Memaparkan catatan dengan label ibu mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibu mengandung. Papar semua catatan

Selasa, 20 April 2010

Pantang Time!!

Selesai sudah proses 'melahirkan', tibalah pulak proses 'berpantang' selama 44 hari. Tapi kalo mengikut tradisi Mummy, kita orang pompuan kena berpantang penuh selama 3 bulan utk memastikan peranakan kita betul-betul sembuh dan urat saraf kita 'ready' terima benda-benda sejuk dan panas serentak. Jika kurang dari tempoh itu, takut nanti bila dah tua kita senang kena penyakit especially sakit belakang dan sakit urat. Berpantang bukan hanya pada makanan dan minuman saja tapi juga berpantang dengan suami. So suamiku, bersabo la banyak-banyak selama 3 bulan yek..Bak kata ayah mentuaku, 'Selamat Berpuasa'.Hehehe...

Selain utk kesihatan, time berpantang nih juga memberi peluang pada aku untuk menguruskan badan yang sedia kembang. Kali terakhir aku timbang time mengandung, berat badan aku mencecah 64kg. Waduh!!Naik 10kg...sungguhla banyak. So, aku kena tanamkan azam untuk kembalikan balik berat badan aku yang asal atau kurang dari itu. Antara yang aku amalkan semasa berpantang ialah:
  • makan nasi panas dengan lada hitam
  • amalkan mandi dengan serai wangi (especially waktu pagi)
  • bertungku (pagi & ptg). Boleh juga guna botol kaca berisi air panas
  • berbekung (pagi & mlm). Boleh juga selang seli pakai geder utk rampingkan pinggang
  • amalkan pakai pilis (utk mata lebih terang) juga memparam (utk elak angin masuk dlm bdn)
  • jangan tinggal stokin. Pakai selalu
  • jangan makan/minum benda sejuk
  • minum air sedikit demi sedikit
  • makan pil ikan haruan, pil perawan dan jamu utk menyembuhkan peranakan
  • bersihkan bahagian bwh dgn air rebusan daun sireh (produk Mustika Ratu)
  • ikat rambut biar ketat dan tinggi agar batu meriyan naik
  • Jaga kaki especially ibu jari kaki dari terpijak atau tersepak benda
  • Cakap perlahan-lahan. Jangan cepat tinggi suara
  • Kalau boleh, menyusukan baby dengan susu ibu sepenuhnya
Insya-allah, kalau diamalkan dengan disiplin semua pantang larang nih boleh mengembalikan bentuk badan asal dan badan kita akan sentiasa sihat dan awet muda.


Rabu, 17 Mac 2010

Faedah solat kepada ibu hamil

  • Tahukah anda bahawa para doktor telah menetapkan senaman-senaman tertentu kepada ibu hamil?
  • Tahukah anda tentang kajian yang menatijahkan bahawa dengan senaman tertentu akan membantu memudahkan proses kehamilan dan kelahiran?
  • Tahukah anda bahawa hampir keseluruhan hospital mempamerkan gambarajah panduan senaman untuk ibu mengandung?
  • Seterusnya, percaya atau tidak, pergerakan yang dianjurkan dalam senaman-senaman tadi adalah gerakan yang terdapat dalam solat?

SEORANG ibu yang akan melahirkan anak pasti akan berasa takut dan bimbang terhadap dirinya dan juga janin yang dikandung. Perasaan ini akan memberi kesan kepada cara kuncupan rahim. Kuncupan itu tidak selaras menjadikannya lebih sakit serta tidak berkesan untuk membuka otot-otot pintu rahim. Seterusnya kesakitan ini akan menambah lagi rasa takut dan gelisah yang sedia ada. Oleh yang demikian, bakal ibu mestilah sentiasa berada dalam keadaan tenang, sihat fizikal dan mental.

Kajian yang dijalankan telah membuktikan terdapat senaman-senaman tertentu yang dapat membantu bakal ibu ketika melahirkan.

Beberapa contoh senaman yang dianjurkan:

  • Latihan menundukkan tubuh ke hadapan; ia menyerupai keadaan ruku’ dalam solat.
  • Latihan berdiri dan duduk dengan lutut ke atas atau bertinggung; Ia menyerupai keadaan berdiri dan turun untuk sujud dalam solat
  • Latihan knee-chest position; menyerupai kedudukan sujud
  • Dusuk dengan tenang; serupa dengan duduk dalam solat

Seandainya para pakar mengetahui tentang segala pergerakan dan keadaan dalam solat, pasti mereka mengakui bahawa solat adalah alternatif terbaik berbanding senama-senaman yang telah disyorkan. Begitu juga pastinya mereka akan menjadikan ia sebagai panduan berguna ketika berhadapan dengan para pesakit. Apapun, bagi kita cukuplah solat itu sebagai ibadat, tanda kehambaan kepada Allah Taala.

Dengan solat, kita beroleh pahala yang besar(jika didirikan dengan betul), penyelamat dari api neraka dan ia adalah jalan ke syurga. Benar sangatlah sabda junjungan Muhammad sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: “Wahai manusia! Solatlah lima fardhu kamu, Puasalah di bulan (Ramadhan) kamu, tunaikanlah zakat dan hartamu, taatilah pemerintah(yang adil) di kalangan kamu, pasti kamu akan masuk ke syurga.”

Senaman Ibu Mengandung

Melakukan senaman dan kerja-ke~a ringan semasa hamil adalah baik untuk meregangkan otot-otot. Senaman yang paling sesuai untuk wanitawanita yang sedang hamil ialah senaman yoga, kerana senaman yoga merupakan cara yang paling bagus untuk meregangkan otot-otot. Tujuan lain senaman yang dilakukan ialah untuk meningkatkan kelenturan dan memperkuatkan sendi-sendi.

Berikut ialah beberapa senaman yang disarankan untuk dilakukan oleh wanitawanita sedang hamil

Perhatian:
Elakkan dari melakukan gerakan melompat-Iompat dan gerakan yang tibatiba. Lakukan senaman dengan lemah-Iembut dan perlahan-Iahan.

A.

MEREGANG LENGAN BERGANTIAN Anda boleh duduk atau berdiri untuk senaman ini. Dengan kedua belah lengan dijulurkan ke atas kepala, jangkaulah langit, mula-mula dengan lengan yang satu, kemudian dengan lengan yang satu lagi

B.

MEREGANG MATA KAKI

Dengan satu kaki di muka kaki lainnya, telapak tangan menempel pada dinding, tekuklah lutut depan dan perlahan-Iahan condongkan badan ke arah dinding. Ulangi dengan kaki yang lain. Jangan melakukan peregangan sampai melampaui batas kenyamanan.

C.

JONGKOK

Lakukan ini sekerap yang anda inginkan. Jongkok baik untuk meredakan ketegangan punggung dan untuk meregangkan mata kaki.

D.

MEREGANG

Duduklah di atas lantai dengan tumit dipertemukan dan tarik ke arah tubuh anda sejauh kenyamanan memungkinkan. Perlahan-Iahan tekankan lutut ke arah lantai; tambahkan sedikit tekanan dengan tangan pada lutut kalau anda mahu.

E.

MEREGANG TUBUH

Duduklah di atas lantai dengan kedua kaki direntangkan. Hulurkan lengan kanan sepanjang kaki kanan ke arah pergelangan kaki. Angkatlah lengan kiri ke atas kepala dan perlahan-Iahan julurkan ke arah kanan. Ulangi pad a sisi lainnya.

F.

PEREGANGAN BERBARING

Berbaring rata menelentang dengan kedua lengan di sisi tubuh. Tekuklah kaki kanan dengan telapak kaki merata pada lantai. Tekuklah telapak kaki kiri ke atas sehingga jari kaki menunjukkan ke arah wajah anda. Tahan beberapa detik. Ulangi dengan kaki kiri di tekuk.

Khamis, 21 Januari 2010

Teknik pernafasan ketika proses bersalin

Aku nak share pembacaan aku dengan korang tentang teknik pernafasan ketika bersalin. Pada yang dah berkahwin, bagusla dijadikan rujukan but pada yang belum berkahwin, anggaplah sebagai menambah ilmu pengetahuan korang bila korang dah jadi ibu nanti.:P

Actually, time aku bersalinkan Amin dulu, aku mempunyai masalah skit tentang teknik pernafasan ini. Walhal, ia bagus utk semua ibu mengandung. Plus, aku tak ikuti kelas anatenal. Jadi, time nak deliver amin, aku mengambil waktu yang agak panjang ( hampir 10 jam tuh menahan kesakitan!) dan menahan kesakitan yang hanya Allah saja tahu.

Hopefully, utk 2nd baby nih, aku tidak mempunyai apa-apa masalah dan aku dapat atasi or kurangkan skit kesakitan tuh without epidural. Insya-allah..

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi

Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua

Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

Teknik Meneran

Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.

“Overwhelming Urge“

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

“so-so urge“

Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan

Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing

Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down

Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.