Memaparkan catatan dengan label acara family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label acara family. Papar semua catatan

Isnin, 23 April 2012

Congrate dan Boleh!!


Hoyeah...Congrate Ita!!!
For carrying the 3rd baby ( 3 month ) after Sherina and Daniel.
Semoga Allah melindungi kamu and baby sehingga selamat melahirkan.
Kali nih, kak yus tak dapatla nak join kamu sekali.Hehe..

Owh..for your info, Amin is same age with Sherina while Bismi is same age with Daniel.
But what make me jealous of her is TENGOK BADAN dia!!!
MANTAIN dan KURUS even dah beranak 2!!
As for me...huk..huk..huk (menangis sebentar)...OUT of SHAPE!!
Huk..huk..huk (menangis lagi)
Saya nak KURUS jugak!!

Nih yang nak berazam utk 2012..
berat saya akan mencapai 54kg dan bukan 60kg ( wah...tak berahsia lagi mak!)
Boleh ke??Boleh ke??
Jika kau fikirkan kau boleh,
kau boleh melakukan ( menyanyi la plak)
But seriusly, i have to do somethin with my body yang makin memberat nih...

Wish me luck yok!

Ahad, 28 Ogos 2011

Mari Beraya


Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, sanak-saudara, rakan taulan dan semua yang mengenali diri ini.

Sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah tingkah laku, termakan minum & terpakai, aku ingin memohon maaf zahir dan batin. Halal lah mana yang aku termakan minum & pakai tuh yek. Mungkin tidak disengajakan.

Jemputla datang beraya ke rumah. Insya-allah, aku akan buat open house this year.

Dan pada yang balik ke kampung halaman, drive carefully. Service kete dulu dan check air & tayar. Make sure all in good conditions. Kalo tak jenuh jugak tersadai kat roadside.

As for me, aku beraya di KL jerk this year coz family belah hubby tak balik ke Kedah. Actually macam tak seronok jugak coz aku lebih suka suasana di kampung. Lagi meriah and happening. Well, ikutkan ajerkla. Janji anak-anak raya. On 2nd raya, aku akan ke JB, melawat kubur arwah tok mak & tok bak. May be stay di sana until 3rd raya. Sempat la melawat adik beradik mamy di sana. But sebelum ke JB, aku singgah dulu ke Pahang, jumpa Tok Ayah & family. Hopefully perjalanan kami berjalan lancar. Then the day after, may be akan beraya pulak di N9. Nice. Tak sabo dah nak raso lomang dan rendang orang nogori. Sangat YUMMY. Meleleh air liur. Dapat plak dodol durian. Haish....lagi A+.

Tahun nih, aku bantai 'kuih tunjuk' ajerk. Tak kuasa nak membuatnye. Memang tak penah jadi pun kalo aku buat kuih atau kek. Sure 'bantat'. Entah apa2 la tangan aku nih. Tapi kalo masak, insya allah terasa jugak la garam & gula. Mungkin sumpahan kot. Hahahaha...pepandai jerk aku predict kan. Tunjuk pun tunjuk, adalah dalam 10 jenis kuih raya. Memang sakan makan kuih raya. Ntah habis atau tak tuh. Kalo tak, memang menjadi hidangan jerk kat opis. Confirm HABIS! Tuh yang aku suka...tiada pembaziran.

Dekorasi rumah plak, aku hias and tempah semua merah maroon. Dari kusyen, karpet and langsir...Semangat RED plak. Dah busan ngan warna coklat natural. Kasi warna skit dalam rumah.

Dalam 1 hari nak raya, satu jerk tak complete lagi. Langsir aku, ntah bile la hubby nak drilll kayunye. Langsir aku dah siap kuarkan tapi tak bole la nak gantung lagi. Karpet pun aku dah kuarkanjugak tapi aku tak bentang lagi. Takut berabuk plak time drill nanti. Realitinya memang ada sedikit hangin jugak kat situ. Tapi bulan pose kan, bersabor jerk la. Memang dah sikap dia cam tuh. Terima seadanya....

Okies la u'oll, have a blessing raya & bergumbira yak di samping orang-orang tersayang.

Muax..muax..muax

Rabu, 17 Ogos 2011

Proud of you, Abah!



Congratulation Abah!!

Finally, you got your MBA with success

I'm so proud of you


But when you questioning me about when i'm going to have my own MBA..

I'm feeling a bit down..


You know how I'm wish to have it badly


But my position right now was sooo NO


The kids still small & needs attention


Unstable career ( kejap OK, kejap KO)


Self-Objective was not accomplish yet

Haish...so many things need to be done!!


Insya -allah Abah...


Before I reach 32 years old, I will get my MBA


Pray for me...

Ahad, 8 Mei 2011

Happy Mother's Day


Happy Mother's Day
to
my mother especially,
mother in law and all mothers in the world.

It's was sweet and a memorable moment,
celebrating mother's day with 'love's one'
Papa, Amin and Bismi at home.

Thanks Papa for
the delicious pizza and fried rice ala papa
sangat Nyummy...

Love you, sayang!

p/s: Next week, gonna have big celebration Mother's Day with Family SS. Insya-allah.



Selasa, 15 Februari 2011

Peluru terbang

Amin skang dah berusia 2 tahun lebih..nak tau hobi Amin apa skang? Setiap kali keluar atau nampak barangan mainan..sure dia akan kuar ayat nih sambil buat muka ala-ala kesian..."Mama/Papa nak belon?" or "Mama/Papa nak pistol?" Aduhai anak!....Akibat cian kat anak punye pasal...aku and papa turut kan jugak. Dan bila Amin dapat jerk belon atau pistol tuh, dia akan main sampailah benda tuh rosak atau habis.

Yang syoknya, bila Amin main belon dalam rumah, dah terasa rumah nih macam 'theme park kanak-kanak' dah. Bismi pun join skali gak abang dia, ikut sama kejar (a.k.a merangkak ye bukan berlari) belon tuh..macam la dia dah ada 'kaki'. Dan kekadang, mama dia pun ikut serta. Syok gak dapat loncat-loncat sambil pecah belon. hai...kalolah hari-hari buat cam nih, bolehla mama jadi tinggi skit,betul tak papa?Hehehe...Asyik papa mengata mama pendek jerk.:P

Dan kalo Amin main pistol plak..mama rasa cam ada 'war kecik' dalam cite 'Night At The Museum'. Peluru datang dari pelbagai arah kalo Amin ngan Papa main tembak-tembak. Kekadang mama tengah leka tengok TV, tetiba "pap'..adei peluru tuh kena muka mama. Aik Amin, marah mama ek sebab tak layan Amin main tembak-tembak. Hehehe...anak-anak!!Manalah hidup mama tak ceria tanpa kehadiran anak-anak dan papanya (tuh harus cakap ek..kalo tak nanti Papa merajuk plak). Cam hari tuh..papa kate mama tak cayang papa dah ek?Mama cayang anak-anak jerk. Isk..isk..isk..papaku..Mustilah mama sayang dan kasih pada anak-anak dan papanya skali. Kalo takda papa, takda jugak lah anak-anak. :D

Pada kengkawan yang bakal atau dah ada anak..kalo anak korang nak explore atau nak main benda yang diorang minat even kekadang benda tuh akan buat rumah sedikit messy. Bagi jerk dan jangan halang. Sediakan tempat kat diorang siap-siap. Ia bagus untuk perkembangan mental dan fizikal diorang. Bagi anak-anak cepat faham dan enjoy diorang nye childhood..

Alamak...Bismi dah datang mengacau..Dia pun cam Mama dia gak..suka pada komputer. Pantang tengok Mama lepak depan laptop, mulalah dia pun nak tekan-tekan...Takut nanti kang tak jadi plak entry yang aku buat nih..Chow dlu kengkawan! Nak bagi dia tekan puas-puas.

Rabu, 8 Disember 2010

Pity papa!

This is my first time blogging through my phone instead of using my 'lappy'. Testing..testing..testing..

Punye lah lembap aku nak taip sesatu dalam hp nih.Tapi diakibatkan kemalasan yang tahap maksima utk buka 'lappy' dan sementara mata nih nak lelap, aku godek-godek dlu hp nih. Dan nyata, aku lagi prefer to use 'lappy' dr hp di jariku ini. Atau sebenarnya keinginan utk beli ipad atau tablet tuh membuak-buak.GoSH!!I wish to have it now!huk..huk..huk

Ok.,lupakan kejap kisah ipad idaman.Nanti aku story lebih in next blog yak!

Skang mau story about papa. He badly injured his knee akibat main futsal last night.Pitty him.Nasib ada tok nek kedah. Ble gak urutkan lutut dia yg terkeluar tuh!Kalo tak,sure kena guna tongkat sakti la nih. Itu pun gagahkan diri gak berjalan-jalan gi menara kl and tasik titiwangsa td.

Bila balik and nak urut dgn tok for second time (sepatutnya 3 kali), kepala lutut papa kuar balik. Adei! Cian papa! Terjerit-jerit and berair mata die kena urut dgn tok. Hopefully he will getting better tomorrow and stop awhile from playing futsal. Cukup2 lah tuh..cari sport yang tak menyakitkan cam bowling or badminton,ok tak papa? Boleh gak mama tumpang sekaki..Hehe!

Sabtu, 13 November 2010

Congratulation!


To Adik a.k.a Arina a.k.a baby sitter amin

Congratulation dear
for your excellent 5A's UPSR result
Hebat anak buah aku nih..
Keep it up!

dan
hadiahnya ialah........



Thanks to ibu and kak yus
kerana berjaya memujuk adik memilih
canon 550d dari nikon d90..

and abang yen
sebagai advisor camera

dan yang paling penting
dan yang paling utama
AYAH
kerana sponsor hadiah nih
hehehehe...

Vietnam Soon!!

Baru jer hari tuh, aku and bos aku berborak pasal Philippine and Vietnam. Saja jerk la tanya dia coz bos aku nih consider banyak lah travel atas urusan kerja-kerja dia. Syok kan kalo dapat kerja sambil travelling tempat orang. Bak kata orang 'jauh perjalanan, luas pemandangan'. Ntah bila lah boleh dapat kerja cam tuh? Syarikat agensi pelancongan? May be kan.....:P

For my bos, antara Philippine and Vietnam ada baiknya ko pergi Vietnam in term of SHOPPING la. Barang kat sana sangat murah but one thing yg tak berapa best, korang akan senang kena tipu kat sana especially pasal teksi dan juga pertukaran wang. Kalo boleh, time nak shopping tuh, korang kena bagi duit 'ngam-ngam'. Kalo korang bagi duit besar, alamatnya musti ada yang tak cukup atau dia tak bagi pun duit balik.Isk..isk..isk...nih lagi horror dari Indonesia. But kalo in term of 'night life', Philippine is the best especially the entertainment part cam music and culture. Mengikut citer my bos, there is one place near the beach where you can see and hear variety of music. Contohnya, ada 1 part kecil yang mainkan lagu rap, ada small part lagi yang main balade dan macam-macam la. Bagi peminat music, tempat nih cam heaven utk ko cari ilham music. Cam menarik kan?

Then time balik kerja, aku dengan 'excited' nya story kat Papa pasal Vietnam and Philippine. Ada gak citer tuh aku tokok tambah. Nak jadikan citer bertambah menariklah kan??Hahaha...nakal tak?

Tetibe yesterday....TADAAAAAAAA!!!!!Papa kata dah book tiket ke Vietnam untuk next year vacation!!HOOORAY!!Thanks Papa!!Nanti Mama belanja hotel plak kat sana...

So pada korang yang dah penah pergi Vietnam, which hotel should i book ek?Cadangkan la tempat-tempat menarik yang aku boleh pergi sekali...;)


p/s: Ada my friend yang cadangkan Rex Hotel? Okies tak?

Patiently waiting for you respond. Thanks kengkawan



Isnin, 8 November 2010

Sanctuary Resort, Cherating

Waduh, baru jer habis bengkel sessi malam utk day 1. Penat tok sah cakap la. Penat dalam kereta tak habis lagi. Dah kena dengar info bengkel. But still, walau penat..dapat gak maklumat berguna mengenai sistem yang aku tak tahu hujung pangkal sebelum nih. Kind of 'wow' jugak la coz banyak rupanya 'kerenah' yang perlu dibuat utk membuat sesuatu sistem tuh. Sebelum nih, aku hanya belajar basic jerk kat U. Nasib diri ini tak memilih profession 'programmer'. Kalo tak, mau botak jugak kepala nih. Hehehe...But as a whole, this 1st bengkel was just a 'warming up' session. Yang 'PANAS' mungkin di hari esok.

Actually nak cerita pasal tempat yang aku kursus nih which is locate at Sanctuary Resort, Cherating. Tadi tuh introduction jerk, ble? Tempat dia not bad at all. Even dia hanya apartment 3 start or 4 start (tak berapa pasti tang tuh), but the facilities is OK and most of all the food was delicious especially bubur kacang I had just now for supper. Super sedap sampai tambah 2 kali. Nak tambah kali ke-3, malu plak ngan orang lain.Hahaha...Yeah!For me, janji makan sedap dah senang hati.

I got to stayed with my 2 kids, 2 anak buah, mother in law and a brother in 3 bedroom and 3 bathroom apartment. Sungguh selesa. Puas hati dari tidur kat hotel yg 5 start hotel. Plus yang special ada dapur yang kitorang boleh masak. Penting tuh coz esok planning nak beli ikan fresh kat kg nelayan..Perut nih dah kebulur nak makan makanan fresh plak. Asyik hadap makanan yang dah usia 1-2 weeks, perut pun jadi muak. So tomorrow our main mission is to buy super fresh fish yang akan dicari oleh my mother in law and brother. Sadly I cant join them coz tomorrow morning dah kena hadir bengkel lagi. Tapi takpa, mak will save some for me. Itu sudah musti!! Oh lupa nak inform, aircorn dalam apartment nih sungguh sejuk yang membuat aku 'thumb up'. Wah..so cozy!Bila masuk jerk apartment, mata nih pun mula la nak layu. Tuh la yang dinamakan work+holiday. Sesambil bekerja dapat gak merasa holiday dengan family. Best2!Thanks to my bos yang send me to this bengkel and allow me to bring my family along...;) TQ Bos (bukan bodek yak, HONEST).

The sale person who recommend me this hotel which is Kak Ita sangat-sangat helpful and very nice person. Boleh give and take. Either my part or her part, janji dedua parties happy even memula tuh ada certain yang dirancang tak menjadi. Thanks Kak Ita!You're such nice person indeed. Semoga murah lagi rezeki akak. Lupa plak 1 perkara, this resort have FREE WIRELESS. Tak ada charge. Sangat la suka pada aku yang tak ada broadband nih.

Jadi to all, I recommend this resort to you if you're planning to have a happy and sempoi holiday in Cherating. Im not demanding person but if you can get better than a hotel, why not you give it a try staying in this resort. Thumb up to the FOOD..Makan jerk keje aku nih..Isk isk isk



Sabtu, 30 Oktober 2010

Our 3rd Anniversary

Sedar tak sedar, sudah 3 tahun Mama menjalani bahtera perkahwinan bersama Papa tercayang. Dan Alhamdulillah, hasil perkahwinan kita telah dikurniakan 2 orang cahayamata yang sangat menyenangkan dan menghiburkan hati, Muhammad Yushairil Amin & Bismillah Humairah. Anakanda berdua adalah harta yang sungguh berharga buat Mama & Papa. Mama harap anak-anak Mama akan membesar menjadi insan yang soleh/solehah dan berjaya dalam kehidupan. Insya-allah, Mama & Papa akan buat yang terbaik untuk anak-anak kami.

As for Papa....

12 years ago merupakan moment yang Mama tidak akan lupakan dan Mama bersyukur sesangat kerana dapat berjumpa dan mengenali Papa. Walaupun banyak dugaan dan badai dalam tempoh perkenalan kita yang agak lama tapi kita berjaya juga harungi bersama. We manage to get through all this, Papa. and Yes, KEPERCAYAAN amat penting dalam sesuatu perhubungan.

Semoga perkahwinan kita berkekalan sehingga ke akhir hayat. Zaman muda dan zaman tua Mama hanya untuk Papa. Susah dan senang Papa, Mama akan tempuhi bersama. I will spend all my life with you and our childrens.

For me,

' Hidup hanya sekali, Mati hanya sekali, Cinta hanya sekali dan Kahwin hanya sekali'

Itulah Mama akan pegang dan Mama harap Papa pun begitu juga.

Love you Papa...<3<3<3


Majlis Tahlil dan Doa Selamat

Salam semua
Jemput family & kengkawan semua
ke rumah saya beralamat:
No. 383, Lorong 14,
Taman Acacia,
Garden City Homes
Seremban 2, N9
sempena Majlil Tahlil dan Doa Selamat
utk kedua ibubapa yang akan menunaikan haji
tidak lama lagi..
Mohon ampun diminta
andai ada salah silap dari kami sekeluarga

Jumaat, 1 Oktober 2010

Tertidur Sudah!

Akibat penat bermain dengan Along Amin, Bismi tertidur kat dalam walker...Hehehe..macam-macam keletah anak-anak aku nih...Tengah syok-syok main dengan dia, tetiba 'ZzZzZZzzZZ'... Along Amin dia pun buat muka pelik sambil cakap 'Mama,Papa..adik do(tido)'. Tengok kat bawah nih, Amin cam berfikir kenapa adik dia tetiba tidur..Bila Amin kejutkan Bismi, Bismi buat 'dek' jerk. Cian plak tengok dia cam tuh. Papa angkat & tidurkan dia dalam katil baby. Bismi..Bismi...

Isk..isk..isk..adik aku nih
Kita nak ajak main, dia tido plak

Lena anak mama tidur
zzZzzZZzzzZ

Rabu, 22 September 2010

First Raya

My first 'hari raya' did not turn up well. Tokbak has left us. It is full of tear and sadness. But we faced the fact that ' segala benda yang hidup, pasti akan mati' & 'dari tanah kita dijadikan, kepada tanah juga kita akan kembali'. It's just we dont know the time & when we are going to die.

If you ol' having ketupat, rendang, lontong, soto etc (yummies food) during hari raya., I end up with only a glass of hot milo (2 in1) and a 1 macam kuih raya. Even abah brought rendang ayam and lemang from N9 (thanks to wan mon..ingat gak kat kami!), but my appetite is totally gone...even rendang n9 memang sedap gile!! Akibat semua tak ada appetite, kami sedekahkan lemang & rendang (plus duit raya skali!)tadi ke pekerja-pekerja hotel yang tak balik raya. Punyelah suka depa!

a glass of milo and kuih raye on
my first hari raya

Sebelum ke rumah Aunty (for solat jenazah & bacaan yasin), kami sempatlah bersalam-salaman kat 'lobi hotel'. First time dalam sejarah family, kitorang bermaafan di lobi hotel dan second time, kitorang beraya di hotel (first time di Mekah). Ingatkan kami sekeluarga jer yang buat cam tuh. Rupanya ada lagi family yang cam tuh jugak (antara yang aku kenal, family CEO Maybank.Kebetulan! Diorang pun stay kat hotel yang sama sebelum beraya kat umah sedara).

Sesi bermaafan between me and mommy

As for baju raya, suppose amin, papa & me wearing punjabi clothe & kurta (bismi takda saiz. Jadi mama belikan gaun comel jerk). But 'things' happen, so we are not well prepared for 'baju melayu' or should i say 'baju raya'. Hangkut baju yang mana sempat jerk time emergency. But we're going to have formal picture in our punjabi clothe soon. Nanti I upload ya yang!

Muka ala-ala kadar kami sekeluarga di pagi raya
From left: fadly, bismi, bibik, me, mommy, abah, papa, amin & abg Shahrul
My mum yang paling emotional & sad that morning :(
and me trying to be happy as I could to cheer others..

After finish with the funeral, we decided to have a rest at the hotel since we did not have enough sleep especially mommy. She stayed all night and took care of tokbak at hospital before he passed away.

At night, we're have tahlil at Aunt's house. Many friends & relatives were there..and some of them,turn up to be sooo different. (yelah, mana tak nye..lame gile tak jumpa diorang). Dulu kecik-kecik, skang dah besar panjang...jadi makin lawa, makin hensem...ada yang dah keje, yang habis belajar..dan macam-macam la. Rasa macam 'jejak kasih' plak. Yet, aku suka dengan 'family reunion' nih even ada gak family aku yang aku sendiri tak kenal. Indirectly, ia membuatkan aku kenal lebih rapat lagi family belah mommy which aku memang jarang gile jumpa diorang unless kalo ada function-function family yang penting.

As a whole, me & mommy especially trying our best to control our emotion & trying to be happy back to normal. Even kekadang my mum suddenly cakap 'adik, mommy skang dah jadi yatim piatu.Takda mak dan takda ayah nak mengadu.' (which make me sedih gile nak dengar). But mommy, you have abah, me, menantu and cucu-cucu. We gonna make you always happy.:D I love you mommy & abah!!

Isnin, 6 September 2010

Selamat Hari Raya


Tak lama lagi bulan puasa pun akan berakhir
& bulan syawal akan menjelma

Jadi aku sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Andai ada terkasar bahasa, terguris di hati
Maaf Zahir & Batin

Jemput-jemputlah datang beraya di rumah.
Tarikh open house akan diberitahu kemudian.

Open house kampung is on 26 Sept 2010
bertempat di Dewan Kuala Klawang, N9.
Kalo dah dokek tuh, singah2 lah.


Jumaat, 20 Ogos 2010

Masakan version Papa

Time bulan pose nih, papa & mama tag team memasak kat dapur. Papa jadi chef while mama jadi pembantu nya. Jemput makan semua...nyummy!Nih belum masuk dessert dia..lupa nak ambil pic. Simple tapi mengenyang utk kami.

tempura

ikan bilis masak sambal petai


Khamis, 19 Ogos 2010

Buka Puasa di BaYou

Berbuka puasa secara buffe' di BaYou, Alamanda Putrajaya is a 'thumb up'. Puas hati makan. Macam-macam ada. Ada masakan melayu, western, bakar-bakar, indonesian (which is bibik pun suka..banyak aku tengok dia makan gado-gado) & yang menjadi favourite aku & papa is japanese food. Banyak kali kitorg interframe kt section tuh sampai chef yg masak tempura tuh pun kenal muka kitorang. Huhuhu...(lantak lah dia nak kata kitorg 'melantak' ke tak. Yang penting perut kena kasi kenyang). Dan sambil-sambil makan tuh, kita dihiburkan & dimeriahkan dgn muzik & tarian kebudayaan. Jadi tak busan sangat. Adalah jugak benda nak dengar dari senyap sepi jerk.

Lepas makan-makan, kitorang lepaskan amin main dengan balloon nye. Belum sempat amin nak buat belon besar, ramai dah 'peminat' yang datang berkeromon kat amin. Wah!Banyak peminat anak mama nih ek..Heehehe...tengoklah tu keletah diorang. Mak ayah budak-budak nih pun dapat makan dengan aman lepas amin bawak kuar belon dia. Taklah bebudak nih busan. Boleh gak kejar-kejar & letupkan belon amin beramai-ramai.

Mari datang dekat...
Jangan malu, Jangan segan

Cepatlah amin buat belon..
Lambat lah...:P

Isnin, 2 Ogos 2010

Vacation Utara (Part 2)

Fifth Day, bermula Majlis Berendoi Alya & Bismi. Tomel kan dedua baby nih. Alya baru jerk 2 bulan & Bismi plak 3 bulan. Beza sebulan jerk. Thanks to PakSu GG sebab buat majlis berendoi utk Bismi sekali. Juga tak lupa kepada semua family Kedah yang bertungkus lumus memasak dan bekerjasama bagi menjayakan majlis berendoi nih..Cayang cemua & korang memang "THE VAST" la. Setelah settle jerk majlis, kitorang berangkat pulang. Tapi bukan pulang ke KL tapi singgah lagi ke Penang. Ada 1 tempat yang kitorang miss out nak pergi. Mana lagi kalo bukan Batu Feringgi. Malam tuh kitorang berjalan sepanjang Batu Feringgi sambil bershopping & mencuci mata (tgk pak arab & mat saleh hensem..Sshhhh).Skali skala. Penat shopping, kitorang tido jerk kat hotel berdekatan dan balik KL keesokannya.

As a whole, nih percutian yang paling banyak tempat persinggahan. Walaupun penat tapi best.


My Little Pumpkin

Alya (2month) & Bismi (3month)


Ahad, 1 Ogos 2010

Vacation Utara (Part 1)

Update skit dari vacation aku yang lepas. (part 1)

First day, kitorang singgah Penang hanya utk makan mee udang sahaja kat Teluk Kumbar. Memang best giler mee udang dia. Kalah lah mee udang Sg. Dua. Location pun not bad. Hampir dengan port kapal-kapal nelayan. Lagi plak, kitorang sampai sana petang. Memang tepat pada masa nelayan bawak balik berduyun ikan-ikan yang fresh dan dijual dengan harga yang tersangat murah. Siap boleh 'nego' lagi. Kalo rumah aku kat Penang, rasa aku borong jerk semua ikan-ikan kat situ. Then, kitorang pun singgah umah 'Kak Tun' dan bermalam kat sana. Sempat jugak sebelum bola start, Kak Tun ajak kitorang 'pekena' nasi kandar. Tersangat lazat. Walau perut nih dah penuh dengan mee udang tapi kami sumbat gak. Thanks Kak Tun & Abg Nam. Korang memang best.

Depan kedai Mee Udang

Second day, mama & papa ajak Amin & Bismi naik ferry. Punyalah excited Amin tengok laut. Balik-balik tunjuk kat laut sambil cakap 'Fish', 'Mama Fish', 'Papa Fish'. Nasib dia tak ajak kitorang berenang time tuh. Kalau tak, haru jugak dibuatnya.Bismi plak dok diam dalam pangkuan. Yelah, baru 2 bulan. Tak tau benda lagi. Tunggu besar skit sure becok mulut dia cam Along Amin. Lepas merayap 1 Penang, kitorg terus gi umah Tok Wan, Kedah.Malamnye, kitorang belanja family Kedah makan malam kat Old Village. Menariknye tempat ni, dia dibina di tebing sungai. Cantik & takut gak aku..Manalah tau, tengah syok-syok makan.Tetiba ada buaya muncul ke..isk mintak la dijauhkan. Jadi kitorang pilih port yang tinggi skit. Agak-agak tempat yang buaya tak boleh gigit, BOLEH?Hehehe..Bukan apa. Aku lagi suka makan dengan senang hati dari susah hati.:P Lagi plak, banyak anak buah termasuk anak aku masih kecil lagi. Jadi tak sesuai rasanya ambil port yang berada atas sungai atau tebing sungai. Merbahaya!Makanan kat Old Village pun memang best dan murah..BERBALOI-BALOI.

Kami sekeluarga di Old Village

Third day, kitorang sempat singgah ke rumah Paksu Lan. Nak tgk baby Paksu yang sebulan tua skit dari Bismi. Muka pun nak dekat serupa. Dedua comel. Lepas singah menyinggah beberapa tempat, kitorang gi Bukit Kayu Hitam. Dah alang-alang tuh, kitorang masuk sekali Thailand dengan family Abang Wan.Shopping barang-barang rumah, kasut, toy Amin & Bismi etc. Punya la round mencari patung Barney Amin. Nasib jumpa. Tuh hadiah dari Mama & Papa utk Amin. Hehehe..Barang-barang kat Thailand sememangnye murah. Tapi kena pandai tawar. Kalo tak memang mahal gak harganya. Yelah, mentang-mentang kitorang Malaysia. Mulalah diorang nak naikan harga. Thanks to Abang Wan & Mak Su sebab bawak kitoang masuk Thailand walaupun tak ada passport. Huhuhu...Lain kali kita pergi lagi yak. Settle bab-bab shopping, kami terus ke Chalet Amin di Perlis (buat kat tanah mak &ayah angkat aku, Mama & Abah Chob) untuk menunaikan janji kami nak tido kat sana. Yelah, sejak chalet nih dibuat kitorang tak pernah balik tido. Sekadar singgah jerk. Kalo tido pun kat rumah Ayah Mat (ayah angkat yg ke-2 di Perlis). Tuh yang menimbulkan kemarahan Ayah Chob. Chalet dah buat tapi anak-anak tak mau tidok.Huhu..sorry ayahanda.

Sama tak muka Amani & Bismi?

Hari seterusnya, kitorang gi kenduri kahwin adik angkat aku, Aishah (anak Ayah Mat). Meriah jugak kendurinya. 3 hari 2 mlm tuh. Makanan memang amat best..macam-macam ada. Puaslah anakanda makan especially ayam kampung. Memang favourite anakanda. Lepas kenduri, kitorang merayap plak gi Taman Ular. Bawak anak-anak buah & Amin gi jejalan sekitar Perlis. Seronok la tengok depa. Dah habis round Perlis, kitorang berangkat balik ke Kedah balik sebab nak buat persiapan untuk Majlis Berendoi plak. Sampai je umah Tok Wan, Amin terus bukak baju mandi kolam ngan sepupu-sepapat dia sampai taknak keluar dari kolam. Jenuh gak lah nak pujuk Amin kuar dari kolam tuh. Bukan apa, takut dia kena batuk @ selsema jerk. Malamnya, kitorang buat game untuk 1family. As usual, kalo dah semua berkumpul memang umah Tok Wan jadi riuh & gamat dengan kerenah masing-masing. Bukan anak-anak jerk, mak ayahnye pun tak terkecuali. Ada jerk yang buat lawak spontan & yang pasti HARU dibuatnye. Tambah lagi kalo Tok Wan pun join skali. Lagi lah RIUH.

kitorang bersama anak-anak buah

aku & family Ayah Mat
malam sebelum kenduri

family yang HAPPENING!

Amin & sepupunya

Rabu, 28 Julai 2010

Picture from Amin's BirthdaY

Antara pictures time birthday party Amin...
Yang lain, sila tengok Facebook yak..

Welcome to Amin's Birthday Party

My Happy Family

I like Stripe..
Mama borek, Bismi Rintik

Londehla pipi Bismi kena cium dgn Pak Tam

Memalu Amin time nak potong kekOrang suruh bina menara
Amin merobohkan menara
Isk..isk..isk...

As a whole, birthday party Amin berjalan dengan lancar.
Dan yang PASTI, Amin tersangat HAPPY dengan birthday celebration nih.

Terima kasih kepada Mamy, family & kengkawan yang hadir.
Kedatangan korang merupakan suatu penghormatan buat aku & family.
Mohon maaf jika ada kekurangan di sana sini.

Selasa, 6 Julai 2010

Amin's Birthday Invitation


Kami sekeluarga would like to invite friends & family to Amin's 2 years of Birthday Celebration.
Here are the details:

Place: Mc'Donald Taman Sri Gombak
Time: 4.30pm to 6.30pm
Theme: Joy & Colourful

We really hope to see you ol' there.