Memaparkan catatan dengan label Amin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amin. Papar semua catatan

Selasa, 24 April 2012

Suka dan duka bersama Sang Gajah


Suka dan duka My Little Prince Charming dengan gajah...

Bersama gajah di World of Tambun, Perak
Tengokla muka seposen dia. Memang susah dia nak senyum


Menangis kepenatan di Zoo Negara
Papa and Mama paksa jugak ambil gambar dengan gajah
buat collection kat rumah



Rabu, 18 April 2012

My Pretty Princess

Asyik cite pasal my Prince Charming jerk...Mari kita mulakan mukadimah pagi nih dengan cerita Bismi pulak a.k.a my Pretty Princess...

Bismi adalah baby girl aku yang tersangat manja..diulang ye..tersangat manja. Mengalahkan Prince Charming yang lebih independent. When Amin try to kiss her ( which actually Preety Princess suke tapi buat-buat tak suke), dia akan merengek. When Amin saja nak usik-usik ( which tak sah kalo tak usik adik dia sehari ), dia akan merengek jugak.

Kekadang sedang kita leka tengok tv, tetibe Pretty Princess nih akan baring kat lengan or peha kita. And kalo lepas Mama habis mandi and dia tengok rambut Mama basah, dia akan ambil sikat and terus pegi belakang Mama dan sikatkan rambut Mama (Cweet kan?) Tapi bila Mama nak dandankan rambut Pretty Princess, terus dia lari. (Ha..tang nih buat Mama geram!) Dia nak kena pujuk dulu and tunjukan getah yang cantik (yang ada flower or teddy bear) baru dia pakai. Isk Isk Isk...Bismi memang suka benda yang cantik dan comel. Namanya anak perempuan. Bila orang puji, Bismi cantikla...dia dengan gediknya akan tunduk malu dan senyum kucing.

Bila Mama pakaikan baju cantik atau ikatkan rambut dia, terus dia lari pergi kat cermin and belek muka dia. Nanti dia akan cakap, Mama...Shimi ( Pelat!!tak reti sebut nama sendiri) cantik tak Mama? Mama confirmlah cakap 'Chantik Sayang!'. Nanti dia pergi pulak kat Papa dia and tanya Papa...Shimi cantik tak? Papa pun cakap Chantik! And bila dia pergi kat Amin..dia akan cakap ' Along, Shimi Chantik!! ' ( Hamboi..Statement!) Amin pulak akan cakap 'Adik Chantik!' sambil pegang muka or rambut Bismi. Sememangnya my little Prince nih sangat Charming.

Bismi juga jenis yang suka merajuk ( yang dibuat-buat aka. berlakon untuk dapatkan perhatian!Ngada!) Cube tengok picture kat bawah nih..


Mimik muke bila Mama or Papa marah dia


Okies..dah mula muncung mulut!


Muke suam kuku lepas kena pujuk

Bismi juga suke tiru Along Amin dia. Kalo Amin buat gaya Ultraman( sangat obses OK dgn Ultraman!) and cakap 'Haiyak' , yang Pretty Princess nih pun ikut sama. Kalo Along Amin menari, dia pun ikut menari. And yang paling cweet, kalo Along Amin cakap 'Sayang Mama', Bismi pun ikut cakap 'Sayang Mama' sambil dedua cinonet nih peluk Mama. I Like!!

Alhamdulillah...Thank you Allah for giving me a wonderful husband and childrens.

I am so in LOVE with my family...

Selasa, 17 April 2012

KRISTA ANNUAL SPORT DAY 2012

Last Sunday, ada KRISTA ANNUAL SPORT DAY ( Amin' kindergarten) . A week before the event, Amin ada training kat school. Yang parent nya plak, tak sabo-sabo nak tengok Amin time Sport Day tuh. Dalam hati..apalah jadi nanti kat anak aku??Boleh ke dia buat??Jangan dia buat lawak dahla ( Amin memang terkenal ngan Pak Lawaknya).


Akibat excited terlebih, Mama nya sanggup belikan Amin sepasang lagi sport shoes dengan harapan Amin menang. Warna biru lagi gitu!!And kalo korang perasan dalam picture yang aku kat bawah nih, Amin sorang jerk yang pakai blue sport shoes. Ceh..tuh pun nak citer kan...Kecoh!

Amin masuk 2 acara: 1) Bawak bola ping pong dalam sudu 2) Cucuk bunga dalam pasu. And you know whut...Amin juara untuk kedua-dua acara tuh. Bangga tak terkata Mama dan Papa dia!! Tapi yang over skit Mama la kan..siap jerit nama Amin!!Amin!!Cepat!! Bismi pun turut jadi penyokong kuat!Dia pun sama naik la ngan Mama dia. Siap lompat-lompat lagi...Bila Along Amin dia menang, dia siap cakap "Ayong, high-5!!"..Supportive sungguh anak mama nan sowang nih! Owh..dan kami tiga beranak (Mama, Papa & Bismi) semuanya pakai merah untuk support Amin on that day.


Amin..we were so proud of you!!

Congrate my Prince Charming...Muah muah muah...

And Congrate to Krista's teacher who taught Amin a lot!! Thank you so much...

Isnin, 9 April 2012

I Like VICKS!!

Haish...tension! Setelah 4 tahun tak ada jerawat (which mean sejak mengandung Amin sehinggala skang), tetibe muncul 3 biji yg comel-lote kat tepi muke.

Tangan yang gatal nih..apa lagi. Mula la nak picit kan..Resultnya, nampaklah merah-merah saga kat tepi pipi nih especially bile tak pakai make up. Tension!!Tension!!

Then suddenly, my Little Prince Charming a.k.a Amin datang dekat ngan muka aku and touch my cheek sambil kata...

Prince Charming : Mama...mama sakit ke?
Mama : Sakit. ( Konon-konon la buat muka gedik sakit plus cam nangis-nangis skit)
Prince Charming : Mama...mama kenapa? Mama kena gigit nyamuk yek? (Sambil pegang pegang pipi aku) ( Dia sangkakan jerawat aku tuh bintat gigit nyamuk...time nih mmg aku dah ketawa)
Mama : Och..sakit la Amin. ( Berlakon lagi tuh )
Prince Charming : Cian Mama. Jap. Amin ambil ubat. ( Dia pegi ambil Vicks kat atas meja. Then sapu skit kat pipi aku) ( Ha...padan muka aku!!)

Hadoi la anak. Sungguh sweet and charming kamu ini. Walau pipi mama nih rasa cam pedih dingin disebabkan kamu yang comel nih sapu Veeks. Mama relakan ajerk

But u guys, tau tak??? Lepas my Little Charming tuh sapu Vicks kat pipi aku, pagi nih terus jerawat tuh kecut and tak semerah semalam. Banyaknye kegunaan Vicks nih! Selain dapat kecutkan bintat nyamuk (which Amin aplikasikan balik apa aku selalu buat kat dia and Bismi), sembuhkan penyakit batuk, selsema...Vicks juga bole kecutkan jerawat!! Amazing !! TQ Vicks!!



Selasa, 17 Mei 2011

The Legend International Water Homes

The Legend International Water Homes

Having vacation in The Legend International Water Homes, Port dickson was so awesome and a very privacy place. Suitable for people yang nak having their first or second honeymoon. However, kalo nak bawak family pun tak jadi masalah. The room was huge. I think bole muat dalam 10 members. Plus with a private swimming pool in each room. Superb!! Mula la berangan-angan nak beli kondo yang ada swimming pool sendiri jugak nih!Isk..isk..isk...Plus lagi the view from the room adalah sangat cantik...

Amin tak sabar nak mandi pool

Dah puas mandi kat private pool, aku ajak plak Papa and anak-anak ke public pool di luar bilik. Amin la yang paling happy skali. Nampak jerk gelongsor air tuh, terus melompat-lompat. As for Bismi plak, dia pun sama naik ngan abang dia. Cuma tak se'excited' along nye lagi. Tunggu Bismi dapat 'lesen penuh'. Alamat, jenuhla Mama and Papa nak kejar dedua beradik nih nanti.

Syok mandi

Di depan The Legend Water Chalet...cantik kan?


Selasa, 15 Februari 2011

Peluru terbang

Amin skang dah berusia 2 tahun lebih..nak tau hobi Amin apa skang? Setiap kali keluar atau nampak barangan mainan..sure dia akan kuar ayat nih sambil buat muka ala-ala kesian..."Mama/Papa nak belon?" or "Mama/Papa nak pistol?" Aduhai anak!....Akibat cian kat anak punye pasal...aku and papa turut kan jugak. Dan bila Amin dapat jerk belon atau pistol tuh, dia akan main sampailah benda tuh rosak atau habis.

Yang syoknya, bila Amin main belon dalam rumah, dah terasa rumah nih macam 'theme park kanak-kanak' dah. Bismi pun join skali gak abang dia, ikut sama kejar (a.k.a merangkak ye bukan berlari) belon tuh..macam la dia dah ada 'kaki'. Dan kekadang, mama dia pun ikut serta. Syok gak dapat loncat-loncat sambil pecah belon. hai...kalolah hari-hari buat cam nih, bolehla mama jadi tinggi skit,betul tak papa?Hehehe...Asyik papa mengata mama pendek jerk.:P

Dan kalo Amin main pistol plak..mama rasa cam ada 'war kecik' dalam cite 'Night At The Museum'. Peluru datang dari pelbagai arah kalo Amin ngan Papa main tembak-tembak. Kekadang mama tengah leka tengok TV, tetiba "pap'..adei peluru tuh kena muka mama. Aik Amin, marah mama ek sebab tak layan Amin main tembak-tembak. Hehehe...anak-anak!!Manalah hidup mama tak ceria tanpa kehadiran anak-anak dan papanya (tuh harus cakap ek..kalo tak nanti Papa merajuk plak). Cam hari tuh..papa kate mama tak cayang papa dah ek?Mama cayang anak-anak jerk. Isk..isk..isk..papaku..Mustilah mama sayang dan kasih pada anak-anak dan papanya skali. Kalo takda papa, takda jugak lah anak-anak. :D

Pada kengkawan yang bakal atau dah ada anak..kalo anak korang nak explore atau nak main benda yang diorang minat even kekadang benda tuh akan buat rumah sedikit messy. Bagi jerk dan jangan halang. Sediakan tempat kat diorang siap-siap. Ia bagus untuk perkembangan mental dan fizikal diorang. Bagi anak-anak cepat faham dan enjoy diorang nye childhood..

Alamak...Bismi dah datang mengacau..Dia pun cam Mama dia gak..suka pada komputer. Pantang tengok Mama lepak depan laptop, mulalah dia pun nak tekan-tekan...Takut nanti kang tak jadi plak entry yang aku buat nih..Chow dlu kengkawan! Nak bagi dia tekan puas-puas.

Rabu, 9 Februari 2011

Bibik oh bibik!

Lame sudah tak update citer 'sensasi' kat sini. Actually ada memacam citer nak story. Antaranya:-
  • Aku skang tengah sibuk training bibik kat rumah. Yang datang pun memang fresh dari Indonesia dan tiada pengalaman kerja sebagai pembantu rumah. Jadi jenuh gak la nak ajar bibik nih satu per satu. Tapi alhamdulillah, bibik cepat faham dan anak-anak pun dah mula mesra dengan dia. Itu yang paling penting sebenarnya. Dan punca aku start ambil bibik sendiri pun sebab aku dah mula bekerja bawah orang. Kalo tak, jangan harap aku ambil bibik even berkemampuan. Coz pada aku, jaga anak sendiri lagi puas hati dari jagaan orang. Tapi bile dah dapat offer bekerja, aku 'rela dalam paksa' jugak la disebabkan aku tak nak menyusahkan mak dan mentua aku jaga anak-anak. Diorang pun ada 'biz' dan 'aktiviti sendiri' yang nak dibuat. Tambah plak, costing yang tinggi nak ulang-alik hari-hari dari seremban or gombak ke tmpt kerja. Ditambah plak, aku dan papa tak boleh nak berjauhan dengan anak-anak. Apa-apa, biarlah anak-anak ada di depan mata dan dekat dengan kami. Kalo takda anak-anak, rasa sunyi jer hidup. Dicukupkan lagi dengan anak-anak aku yang tak mahu ke nursery. Huhuhu...suku hari diorang kat sana, nursery call kate anak-anak aku menangis. Dan yang paling best, kakak tuh ngadu kat aku...amin pukul kepala dia sebab paksa amin mandi.Hahaha....hero jugak anak mama nih! Dalam hati aku kata 'padan muka ko dan memang patut pun amin pukul ko sebab ko tak pandai pujuk dia mandi...Hehehe...' Jadi, setelah discuss ngan papa...solution utk semua problem yang timbul ialah dgn mengambil seorang bibik. Hopefully bibik ni dapat jaga amin & bismi dgn baik dan tak banyak kerenah. Insya allah.....
  • Hari first bibik bekerja, aku heran kenapa la dia nih mandi tak bukak lampu dan tak bukak paip air. Rupa-rupanya dia tak tahu. Kat kampung dia, tak pakai elektrik dan air pun dapat dari perigi. Masa aku tunjuk kat dia cara2 bukak suis dan paip air, dia punyalah kagum. Tuh belum lagi time aku tunjuk cara2 guna washer machine dan vacuum. Lagi dia tercengang. Hehehe..tapi aku kesian tgk muka dia. Muka dia cam teringat kat kg halaman dan anak-anak dia. Dia ke sini pun sebab nak cari rezeki dan sekolah kan anak-anak. Bila aku bagi dia call kg, menangis teresak dia. Yelah, kalo aku kat tmpt dia pun aku sedih sbb berjauhan dgn suami dan anak-anak. Sabar lah bibik. Mungkin ada hikmah disebaliknya. As for me, insya allah...aku akan cuba sedaya upaya utk menjadi majikan yang baik dan bertimbang rasa. Janji boleh jaga amin & bismi dgn baik. Kalo boleh, sayang mereka sekali macam sayangkan anak sendiri.
  • Adik ipar aku dari Kedah dah berhijrah ke KL. Alhamdulillah...tambah lagi anggota keluarga di KL. Bertambah meriah rasa. Rumah plak dalam 15 min jer dari rumah aku. In case apa-apa, family yang terdekat dah ada. Smoga penghijrahan ini dapat merubah kehidupan adik ipar aku ke tahap yang lebih baik. Insya-allah...
  • Cerita lain...???kita sambung esok yak. Skang pun dah nak dekat pukul 12pm, aku tak tidur lagi...esok plak nak kerja.Papa and anak-anak semua dah lelap. Dan kalo nak tahu, aku memang suka tatap dan selami muka papa and anak-anak masa diorang tidur. Dan kekadang tindakbalas yang aku sendiri tak sedari, aku akan cium dahi mereka dengan sendiri. Rasa bahagia dan tenang jiwa bila aku buat cam tuh. Terdetik jugak kat hati, rasa bersyukur yang tidak terhingga terhadap Allah kerana anugerahkan aku 'harta' yang cukup berharga untuk aku sayangi dan disayangi. Isk...sentimental plak malam nih..cukup2!!tidur dulu yek tuan-tuan dan puan-puan...

Good nite and sleep dreams!!

Jumaat, 26 November 2010

Windu!!!windu!!windu!!

Hooray!!Berakhirnya mesyurat di Langkawi
Tak sabar rasanya nak balik
dan peluk cium
amin & bismi kuat-kuat

bismi

amin

Khamis, 21 Oktober 2010

Not so 'Cool'

Starting a new life with a new environment at work
So far, Im very happy with it
But
leaving Amin & Bismi at home
was not a 'cool' part
sangat sangat tidak 'cool'
dan bertambah tidak 'cool'
if i send them to the nursery
which is NEVER...
At the moment, my mother in law took care of them
which make me feel sangat LEGA
but not for very long until I get my own maid
Insya allah this early November...


Jumaat, 1 Oktober 2010

Tertidur Sudah!

Akibat penat bermain dengan Along Amin, Bismi tertidur kat dalam walker...Hehehe..macam-macam keletah anak-anak aku nih...Tengah syok-syok main dengan dia, tetiba 'ZzZzZZzzZZ'... Along Amin dia pun buat muka pelik sambil cakap 'Mama,Papa..adik do(tido)'. Tengok kat bawah nih, Amin cam berfikir kenapa adik dia tetiba tidur..Bila Amin kejutkan Bismi, Bismi buat 'dek' jerk. Cian plak tengok dia cam tuh. Papa angkat & tidurkan dia dalam katil baby. Bismi..Bismi...

Isk..isk..isk..adik aku nih
Kita nak ajak main, dia tido plak

Lena anak mama tidur
zzZzzZZzzzZ

Rabu, 1 September 2010

Not Feeling Well

Amin tak berapa sihat sejak 2 hari lepas. Dia kena fever, flu & cought. Jadi dah 2 days, me & papa didnt have enough sleep. Kejap-kejap jaga sebab amin menangis tengah malam. Nasib Bismi tak meragam sekali. Bila nak bagi makan ubat, Amin 'memberontak' (lari & nangis 1 rumah plus dia dengan sengaja akan muntah). Adei..pening kepala dibuatnya. Mama & papa terpaksa 'tag team' nak bagi Amin makan ubat. Papa kena pegang Amin kuat-kuat while mama plak kena pancit ubat masuk dalam mulut Amin. Memang terasa macam kejam plak sebab paksa Amin makan ubat. Tapi nak buat camana..tu jerk la cara nak kasi Amin cepat sihat.

Alang-alang kitorang pergi melawat Kak Ja kat Hospital Al-Islam Kg. Baru semalam, kitorang buat skali medical check up kat Amin. After check up, doctor suggest nak masukan 'ubat bontot' (ubat demam). Papa agree jer memandangkan Amin memang susah nak bagi makan ubat. Asyik muntah jer. Yang bestnye, after 2 hours demam Amin terus lega. Suhu badan pun dah normal. Pelik kan?Nak kena keluar duit & jumpa doktor gak, baru penyakit cepat reda. Kalo makan ubat farmasi, lambat plak reaction nya. Apa-apa jerk la, janji Amin sihat.

Since 2 days ago gak, line streamyx at home is soo S**K. Bikin marah jerk. Please TELEKOM, buat kerja elok-elok skit. Kang slah haribulan, aku tukar broadband balik kang.

Rindu plak kat FB. Banyak message yang perlu dijawab. Then, tetiba aku tergelak besar bila terbace kat Walls, ada orang cakap 'Awak ni artis kan????' Hahaha..beb, celah mana plak aku jadi artis nih..

Nak kata berlakon, sekali jerk seumur hidup. Itu pun masa darjah 6 kat depan perhimpunan di mana (ceh, di mana plak) aku menjadi tuan puteri Si Tanggang. Mudah jerk berlakon tuh, buat gaya lembut-lembut skit & tetiba jadi batu. :P Hehehe..

Menyanyi? Memang aku suka menyanyi. Pernah dulu waktu kecil-kecil. Andy Yunus (arwah bapak Andrian atau Rian Band) pernah offer jadi penyanyi kanak-kanak bersama anak-anak dia (fifi, abg rian & fitriah) tapi mamy tak bagi sebab tak nak anak dia hanyut dalam dunia artis. Ha..kalo korang nak tau, diorang nih memang rapat dengan aku dulu. Tido, makan, bermain, bercuti semua bersama-sama. Then, since aku pindah dari Bangsar ke Gombak kitorang dah makin jauh & bawak haluan sendiri. Yang aku still contact is with Fitriah. Itupun, time aku nak dekat-dekat kahwin. Kebetulan, Fitriah jadi gf kawan adik aku. So kitorang meet balik selepas berbelas tahun tak jumpa.

Apa pun, cuba lah bayangkan kalo aku jadi penyanyi sekarang? Confirm korang tutup semua radio & tv nye..Hahaha...


Jumaat, 20 Ogos 2010

Sleeping 'Bam-Bam'

This is one of my hobbies...Suka sangat tengok amin & bismi tido. Nampak nyeyak jerk. Kekadang jeles tengok diorang tido sebegitu. Sambil-sambil tengok diorang tido, mama suka usap-usap rambut & main bisik-bisik kt telinga anak-anak mama. Cayunk anak-anak mama.

Khamis, 19 Ogos 2010

Buka Puasa di BaYou

Berbuka puasa secara buffe' di BaYou, Alamanda Putrajaya is a 'thumb up'. Puas hati makan. Macam-macam ada. Ada masakan melayu, western, bakar-bakar, indonesian (which is bibik pun suka..banyak aku tengok dia makan gado-gado) & yang menjadi favourite aku & papa is japanese food. Banyak kali kitorg interframe kt section tuh sampai chef yg masak tempura tuh pun kenal muka kitorang. Huhuhu...(lantak lah dia nak kata kitorg 'melantak' ke tak. Yang penting perut kena kasi kenyang). Dan sambil-sambil makan tuh, kita dihiburkan & dimeriahkan dgn muzik & tarian kebudayaan. Jadi tak busan sangat. Adalah jugak benda nak dengar dari senyap sepi jerk.

Lepas makan-makan, kitorang lepaskan amin main dengan balloon nye. Belum sempat amin nak buat belon besar, ramai dah 'peminat' yang datang berkeromon kat amin. Wah!Banyak peminat anak mama nih ek..Heehehe...tengoklah tu keletah diorang. Mak ayah budak-budak nih pun dapat makan dengan aman lepas amin bawak kuar belon dia. Taklah bebudak nih busan. Boleh gak kejar-kejar & letupkan belon amin beramai-ramai.

Mari datang dekat...
Jangan malu, Jangan segan

Cepatlah amin buat belon..
Lambat lah...:P

Jumaat, 13 Ogos 2010

Alkisahnye Veer...

Hari-hari Amin main bola...

Hari-hari Amin tengok Veer...


p/s: Skang nih Barney dah dilupakan. Tukar cite Hindustan plak.
Waduh-waduh anak ku...bertukar citarasa plak. Masuk kali nih
dah 11x mama tengok Veer. Siap boleh hafal dah script dia...
Nih effect dari aku tgk Box Office kat Astro last month.
Amin...amin...amin...



Jumaat, 6 Ogos 2010

Puasa punya pasal!

Start minggu nih, mama & papa pakat dua orang nak berpuasa. Thanks papa sebab nak temankan mama berpuasa jugak. At least, mama tak keseorangan. Ada jugak orang nak temankan mama sahur & berbuka. Cam biasalah, bila dah berpuasa nih..nafsu nak makan punya la tinggi (bukan NAFSU lain OK!!). So kitorang decide nak makan makanan Jepun. Nyummy..memang Japanese foods tetap menjadi 'POJAAN' kitorang.

Sampai licin aku makan..tuh blum side order lagi

Sempat posing sambil bersantap..
Nyum...Nyum..Nyum...

Meh sini..mama kepit Amin!!

p/s: Thanks Papa!Belanja mama makan..nanti belanja lagi ek?


Isnin, 2 Ogos 2010

Vacation Utara (Part 2)

Fifth Day, bermula Majlis Berendoi Alya & Bismi. Tomel kan dedua baby nih. Alya baru jerk 2 bulan & Bismi plak 3 bulan. Beza sebulan jerk. Thanks to PakSu GG sebab buat majlis berendoi utk Bismi sekali. Juga tak lupa kepada semua family Kedah yang bertungkus lumus memasak dan bekerjasama bagi menjayakan majlis berendoi nih..Cayang cemua & korang memang "THE VAST" la. Setelah settle jerk majlis, kitorang berangkat pulang. Tapi bukan pulang ke KL tapi singgah lagi ke Penang. Ada 1 tempat yang kitorang miss out nak pergi. Mana lagi kalo bukan Batu Feringgi. Malam tuh kitorang berjalan sepanjang Batu Feringgi sambil bershopping & mencuci mata (tgk pak arab & mat saleh hensem..Sshhhh).Skali skala. Penat shopping, kitorang tido jerk kat hotel berdekatan dan balik KL keesokannya.

As a whole, nih percutian yang paling banyak tempat persinggahan. Walaupun penat tapi best.


My Little Pumpkin

Alya (2month) & Bismi (3month)


Ahad, 1 Ogos 2010

Vacation Utara (Part 1)

Update skit dari vacation aku yang lepas. (part 1)

First day, kitorang singgah Penang hanya utk makan mee udang sahaja kat Teluk Kumbar. Memang best giler mee udang dia. Kalah lah mee udang Sg. Dua. Location pun not bad. Hampir dengan port kapal-kapal nelayan. Lagi plak, kitorang sampai sana petang. Memang tepat pada masa nelayan bawak balik berduyun ikan-ikan yang fresh dan dijual dengan harga yang tersangat murah. Siap boleh 'nego' lagi. Kalo rumah aku kat Penang, rasa aku borong jerk semua ikan-ikan kat situ. Then, kitorang pun singgah umah 'Kak Tun' dan bermalam kat sana. Sempat jugak sebelum bola start, Kak Tun ajak kitorang 'pekena' nasi kandar. Tersangat lazat. Walau perut nih dah penuh dengan mee udang tapi kami sumbat gak. Thanks Kak Tun & Abg Nam. Korang memang best.

Depan kedai Mee Udang

Second day, mama & papa ajak Amin & Bismi naik ferry. Punyalah excited Amin tengok laut. Balik-balik tunjuk kat laut sambil cakap 'Fish', 'Mama Fish', 'Papa Fish'. Nasib dia tak ajak kitorang berenang time tuh. Kalau tak, haru jugak dibuatnya.Bismi plak dok diam dalam pangkuan. Yelah, baru 2 bulan. Tak tau benda lagi. Tunggu besar skit sure becok mulut dia cam Along Amin. Lepas merayap 1 Penang, kitorg terus gi umah Tok Wan, Kedah.Malamnye, kitorang belanja family Kedah makan malam kat Old Village. Menariknye tempat ni, dia dibina di tebing sungai. Cantik & takut gak aku..Manalah tau, tengah syok-syok makan.Tetiba ada buaya muncul ke..isk mintak la dijauhkan. Jadi kitorang pilih port yang tinggi skit. Agak-agak tempat yang buaya tak boleh gigit, BOLEH?Hehehe..Bukan apa. Aku lagi suka makan dengan senang hati dari susah hati.:P Lagi plak, banyak anak buah termasuk anak aku masih kecil lagi. Jadi tak sesuai rasanya ambil port yang berada atas sungai atau tebing sungai. Merbahaya!Makanan kat Old Village pun memang best dan murah..BERBALOI-BALOI.

Kami sekeluarga di Old Village

Third day, kitorang sempat singgah ke rumah Paksu Lan. Nak tgk baby Paksu yang sebulan tua skit dari Bismi. Muka pun nak dekat serupa. Dedua comel. Lepas singah menyinggah beberapa tempat, kitorang gi Bukit Kayu Hitam. Dah alang-alang tuh, kitorang masuk sekali Thailand dengan family Abang Wan.Shopping barang-barang rumah, kasut, toy Amin & Bismi etc. Punya la round mencari patung Barney Amin. Nasib jumpa. Tuh hadiah dari Mama & Papa utk Amin. Hehehe..Barang-barang kat Thailand sememangnye murah. Tapi kena pandai tawar. Kalo tak memang mahal gak harganya. Yelah, mentang-mentang kitorang Malaysia. Mulalah diorang nak naikan harga. Thanks to Abang Wan & Mak Su sebab bawak kitoang masuk Thailand walaupun tak ada passport. Huhuhu...Lain kali kita pergi lagi yak. Settle bab-bab shopping, kami terus ke Chalet Amin di Perlis (buat kat tanah mak &ayah angkat aku, Mama & Abah Chob) untuk menunaikan janji kami nak tido kat sana. Yelah, sejak chalet nih dibuat kitorang tak pernah balik tido. Sekadar singgah jerk. Kalo tido pun kat rumah Ayah Mat (ayah angkat yg ke-2 di Perlis). Tuh yang menimbulkan kemarahan Ayah Chob. Chalet dah buat tapi anak-anak tak mau tidok.Huhu..sorry ayahanda.

Sama tak muka Amani & Bismi?

Hari seterusnya, kitorang gi kenduri kahwin adik angkat aku, Aishah (anak Ayah Mat). Meriah jugak kendurinya. 3 hari 2 mlm tuh. Makanan memang amat best..macam-macam ada. Puaslah anakanda makan especially ayam kampung. Memang favourite anakanda. Lepas kenduri, kitorang merayap plak gi Taman Ular. Bawak anak-anak buah & Amin gi jejalan sekitar Perlis. Seronok la tengok depa. Dah habis round Perlis, kitorang berangkat balik ke Kedah balik sebab nak buat persiapan untuk Majlis Berendoi plak. Sampai je umah Tok Wan, Amin terus bukak baju mandi kolam ngan sepupu-sepapat dia sampai taknak keluar dari kolam. Jenuh gak lah nak pujuk Amin kuar dari kolam tuh. Bukan apa, takut dia kena batuk @ selsema jerk. Malamnya, kitorang buat game untuk 1family. As usual, kalo dah semua berkumpul memang umah Tok Wan jadi riuh & gamat dengan kerenah masing-masing. Bukan anak-anak jerk, mak ayahnye pun tak terkecuali. Ada jerk yang buat lawak spontan & yang pasti HARU dibuatnye. Tambah lagi kalo Tok Wan pun join skali. Lagi lah RIUH.

kitorang bersama anak-anak buah

aku & family Ayah Mat
malam sebelum kenduri

family yang HAPPENING!

Amin & sepupunya

Rabu, 28 Julai 2010

Picture from Amin's BirthdaY

Antara pictures time birthday party Amin...
Yang lain, sila tengok Facebook yak..

Welcome to Amin's Birthday Party

My Happy Family

I like Stripe..
Mama borek, Bismi Rintik

Londehla pipi Bismi kena cium dgn Pak Tam

Memalu Amin time nak potong kekOrang suruh bina menara
Amin merobohkan menara
Isk..isk..isk...

As a whole, birthday party Amin berjalan dengan lancar.
Dan yang PASTI, Amin tersangat HAPPY dengan birthday celebration nih.

Terima kasih kepada Mamy, family & kengkawan yang hadir.
Kedatangan korang merupakan suatu penghormatan buat aku & family.
Mohon maaf jika ada kekurangan di sana sini.

Jumaat, 23 Julai 2010

Happy Birthday Amin!!

Selamat Hari Lahir yang ke-2 anakandaku,
Muhammad Yushairil Amin.

Mama & Papa
harap anakanda akan menjadi
insan yang baik, bertanggungjawab, cemerlang & soleh.

Mama & Papa
akan sentiasa 'MENDIDIK' & memberi yang 'TERBAIK'
untuk masa depan anak-anak

Sentiasa Ingat!

Mama & Papa
always love you
&
you will always be our
'Little Shin Chan'


p/s: Cam nih la muka Amin kalo merajuk dgn Mama & Papa

Selasa, 6 Julai 2010

Amin's Birthday Invitation


Kami sekeluarga would like to invite friends & family to Amin's 2 years of Birthday Celebration.
Here are the details:

Place: Mc'Donald Taman Sri Gombak
Time: 4.30pm to 6.30pm
Theme: Joy & Colourful

We really hope to see you ol' there.