Selasa, 15 Disember 2009

Kad Sesat

Tengah aku dok asyik kemas dan humban barang-barang lama especially kertas-kertas yang ntah hape-hape and magazine yang sedia banyak (biasalah...hobby aku kan membace!), terjumpa satu kad raya sebesar A4 bertulis 'Sayangku, Selamat Hari Raya Aidilfitri'. Dalam hati, sapa punya plak nih..kalo surat and kad yang ex-bf yang dlu2 bagi semua dah kena bakar, baik akunye mahupun husband punye. Pantai Klebang kat Melaka tuh jadi saksi 'pembakaran terbuka' kitorang buat malam-malam. Aku and husband siap berjanji tak kan ingat atau berhubung dengan 'anasir-anasir luar' yang sentiasa menganggu perhubungan kitorang time tuh. Hehehe...kelakar plak, terkenang memori yang lepas-lepas. Tuh la yang dipanggil 'Sweet Memories'. Hanya terjadi 'Once in a Life Time' orang kate.

Balik pada cerita kad tadi. Rupa-rupanya husband aku yang bagi..Wah!Ble tak aku tak hingat?Sejak bile plak, husband aku nih suka bagi kad. Aku rasa kalo ada pun sekeping jer kot sepanjang kitorang kenal. Tapi aku ada simpan kat 'fail khas' aku. Nih sure kad sesat nih. Bahaya tul kad nih..siap ada bakar-bakar lagi kat tepi..huhuhu...romantic gak ek papa nih!!hehe..neway, aku suka 'wording' husband aku dalam kad nih..meh aku share ngan korang.

Hampir 7 tahun perkenalan kita bermula
sebagai seorang kawan sehinggalah ke hari ini
bergelar tunangan orang
Am amat bersyukur kehadrat Allah s.w.t
kerana memanjangkan jodoh perkenalan kita.
Insya-allah, tahun hadapan Am berharap kita
dapat melangsungkan majlis perkahwinan dan
pada masa tersebut Yus akan bergelar
isteri Am yang sah...
Semoga Allah s.w.t memanjangkan jodoh kita
hinggalah ke akhir hayat kita berdua.
Yang penting, Am akan melakukan yang terbaik
untuk membentuk keluarga kita yang bahagia....
Dan Am akan sentiasa menyayangi
diri Yus setulus hati dan jiwa.....

Bila aku tunjuk jer kad nih kat husband. Buat muka malu-malu kucing plak. Hehehe...papa..papa..may be that the reason i love you so much..Even muka 'garang' but you have 'soft-hearted' and so well understanding me inside out even i didnt told you....That's my 'PAPA'.

Khamis, 3 Disember 2009

Christmas Sales!!!

I L.I.K.E when its come to 'shopping peak season'. Skang kan dah start Christmas Sales...Dalam kepala otak nih, ada macam2 nak beli...Antaranya:
  • Compact powder M.A.C
  • Eye liner M.A.C
  • Body Serum Clarins
  • Mask Clineque
  • Serum Bioterms
  • Bobbi Brown Palette
  • Lipstik Bobbi Brown
  • Barang baby/Amin
  • Baju Maternity especially seluar..(pewut makin membesar)
Ini dulu yang terpintas kat kepala otak.Nanti kemungkinan besar akan bertambah lagi..Huhu

Rabu, 25 November 2009

2 Hamster yang ComeL

Skang nih, amin dah ada kawan baru kat rumah. Aku and husband belikan dia 2 hamster yang tersangatlah comel kat The Mines. Memula tuh nak belikan amin sepasang 'rabbit'. Pastu, bila pikir-pikir balik macam menyusah jerk kalo kitorang pergi bercuti. Yela...sapa nak jaga and bagi makan 'rabbit' nanti kan??So kitorang decide belikan amin antara 'genny pig'(tikus yang version besar) ataupun hamster. Dah sampai jerk kat pet shop tuh, aku suruh budak tuh bagi amin pegang sekor-sekor haiwan nih. Nampak cam amin lagi suke pada hamster. Yang 'genny pig' tuh amin cam takut-takut skit nak pegang.Maybe besar skit kot dari hamster. Dan disebabkan nama 'pig' tuh ada dan bunyi tikus nih pun macam ala-ala 'pig'...aku and husband tak jadila nak belikan amin. Risau gak kan...Hehe..

Hamster yang aku belikan amin nih jenis yang tak gigit. Cam mana aku tahu?Sebelum nak beli tuh, aku suruh amin pegang hamster tuh. Nasibla tak penyet hamster tuh dibuatnye. Agaknya dia geram sangat tengok hamster tuh. Dahla kecik and bulu dia pun lembut. Boleh dikatakan jinak jugak la hamster nih.Kitorang bagi nama 'Kiki' and 'Lala'. Dua-dua jantan sebab pet shop nih tak jual yang betina. Takut hamster nih beranak banyak-banyak. Huh...takut budget lari la tuh!

Apa-apa pun, welcome kepada 2 keluarga baru kami yang akan menceriakan lagi hidup amin and family.Hehehe...


Kiki and Lala

Selasa, 24 November 2009

Daging masak Kicap..Nyummy

Sambil surf internet dan mencari resipi yang best-best. Aku berkenan dgn 1 resipi nih.Ingat esok nak try buat. Saje nak share-share ngan korang. Ane tau, korang pun berminat gak ke?Huhuhu..

Daging masak kicap
-----------------------------
Bahan-bahan :

1 kilo daging goreng (hiris/potong kecil)
(I selalu beli daging goreng coz nak masak lauk ..senang empuk dan cpat lembut)
2 cili hijau & cili merah (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 bawang besar (kisar)
2 bawang putih (kisar)
kicap manis cap kipas udang
2 sudumkn rempah kari
1 sudumkn cili sos/tomato
2 bji kentang potong 6 (goreng dan ketepikan)
garam dan gula sekucup rasa
sedikit kacang peas
sedikit air

Cara-cara:
--------------
Tumiskan bahan kisar hingga naik wangi.Masukkan rempah kari dan gaul rata.
Masukkan daging gaul kesemua bahan hingga mendidih dan daging empuk.Letak cili sos & tomato sos..gaul sedikit dan tuangkan kicap manis dan sedikit air,garam & gula secukup rasa.Bila dah mendidih barulah masukkan kentang yg digoreng tadi bersama kacang peas.Gaul 3 minit dan sehingga kuahnya agak pekat sedikit..kalau tak suka pekat bole tambahkan air.Akhir sekali matikan api dan di hidang kan.

Selamat Mencuba....

Baby boy ke baby girl????

Hari tuh scan baby kat Poliklinik An-Nur Cheras. Doktor kate kemungkinan aku dapat baby girl tapi menengok pada keadaan perut aku skang yang semakin membesar. Rase macam sama jerk time aku mengandungkan amin. Ntah-ntah lelaki. Bukan ble caye sangat result scan tuh sebab doktor tuh cume guna scanner 2D. Kalo 3D ble la gak percaye sebab jelas nampak susuk tubuh baby.

Ntahla...baby girl ke baby boy ke..memane pun aku tak kisah. Kalo baby girl, best gak. Dapatlah aku sepasang anak and ada gak geng kat rumah. Kalo baby boy pun best gak. At least amin ada kawan nak bermain dan berlasak-lasak dengan dia. Yang penting, baby sihat dan cukup sifat.:D

Jumaat, 20 November 2009

Kenduri Kendara

Ramai betul member-member yang nak kahwin hujung tahun nih..Antaranya:
  • 22/11/2009: Ain Burhanuddin-member zaman MMU dulu a.k.a housemate aku.
    Nih la antara rakan baik aku yang kekal sampaila skang.
  • 29/11/2009: Mira-member zaman MMU aku gak. Insya-allah, aku akan hadir kalo tiada aral melintang. Lagipun, time tuh dekat ngan raya Haji. Tapi aku akan usaha pergi gaks.
  • 13/12/2009:Shima-member dari zaman kecil sampaila aku dah jadi mak orang nih. Aku ada sponsor 1 set cupcake utk dulang hantaran Shima. Hopefully dia suka.
  • 19/12/2009:Zul-member aku gak bakal husband Shima nih. Aku kena gak pegi belah dia di N9 sebab time aku kahwin dulu, kat semua tempat Shima and Zul sure ada. Kini giliran aku la plak bagi support kat diorang.
  • 19/12/2009:Rohaida-member aku zaman sekolah menengah dulu a.k.a member bergosip aku dulu. Mana tak nya..kata pun dok sebelah menyebelah. Ada jerk la kitorang gosip-gosipkan. Lepas majlis rumah Zul,Insya-allah aku akan shoot gi rumah Rohaida plak.;)
  • 6/12/2009:Faizal Rashid-member zaman sekolah rendah dulu. Kitorang pernah jadi classmate dulu. Kalo tak silap aku, time darjah 6.
  • 13/12/2009:Diana Kamal-member zaman sekolah menengah aku. Insya-allah, aku runner gi kenduri Diana lepas kenduri Shima jika tiada apa-apa.
Pada semua bakal-bakal pengantin merangkap kengkawan ku,Selamat Pengantin Baru dan Selamat melangkah ke alam perkahwinan. Semoga cepat-cepat dapat anak.:P

Selasa, 17 November 2009

Girls Matter

When a Girl is quite,
Millions of things are running in her minds.

When a Girl is not arguing,
She is thinking deeply.

When a Girl looks at u with eyes full of questions,
She is wondering how long you will be around.

When a Girl answers "i'm fine" after a few words,
She is not fine at all.

When a Girls stares at you,
She is wondering why are you lying.

When a Girls lays at your chest,
She is wishing for you to be hers forever.

When a Girls calls you everyday,
She is seeking for you attention.

When a Girls sms's you everyday,
She wants you to reply at least once.

When a Girls says I love you,
She means it.

When a Girls says she cant live without you,
She has made up her mind that you are her future.

When a Girls says I miss you,
No one in this world can miss you more than her...

p/s: tuh pun kekedang kaum Adam susah nak paham...:p

Isnin, 9 November 2009

amin & pink car

Semalam, aku,husband & mamy bawak amin jejalan kat Jusco Seremban. Then, nampak kete mainan nih. Comel sgt!! Apa lagi, kitorang suruh amin naik. Amin punye la syok sampai tak nak turun dari kete comel nih...satu hal plak, nak pujuk die turun dari kete tuh..

tengok muke amin, takut kitorang angkat die

muke nak naik kete tuh lagi...


VIDEO


video


video

Sport Day KPM

Last Friday & Saturday, memang hari yang sungguh memenatkan. Even aku tak join sukan yang dianjurkan tapi cuaca di Bukit Jalil teramatlah 'the hotty'. On Friday tuh, husband aku masuk acara bola tampar. Konon wakil jabatan dia ah..Then, Saturday plak, dia masuk acara bola sepak and badminton. Gile kose btul husband aku. Semua acara dia nak masuk. Masuk 1 acara udah ler. Pastu complaint sakit kaki la, sakit badan la, sakit buku lali la, sakit tangan la....semua sakit. At the end, aku gak la, yang kena bubuh minyak panas dan urut kaki dia...Isk..isk..isk...nak cakap kang, marah. Jadi, layankan ajerk la kerenahnye...yek papa!!

bola tampar

go..papa...go

papa & kamal


VIDEO

video

Selasa, 3 November 2009

Family Dinner

Last Sunday, we have family dinner at Seremban. Memang best la restoran nih. Kita pilih jerk apa benda yang kita nak makan dan masak sendiri kat tengah-tengah table. Suka hati la nak masak dengan butter atau bakar atau nak steam. Ikut citarasa sendiri. Then, kita bole choose makanan berat yang kita nak sama ada nasi ke mee ke yee mee ke bihun. Kalo nak makan semua skali pun takpe.Huhuhu..Then yang paling aku suka ada satu section yang die letak semua ais krim. Ada macam-macam perisa. Suka hati nak makan banyak mana. Satu kepala dia charge only RM 19 for adult and RM 9 for children. Consider cheap kan?Memang puas hati kitorg makan.

Amin plak paling suka makan ikan bakar & ais krim. Makanan lain yang aku suapkan semua dia tak nak. Punye la banyak makan ais krim & ais batu. Sampai bertambah-tambah. Nih ikut mama la nih. Suke benda-benda sejuk.

amin & atok.
Bekas warna merah tuh penuh dgn ais amin

amin & atok yang kekeyangan

papa tengah tunggu makanan die masak.
Tengok kat tengah tuh dah berasap-asap

nih pinggan pertama aku yang penuh dgn sisa
sotong,ikan, udang,ketam dll...

VIDEO
amin meratah ais

video


family dinner

video

Karaoke time!

Waduh!Lepas kitorg balik dari Pahang, Kak Ja & Chik ajak kitorg gi karaoke plak kat Jalan Ipoh. Memula tuh, ada gak rasa malas nak gi memandangkan badan dah penat and lepas tuh plak nak travel gi Seremban. Tengok atok aku sakit. Tapi bagi tak mau mengecewakan family, kitorg join jugak la. Lagipun, 'regu' ada. Lagi syok la layan karaoke. Tambah plak, Tok (nenek husband) ada. Layan lagu Thailand aje la kami sambil2 menari. Macam-macam kerenah. Tapi yang penting, kami sekeluarga TETAP HAPPENING & SPORTING. Tuh yang paling aku suka about this keluarga nih...

Tapi aku & husband tak join lama (kalo tak silap, diorg habis pukul 2.30 pagi). Dalam kul 11 lebih, kitorg mintak diri dulu nak ke Seremban. Tak mau la lambat2. Lagi plak, takut amin meragam nak tito.

Nih antara gambar2 yang sempat di'snap-snap'.

bilik VVIP yang di'book'

Kak Ja menyumbangkan beberapa lagu

mak & Tok

me & azalea

me & yana (amin & adik kat belakang)

fara sempat interframe

adik & amin(mengantuk anak mama ek)

ada banyak lagi pic, nanti upload kat facebook


Vacation in Kuantan dan sewaktu dgnnya....

Adoi...kerja jalan jerk aku and family bulan nih.. Last Friday, aku temankan husband aku outstation kat Kuantan for 2 days and 1 night. Kitorang stay kat Grand Continental Hotel berhampiran ngan Mega Mall, Kuantan (yang pada pandangan aku, shopping complex yang paling 'canggih' dan cantik kat bandar Kuantan nih). Aku 'hangkut' skali 2 orang anak Kak Ja(anak buah husband aku) iaitu adik and Fara join sekaki kat sane. At least, aku tak lonely sangat time husband aku pergi keja. Ada gak geng nak sembang-sembang. Kebetulan lak, Fara baru habis exam PMR and adik plak agak 'free' even next week dia ada final exam. (Hehehe...sempat lagi berjalan yek dik. Tak saboo tunggu cuti sekolah).

Dan secara kebetulan jugak, ada lagi 1 group family husband(abg Ngah,Shafiq, Ita,Sherina dll) pun pergi vacation kat Kuantan. (Memang tak rancang actually.Semua secara kebetulan). Jadi kitorg jumpa diorang nih semua kat sane. Lepak-lepak kat depan tasik@sungai (ntah mana satu, aku pun tak pasti),lepaskan amin & sherina main-main kat park. Memang seronok diorang kena lepas. Ada video yang Ita rakam. Nantila aku bluetooth kat dia and upload kemudian kat sini. Kalo korang tengok gelagat amin & sherina time nih, memang syok. Happy jerk kehidupan kanak-kanak!

Sepanjang kat sana, kitorang habiskan masa round 1 bandar Kuantan (main redah sajalah even tak tau jalan). Yang paling aku suka tengok kat bandar dia ialah masjid dia. Sungguh cantik pada pandangan mata aku. Mungkin colour masjid tuh yang kebiru-biruan, menyejukan mata memandang.

Lepas tak tau lagi mana nak rounder, kitorg gi Teluk Cempedak. Pantai kat sana tersangat la cantik. Rasa nak mandi jerk kat situ tapi time kitorang datang tuh punya la panas terik.Jadi, tak jadila nak turun laut.Takut kena 'sunburn'. Husband kate memang nampak lain dari 5 thn lepas time dia datang dgn kengkawan dia. Makin cantik dan ada 'kengkawan baru' (monyet) yang berkeliaran mintak makananan. Aku memang tak excited la tengok 'kengkawan baru' nih. Jadi 'fobia' skit sebab time aku kecik dulu, kalo tak salah aku kat Batu Caves la. Ada monyet tuh rampas makanan dari tangan aku, time aku tengah syok makan makanan favourite aku lak tuh. Terus aku nangis. Dari start tuh, terus aku takut pada binatang bernama monyet.

adik, amin, aku & fara

kami di teluk cempedak

fara & adik

pemandangan di teluk cempedak...cantik kan

kami 3 beranak



VIDEO
video

Isnin, 26 Oktober 2009

2nd Wedding Anniversary

OMG..today is our 2nd year wedding anniversary aku and husband. Huhuhu...ble la tak cakap aku terlupa..aiyak! Chow dlu..nak buat skit preparation..:P

Time for ZZzzzZ

Nih video amin yang sudah mengantuk kat sofa...


video

jom amin...time for ZzzZzz
Memang kaki berjalan jer this week...last Saturday plak, aku and family pergi ke Desa Water Park. Rase tak puas plak mandi kat Port Dickson hari tuh..Isk isk isk...(memang 'sun burn' amin dibuatnya..hehehe)

Agak lama gak kitorang tiga beranak melepak kat sane. Kalo tak salah, dari 12 tgh hari sampai la ke 6 ptg. Puas mandi!!Cume aku la yang tak berapa puas sebab husband aku tak kasi naik benda yang berat-berat @ 'mencabar. Takut terentak. Lagi plak, kandungan aku baru masuk 4 bulan. So, kena 'hati-hati' katanya....Adei!!Time aku tak 'pregnant', tak mo plak bawak aku jejalan...Nih aku dah 'pregnant', bawak aku jalan merata.Saboooo jerk aah!!!Takpe ah...tuh namanye rezeki.Syukur...alhamdulillah :D

PICTURE

suke amin sampai tepuk tangan

sempat lagi posing

amin keletihan selepas mandi

one happy family


p/s: Selebihnya, di facebook ku yak!

Ahad, 25 Oktober 2009

Port Dickson

Last Wednesday, aku ngan family pergi vacation kat Port Dickson. Sajer kitorang pilih weekdays sebab tak berapa ramai orang and rate hotel pun tak berapa mahal. Kitorang stay kat Corus Beach Hotel. Kebetulan plak, ada family husband dari Penang pun join kitorang skali. Memang lagi syok la.

And for Amin, this is his first time at the beach. Biasa bawak amin pergi mandi pool, theme park and sungai jer. Tapi kali nih, mama and papa bawak amin gi pantai plak. First time tengok pantai, memang amin takut sesangat. May be sebab bunyi ombak and pasir dia yang lembik kot. Bila kitorang letak jer dia kat pasir, dia merengek nak kitorang dukung dia. Then lepas pujuk-pujuk, baru amin OK but still tak berani nak masuk air laut. Kat tepi-tepi jer, dia berani. Takpe..nanti lame-lame, amin akan biasa gak. Lagipun, nih satu benda baru bagi amin nak explore.

Enjoy our pictures and videos...yang selebihnya, ada dalam facebook aku...:P

PICTURES

amin tengok air laut..cantik sgt!

apala amin, tak mo tengok camera

amin and papa happy's time

lepas mandi pantai, kita mandi pool plak..YEY!!


VIDEO


video

Port Dickson....

Selasa, 6 Oktober 2009

Semoga Success to Calon PMR

Kalo tak salah aku
Esok dah mula start exam PMR utk semua calon tingkatan 3
Semoga korang semua
SUCCESS selalu!!


Especially kepada anak-anak buah aku:
Farra dan Azalea

Sebelum mula exam, baca Bismillah dan doa penerang hati
serta minta diberi petunjuk sekiranya rasa ragu dengan soklan tuh
Habis buat exam, tawakal dan doa kepada Allah
Agar diberi kejayaan
Moga-moga dapat 8A


p/s: Ikutlah jejak langkah kakak sedara mu ini.Haha..tapi kalo dah masuk MRSM, jangan plak meringik nak balik.Huhuhu...

Hasad Dengki

Pengajaran dan pedoman untuk aku:

Jangan dengar kata sebelah pihak sahaja
Jangan berpra sangka buruk terhadap seseorang sehingga kita tahu kebenarannya

Sifat yang harus ditegah:

Hasad dengki
Fitnah
Berbohong

Musti korang tertanya-tanya, asal la aku tulis benda-benda di atas nih. Itu sebagai peringatan utk aku dan juga korang jugak agar sentiasa berwaspada dengan orang yang bersifat spt di atas dan juga untuk elakan kita daripada bersifat sedemikian terutama kepada family sendiri @ teman rapat.

Kekadang memang timbul perasaan 'negative' bila kita lihat seseorang itu lebih @ istimewa dari kita. Tapi kenapa tidak kita anggap ia sebagai satu yang 'positive' utk kita perbaiki diri menjadi lebih baik dari orang itu. Isu 'kekayaan' @ 'duit' bukan satu isu yang boleh kita 'beli' semuanya utk dapatkan perhatian dan kasih sayang seseorang tapi cara layanan dan juga keikhlasan serta kejujuran kita terhadap seseorang itu yang membuatkan perhubungan menjadi lebih rapat dan akrab.

Jadi, jangan buat citer yang tak elok tentang seseorang,lebih-lebih lagi kita baru hendak mengenali orang itu@ sesebuah family itu dengan lebih rapat. Ia secara tak langsung, menimbulkan rasa curiga dan pra sangka buruk terhadap orang itu. Macam-macam perkara yang bermain kat fikiran ini. Adakah semua ini hanya sandiwara@lakonan semata@semua perkara berbangkit adalah tidak benar sama skali???Semua menjadi tanda tanya....

Kesimpulannya, TEPUK DADA,TANYA HATI & SELERA. Yang penting, bagaimana perhubungan kita dengan seseorang itu secara realitinya. Hanya kita dan orang itu sahaja yang tahu. Orang hanya melihat secara luaran tapi yang penting, dalaman(HATI) rasa. Apa orang itu nak kata, katalah...MULUT TEMPAYAN MEMANG SUSAH NAK TUTUP. Yang nyata, perhubungan aku tetap diteruskan tanpa rasa syak wasangka dan aku ikhlas dalam perhubungan yang baru terjalin ini.

p/s: Sesapa yang terasa, 'mak' mintak maap banyak2 dari hujung rambut sampaila kaki. Skang kan bulan Raye...Huhuhu!!

Windunye kat blog nih!!

Waduh...waduh..waduh!!
Lamanya tidak update blog ini
Walhal banyak jer benda nak citer
Dari hal raya & bab jalan2

Tapi.....

Tak tau mana nak start
?????

Erm........

Isnin, 31 Ogos 2009

Selamat Hari Merdeka!!

Happy Merdeka Days To All!!

Sambutlah Hari Kemerdekaan ini
Dengan Penuh Semangat & Keinsafan di Jiwa
Serta Hargailah Pengorbanan Perwira-Perwira yang Terdahulu

Rabu, 26 Ogos 2009

Dugaan Bulan Ramadhan...

Haila..banyak sungguh dugaan bulan Ramadhan tahun nih...
Bawak-bawak bersabar yuyu...
May be mood ko yang tak menentu...
Boh layan kan ajer semua benda tuh..

Tarik nafas panjang-panjang

Fuh..Fuh..Fuh!!!!

Jumaat, 21 Ogos 2009

Happy Birthday Shima!!

Happy Birthday kepada kawan baik ku...Shima!!
Semoga panjang umur & cepat-cepatla kahwin...

Meh sini aku nyanyikan sedikit lagu birthday ...

Happy birthday to you..
You born in the Zoo
With cat and kangaroo
Happy birthday to you...

Muahh..Muahh...Muahh..


nih present dari aku utk ko..hehe

Bermula Bulan yang Suci...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Mulia...

Kepada semua:
Ampun dan maaf diminta
jika ada terkasar bahasa dan perbuatan

Semoga kita semua dapat jalani ramadhan ini
dengan penuh kesabaran dan banyakan amal ibadah..

Berita Baik!!

I'm pregnant again!!
Seronok rasanya!!
Amin dah dapat sorang adik..

However, sejak aku pregnant nih..
Rasa cam tak da mood memanjang & senang EMO
Tak lalu makan & asyik pening jerk..

Dugaan...dugaan..dugaan....

Ya Allah, tabahkan la hati hambamu ini..
Banyakan sifat sabar dalam diri...
Redakan & Tenangkan lah hati yang mengelodak..

Amin..amin..amin...

Khamis, 20 Ogos 2009

Kadang-kadang

Kekadang busan tul bila ada orang tuh amik serius dengan apa yang kita kata walhal sebenarnya kita hanya bergurau atau suka mengusik...

Kekadang busan tul bila ada orang tuh cepat EMO apabila kita menegur walhal untuk kebaikan dirinya jugak...

Kekadang busan tul bila tetiap hari kena mendengar 'rungutan' dari mulut orang tuh walhal bukannya apa sangat pun...

Kekadang busan tul bila tiada orang untuk kita luahkan perasaan yang terpendam..

Kekadang busan tul melayan kerenah sekeliling yang ntah apa-apa...

Yang tak busannya...MAKAN+MINUM+TIDUR....

Apa lagi jomlah ZzzZZzZzz.....

Rabu, 19 Ogos 2009

Bday Amin yang Pertama

Lupa nak upload gambar time birthday amin yang lepas. Thanks pada yang tetamu hadir terutama kepada family, kengkawan dan juga jiran-jiran yang sporting. Semoga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kita semua.

birthday cake amin

cupcake ciptaan Liyana

one happy family

tiup jangan tak tiup


Lepas settle kemas rumah, family aku, kak ja and chik ti singgah The Mines.Sempat lagi kitorang semua berkaraoke even though kitorang semua kepenatan. Nih la antara yang sempat kami snap-snap..

kami dari belakang

tunggu giliran masuk ke karaoke JAMBAN..huhuhu



Selasa, 11 Ogos 2009

Do We Look ALike?

Kalo aku gi mana-mana jerk, sure orang kate amin banyak ikut rupa aku. Tak banyak ikut papa dia. Nak buat cam na..gen mama lagi power dari papa..hehehe...Tapi bagus gak actually. Sebab mengikut kata orang tua...Sejuk kalo anak lelaki ikut rupa paras ibunya. Apa yang dimaksudkan sejuk tuh ek?Ada sesiapa yang paham? Pada aku keserasian ibu atau ayah dengan anaknya bergantung pada cara didikan dan pendekatan parent tuh jugak. Bukan bergantung pada wajah. Ada sesiapa ble explain kan kat aku tak?

amin skang malu nak bergambar..
dia dah tak suka tengok kamera


serupa ke kami?

Isnin, 10 Ogos 2009

Family Karaoke

Hari ahad yang lepas, aku and seluruh keluarga SS (belah husband aku) gi karaoke beramai-ramai kat Segambut. Memang happening la. Kitorang gi sana lepas maghrib dalam kul 8 sampaila pukul 11. Memang berkaraoke dan menari sakan masing-masing. Yang penting, dapat release tension. Amin pun karaoke skali ngan mama dia. Orang pegang mic, dia pun nak pegang skali. Pandai anak mama. Bila orang nyanyi, amin pun menari-nari skali ngan kitorang. Sporting sungguh amin. Nasib malam tuh, dia tak banyak ragam. Nih la antara ragam-ragam kami sekeluarga yang sentiasa havoc and happening. Sayunk korang semua....smoga relationship kite sekeluarga bertambah erat dan ceria sentiasa. Insya-allah..

loving couple of the year
kak liza & abg zul & yang tido tuh Syarina..
bukan main feeling lagi menyanyi...

aku, nabila and kak ya
sempat lagi posing

amin and adik..
memang tak bole berengang dua-dua nih

kusyuk kak ya nyanyi sampai tak tengok orang dah..hehe

yang menyanyi tuh, bini Pon, belakang dia Azalea,Ita & Apit


Nih antara video yang sempat dirakam:

video

Ahai..cek mek molek


video

Lalala....

Floria Putrajaya 2009

Wah, windunya nak tulis blog. Agak lama juga tak update pasal diri ini. Makin sibuk lately. Balik-balik rumah jerk, lepas kasi amin tido dan melayari facebook dan check mail, aku terus jerk tidur. Dah tak sempat nak story-story kat korang. Actually banyak cite yang nak share dgn korang. Tapi nanti aku update skit-skit.

Kali nih aku nak story pasal FLORIA Putrajaya. Tapi sebelum kitorang gi sana, aku and family having dinner kat IOI Hotel dulu sempena celebrate birthday abah that night. Sambil-sambil tunggu abah, mamy and fadly bersantap, aku bawak amin jalan-jalan kat lodge dengan papa. Memang amin skang nih tengah lasak sangat. Aku suruh duduk makan. Dia hentam nak berjalan satu tempat bufee tuh. Adei, penat nak kejar. Last-last,aku and papa kelaparan tengah-tengah malam.Mana tak nya, kalori terbakar habis lepas kejar amin.Hehehe...

Time amin jalan-jalan tuh, sempat lagi die singgah kat stage orang menyanyi tuh. Yang bestnye, dia boleh plak menari-nari depan penyanyi pompuan yang agak seksi and daring tuh..Amboi-amboi, bukan main lagi anak aku nih. Tengah dok tengok amin menari-nari kat dsitu, suddently pompuan nih turun stage and dukung amin bawak atas stage. Bukan main suka lagi anak aku nih. Tak tau malu langsung. Papa die siap cakap tuh 'Kan best kalo pompuan tuh dukung papa'...huhu..panjang sungguh angan-angan papa nih. Nak buat cam ne, Like Father, like son. Kalo anak nye suka, papanye sure lagi suka..:P


video

Sekitar pukul 9, baru aku and family gerak gi Putrajaya. Itu pun sebab kawan abah yang incharge karnival nih ajak gi sana tengok diorang set up macamana. Agak kagum gak aku tengok bunga-bunga kat sini. Even aku pergi time malam, tapi bunga-bunga nih still nampak segar and cantik. Pandai orang yang decorate semua nih. Sungguh kreatif and bersabar nak susun bunga nih satu-satu untuk jadikan satu rupa atau bentuk. Nih antara picture yang aku sempat snap dari handphone. Nak dijadikan cerita, kamera aku time nih habis bateri. Sabooo jerk aah. Kalo tak, sure gambar die lagi cun..

Floria 2009

cantik kan?

me and sang kancil

abah & mamy

tis is my fav....bestnye kalo ada 1 kat rumah..