Memaparkan catatan dengan label kengkawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kengkawan. Papar semua catatan

Isnin, 23 April 2012

Congrate dan Boleh!!


Hoyeah...Congrate Ita!!!
For carrying the 3rd baby ( 3 month ) after Sherina and Daniel.
Semoga Allah melindungi kamu and baby sehingga selamat melahirkan.
Kali nih, kak yus tak dapatla nak join kamu sekali.Hehe..

Owh..for your info, Amin is same age with Sherina while Bismi is same age with Daniel.
But what make me jealous of her is TENGOK BADAN dia!!!
MANTAIN dan KURUS even dah beranak 2!!
As for me...huk..huk..huk (menangis sebentar)...OUT of SHAPE!!
Huk..huk..huk (menangis lagi)
Saya nak KURUS jugak!!

Nih yang nak berazam utk 2012..
berat saya akan mencapai 54kg dan bukan 60kg ( wah...tak berahsia lagi mak!)
Boleh ke??Boleh ke??
Jika kau fikirkan kau boleh,
kau boleh melakukan ( menyanyi la plak)
But seriusly, i have to do somethin with my body yang makin memberat nih...

Wish me luck yok!

Selasa, 8 Jun 2010

Tag Menge'tag'

Lama sudah tak menge'tag'.So here it goes...

1). Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Buat tak tahu je.. Malas nk layan org cam nie..

2). 6 orang di hati anda?
-papa
-amin
-bismi
-abah
-mamy
-fadly

3). Anda rasa anda comel?
ya..hahaha(skali skala perasan OK!)

4). Single or taken?
Mama+Papa=Amin+ Bismi

5). Blog yang anda suka?
Mustilah blog aku and shopping blog

6). Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Yeah..can not stand la kecah-kecah

7) Lagu terakhir yang anda dengar?
I Love You-Barney

8). Last text message?
Thanks..Esok I akan deliver ur foot detox

9). Last phone call?
Lupa dr mana..tp ada org panggil utk interview

10). Hari terakhir anda menangis?
Bila tgk Bismi selamat dilahirkan

11). List lima color favorite anda?
Choco, Blue and White

12). Orang terakhir anda ber-YM?
Azizi(adik papa)

13). Game paling anda suka?
Wedding Dash

14). Adakah anda peminat MCR?
MCR ?? apa tue?

15). Apa perasaan anda jawab tag ni?
Suka

16). Anda rasa tag ini best?
best woo!!

Tag lagi 3 orang
sesiapa yg berminat

Selasa, 18 Mei 2010

Syukur alhamdulillah...

Alhamdulillah...aku berjaya turunkan berat badan aku hampir 10kg skang. Sungguhlah happy. Cuma tummy dan bahagian peha jerk nak kena kasi trim skit (macam rumput plak bole trim trim yek). Bahagian lengan plak nak kena kasi firming skit lagi.Rahsianya..??Jeng..jeng..jeng...

Aku gunakan 'foot detox patches' yang member aku syorkan. Memang berkesan. Thanks to Ms.T kerana bagi aku cuba produk nih. Fungsi foot detox nih ialah untuk membuang segala toksin dalam badan, melancarkan peredaran darah, menyembuhkan penyakit migrain dan sengal-sengal badan. Selain dari tuh, ia juga dapat melangsingkan badan jika diguna secara berterusan. Maknanya korang kena pakai hari-hari. Jangan kejap pakai kejap tak. Memang tak nampak sangat kesannya.

Setelah aku pakai foot detox nih, aku rasa cepat dahaga. Dah rasa cam unta plak.Asyik-asyik pergi kitchen, cari air. Aku minum plak bukan gelas kecil ok. Skali teguk,satu gelas besar (cam saiz gelas buah yang korang order kat kedai). Tapi bukan air buah lah yang aku minum. Mau kembung perut. Disyorkan aku minum air panas suam. Selain dari langsing, aku terasa badan aku segar dan tak penat. Yelah, skang kan kena jaga Amin & Bismi. Kekadang aku kurang tidur kalo diorg meragam tengah malam. Untuk maklumat lanjut pasal produk nih, korang click kat sini.

Alhamdulillah..mungkin juga rezeki anak-anak. Aku berjaya jual lebih 2000kpg foot detox selama 2 minggu. Ramai juga yang berpuas hati setelah mencuba foot detox nih. Selain dari end user, ada juga yang berminat untuk menjadi pengedar. Aku amat alu-alukan. Untuk harga pengedar, bolehlah juga ke laman web di atas.

Kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan terima kasih pada pembeli2 dan kengkawan yang menyokong aku membuat biz online. TQ TQ. Insya-allah, tak lama lagi (mungkin seminggu dua lagi) selain dari foot detox, aku akan mula menjual hand bag pulak (menyambung biz yang aku buat time U dulu). Aku mungkin tak ble janjikan design yg cantik-cantik (coz lain org lain citarasa) tapi aku boleh janjikan harga yang termurah dari harga pasaran. Itu yang pasti...jadi nantikan lah kengkawan....


Jumaat, 20 November 2009

Kenduri Kendara

Ramai betul member-member yang nak kahwin hujung tahun nih..Antaranya:
  • 22/11/2009: Ain Burhanuddin-member zaman MMU dulu a.k.a housemate aku.
    Nih la antara rakan baik aku yang kekal sampaila skang.
  • 29/11/2009: Mira-member zaman MMU aku gak. Insya-allah, aku akan hadir kalo tiada aral melintang. Lagipun, time tuh dekat ngan raya Haji. Tapi aku akan usaha pergi gaks.
  • 13/12/2009:Shima-member dari zaman kecil sampaila aku dah jadi mak orang nih. Aku ada sponsor 1 set cupcake utk dulang hantaran Shima. Hopefully dia suka.
  • 19/12/2009:Zul-member aku gak bakal husband Shima nih. Aku kena gak pegi belah dia di N9 sebab time aku kahwin dulu, kat semua tempat Shima and Zul sure ada. Kini giliran aku la plak bagi support kat diorang.
  • 19/12/2009:Rohaida-member aku zaman sekolah menengah dulu a.k.a member bergosip aku dulu. Mana tak nya..kata pun dok sebelah menyebelah. Ada jerk la kitorang gosip-gosipkan. Lepas majlis rumah Zul,Insya-allah aku akan shoot gi rumah Rohaida plak.;)
  • 6/12/2009:Faizal Rashid-member zaman sekolah rendah dulu. Kitorang pernah jadi classmate dulu. Kalo tak silap aku, time darjah 6.
  • 13/12/2009:Diana Kamal-member zaman sekolah menengah aku. Insya-allah, aku runner gi kenduri Diana lepas kenduri Shima jika tiada apa-apa.
Pada semua bakal-bakal pengantin merangkap kengkawan ku,Selamat Pengantin Baru dan Selamat melangkah ke alam perkahwinan. Semoga cepat-cepat dapat anak.:P

Selasa, 6 Oktober 2009

Semoga Success to Calon PMR

Kalo tak salah aku
Esok dah mula start exam PMR utk semua calon tingkatan 3
Semoga korang semua
SUCCESS selalu!!


Especially kepada anak-anak buah aku:
Farra dan Azalea

Sebelum mula exam, baca Bismillah dan doa penerang hati
serta minta diberi petunjuk sekiranya rasa ragu dengan soklan tuh
Habis buat exam, tawakal dan doa kepada Allah
Agar diberi kejayaan
Moga-moga dapat 8A


p/s: Ikutlah jejak langkah kakak sedara mu ini.Haha..tapi kalo dah masuk MRSM, jangan plak meringik nak balik.Huhuhu...

Jumaat, 21 Ogos 2009

Happy Birthday Shima!!

Happy Birthday kepada kawan baik ku...Shima!!
Semoga panjang umur & cepat-cepatla kahwin...

Meh sini aku nyanyikan sedikit lagu birthday ...

Happy birthday to you..
You born in the Zoo
With cat and kangaroo
Happy birthday to you...

Muahh..Muahh...Muahh..


nih present dari aku utk ko..hehe

Ahad, 19 April 2009

Kelas Tarian di Putrajaya

Agak lama gak aku tak update blog. Maybe sibuk skit dengan urusan cendawan frozen dan tempahan bongkah. Lagi plak, skang nih aku ngah set up business baru kat area umah aku kat Cheras. Apa business nya? TUNGGU...bila dah cantik and complete, baru aku inform korang business apa yang aku buat untuk pendapatan sampingan selain biz cendawan. Alang umur masih muda, baik aku try something yang new. Orang kate Tak Cuba, Tak Tahu setakat mana kemampuan kita. Itu bagi aku la yang tak berapa suka bekerja di bawah orang. Aku lagi prefer buat ikut cara aku, masa aku dan kemampuan aku. Dan yang penting skali, family aku (sang suami and sang anak) sentiasa di depan mata. Bukan mengongkong atau mengawal, tapi aku dan sang suami memang lebih suka begitu. Lantak apa orang nak cakap aku ni QUEEN CONTROL ke @ sang suami ni KING CONTROL ke..yang kitorang tahu, WE LOVE TO BE WITH EACH OTHER. Ke mana-mana musti bersama dan tak kenal erti busan. Alhamdulillah. Hopefully, tak kan berubah.

Oh ya..skang ni aku ada aktiviti baru. Setiap hari Jumaat malam, aku akan attend kelas tarian kat Putrajaya bersama member aku, Cik Mimi. Setakat ni, aku baru hadir 2 sessi. Best gak la kelas dia. Tak membusankan. Seronok gile..aku and mimi bole gelak dari start kelas sampai la akhir akhir kelas yang selama 2 jam dari 830pm - 1030 pm. Tapi pengalaman yang paling aku tak dapat lupakan iaitu time lepas aku attend 1st sesi kelas tarian tuh. Kaki aku bole kejang (sakit gile) sampai 4 hari baru baik. Aku ingatkan aku sorang jerk macam tuh. Rupa nya Cik Mimi pun cam tuh gak. Tapi dia lagi power la. Siap MC 2 hari. Hahaha...Aku plak 3 kali urut kaki baru reda. Bayangkan selama 4 hari tuh aku bole jalan terjengkit jengkit (jalan hujung jari) cam gerak tarian yang kitorg belajar. Sang suami asyik perli jerk la aku. Ha..nak menari lagi. Rasakan..kang tang lain plak yang kurus. Yang syok, Mak Mimi kate kitorg nih jalan cam burung enggang. Hehehe..burung enggang pun burung enggang la makcik..janji kitorang bole kurus. ECEH...semangat ah konon. Tapi lepas 2nd sesi, okiesla..tak kejang cam 1st sesi. Apa tak nya, aku and Mimi siap sapu dlu MINYAK PANAS...Huhu..PENGALAMAN MEMANG MENGAJAR KITA.....

sempat posing aku and mimi

Khamis, 5 Mac 2009

Tahniah!!

Wah, sejak-sejak nih ramai member-member dah mengikuti jejak langkah aku. Kebanyakkan dalam proses nak bertunang dan berkahwin. Alhamdulillah...di sini aku nak tulislah sepatah, dua patah, 3 patah dan berpatah-patah perkataan kepada member-member aku yang disayangi:-

  • AIN - Tahniah ain..seronok gile dapat berita ko nak bertunang dengan hafiz (budak sekolah Hillcrest aku dulu). Memang korang berdua padan dan sejoli. Ingat lagi, dulu ko la antara geng-geng kite yang tak berapa suke bergaul dengan lelaki (anti-lelaki). Last2 jumpa gak ko dengan seorang lelaki yang ko berkenan. Al-maklum la, ko tuh kan jenis yang agak keras hati. Harap korang berdua dapat kahwin jugak tis year. Oh ya...sebelum lupa, aku nak mintak maaf kat kosebab tak dapat hadir majlis pertunangan ko on 9/3/2009 ni. Salah timing la ko buat function. Dah la time birthday aku. Am and family aku dah ada planning nak celebrate birthday aku time tuh. Insya-allah, kalo takda apa-apa hal, time ko kahwin nanti, aku datang. Siap bawak hadiah lagi..(eceh...bodek skit)
  • MIMIE - Tahniah buat mimie and ustaz (dak MMU gak). Insya-allah 2/5/2009 nih, sampaila aku kat majlis pertunangan ko, wahai cik mimos...Mimie nih antara 'geng putrajaya' time aku blaja kat MMU dulu. Kami dok 1 rumah. Antara geng putrajaya yang lain ialah ain, neddy and ct. Nampaknya cik ct jerk lagi yang belum lepas. Takpe, akan ku tunggu invitation dari ct lak. Smoga ko berbahagia dengan 'Pak Ustaz' and hopefully end tis year la korang kahwin. Jom mimi kita gi shopping ke Bandung..kain kat sane lawa and murah loh!!

  • NEDDY - Tahniah neddy for your engagement with 'abg mix' (ntah apa ntah, aku lupa nama dia) on 10/5/2009. Nasib tak sama date ngan mimie nya. Kalo tak, kena separuh2 laa aku ari tuh. Akhirnya, member aku yang sorang ni terbuka hati untuk menerima seseorang yang special dalam dirinya. Now you know who you want to be with. It's him..Aku doakan ko bahagia dengan abg mix sampai ke akhirnya. Tak sabar nak tengok muke ko yang ala malu-malu kucing time majlis nanti. Sure cweet...Congrate again neddy...


  • YUSRINA - Congrate Yus and future husband on 8/3/2009. Insya-allah, i'll go to your wedding function at Dewan Beringin, Sri Gombak..;) and cepat-cepat dapat anak OK..HEHEHE...