Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan

Rabu, 11 Ogos 2010

Selamat Berpuasa

Hopefully tidak terlambat untuk aku ucapkan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
&
Selamat Berpuasa
kepada family & friends.

Jika ada kesilapan & kesalahan,
aku mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.

Semoga Ramadhan ini diberkati..

p/s: for the 1st Ramadhan, sempat gak masak utk papa ketam masak cili api, tempe goreng, ikan masin & sayur campur goreng telur...nyummy! Esok tak tau plak nak masak apa??Hurm..any ideas??

Rabu, 28 Julai 2010

Doa Waktu Pagi

Marilah kita mulakan pagi ini dengan berdoa kepada Allah s.w.t.

1. *Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari dengan (kesedaran bahawa) Kerajaan(bumi dan segala isinya) ini seluruhnya milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu baginya tiada Tuhan selain dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.*(3x)

2. *Kami terjaga di pagi hari dalam fitrah Islam dan kalimat ikhlas dan dalam agama nabi kami,Muhamad SAW dan dalam millat(ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif(lurus) sedang dia bukan seorang musyrik. *(3x)

3. *Ya Allah, pada pagi ini kami nikmati afiat pemberianMu(keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia(dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu atasku,didunia dan akhirat.* (3x)

4.*Ya Allah nikmat apa saja yang aku peroleh di waktu pagi hari atau seseorang diantara makhluk-Mu sebenarnya adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagimu segala puji dan syukur.*(3x)

Rabu, 9 Jun 2010

Cium Anak Dapat Pahala

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembalike rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pulA akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab

p/s: ...hari-hari mesti cium papa, amin and bismi...(◕‿◕✿)

Isnin, 25 Januari 2010

Penawar Syifa

Sedang aku syok 'surfing' facebook,friendster, blogspot and berita online, tetiba aku terpanggil nak search kat google tentang penawar syifa. Banyak gak info yang aku dapat dan secara tidak langsung menambahkan skit pengetahuan agama aku yang sedia tak banyak nih. Selain dari internet nih, korang jugak boleh tgk kat Astro Oasis, 7.30pm.

Menarik sebenarnya bila kita ketahui tentang khasiat-khasiat yang terkandung dalam Al-Quran. Bila ayat-ayat Al-Quran ini dijadikan amalan, insya-allah banyak kebaikan yang akan kita perolehi. Sini, aku nak share blog yang aku rasa bagus utk korang semua baca dan jadikan rujukan.

Selasa, 7 April 2009

Mukjizat Bismillah


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."




KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepad Jibrail.

2."BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3.Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam,air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada oran sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6.Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada19 (QS.AL http://qs.al/ Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."
8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya disyurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka
akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim,
hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulullah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Khamis, 2 April 2009

Keberkatan Surah Yaasin

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang..

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah @ aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsebut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah S.W.T. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik…

Caranya:
Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.

Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Tiupan pertama - Ianya Datang dengan tiba-tiba
Tiupan kedua - Hancur Semua Alam ini
Tiupan ketiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap manusia akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3kali.
( amat mujarab buat org yang sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I’ve practiced this method subhanallah, effective)
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan seharian.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa
bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat)
menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
(Ayat 78 dan 79) -
Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun
tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada
air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

Wallahualam.

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6.
Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati
dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

  • Yasin is the jantung of Al-Quran
  • Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran

Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:

  • Child is sick
  • Feeling troubled.
  • Memudahkan urusan
  • Memudahkan perjalanan
  • As selusoh (to ease pain when giving birth)
    Read Yasin (3x) over water
    Read 3 Qul (three times each)
  • Fatihah
    Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
  • Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati
    dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 - “Wajaalna….”
Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Lindungi diri dari dianiaya
Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Baca Ayat 9
Fatihah
Read 3 Qul (three times each)
Ayat Kursi
Ayat 29 - “In kanat illa….”
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar
kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - “subhanallazi..”
Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan
sapu ke muka pada pagi hari
Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - “Salamun…”
Jika sakit anggota
Tak tenang hati
Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit ( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I’ve practiced this method subhanallah, effective)

Ayat 76 - “Falayahzun..”
Bila rasa sedih
Untuk menenangkan hati
Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 “dari Yuhyil Wahiya…”
Tulang patah
Sakit sendi
Sakit lutut

Ayat 82 - “Innama amruhu..”
Jika mandul
Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
Dry method
Sembahyang tahjud
Sembahyang hajat
Doa minta hajat
Baca ayat 100 x dengan yakin
Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh
penyakit dalam badan)
Seperti di atas
Bila baca ayat, tiup dalam air
Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi
Wallahualam.
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal
aa’maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian <>Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang
sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka
dan bukannya di kubur.(terutama ayat 12) — sebab kenapa kita perlu baca,
agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup
insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.
***** sekadar informasi *******
Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam
Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat
yang mujarab.
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahua’lam…