Memaparkan catatan dengan label luahan perasaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luahan perasaan. Papar semua catatan

Selasa, 24 April 2012

Suka dan duka bersama Sang Gajah


Suka dan duka My Little Prince Charming dengan gajah...

Bersama gajah di World of Tambun, Perak
Tengokla muka seposen dia. Memang susah dia nak senyum


Menangis kepenatan di Zoo Negara
Papa and Mama paksa jugak ambil gambar dengan gajah
buat collection kat rumah



Isnin, 23 April 2012

Kena Buli!!

Balik jer dari kerja
Tetiba Mama terkejut but nasib tak pengsan
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Hasil kerja tangan Papa..

Bila aku bawak Bismi tengok cermin..
Terus dia nangis tengok muka dia sendiri..
Papa and Amin plak dok ketawa-ketawakan dia...
Cian la anak Mama nih..
Kena buli ngan Papa and Along dia..
Takpe sayang...
Nanti kita
BULI BALIK!!

Congrate dan Boleh!!


Hoyeah...Congrate Ita!!!
For carrying the 3rd baby ( 3 month ) after Sherina and Daniel.
Semoga Allah melindungi kamu and baby sehingga selamat melahirkan.
Kali nih, kak yus tak dapatla nak join kamu sekali.Hehe..

Owh..for your info, Amin is same age with Sherina while Bismi is same age with Daniel.
But what make me jealous of her is TENGOK BADAN dia!!!
MANTAIN dan KURUS even dah beranak 2!!
As for me...huk..huk..huk (menangis sebentar)...OUT of SHAPE!!
Huk..huk..huk (menangis lagi)
Saya nak KURUS jugak!!

Nih yang nak berazam utk 2012..
berat saya akan mencapai 54kg dan bukan 60kg ( wah...tak berahsia lagi mak!)
Boleh ke??Boleh ke??
Jika kau fikirkan kau boleh,
kau boleh melakukan ( menyanyi la plak)
But seriusly, i have to do somethin with my body yang makin memberat nih...

Wish me luck yok!

Rabu, 18 April 2012

My Pretty Princess

Asyik cite pasal my Prince Charming jerk...Mari kita mulakan mukadimah pagi nih dengan cerita Bismi pulak a.k.a my Pretty Princess...

Bismi adalah baby girl aku yang tersangat manja..diulang ye..tersangat manja. Mengalahkan Prince Charming yang lebih independent. When Amin try to kiss her ( which actually Preety Princess suke tapi buat-buat tak suke), dia akan merengek. When Amin saja nak usik-usik ( which tak sah kalo tak usik adik dia sehari ), dia akan merengek jugak.

Kekadang sedang kita leka tengok tv, tetibe Pretty Princess nih akan baring kat lengan or peha kita. And kalo lepas Mama habis mandi and dia tengok rambut Mama basah, dia akan ambil sikat and terus pegi belakang Mama dan sikatkan rambut Mama (Cweet kan?) Tapi bila Mama nak dandankan rambut Pretty Princess, terus dia lari. (Ha..tang nih buat Mama geram!) Dia nak kena pujuk dulu and tunjukan getah yang cantik (yang ada flower or teddy bear) baru dia pakai. Isk Isk Isk...Bismi memang suka benda yang cantik dan comel. Namanya anak perempuan. Bila orang puji, Bismi cantikla...dia dengan gediknya akan tunduk malu dan senyum kucing.

Bila Mama pakaikan baju cantik atau ikatkan rambut dia, terus dia lari pergi kat cermin and belek muka dia. Nanti dia akan cakap, Mama...Shimi ( Pelat!!tak reti sebut nama sendiri) cantik tak Mama? Mama confirmlah cakap 'Chantik Sayang!'. Nanti dia pergi pulak kat Papa dia and tanya Papa...Shimi cantik tak? Papa pun cakap Chantik! And bila dia pergi kat Amin..dia akan cakap ' Along, Shimi Chantik!! ' ( Hamboi..Statement!) Amin pulak akan cakap 'Adik Chantik!' sambil pegang muka or rambut Bismi. Sememangnya my little Prince nih sangat Charming.

Bismi juga jenis yang suka merajuk ( yang dibuat-buat aka. berlakon untuk dapatkan perhatian!Ngada!) Cube tengok picture kat bawah nih..


Mimik muke bila Mama or Papa marah dia


Okies..dah mula muncung mulut!


Muke suam kuku lepas kena pujuk

Bismi juga suke tiru Along Amin dia. Kalo Amin buat gaya Ultraman( sangat obses OK dgn Ultraman!) and cakap 'Haiyak' , yang Pretty Princess nih pun ikut sama. Kalo Along Amin menari, dia pun ikut menari. And yang paling cweet, kalo Along Amin cakap 'Sayang Mama', Bismi pun ikut cakap 'Sayang Mama' sambil dedua cinonet nih peluk Mama. I Like!!

Alhamdulillah...Thank you Allah for giving me a wonderful husband and childrens.

I am so in LOVE with my family...

Selasa, 17 April 2012

KRISTA ANNUAL SPORT DAY 2012

Last Sunday, ada KRISTA ANNUAL SPORT DAY ( Amin' kindergarten) . A week before the event, Amin ada training kat school. Yang parent nya plak, tak sabo-sabo nak tengok Amin time Sport Day tuh. Dalam hati..apalah jadi nanti kat anak aku??Boleh ke dia buat??Jangan dia buat lawak dahla ( Amin memang terkenal ngan Pak Lawaknya).


Akibat excited terlebih, Mama nya sanggup belikan Amin sepasang lagi sport shoes dengan harapan Amin menang. Warna biru lagi gitu!!And kalo korang perasan dalam picture yang aku kat bawah nih, Amin sorang jerk yang pakai blue sport shoes. Ceh..tuh pun nak citer kan...Kecoh!

Amin masuk 2 acara: 1) Bawak bola ping pong dalam sudu 2) Cucuk bunga dalam pasu. And you know whut...Amin juara untuk kedua-dua acara tuh. Bangga tak terkata Mama dan Papa dia!! Tapi yang over skit Mama la kan..siap jerit nama Amin!!Amin!!Cepat!! Bismi pun turut jadi penyokong kuat!Dia pun sama naik la ngan Mama dia. Siap lompat-lompat lagi...Bila Along Amin dia menang, dia siap cakap "Ayong, high-5!!"..Supportive sungguh anak mama nan sowang nih! Owh..dan kami tiga beranak (Mama, Papa & Bismi) semuanya pakai merah untuk support Amin on that day.


Amin..we were so proud of you!!

Congrate my Prince Charming...Muah muah muah...

And Congrate to Krista's teacher who taught Amin a lot!! Thank you so much...

Rabu, 7 Mac 2012

2012 begin

Yup..I'm such a bad blogger!
Sangat malas nak story telling..
Sangat malas untuk type..
dan sangat malas upload picture..

Have a dozen story and picture
Vacations, family, hobbies, kids etc
Dont know where to start...

Sometimes, I have open the blog and write a bit
then suddently, jari gatal nih musti
tekan backspace and cancel everything...
Blurrr....
Memang not talented in writing..

Hurm....

Let's assume this post is the beginning of 2012...
(kekonon ada azam baru untuk merajinkan diri blogging)

Ada aku kisah???

Selasa, 14 Februari 2012

Me and My Boss....

ME and MY BOSS


When I Take a long time to finish,
I am slow,
When my boss takes a long time,
he is thorough


When I don't do it,
I am lazy,
When my boss does not do it,

he is busy,


When I do something without being told,
I am trying to be smart,
When my boss does the same,
he takes the initiative,


When I please my boss,
I am apple polishing,
When my boss pleases his boss,

He is cooperating
,


When I make a mistake,
I' am an idiot.

When my boss makes a mistake,
He's only human.


When I am out of the office,
I am wondering around.

When my boss is out of the office,
He's on business.


When I am on a day off sick,
I am always sick.

When my boss is a day off sick,
He must be very ill.


When I apply for leave,
I must be going for an
interview .
When my boss applies for leave,
it's because he's overworked


When I do good,
my boss never remembers,
When I do wrong,

He never forgets


what to do?????????????

[]


p/s: Special dedicated to my best mate: Pn. Syikin...Hehehe

Ahad, 28 Ogos 2011

Mari Beraya


Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, sanak-saudara, rakan taulan dan semua yang mengenali diri ini.

Sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah tingkah laku, termakan minum & terpakai, aku ingin memohon maaf zahir dan batin. Halal lah mana yang aku termakan minum & pakai tuh yek. Mungkin tidak disengajakan.

Jemputla datang beraya ke rumah. Insya-allah, aku akan buat open house this year.

Dan pada yang balik ke kampung halaman, drive carefully. Service kete dulu dan check air & tayar. Make sure all in good conditions. Kalo tak jenuh jugak tersadai kat roadside.

As for me, aku beraya di KL jerk this year coz family belah hubby tak balik ke Kedah. Actually macam tak seronok jugak coz aku lebih suka suasana di kampung. Lagi meriah and happening. Well, ikutkan ajerkla. Janji anak-anak raya. On 2nd raya, aku akan ke JB, melawat kubur arwah tok mak & tok bak. May be stay di sana until 3rd raya. Sempat la melawat adik beradik mamy di sana. But sebelum ke JB, aku singgah dulu ke Pahang, jumpa Tok Ayah & family. Hopefully perjalanan kami berjalan lancar. Then the day after, may be akan beraya pulak di N9. Nice. Tak sabo dah nak raso lomang dan rendang orang nogori. Sangat YUMMY. Meleleh air liur. Dapat plak dodol durian. Haish....lagi A+.

Tahun nih, aku bantai 'kuih tunjuk' ajerk. Tak kuasa nak membuatnye. Memang tak penah jadi pun kalo aku buat kuih atau kek. Sure 'bantat'. Entah apa2 la tangan aku nih. Tapi kalo masak, insya allah terasa jugak la garam & gula. Mungkin sumpahan kot. Hahahaha...pepandai jerk aku predict kan. Tunjuk pun tunjuk, adalah dalam 10 jenis kuih raya. Memang sakan makan kuih raya. Ntah habis atau tak tuh. Kalo tak, memang menjadi hidangan jerk kat opis. Confirm HABIS! Tuh yang aku suka...tiada pembaziran.

Dekorasi rumah plak, aku hias and tempah semua merah maroon. Dari kusyen, karpet and langsir...Semangat RED plak. Dah busan ngan warna coklat natural. Kasi warna skit dalam rumah.

Dalam 1 hari nak raya, satu jerk tak complete lagi. Langsir aku, ntah bile la hubby nak drilll kayunye. Langsir aku dah siap kuarkan tapi tak bole la nak gantung lagi. Karpet pun aku dah kuarkanjugak tapi aku tak bentang lagi. Takut berabuk plak time drill nanti. Realitinya memang ada sedikit hangin jugak kat situ. Tapi bulan pose kan, bersabor jerk la. Memang dah sikap dia cam tuh. Terima seadanya....

Okies la u'oll, have a blessing raya & bergumbira yak di samping orang-orang tersayang.

Muax..muax..muax

Rabu, 17 Ogos 2011

Proud of you, Abah!



Congratulation Abah!!

Finally, you got your MBA with success

I'm so proud of you


But when you questioning me about when i'm going to have my own MBA..

I'm feeling a bit down..


You know how I'm wish to have it badly


But my position right now was sooo NO


The kids still small & needs attention


Unstable career ( kejap OK, kejap KO)


Self-Objective was not accomplish yet

Haish...so many things need to be done!!


Insya -allah Abah...


Before I reach 32 years old, I will get my MBA


Pray for me...

Rabu, 18 Mei 2011

Bandar 'Hilang'

Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.




Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.


Waduh!Sungguh menakutkan kalau bandar-bandar penting di Malaysia akan tenggelam. Semuanya akan effect. Hopefully government akan mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum benda ni terjadi.


Reminder : Jangan mencari hartanah berdekatan laut walau skang harganya naik melampau-lampau.

Rabu, 11 Mei 2011

Tragedi Teksi Bunguks!

Akibat dah busan makan nasi setiap hari, aku ngan opismate aku gi makan kat Kenny Rogers. Hari-hari dok makan kat cafe yang sama dan lauk pun sama jerk. Jumpa pun org-org yang lebih kureng sama. Busan!

Kali nih nak cuci2 mata dan tengok benda yang lain dari rutin. Manalah tau kot-kot ada mamat hensem ker mase on the way tuh..Hahaha..Gatal plak kan!Isk..isk..isk..Dont worry Papa! You're still the best!

Nak dijadikan cerita, time nak balik tuh, kitorang decide nak naik cab a.k.a teksi. Malas lah plak nak jalan kaki balik ke opis. Mentang2 perut dah kenyang kan...mulalah nak manjakan lemak-lemak yang ada kat badan nih.

Sampai kt teksi station tuh, kitorg stop. Alamak,Teksi biru!!!!! Damn!! Dah terbayang $$$$ yang bakal dikeluarkan. Mau taknye. Duduk jerk dalam teksi tuh dah kira RM 6. Pergh!!Mahal tuh..Sungguh tak berbaloi...

Then suddently brother teksi biru tuh tanya kitorang. Kitorang kata lah 'Takperla bang. Kitorang naik teksi biasa jerk'.Boleh plak sound, kalo tak mau naik teksi, jalan lah kaki. Eh brother, suka hati aku lah nak naik teksi ko ke tak? Aku yang bayar ke or ko yang nak bayar. SUNGGUH TAK ADA ETIKA. Aku rase orang2 cam nih kena gi kursus dulu la, baru boleh bawak teksi. Tak ada MANNERS langsung. Nak jerk aku lempang muke brother tuh..Eeee..



Time kitorang nak ke teksi biasa a.k.a teksi indon (disebabkan kaler yang merah putih tuh), brother teksi tuh plak kate " Adik naik la teksi depan. Kang dia marah kat abg plak'. Dengan slumber jer, kitorg terus kate 'MAHAL'. Kalo nak naik, kitorg ble bayar RM 5 jerk dengan suara yang agak kuat .Biar brother teksi biru tuh dengar. Hahaha..Demand kan. Hak Pengguna. Boleh memilih yang dirasakan sesuai. Take it or live it. Last2 brother Teksi Biru tuh kate OK dalam keadaan terpaksa. Padan muka ko. Nak tak nak, ko kena bawak jugak dari orang tak nak naik teksi ko.

Yes!!Yes!! We win. Drive lar ko dengan hati yang bengang. Janji kitorang selamat sampai opis. Ada aku kisah...

Tapi bila pikir2 balik,pelik aku..patutnye sebagai penumpang a.k.a customer, kenalah dia hormat. Nih cakap sungguh menyakitkan hati. Kalo aku nak jalan kaki, buat aperlah kitorang dok terpacak kat teksi station tuh. Bunguks!!

Kalo brother tuh nye teksi ala-ala ferrari pun, belum tentu aku nak naik. Sebabnye? MAHAL dan TAK BERSOPAN.


Selasa, 12 April 2011

1 years old


Happy 1 years old sayangku,
Bismillah Humairah
pada 10/04/2011 yang lepas
Semoga menjadi anak yang solehah dan rajin ye sayang
Mama doakan juga agar anak mama
mendapat kejayaan di dunia mahupun akhirat

Melahirkanmu di dunia adalah satu pengalaman yang paling indah
dan paling mengembirakan hati mama
Keinginan dan hajat mama utk mendapatkan anak perempuan
telah dimakbulkan Allah swt...
Alhamdulillah...Mama rasakan hidup mama cukup sempurna
dengan kehadiran anak-anak yang sentiasa menghiburkan hati

Bismi....
Suka mengeleng-geleng kepala
konon tunjuk rambut dia cantik cam iklan pantene

Bismi...
Suka cakap 'no-no' pada benda dia nak buat notty
Nak suruh mama dia cakap 'pandai' bila dia nak buat cam tuh..

Bismi...
Suka tepuk tangan
Bila mama nyanyi lagu 'pok amai-amai'
Sambil tunjuk barisan gigi putih yang cantik dan comel

Bismi...
Suka baring atas dada @ lentok kan kepala kat bahu
dan kekadang suka 'landing' kat peha orang
sambil hisap botol susu

Bismi...
Suka sebut "papapapa" bila nampak orang yang dia kenal...
Memang anak papa la dia nih...

Bismi...
Suka pergi kat orang yang tengah makan @ minum
Buat muka manja dan merengek manja
Minta orang suapkan makan

Bismi...
Suka main buih sabun masa mandi
Dan suka sangat pada air
Pantang nampak swimming pool or pantai

Bismi...
Sangat ringan mulut
Bila ajar bercakap, dia cakap sebijik-bijik

Bismi...
'Gedek' terlebih sampai malas nak belajar jalan
Bila mama suruh tatih, dia merangkak...
Sayang mama...cepat-cepat jalan ye sayang
Ble jalan dan lari sama-sama along amin, papa dan mama.

Bismi..Bismi..Bismi..
Manalah Mama tak rindu bila Mama berjauhan
Ada jer keletah yang buat mama terkenang dan
kekadang Mama gelak sesorang

Sayang anak-anak Mama...muah!!
Ops..dan papa nya jugak (tuh tak boleh tinggal tuh)

Rabu, 9 Februari 2011

Bibik oh bibik!

Lame sudah tak update citer 'sensasi' kat sini. Actually ada memacam citer nak story. Antaranya:-
  • Aku skang tengah sibuk training bibik kat rumah. Yang datang pun memang fresh dari Indonesia dan tiada pengalaman kerja sebagai pembantu rumah. Jadi jenuh gak la nak ajar bibik nih satu per satu. Tapi alhamdulillah, bibik cepat faham dan anak-anak pun dah mula mesra dengan dia. Itu yang paling penting sebenarnya. Dan punca aku start ambil bibik sendiri pun sebab aku dah mula bekerja bawah orang. Kalo tak, jangan harap aku ambil bibik even berkemampuan. Coz pada aku, jaga anak sendiri lagi puas hati dari jagaan orang. Tapi bile dah dapat offer bekerja, aku 'rela dalam paksa' jugak la disebabkan aku tak nak menyusahkan mak dan mentua aku jaga anak-anak. Diorang pun ada 'biz' dan 'aktiviti sendiri' yang nak dibuat. Tambah plak, costing yang tinggi nak ulang-alik hari-hari dari seremban or gombak ke tmpt kerja. Ditambah plak, aku dan papa tak boleh nak berjauhan dengan anak-anak. Apa-apa, biarlah anak-anak ada di depan mata dan dekat dengan kami. Kalo takda anak-anak, rasa sunyi jer hidup. Dicukupkan lagi dengan anak-anak aku yang tak mahu ke nursery. Huhuhu...suku hari diorang kat sana, nursery call kate anak-anak aku menangis. Dan yang paling best, kakak tuh ngadu kat aku...amin pukul kepala dia sebab paksa amin mandi.Hahaha....hero jugak anak mama nih! Dalam hati aku kata 'padan muka ko dan memang patut pun amin pukul ko sebab ko tak pandai pujuk dia mandi...Hehehe...' Jadi, setelah discuss ngan papa...solution utk semua problem yang timbul ialah dgn mengambil seorang bibik. Hopefully bibik ni dapat jaga amin & bismi dgn baik dan tak banyak kerenah. Insya allah.....
  • Hari first bibik bekerja, aku heran kenapa la dia nih mandi tak bukak lampu dan tak bukak paip air. Rupa-rupanya dia tak tahu. Kat kampung dia, tak pakai elektrik dan air pun dapat dari perigi. Masa aku tunjuk kat dia cara2 bukak suis dan paip air, dia punyalah kagum. Tuh belum lagi time aku tunjuk cara2 guna washer machine dan vacuum. Lagi dia tercengang. Hehehe..tapi aku kesian tgk muka dia. Muka dia cam teringat kat kg halaman dan anak-anak dia. Dia ke sini pun sebab nak cari rezeki dan sekolah kan anak-anak. Bila aku bagi dia call kg, menangis teresak dia. Yelah, kalo aku kat tmpt dia pun aku sedih sbb berjauhan dgn suami dan anak-anak. Sabar lah bibik. Mungkin ada hikmah disebaliknya. As for me, insya allah...aku akan cuba sedaya upaya utk menjadi majikan yang baik dan bertimbang rasa. Janji boleh jaga amin & bismi dgn baik. Kalo boleh, sayang mereka sekali macam sayangkan anak sendiri.
  • Adik ipar aku dari Kedah dah berhijrah ke KL. Alhamdulillah...tambah lagi anggota keluarga di KL. Bertambah meriah rasa. Rumah plak dalam 15 min jer dari rumah aku. In case apa-apa, family yang terdekat dah ada. Smoga penghijrahan ini dapat merubah kehidupan adik ipar aku ke tahap yang lebih baik. Insya-allah...
  • Cerita lain...???kita sambung esok yak. Skang pun dah nak dekat pukul 12pm, aku tak tidur lagi...esok plak nak kerja.Papa and anak-anak semua dah lelap. Dan kalo nak tahu, aku memang suka tatap dan selami muka papa and anak-anak masa diorang tidur. Dan kekadang tindakbalas yang aku sendiri tak sedari, aku akan cium dahi mereka dengan sendiri. Rasa bahagia dan tenang jiwa bila aku buat cam tuh. Terdetik jugak kat hati, rasa bersyukur yang tidak terhingga terhadap Allah kerana anugerahkan aku 'harta' yang cukup berharga untuk aku sayangi dan disayangi. Isk...sentimental plak malam nih..cukup2!!tidur dulu yek tuan-tuan dan puan-puan...

Good nite and sleep dreams!!

Khamis, 13 Januari 2011

Emas!Gold!


Dulu time anak dara, aku memang suka gile pada barang kemas or accessories silver atau white gold. Pantang birthday or ada duit lebih skit, sure aku akan beli white gold. Takat mas kuning nih memang aku tak pandang. Masa tuh, pada aku hanya mak-mak or makcik-makcik jerk yang sesuai pakai mas kuning.

Tapi bila dah kahwin nih...baru minat aku pada mas
kuning nih membuak-buak. Mungkin faktor umur yang dah meningkat nih kot. Kate mak-mak or makcik-makcik jerk suka kan.. So aku dah tergolong dalam golongan tuh dah. Tapi jiwa nih tetap muda...and even dah peringkat mak-mak tapi masih boleh jual saham ye..Huhuhu...

Kekadang terfikir, adei ruginya aku beli white gold banyak-banyak. Kalo aku beli emas kan, dah untung berganda-ganda. Dulu emas murah jerk.. RM400 dah boleh dapat yang lawa-lawa dan besar. Tapi skang nih, takat RM400 tuh, emasnya ciput jerk. Design pun tak cantik. Betapa harga emas naik mendadak-dadak kat pasaran dunia.

So pada kengkawan yang dah dapat dividen ASB tuh, apa kata sebahagian atau sesuku duit tuh joli dan sebahagian lagi, kita beli emas untuk pelaburan jangka masa panjang. Tak rugi...nilai emas tak akan jatuh dan tiada susut nilai. Macam kita beli rumah jugak. Harga akan sentiasa naik dan naik dan naik. Dan ada juga kedai emas yang buat installment untuk beli emas. Sebulan dalam RM200 jerk utk 10gram emas setahun. Murah kan?

Jadi, fikir-fikirkanlah




Selasa, 11 Januari 2011

Akhirnya...kini PASTI


Yeah, bebeh..semalam washer machine baru telah selamat sampai ke rumah..


Nih la rupanya washer machine baruku........

12.5kg LG washer machine

Setelah difikir-fikir, brand LG tetap menjadi pojaan hatiku. Yang previous punye pun boleh tahan sampai 9 years tanpa rosak. Jadi pada aku, brand nih memang memuaskan hati.

Oh, ingat tak sebelum nih aku kate washer machine yang lama rosak?Rupanya tidak ye kengkawan. Masalahnya cuma salur air jer yang bocor. So aku kena tipu ngan pomen. Nasib tak hantar kat diorang. Kalo tak, buta-buta jer rugi beratus.

Bila Papa plak dapat tau masalahnya..apa lagi...kuarla soklan cepumas. "Ha?Washer machine lama nak letak mana Mama?" Huhuhu.."Jual second or letak kat rumah sewa mak, ok tak papa?" Then, papa kate "Memana la Mama Oi!" Hehehe...malas la tuh nak layan kerenah aku. Apa-apa jerk la papa..

Nih antara key featuresnya:

  • Modern Stylish Design
  • Health Plus Filter
  • Deep Clean Waterfall
  • Express Wash 19"
  • Smart Cleaning

Yang paling aku pasal washer machine nih, dia ada smart cleaning, corak bunga2 kat badan dia dan juga anti-kedut ya puan-puan dan tuan-tuan..Hehehe

Khamis, 6 Januari 2011

Hijrah 2011

Petang tadi, aku dapat call dari FINAS.

Dub..Dab..Dub..Dab...

Alhamdulillah...lepas 2 session interview, aku PASS!!

Insya-allah, next week aku akan melapor diri ke sana.

Wish me all the best of luck and hapiness yeh kengkawan!

But, bos aku suruh aku buat penangguhan for 1 week utk settlekan kerja2 tertangguh...

Still aku akan usahakan siap jugak dlm this week!

Malas la nak buat penangguhan.

Bak kate 'Gedeber' and Pn. Ikin...............Ada aku kisah?

Hahaha...tak baik doh! Bos aku gile baik kat sini..

Hopefully dpt bos yang baik jugak kat sana.

Gonna miss my BPS's friends and bosses.

Huk..huk..huk

Isnin, 27 Disember 2010

Hooray!!

Lama sudah tidak update blog.Windu rasanya. Nih baru ada masa nak taip in something for ya guys!Ye la..streamyx kat rumah buat problem.Lembab nak mampus. Sekejap dapat, sekejap tak. Tension aku dibuatnya!!

Kat opis plak, kerja tak habis-habis. Kalo dah kate kerja, memang bekerja jer la. Mana ada masa nak selak benda-benda lain. Lagi plak, dah akhir tahun nih. Lagi bertambah-tambah kerja yang ada.

Tetiba hari nih....

Bos tak datang!Hoooray!!

Kerja dah habis!Hooray!!

Mood tak ada! Hooray!!

Mata mengantuk!! ZzZzZzz.......

Tetiba sedar balik, ada mata yang spy on me...

Ah, peduli!Dah akhir tahun...

Tunggu new year untuk azam baru...............................................

Rabu, 8 Disember 2010

Pity papa!

This is my first time blogging through my phone instead of using my 'lappy'. Testing..testing..testing..

Punye lah lembap aku nak taip sesatu dalam hp nih.Tapi diakibatkan kemalasan yang tahap maksima utk buka 'lappy' dan sementara mata nih nak lelap, aku godek-godek dlu hp nih. Dan nyata, aku lagi prefer to use 'lappy' dr hp di jariku ini. Atau sebenarnya keinginan utk beli ipad atau tablet tuh membuak-buak.GoSH!!I wish to have it now!huk..huk..huk

Ok.,lupakan kejap kisah ipad idaman.Nanti aku story lebih in next blog yak!

Skang mau story about papa. He badly injured his knee akibat main futsal last night.Pitty him.Nasib ada tok nek kedah. Ble gak urutkan lutut dia yg terkeluar tuh!Kalo tak,sure kena guna tongkat sakti la nih. Itu pun gagahkan diri gak berjalan-jalan gi menara kl and tasik titiwangsa td.

Bila balik and nak urut dgn tok for second time (sepatutnya 3 kali), kepala lutut papa kuar balik. Adei! Cian papa! Terjerit-jerit and berair mata die kena urut dgn tok. Hopefully he will getting better tomorrow and stop awhile from playing futsal. Cukup2 lah tuh..cari sport yang tak menyakitkan cam bowling or badminton,ok tak papa? Boleh gak mama tumpang sekaki..Hehe!

Jumaat, 26 November 2010

Windu!!!windu!!windu!!

Hooray!!Berakhirnya mesyurat di Langkawi
Tak sabar rasanya nak balik
dan peluk cium
amin & bismi kuat-kuat

bismi

amin