga amin & bismi dgn baik. Kalo boleh, sayang mereka sekali macam sayangkan anak sendiri.
  • Adik ipar aku dari Kedah dah berhijrah ke KL. Alhamdulillah...tambah lagi anggota keluarga di KL. Bertambah meriah rasa. Rumah plak dalam 15 min jer dari rumah aku. In case apa-apa, family yang terdekat dah ada. Smoga penghijrahan ini dapat merubah kehidupan adik ipar aku ke tahap yang lebih baik. Insya-allah...
  • Cerita lain...???kita sambung esok yak. Skang pun dah nak dekat pukul 12pm, aku tak tidur lagi...esok plak nak kerja.Papa and anak-anak semua dah lelap. Dan kalo nak tahu, aku memang suka tatap dan selami muka papa and anak-anak masa diorang tidur. Dan kekadang tindakbalas yang aku sendiri tak sedari, aku akan cium dahi mereka dengan sendiri. Rasa bahagia dan tenang jiwa bila aku buat cam tuh. Terdetik jugak kat hati, rasa bersyukur yang tidak terhingga terhadap Allah kerana anugerahkan aku 'harta' yang cukup berharga untuk aku sayangi dan disayangi. Isk...sentimental plak malam nih..cukup2!!tidur dulu yek tuan-tuan dan puan-puan...

Good nite and sleep dreams!!

Jumaat, 26 November 2010

Windu!!!windu!!windu!!

Hooray!!Berakhirnya mesyurat di Langkawi
Tak sabar rasanya nak balik
dan peluk cium
amin & bismi kuat-kuat

bismi

amin

Ahad, 7 November 2010

Becok betul!


Bismi dah mula nak bercakap..
becok tul mulut die...
guuu...gaaa...baa...
petuanya: kena selalu bercakap dengan anak
sejak dari dalam perut lagi..
baby die paham dan dengar apa yang kita kata
jadi sentiasa communicate dengan dia
dan dia akan cepat respond pada kita

Khamis, 21 Oktober 2010

Not so 'Cool'

Starting a new life with a new environment at work
So far, Im very happy with it
But
leaving Amin & Bismi at home
was not a 'cool' part
sangat sangat tidak 'cool'
dan bertambah tidak 'cool'
if i send them to the nursery
which is NEVER...
At the moment, my mother in law took care of them
which make me feel sangat LEGA
but not for very long until I get my own maid
Insya allah this early November...


Jumaat, 1 Oktober 2010

Tertidur Sudah!

Akibat penat bermain dengan Along Amin, Bismi tertidur kat dalam walker...Hehehe..macam-macam keletah anak-anak aku nih...Tengah syok-syok main dengan dia, tetiba 'ZzZzZZzzZZ'... Along Amin dia pun buat muka pelik sambil cakap 'Mama,Papa..adik do(tido)'. Tengok kat bawah nih, Amin cam berfikir kenapa adik dia tetiba tidur..Bila Amin kejutkan Bismi, Bismi buat 'dek' jerk. Cian plak tengok dia cam tuh. Papa angkat & tidurkan dia dalam katil baby. Bismi..Bismi...

Isk..isk..isk..adik aku nih
Kita nak ajak main, dia tido plak

Lena anak mama tidur
zzZzzZZzzzZ

Khamis, 30 September 2010

Klinik 1 Malaysia

Skang nih musim demam, batuk & selsema for amin and bismi. Cuaca pun tak menentu. Bukan takat bismi & amin jerk, mama dia pun asyik kena selsema tak sudah. Tension tul!

Dah 3 kali pergi klinik(klinik biasa, klinik pakar, farmasi).Semua 'tak lut'. Masih lagi sakit. Last-last, chak suruh pergi Klinik 1 Malaysia kat Taman Gombak Permai. Murah pun murah dia kata. Jadi, mama pun bawak anak-anak kat klinik tuh. Wah!!Memang betul murah la..doctor bagi ubat batuk, selsema & demam. Nak tau baper??? RM 1 sahaja utk semua..Jimat dari aku bazir duit ke klinik yang belum tentu sembuh penyakit.

in front of Klinik 1 Malaysia

Nyata, lepas 3 kali makan ubat Klinik 1 Malaysia, anak-anak mama makin sembuh. Not bad gak ubat dia. Thanks to the doctor and staffs. ;)


Jumaat, 20 Ogos 2010

Sleeping 'Bam-Bam'

This is one of my hobbies...Suka sangat tengok amin & bismi tido. Nampak nyeyak jerk. Kekadang jeles tengok diorang tido sebegitu. Sambil-sambil tengok diorang tido, mama suka usap-usap rambut & main bisik-bisik kt telinga anak-anak mama. Cayunk anak-anak mama.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Bismi already 3 month


My little lalink, Bismi already 3month old. Apa ek yang Bismi bole buat:
  • Ikat rambut!!Yey..mama la yang paling happy sebab rambut Bismi dah ble ikat. Lepas nih, mama boleh letak clip cantik-cantik kat Bismi.
  • Bismi dah pandai merajuk. Kalo mama or papa layan along Amin lebih skit, dia akan merengek merajuk.
  • Bismi dah pandai gelak besar kalo orang agah dia.
  • Bismi dah pandai gurau dgn Along Amin.
  • Bismi tak suka pakai losyen kat muka. Isk..isk..isk setiap kali lepas mandi, kalo mama letak jerk losyen kat muka, sure Bismi mengamuk 1 rumah...wek!!tapi mama tak peduli..mama letak jugak sbb nak kasi pipi Bismi lembut OK!
  • Bismi suka jejalan dgn mama. Kalo mama jalan kat shopping complex, diam jerk sepanjang jalan.
  • Dan yang masih tak berubah....BISMI MASIH KUAT TIDO LAGI...ZZZzzZzzZ

Isnin, 2 Ogos 2010

Vacation Utara (Part 2)

Fifth Day, bermula Majlis Berendoi Alya & Bismi. Tomel kan dedua baby nih. Alya baru jerk 2 bulan & Bismi plak 3 bulan. Beza sebulan jerk. Thanks to PakSu GG sebab buat majlis berendoi utk Bismi sekali. Juga tak lupa kepada semua family Kedah yang bertungkus lumus memasak dan bekerjasama bagi menjayakan majlis berendoi nih..Cayang cemua & korang memang "THE VAST" la. Setelah settle jerk majlis, kitorang berangkat pulang. Tapi bukan pulang ke KL tapi singgah lagi ke Penang. Ada 1 tempat yang kitorang miss out nak pergi. Mana lagi kalo bukan Batu Feringgi. Malam tuh kitorang berjalan sepanjang Batu Feringgi sambil bershopping & mencuci mata (tgk pak arab & mat saleh hensem..Sshhhh).Skali skala. Penat shopping, kitorang tido jerk kat hotel berdekatan dan balik KL keesokannya.

As a whole, nih percutian yang paling banyak tempat persinggahan. Walaupun penat tapi best.


My Little Pumpkin

Alya (2month) & Bismi (3month)


Ahad, 1 Ogos 2010

Vacation Utara (Part 1)

Update skit dari vacation aku yang lepas. (part 1)

First day, kitorang singgah Penang hanya utk makan mee udang sahaja kat Teluk Kumbar. Memang best giler mee udang dia. Kalah lah mee udang Sg. Dua. Location pun not bad. Hampir dengan port kapal-kapal nelayan. Lagi plak, kitorang sampai sana petang. Memang tepat pada masa nelayan bawak balik berduyun ikan-ikan yang fresh dan dijual dengan harga yang tersangat murah. Siap boleh 'nego' lagi. Kalo rumah aku kat Penang, rasa aku borong jerk semua ikan-ikan kat situ. Then, kitorang pun singgah umah 'Kak Tun' dan bermalam kat sana. Sempat jugak sebelum bola start, Kak Tun ajak kitorang 'pekena' nasi kandar. Tersangat lazat. Walau perut nih dah penuh dengan mee udang tapi kami sumbat gak. Thanks Kak Tun & Abg Nam. Korang memang best.

Depan kedai Mee Udang

Second day, mama & papa ajak Amin & Bismi naik ferry. Punyalah excited Amin tengok laut. Balik-balik tunjuk kat laut sambil cakap 'Fish', 'Mama Fish', 'Papa Fish'. Nasib dia tak ajak kitorang berenang time tuh. Kalau tak, haru jugak dibuatnya.Bismi plak dok diam dalam pangkuan. Yelah, baru 2 bulan. Tak tau benda lagi. Tunggu besar skit sure becok mulut dia cam Along Amin. Lepas merayap 1 Penang, kitorg terus gi umah Tok Wan, Kedah.Malamnye, kitorang belanja family Kedah makan malam kat Old Village. Menariknye tempat ni, dia dibina di tebing sungai. Cantik & takut gak aku..Manalah tau, tengah syok-syok makan.Tetiba ada buaya muncul ke..isk mintak la dijauhkan. Jadi kitorang pilih port yang tinggi skit. Agak-agak tempat yang buaya tak boleh gigit, BOLEH?Hehehe..Bukan apa. Aku lagi suka makan dengan senang hati dari susah hati.:P Lagi plak, banyak anak buah termasuk anak aku masih kecil lagi. Jadi tak sesuai rasanya ambil port yang berada atas sungai atau tebing sungai. Merbahaya!Makanan kat Old Village pun memang best dan murah..BERBALOI-BALOI.

Kami sekeluarga di Old Village

Third day, kitorang sempat singgah ke rumah Paksu Lan. Nak tgk baby Paksu yang sebulan tua skit dari Bismi. Muka pun nak dekat serupa. Dedua comel. Lepas singah menyinggah beberapa tempat, kitorang gi Bukit Kayu Hitam. Dah alang-alang tuh, kitorang masuk sekali Thailand dengan family Abang Wan.Shopping barang-barang rumah, kasut, toy Amin & Bismi etc. Punya la round mencari patung Barney Amin. Nasib jumpa. Tuh hadiah dari Mama & Papa utk Amin. Hehehe..Barang-barang kat Thailand sememangnye murah. Tapi kena pandai tawar. Kalo tak memang mahal gak harganya. Yelah, mentang-mentang kitorang Malaysia. Mulalah diorang nak naikan harga. Thanks to Abang Wan & Mak Su sebab bawak kitoang masuk Thailand walaupun tak ada passport. Huhuhu...Lain kali kita pergi lagi yak. Settle bab-bab shopping, kami terus ke Chalet Amin di Perlis (buat kat tanah mak &ayah angkat aku, Mama & Abah Chob) untuk menunaikan janji kami nak tido kat sana. Yelah, sejak chalet nih dibuat kitorang tak pernah balik tido. Sekadar singgah jerk. Kalo tido pun kat rumah Ayah Mat (ayah angkat yg ke-2 di Perlis). Tuh yang menimbulkan kemarahan Ayah Chob. Chalet dah buat tapi anak-anak tak mau tidok.Huhu..sorry ayahanda.

Sama tak muka Amani & Bismi?

Hari seterusnya, kitorang gi kenduri kahwin adik angkat aku, Aishah (anak Ayah Mat). Meriah jugak kendurinya. 3 hari 2 mlm tuh. Makanan memang amat best..macam-macam ada. Puaslah anakanda makan especially ayam kampung. Memang favourite anakanda. Lepas kenduri, kitorang merayap plak gi Taman Ular. Bawak anak-anak buah & Amin gi jejalan sekitar Perlis. Seronok la tengok depa. Dah habis round Perlis, kitorang berangkat balik ke Kedah balik sebab nak buat persiapan untuk Majlis Berendoi plak. Sampai je umah Tok Wan, Amin terus bukak baju mandi kolam ngan sepupu-sepapat dia sampai taknak keluar dari kolam. Jenuh gak lah nak pujuk Amin kuar dari kolam tuh. Bukan apa, takut dia kena batuk @ selsema jerk. Malamnya, kitorang buat game untuk 1family. As usual, kalo dah semua berkumpul memang umah Tok Wan jadi riuh & gamat dengan kerenah masing-masing. Bukan anak-anak jerk, mak ayahnye pun tak terkecuali. Ada jerk yang buat lawak spontan & yang pasti HARU dibuatnye. Tambah lagi kalo Tok Wan pun join skali. Lagi lah RIUH.

kitorang bersama anak-anak buah

aku & family Ayah Mat
malam sebelum kenduri

family yang HAPPENING!

Amin & sepupunya

Selasa, 13 Julai 2010

Kenapa Bismillah?

Ramai gak family ngan kengkawan yang tanya & cakap kat aku..kenapa bagi nama Bismillah kat anak aku?Tak berat ke nama tuh kat dia?Unik nama tuh, lain dari yang lain..etc.

Actually nama 'Bismillah' tuh,papa Bismi yang suka manakala mamanya plak suka pada nama 'Humairah'. Maka kami gabungkan 2 nama tuh dengan erti & niat dalam hati 'Dengan nama Allah, kami memberi nama pada anak perempuanku 'Humairah' yang membawa maksud 'Pipi kemerahan/Permaisuri' di dalam hidup kami.

Selain itu, ini adalah antara sebab-sebabnya kenapa kami memberi nama 'Bismillah' kepada puteri kami.



BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha> Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail..

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

sabda Rasulluah, ''siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada''....

Jumaat, 25 Jun 2010

My Little 'Shin Chan' & My Little 'Pumpkin'

Bismi skang sudah 2 bulan. Dia dah pandai gelak-gelak bila orang agah dia & pandai nangis kalo orang marah dia (acah2 marah).Sensitif gak anak mama nih. Ha..jangan tak tau, kecik2 lagi Bismi dah pandai berlakon. Kejap2 senyum, kejap2 cebik, kejap2 buat muka suka & kejap2 buat muka sombong. EeeEee...Geram jerk tgk gelagat Bismi nih...Hari-hari kena cubit pipi ngan mama. Naik 'bam-bam' pipi dia.

Bismi 2 bulan

My Little Pumpkin

Along Amin plak dah pandai jaga Bismi. Kalo Bismi nangis, dia lah orang pertama yang tengok Bismi kat katil baby. Pastu tepuk-tepuk Bismi kononnya kasi dia tido balik (tapi Bismi x penah tido pun.Terus terjaga lagi ada..hehehe). Kekadang Amin akan pujuk & main ngan Bismi 'tepuk amai-amai'.Sampai mengekek-ngekek Bismi gelak bila Along Amin pegang tangan dia suruh tepuk. Comel sangat tengok telatah 'My Little ShinChan' (nama manja for Along Amin) & ' My Little Pumpkin' (nama manja for Bismi)nih. Nampak dah kasih sayang antara adik-beradik semakin erat. Mama harap anak-anak mama saling menyayangi dan rapat antara satu dgn yg lain. Tak mau gaduh-gaduh ye syg..Air dicincang tak akan putus.

Suka Along Amin pegang tangan Bismi


My Little ShinChan & My Little Pumpkin

Selasa, 22 Jun 2010

Rambut Palsu

Aku baru jerk balik dari Jusco Mahkota Cheras.Bukan main penat rasanya.Mau taknya..Aku jalan kaki dari rumah ke Jusco (rajin kan..mentang-mentangla dkat gile ngan rumah).Malas nak guna kete. Kasi kete aku rehat sehari. Lagipun, dah lama tak exercise sejak aku mengandung Bismi.

Tarik nafas dulu sebelum nak story kat korang....FUH!!!

Dah aku tawaf satu Jusco tuh, aku duduk la kat satu port nih sambil dukung Bismi. Tetiba cam aku perasan ada orang pandang kat aku & Bismi. Ada 'aunty' tuh senyum-senyum kambing kat kami. Aku pun senyum kucing balik la kat dia. Ntah cam ne, mulut peramah aku nih tetiba jer mulakan conversation:-

Aku: Aunty pekaber & dari mana?

Aunty: Baik.Aunty dari Sabah. Tuh adik kamu ke? (sambil tunjuk kat Bismi)

Aku: Eh, tak la.Nih anak saya. My second daughter..

Aunty: (sambil gelak)Aunty ingat adik kamu. Kamu nampak muda sangat.Cam 17-18thn.Haha..umur kamu berapa?

Aku: 26 years..mana ada muda aunty. Tua lagi ada la..

Aunty: Cantikla anak kamu. Mata coklat & rambut lebat cam rambut palsu..

Aku: (Dengan hidung yang kembang kempis, aku plak gelak besar) RAMBUT PALSU????Ada ke rambut palsu untuk baby???Hehe..Gen kot aunty...

Aunty tuh pun tergelak sama. Tapi aku wondering jugak. Kot iya pun nak cakap rambut Bismi lebat..jangan aah cakap cam rambut palsu.Tak logik sungguh..Isk isk isk..cakap la rambut lebat cam rambut mama dia..(eceh,nak jugak tuh!haha)

Apa-apa jerk la Aunty..LAYAN