Rabu, 21 November 2012

Sejuk hati mama!



Seronok rasanya melihat anak-anak membesar di depan mata.
Setiap saat merupakan suatu benda yang tidak boleh dibeli dgn wang ringgit.
Setiap detik adalah suatu memori indah yang akan diingat sehingga ke akhir hayat.
Walau adakalanya penat tapi semuanya berbaloi.
Semoga anak-anak mama menjadi anak yang soleh dan solehah.

posted from Bloggeroid

Khamis, 12 Julai 2012

Berita Baik!

Calon berkelayakan Ijazah Sarjana Muda kini dibenarkan untuk memohon dan dilantik ke jawatan yang berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia. Ini bertujuan bagi membolehkan semua calon bersaing bagi memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik yang dimiliki calon. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan kaedah ini, semua calon boleh memohon mana-mana jawatan yang dimohon tersebut dua (2) peringkat lebih rendah daripada kelayakan akademik tertinggi yang dimiliki calon.


Justeru (Ceh..justeru!) bagi korang yang berkeinginan untuk berkhidmat di Kerajaan, dah boleh apply yak tanpa sekatan....Selamat mencuba!

Rabu, 16 Mei 2012

Happy Teacher's Day


Happy Teacher's Day!!
to my
ex teachers in Sekolah Agama Abu Bakar Al- Siddiq ( 1988 )
ex teachers in Pan & Judy Kindergarten, Bangsar ( 1989)
ex teachers in SR Bukit Pantai, Bangsar ( 1990 -1993 )
ex teachers in SRK Taman Sri Gombak, Selangor ( 1994 - 1996 )
ex teachers in SMK Hillcrest, Gombak ( 1997 - 2001 )
ex teachers in MRSM Balik Pulai, Penang ( only 6 month in 2000)
ex lectures in Multimedia University, Melaka & Cyberjaya ( 2002 - 2006 )

TQ so much for being a good teachers & lectures of mine




Rabu, 2 Mei 2012

Kerja kerajaan vs Kerja swasta

Mesti ada di antara korang yang tengah or masih memburu untuk kerja di kerajaan, bukan? Bila SPA bukak perjawatan especially PTD..wah bukan main semangat lagi untuk pergi exam..ada tuh yang 5x ambil exam, still tak lepas lepas. Tapi yang penting korang tak berputus asa. Cuba dan cuba lagi.

Betul! Kerja ngan government memang banyak benefit nya. Namun begitu, ada pro and cont nya. Kerja swasta pun mempunyai kelebihannya tersendiri. Antaranya:- 

Kerja Kerajaan
Kerja Swasta
Kebaikan
Kelemahan
Kebaikan
Kelemahan
·    Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
·    Kenaikan gaji setiap tahun
·    Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
·    Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
·    Caruman KWSP atau pencen
·    Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
·    Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
·    Kestabilan ekonomi sendiri
·    Potensi dibuang kerja amat tipis
·    Kerja yang lebih tenang dan selesa
·    Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
·    Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
·    Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
·    Gaji pokok yang kecil
·    Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
.    Posting jauh dari tempat tinggal

·    Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
·    Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
·    Gaji pokok yang tinggi
·    Berorientasikan keuntungan syarikat
·   Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
·    Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa  di mengikut kelayakan
·    Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
.    Ruang kerja yang kondusif
·    Potensi dibuang kerja tinggi
·    Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
·    Masa depan tidak terjamin
.    Boleh pilih kerja

* Di atas hanyalah bayangan kasar yang mungkin tidak terjadi lagi di mana-mana tempat. Peace!! 

Pada aku, kerja di mana-mana pun sama sahaja. Sekiranya korang talented dan commited dalam bekerja, letaklah di mana-mana pun korang boleh bekerja. Cuma....(berdasarkan pengalaman  aku)

Bagi aku, sesiapa yang pernah bekerja di swasta boleh bekerja di government tapi bagi sesiapa yang bekerja di government, amat payah dan sukar untuk bekerja di swasta. Kenapa? Soklan sensitip untuk aku hurai lebih-lebih. Lu pikirlah sendiri! 

p/s: Sesiapa yang dah bekerja di government sepatutnya bersyukur dan bekerja bersungguh-sungguh. Jangan kerana potensi dibuang kerja tipis, korang ble bersikap sambil lewa. Buatlah kerja yang telah diamanahkan sesuai dengan gred dan kenaikan gaji yang PM kita beri sekarang. 

Aku nak mintak maap sekiranya ada yang terasa. Bukan semua yang sebegitu tapi segelintir kumpulan yang sebegini telah merosakan imej government. Berubahlah untuk menjadi pekerja yang lebih baik. 

Sekian.

Khamis, 26 April 2012

Diet tapi Pucat

Tengah syok blog walking ( Al-Maklumlah...aku skang tengah tak berapa nak ada kerja atau ada kerja tapi buat-buat slow skit...macam kawan aku nan sorang tuh!), tetiba terkezut kerani Opis masuk bagai angin lintang menghempas badai. Haiyo...apala salahnya ketuk dulu kawan! Ingatkan kenapa la..Wupenya, dia tanya sama ada aku nak gi kursus ke tak nak...

Tengah aku dok pikir-pikir, skali dia kuar statement " Kenapa muka skang nih nampak pucat jer?". Okies!!Ini adalah orang ke-6 yang tegur muka aku skang pucat dan macam orang sakit. Walhal aku EVERYDAY MAKEUP!! Tensionnya!! 

Is it because Im avoiding rice this whole week? Or my lipstick not too bright enought? Haish...DIET, SALAH!! TAK DIET PUN SALAH!! I have another week to go for avoiding rice..lepas tuh dah boleh makan HANYA untuk LUNCH sahaja! Bersabau la yek!! 

Progress utk 1 week yang pertama nih....1 kg sudah reduce! Alhamdulillah...dari tak reduce langsung kan! 

And  beside than avoiding rice, I also take AyurSlim Capsules by Himalaya rite after I have my meal untuk pembuangan toksin a.k.a berak setiap hari. Sebelum nih, aku memang menghadapi sedikit masalah pembuangan sama ada 2 or 3 days sekali. Tuh yang badan makin membesar lelagi aku pulak dah jarang pakai foot detox akibat MALAS atau TERLUPA kan? Walhal ada jerk benda tu kat umah. Tak mahal pun capsule nih. Dalam RM30-RM45 (Ikut kedai and farmasi)sebotol. Bolehlah kalo korang nak cuba.

At least once a week ( bergantung pada kerajinan jugak) , aku akan turun naik tangga. Dia punye azab. Masya-allah. Kalah kepenatan pergi jogging for 1km. First time buat nih, frankly aku MUNTAH. Agaknya baru oksigen nak masuk kot dalam badan yang tepu lemak nih. But then, when you get used to it...korang cuma akan mengah mengikut level (ikut kemampuan masing-masing). Macam aku, aku akan start mengah bila dah level 7. Time tuh aku tanam semangat tak nak berhenti selagi belum sampai level 10. Sweat?? Usah cakapla. Memang menyimbah keluar. 

Keluar topic plak nih kan?? Camne nih...nak buat muka kembali berseri-seri?? Kena preggy balik lah camni sbb Papa kate Mama nampak berseri kalo Mama preggy....Apakah?? Aku dalam mission NAK KURUS nih! Okies...mungkin aku kena makan daging banyak untuk tambah darah..atau cari lipstick yang LONG LASTING untuk kekal anggun sepanjang hari...Apa kata anda?

Senaman-10 minit

Assalamualaikum

Selain dari pemakanan yang betul, kaedah senaman yang betul juga penting dalam proses menurunkan berat badan. Terutamanya bagi mereka yang benar benar serius hendak menurunkan berat badan.

Pernah tak rasa jogging berkilometer atau berjam jam senam tapi sikit je kalori yang dibakar. Sebenarnya, dengan kaedah senaman yang betul, tak perlu spend masa berjam jam atau jogging pusing satu taman pun. Di rumah pun boleh. Tanpa menggunakan alat.

Macam mana nak bersenam kalau tak cukup masa, tak sempat nak pegi gym atau memang takde duit nak masuk gym. Kaedah senaman ni cuma memerlukan 10 minit bagi beginner, boleh tambah bila dah biasa dan selesa. 
(1) Warm up badan
(2) Lari anak (setempat- kalau dalam rumah) selama 30 saat.
(3) Sprint (lari laju laju) selama 30 saat. Lari selaju yang mungkin.
(4) Lari anak - Sprint adalah dikira satu set. Ulang sebanyak 6 set.

*Gunakan stop watch

Kalau ada basikal kat dalam rumah tu boleh guna kaedah ni jugak. Mula-mula kayuh perlahan, lepas tu kayuh sekuat mungkin. Kalau tak mampu nak sprint sampai 30 saat, buat 20 saat pun boleh.


Senaman ni lebih memenatkan dari berjogging 1km. Kalau tak percaya cubalah. Apa yang penting. Masa bersenam, kawal pernafasan dengan baik. Jangan lupa minum air yang mencukupi (lebih kurang 500ml)

Kalau dah advance, boleh tambah set tu. Selain tu boleh gabungkan dengan jenis senaman yang lain seperti core muscle training untuk kuatkan otot badan secara keseluruhannya. Aku paling suka plank. First time buat nak stay dalam posisi tu 30 saat pun seksa woo.. 





Contoh core muscle training (dengan gambar)

Tak perlu buat setiap hari. Cuma 3 kali seminggu. 10 ~ 30 minit sehari. Sambil tengok TV pun boleh kan. Hehehe..


p/s: Papa selalu perli Mama sebab exercise 10 min sehari. Makan lebih dari 10 min.. Haiyo!! Bukan nak bagi support 'orang tua' nih.. Ada kang aku 'lesing'. Hehehe..

Rabu, 25 April 2012

15 Kesilapan dalam Mendidik Anak-anak



Saja nak share!! Hopefully kita dapat menjadi Mama & Papa yang baik untuk anak-anak kita nanti. Insya Allah.


15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

 Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith ) Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

 1. KESILAPAN PERTAMA: Kurang berdoa

 1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah * Saidul (penghulu) Istighfar * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 :38) * Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 :40-41)
 1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah * Doa agar anak patuh kepada ALLAH s. w. t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) * Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) * Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

 2. KESILAPAN KEDUA: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : * menakutkan anak-anak dengan sekolah * menakutkan dengan tempat gelap * menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau * menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

 3. KESILAPAN KETIGA: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak * tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak * terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

 4. KESILAPAN KEEMPAT: Menegur anak secara negatif * mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). * membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

 5. KESILAPAN KELIMA: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) * ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani 

6. KESILAPAN KEENAM: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r. a. Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r. a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

 7. KESILAPAN KETUJUH: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas * ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.  

8. KESILAPAN KELAPAN: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

 9. KESILAPAN KESEMBILAN: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

 10. KESILAPAN KESEPULUH: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

 11. KESILAPAN KESEBELAS: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

 12. KESILAPAN KEDUABELAS: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.  

13. KESILAPAN KETIGABELAS: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.  

14. KESILAPAN KEEMPATBELAS: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

 15. KESILAPAN KELIMABELAS: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

 Wallahu'alam. 

Selasa, 24 April 2012

Men's Health and Shape Night Run 2012


Kengkawan and Mommies out there!!

Moh kita join Men's Health and Shape Night Run 2012
pada 14 July 2012 bertempat di
Hadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya, Persint 3, Putrajaya.

Women's Open : Larian sejauh 11.8 KM sahaja
Waduh!! Mampukah aku??


For more info, click here

Suka dan duka bersama Sang Gajah


Suka dan duka My Little Prince Charming dengan gajah...

Bersama gajah di World of Tambun, Perak
Tengokla muka seposen dia. Memang susah dia nak senyum


Menangis kepenatan di Zoo Negara
Papa and Mama paksa jugak ambil gambar dengan gajah
buat collection kat rumah



Isnin, 23 April 2012

Kena Buli!!

Balik jer dari kerja
Tetiba Mama terkejut but nasib tak pengsan
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Hasil kerja tangan Papa..

Bila aku bawak Bismi tengok cermin..
Terus dia nangis tengok muka dia sendiri..
Papa and Amin plak dok ketawa-ketawakan dia...
Cian la anak Mama nih..
Kena buli ngan Papa and Along dia..
Takpe sayang...
Nanti kita
BULI BALIK!!

Congrate dan Boleh!!


Hoyeah...Congrate Ita!!!
For carrying the 3rd baby ( 3 month ) after Sherina and Daniel.
Semoga Allah melindungi kamu and baby sehingga selamat melahirkan.
Kali nih, kak yus tak dapatla nak join kamu sekali.Hehe..

Owh..for your info, Amin is same age with Sherina while Bismi is same age with Daniel.
But what make me jealous of her is TENGOK BADAN dia!!!
MANTAIN dan KURUS even dah beranak 2!!
As for me...huk..huk..huk (menangis sebentar)...OUT of SHAPE!!
Huk..huk..huk (menangis lagi)
Saya nak KURUS jugak!!

Nih yang nak berazam utk 2012..
berat saya akan mencapai 54kg dan bukan 60kg ( wah...tak berahsia lagi mak!)
Boleh ke??Boleh ke??
Jika kau fikirkan kau boleh,
kau boleh melakukan ( menyanyi la plak)
But seriusly, i have to do somethin with my body yang makin memberat nih...

Wish me luck yok!

Rabu, 18 April 2012

My Pretty Princess

Asyik cite pasal my Prince Charming jerk...Mari kita mulakan mukadimah pagi nih dengan cerita Bismi pulak a.k.a my Pretty Princess...

Bismi adalah baby girl aku yang tersangat manja..diulang ye..tersangat manja. Mengalahkan Prince Charming yang lebih independent. When Amin try to kiss her ( which actually Preety Princess suke tapi buat-buat tak suke), dia akan merengek. When Amin saja nak usik-usik ( which tak sah kalo tak usik adik dia sehari ), dia akan merengek jugak.

Kekadang sedang kita leka tengok tv, tetibe Pretty Princess nih akan baring kat lengan or peha kita. And kalo lepas Mama habis mandi and dia tengok rambut Mama basah, dia akan ambil sikat and terus pegi belakang Mama dan sikatkan rambut Mama (Cweet kan?) Tapi bila Mama nak dandankan rambut Pretty Princess, terus dia lari. (Ha..tang nih buat Mama geram!) Dia nak kena pujuk dulu and tunjukan getah yang cantik (yang ada flower or teddy bear) baru dia pakai. Isk Isk Isk...Bismi memang suka benda yang cantik dan comel. Namanya anak perempuan. Bila orang puji, Bismi cantikla...dia dengan gediknya akan tunduk malu dan senyum kucing.

Bila Mama pakaikan baju cantik atau ikatkan rambut dia, terus dia lari pergi kat cermin and belek muka dia. Nanti dia akan cakap, Mama...Shimi ( Pelat!!tak reti sebut nama sendiri) cantik tak Mama? Mama confirmlah cakap 'Chantik Sayang!'. Nanti dia pergi pulak kat Papa dia and tanya Papa...Shimi cantik tak? Papa pun cakap Chantik! And bila dia pergi kat Amin..dia akan cakap ' Along, Shimi Chantik!! ' ( Hamboi..Statement!) Amin pulak akan cakap 'Adik Chantik!' sambil pegang muka or rambut Bismi. Sememangnya my little Prince nih sangat Charming.

Bismi juga jenis yang suka merajuk ( yang dibuat-buat aka. berlakon untuk dapatkan perhatian!Ngada!) Cube tengok picture kat bawah nih..


Mimik muke bila Mama or Papa marah dia


Okies..dah mula muncung mulut!


Muke suam kuku lepas kena pujuk

Bismi juga suke tiru Along Amin dia. Kalo Amin buat gaya Ultraman( sangat obses OK dgn Ultraman!) and cakap 'Haiyak' , yang Pretty Princess nih pun ikut sama. Kalo Along Amin menari, dia pun ikut menari. And yang paling cweet, kalo Along Amin cakap 'Sayang Mama', Bismi pun ikut cakap 'Sayang Mama' sambil dedua cinonet nih peluk Mama. I Like!!

Alhamdulillah...Thank you Allah for giving me a wonderful husband and childrens.

I am so in LOVE with my family...

Selasa, 17 April 2012

KRISTA ANNUAL SPORT DAY 2012

Last Sunday, ada KRISTA ANNUAL SPORT DAY ( Amin' kindergarten) . A week before the event, Amin ada training kat school. Yang parent nya plak, tak sabo-sabo nak tengok Amin time Sport Day tuh. Dalam hati..apalah jadi nanti kat anak aku??Boleh ke dia buat??Jangan dia buat lawak dahla ( Amin memang terkenal ngan Pak Lawaknya).


Akibat excited terlebih, Mama nya sanggup belikan Amin sepasang lagi sport shoes dengan harapan Amin menang. Warna biru lagi gitu!!And kalo korang perasan dalam picture yang aku kat bawah nih, Amin sorang jerk yang pakai blue sport shoes. Ceh..tuh pun nak citer kan...Kecoh!

Amin masuk 2 acara: 1) Bawak bola ping pong dalam sudu 2) Cucuk bunga dalam pasu. And you know whut...Amin juara untuk kedua-dua acara tuh. Bangga tak terkata Mama dan Papa dia!! Tapi yang over skit Mama la kan..siap jerit nama Amin!!Amin!!Cepat!! Bismi pun turut jadi penyokong kuat!Dia pun sama naik la ngan Mama dia. Siap lompat-lompat lagi...Bila Along Amin dia menang, dia siap cakap "Ayong, high-5!!"..Supportive sungguh anak mama nan sowang nih! Owh..dan kami tiga beranak (Mama, Papa & Bismi) semuanya pakai merah untuk support Amin on that day.


Amin..we were so proud of you!!

Congrate my Prince Charming...Muah muah muah...

And Congrate to Krista's teacher who taught Amin a lot!! Thank you so much...

Isnin, 9 April 2012

I Like VICKS!!

Haish...tension! Setelah 4 tahun tak ada jerawat (which mean sejak mengandung Amin sehinggala skang), tetibe muncul 3 biji yg comel-lote kat tepi muke.

Tangan yang gatal nih..apa lagi. Mula la nak picit kan..Resultnya, nampaklah merah-merah saga kat tepi pipi nih especially bile tak pakai make up. Tension!!Tension!!

Then suddenly, my Little Prince Charming a.k.a Amin datang dekat ngan muka aku and touch my cheek sambil kata...

Prince Charming : Mama...mama sakit ke?
Mama : Sakit. ( Konon-konon la buat muka gedik sakit plus cam nangis-nangis skit)
Prince Charming : Mama...mama kenapa? Mama kena gigit nyamuk yek? (Sambil pegang pegang pipi aku) ( Dia sangkakan jerawat aku tuh bintat gigit nyamuk...time nih mmg aku dah ketawa)
Mama : Och..sakit la Amin. ( Berlakon lagi tuh )
Prince Charming : Cian Mama. Jap. Amin ambil ubat. ( Dia pegi ambil Vicks kat atas meja. Then sapu skit kat pipi aku) ( Ha...padan muka aku!!)

Hadoi la anak. Sungguh sweet and charming kamu ini. Walau pipi mama nih rasa cam pedih dingin disebabkan kamu yang comel nih sapu Veeks. Mama relakan ajerk

But u guys, tau tak??? Lepas my Little Charming tuh sapu Vicks kat pipi aku, pagi nih terus jerawat tuh kecut and tak semerah semalam. Banyaknye kegunaan Vicks nih! Selain dapat kecutkan bintat nyamuk (which Amin aplikasikan balik apa aku selalu buat kat dia and Bismi), sembuhkan penyakit batuk, selsema...Vicks juga bole kecutkan jerawat!! Amazing !! TQ Vicks!!



Rabu, 7 Mac 2012

2012 begin

Yup..I'm such a bad blogger!
Sangat malas nak story telling..
Sangat malas untuk type..
dan sangat malas upload picture..

Have a dozen story and picture
Vacations, family, hobbies, kids etc
Dont know where to start...

Sometimes, I have open the blog and write a bit
then suddently, jari gatal nih musti
tekan backspace and cancel everything...
Blurrr....
Memang not talented in writing..

Hurm....

Let's assume this post is the beginning of 2012...
(kekonon ada azam baru untuk merajinkan diri blogging)

Ada aku kisah???

Selasa, 14 Februari 2012

Me and My Boss....

ME and MY BOSS


When I Take a long time to finish,
I am slow,
When my boss takes a long time,
he is thorough


When I don't do it,
I am lazy,
When my boss does not do it,

he is busy,


When I do something without being told,
I am trying to be smart,
When my boss does the same,
he takes the initiative,


When I please my boss,
I am apple polishing,
When my boss pleases his boss,

He is cooperating
,


When I make a mistake,
I' am an idiot.

When my boss makes a mistake,
He's only human.


When I am out of the office,
I am wondering around.

When my boss is out of the office,
He's on business.


When I am on a day off sick,
I am always sick.

When my boss is a day off sick,
He must be very ill.


When I apply for leave,
I must be going for an
interview .
When my boss applies for leave,
it's because he's overworked


When I do good,
my boss never remembers,
When I do wrong,

He never forgets


what to do?????????????

[]


p/s: Special dedicated to my best mate: Pn. Syikin...Hehehe