Memaparkan catatan dengan label shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shopping. Papar semua catatan

Ahad, 20 Februari 2011

Adei!

Hari nih aku menjadi 'super boros'. Yup..mana tak ku katakan boros. Skali kuar, aku beli 3 pasang kasut. 1 kasut Hush Puppies and 2 lagi dari Primavera. Isk...isk...isk..lepas nih, banyak la benda nak kena 'catu' sebelum dapat gaji next month..Adei!

Dan bertambah 'down' lagi, 'lappy' aku plak buat pasal. Adei..nak kena repair plak ker nak tukar 'lappy' baru??Erm....Apapun, aku nak kena tanya pomen gak. Kalo kos nak repair lebih kurang jerk ngan 'lappy' baru, ada baiknya aku tukar jerk terus. Lagipun 'lappy' yang ada skang dah berumur 5 tahun. Memang patut pun ko rosak. Skali skala nak kena servis jugak kan...Dan alang-alang tuh, terus tukar window 7..Huhuhu...

Semoga rezeki aku for next month semakin melimpah ruah. Dan aku skang dengan aggressive nye mencari punca rezeki dari pelbagai sudut. Smoga usaha aku nih membuahkan hasil..Insya-allah...


Khamis, 13 Januari 2011

Emas!Gold!


Dulu time anak dara, aku memang suka gile pada barang kemas or accessories silver atau white gold. Pantang birthday or ada duit lebih skit, sure aku akan beli white gold. Takat mas kuning nih memang aku tak pandang. Masa tuh, pada aku hanya mak-mak or makcik-makcik jerk yang sesuai pakai mas kuning.

Tapi bila dah kahwin nih...baru minat aku pada mas
kuning nih membuak-buak. Mungkin faktor umur yang dah meningkat nih kot. Kate mak-mak or makcik-makcik jerk suka kan.. So aku dah tergolong dalam golongan tuh dah. Tapi jiwa nih tetap muda...and even dah peringkat mak-mak tapi masih boleh jual saham ye..Huhuhu...

Kekadang terfikir, adei ruginya aku beli white gold banyak-banyak. Kalo aku beli emas kan, dah untung berganda-ganda. Dulu emas murah jerk.. RM400 dah boleh dapat yang lawa-lawa dan besar. Tapi skang nih, takat RM400 tuh, emasnya ciput jerk. Design pun tak cantik. Betapa harga emas naik mendadak-dadak kat pasaran dunia.

So pada kengkawan yang dah dapat dividen ASB tuh, apa kata sebahagian atau sesuku duit tuh joli dan sebahagian lagi, kita beli emas untuk pelaburan jangka masa panjang. Tak rugi...nilai emas tak akan jatuh dan tiada susut nilai. Macam kita beli rumah jugak. Harga akan sentiasa naik dan naik dan naik. Dan ada juga kedai emas yang buat installment untuk beli emas. Sebulan dalam RM200 jerk utk 10gram emas setahun. Murah kan?

Jadi, fikir-fikirkanlah




Khamis, 18 November 2010

Firenzzi Garment Steamer (CVS)


Antara benda yang aku teringin nak beli sebab
menyenangkan kerja aku di rumah.
Currently guna iron yang takda wayar berjela-jela...so senang nak iron baju.
Tak yah tarik-tarik wayar. Just tunggu iron tuh panas jer,
ko dah boleh iron baju dengan senang hati.

Tapi bila dapat tau ada lebih canggih dr iron aku skang,
mula lah perasaan membuak-buak nak beli..
Nafsu..nafsu...I really need this one!
Senang nak iron baju kemeja dan seluar slack papa
Tak yah susah-susah nak buat side
Tenyeh jer baju and seluar tuh sampai licin
kan..kan..kan...

Meh sini nak share skit pasal Firenzzi Steamer nih..

It's Time to relax.......
With the advance of new technology and innovation, your household appliances should assist you to do more with shorter time. At FIRENZZI, we understand the importance of efficiency and durability that is why each our products are designed for specific uses to help you ease out those cumbersome household chores with efficiency.

With FIRENZZI, you can now feel more relax, by looking forward to hassle-free ironing experiences for sure, that will improve your quality of life for you and your family.

WHY SHOULD I NEED TO OWN A FIRENZZI GARMENT STEAMER?
When it comes to ironing for fabrics and delicates materials, I feel more relax to iron out without worry about my garments caught with burnt marks like most traditional steam irons used to happen again and again!

The FIRENZZI Garment Steamer is a complete solution to all your ironing needs. With high power bursts of steam, the FIRENZZI Garment Steamer will help you ironing out those hard areas to reach with the cool touch handle coming with full complete accessories together!

FIRENZZI Garment Steamers are designed for ironing all types of fabrics to delicate silk. It protects and safe guard your garments from burnt marks and does not fade your colours. The high power steamer functions help you to iron your clothes without removing it from its hanger or the trouble of setting up your ironing board. Beside, our modern designs even come with easy-roll castors that help you move easily and store your FIRENZZI Garment Steamer anywhere you want!

HOW DOES THE FIRENZZI GARMENT STEAMER OPERATE?
FIRENZZI Garment Steamers are user friendly. Just fill up the water tank and the power button to ON and a continuous flow of steam will be generated in less than 45 seconds. When the water level is low or water is shortage, refill the water bottle with fresh tap water.

Empty any excess water in the base and bottle when the steamer is not in use. This will prevent the growth of unwanted minerals in the water bottle to build-up in the base of the steamer. FIRENZZI Garment Steamers are suitable to use for garments, curtains, fabric materials, bed sheet and even toys too!

HOW DO I USE A FIRENZZI GARMENT STEAMER?
Grasp the techniques of steaming with our guidelines below and you will understand why it is so easy to ironing out with a FIRENZZI Garment Steamer! Please read the instruction manual carefully and follow the step to iron out with the complete accessories provided to suit the following areas with the feeling of relax and hassle-free!

That's what Firenzzi Garment steamer promised!

WHO SHOULD USE A FIRENZZI GARMENT STEAMER?
From laundry shop, boutique owners, hotels and as well as home mother's care, everyone now can enjoy the convenience and ease of ironing out with a FIRENZZI Garment Steamer.

Designed to elevate the ironing experience, FIRENZZI Garment Steamers will let you SAY GOODBYE TO OLD TRADITIONAL IRONS and enjoy a hassle free of handling the ironing experiences today!

Haa..betul tak aku cakap menarik
Tak yah risau lagi pasal baju terbakar ke baju tak licin
Papa...mama nak nih!
huhuhuhuh...botak laki aku..
hahahaha

Isnin, 2 Ogos 2010

Vacation Utara (Part 2)

Fifth Day, bermula Majlis Berendoi Alya & Bismi. Tomel kan dedua baby nih. Alya baru jerk 2 bulan & Bismi plak 3 bulan. Beza sebulan jerk. Thanks to PakSu GG sebab buat majlis berendoi utk Bismi sekali. Juga tak lupa kepada semua family Kedah yang bertungkus lumus memasak dan bekerjasama bagi menjayakan majlis berendoi nih..Cayang cemua & korang memang "THE VAST" la. Setelah settle jerk majlis, kitorang berangkat pulang. Tapi bukan pulang ke KL tapi singgah lagi ke Penang. Ada 1 tempat yang kitorang miss out nak pergi. Mana lagi kalo bukan Batu Feringgi. Malam tuh kitorang berjalan sepanjang Batu Feringgi sambil bershopping & mencuci mata (tgk pak arab & mat saleh hensem..Sshhhh).Skali skala. Penat shopping, kitorang tido jerk kat hotel berdekatan dan balik KL keesokannya.

As a whole, nih percutian yang paling banyak tempat persinggahan. Walaupun penat tapi best.


My Little Pumpkin

Alya (2month) & Bismi (3month)


Ahad, 1 Ogos 2010

Vacation Utara (Part 1)

Update skit dari vacation aku yang lepas. (part 1)

First day, kitorang singgah Penang hanya utk makan mee udang sahaja kat Teluk Kumbar. Memang best giler mee udang dia. Kalah lah mee udang Sg. Dua. Location pun not bad. Hampir dengan port kapal-kapal nelayan. Lagi plak, kitorang sampai sana petang. Memang tepat pada masa nelayan bawak balik berduyun ikan-ikan yang fresh dan dijual dengan harga yang tersangat murah. Siap boleh 'nego' lagi. Kalo rumah aku kat Penang, rasa aku borong jerk semua ikan-ikan kat situ. Then, kitorang pun singgah umah 'Kak Tun' dan bermalam kat sana. Sempat jugak sebelum bola start, Kak Tun ajak kitorang 'pekena' nasi kandar. Tersangat lazat. Walau perut nih dah penuh dengan mee udang tapi kami sumbat gak. Thanks Kak Tun & Abg Nam. Korang memang best.

Depan kedai Mee Udang

Second day, mama & papa ajak Amin & Bismi naik ferry. Punyalah excited Amin tengok laut. Balik-balik tunjuk kat laut sambil cakap 'Fish', 'Mama Fish', 'Papa Fish'. Nasib dia tak ajak kitorang berenang time tuh. Kalau tak, haru jugak dibuatnya.Bismi plak dok diam dalam pangkuan. Yelah, baru 2 bulan. Tak tau benda lagi. Tunggu besar skit sure becok mulut dia cam Along Amin. Lepas merayap 1 Penang, kitorg terus gi umah Tok Wan, Kedah.Malamnye, kitorang belanja family Kedah makan malam kat Old Village. Menariknye tempat ni, dia dibina di tebing sungai. Cantik & takut gak aku..Manalah tau, tengah syok-syok makan.Tetiba ada buaya muncul ke..isk mintak la dijauhkan. Jadi kitorang pilih port yang tinggi skit. Agak-agak tempat yang buaya tak boleh gigit, BOLEH?Hehehe..Bukan apa. Aku lagi suka makan dengan senang hati dari susah hati.:P Lagi plak, banyak anak buah termasuk anak aku masih kecil lagi. Jadi tak sesuai rasanya ambil port yang berada atas sungai atau tebing sungai. Merbahaya!Makanan kat Old Village pun memang best dan murah..BERBALOI-BALOI.

Kami sekeluarga di Old Village

Third day, kitorang sempat singgah ke rumah Paksu Lan. Nak tgk baby Paksu yang sebulan tua skit dari Bismi. Muka pun nak dekat serupa. Dedua comel. Lepas singah menyinggah beberapa tempat, kitorang gi Bukit Kayu Hitam. Dah alang-alang tuh, kitorang masuk sekali Thailand dengan family Abang Wan.Shopping barang-barang rumah, kasut, toy Amin & Bismi etc. Punya la round mencari patung Barney Amin. Nasib jumpa. Tuh hadiah dari Mama & Papa utk Amin. Hehehe..Barang-barang kat Thailand sememangnye murah. Tapi kena pandai tawar. Kalo tak memang mahal gak harganya. Yelah, mentang-mentang kitorang Malaysia. Mulalah diorang nak naikan harga. Thanks to Abang Wan & Mak Su sebab bawak kitoang masuk Thailand walaupun tak ada passport. Huhuhu...Lain kali kita pergi lagi yak. Settle bab-bab shopping, kami terus ke Chalet Amin di Perlis (buat kat tanah mak &ayah angkat aku, Mama & Abah Chob) untuk menunaikan janji kami nak tido kat sana. Yelah, sejak chalet nih dibuat kitorang tak pernah balik tido. Sekadar singgah jerk. Kalo tido pun kat rumah Ayah Mat (ayah angkat yg ke-2 di Perlis). Tuh yang menimbulkan kemarahan Ayah Chob. Chalet dah buat tapi anak-anak tak mau tidok.Huhu..sorry ayahanda.

Sama tak muka Amani & Bismi?

Hari seterusnya, kitorang gi kenduri kahwin adik angkat aku, Aishah (anak Ayah Mat). Meriah jugak kendurinya. 3 hari 2 mlm tuh. Makanan memang amat best..macam-macam ada. Puaslah anakanda makan especially ayam kampung. Memang favourite anakanda. Lepas kenduri, kitorang merayap plak gi Taman Ular. Bawak anak-anak buah & Amin gi jejalan sekitar Perlis. Seronok la tengok depa. Dah habis round Perlis, kitorang berangkat balik ke Kedah balik sebab nak buat persiapan untuk Majlis Berendoi plak. Sampai je umah Tok Wan, Amin terus bukak baju mandi kolam ngan sepupu-sepapat dia sampai taknak keluar dari kolam. Jenuh gak lah nak pujuk Amin kuar dari kolam tuh. Bukan apa, takut dia kena batuk @ selsema jerk. Malamnya, kitorang buat game untuk 1family. As usual, kalo dah semua berkumpul memang umah Tok Wan jadi riuh & gamat dengan kerenah masing-masing. Bukan anak-anak jerk, mak ayahnye pun tak terkecuali. Ada jerk yang buat lawak spontan & yang pasti HARU dibuatnye. Tambah lagi kalo Tok Wan pun join skali. Lagi lah RIUH.

kitorang bersama anak-anak buah

aku & family Ayah Mat
malam sebelum kenduri

family yang HAPPENING!

Amin & sepupunya

Selasa, 18 Mei 2010

Syukur alhamdulillah...

Alhamdulillah...aku berjaya turunkan berat badan aku hampir 10kg skang. Sungguhlah happy. Cuma tummy dan bahagian peha jerk nak kena kasi trim skit (macam rumput plak bole trim trim yek). Bahagian lengan plak nak kena kasi firming skit lagi.Rahsianya..??Jeng..jeng..jeng...

Aku gunakan 'foot detox patches' yang member aku syorkan. Memang berkesan. Thanks to Ms.T kerana bagi aku cuba produk nih. Fungsi foot detox nih ialah untuk membuang segala toksin dalam badan, melancarkan peredaran darah, menyembuhkan penyakit migrain dan sengal-sengal badan. Selain dari tuh, ia juga dapat melangsingkan badan jika diguna secara berterusan. Maknanya korang kena pakai hari-hari. Jangan kejap pakai kejap tak. Memang tak nampak sangat kesannya.

Setelah aku pakai foot detox nih, aku rasa cepat dahaga. Dah rasa cam unta plak.Asyik-asyik pergi kitchen, cari air. Aku minum plak bukan gelas kecil ok. Skali teguk,satu gelas besar (cam saiz gelas buah yang korang order kat kedai). Tapi bukan air buah lah yang aku minum. Mau kembung perut. Disyorkan aku minum air panas suam. Selain dari langsing, aku terasa badan aku segar dan tak penat. Yelah, skang kan kena jaga Amin & Bismi. Kekadang aku kurang tidur kalo diorg meragam tengah malam. Untuk maklumat lanjut pasal produk nih, korang click kat sini.

Alhamdulillah..mungkin juga rezeki anak-anak. Aku berjaya jual lebih 2000kpg foot detox selama 2 minggu. Ramai juga yang berpuas hati setelah mencuba foot detox nih. Selain dari end user, ada juga yang berminat untuk menjadi pengedar. Aku amat alu-alukan. Untuk harga pengedar, bolehlah juga ke laman web di atas.

Kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan terima kasih pada pembeli2 dan kengkawan yang menyokong aku membuat biz online. TQ TQ. Insya-allah, tak lama lagi (mungkin seminggu dua lagi) selain dari foot detox, aku akan mula menjual hand bag pulak (menyambung biz yang aku buat time U dulu). Aku mungkin tak ble janjikan design yg cantik-cantik (coz lain org lain citarasa) tapi aku boleh janjikan harga yang termurah dari harga pasaran. Itu yang pasti...jadi nantikan lah kengkawan....


Sabtu, 15 Mei 2010

Multi function Stroller


Ingat tak pasal aku tengah survey stroller yang sesuai untuk Bismi? Yes..aku dah jumpa dengan stroller yang aku nak. Harga pun tak berapa mahal. Sekitar RM 200 sahaja.

Stroller yang aku beli nih berjenama Good Baby (product China). Yang menariknya stroller nih 4 in 1 multi function. Dia boleh transform jadi 1. Stroller (main function) 2. Cradle 3. Rocking Chair 4. Baby Walker. Selain dari tuh, stroller jugak boleh removable, reversible handle, adjustable front bar, etc. Dan paling penting, easy folding mechanism ( tuh yg penting sbb senang nak hangkut pergi mana-mana. Menarik kan?

Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Walaupun berjenama China tapi functionnya pelbagai. I Like!!

Pengajarannya di sini ialah jadilah PENGGUNA yang BIJAK yek kengkawan!!:D

Rabu, 12 Mei 2010

Mom & Baby Expo 2010


Lupe plak nak story pasal 'Mom & Baby Expo' yang aku and family gi last week. Walaupun masih lagi 'dalam pantang', aku nak gak pergi expo nih. Rasa rugi plak tak pergi coz banyak baby products yang dia offer pada harga yang sangat murah dari pasaran.

Another reason is actually aku ada appointment facial treatment dengan Clarins kat Jusco MV. Jadi alang-alang dah pergi buat facial, ble la singah skali kat expo nih. Sementara aku facial, papa & mak yang jagakan Amin & Bismi for an hours jugak lah. Nasib Bismi boleh jugak minum susu botol sikit-sikit. Jadi, tak parah sgt lah aku nak stop kejap kejap bagi susu badan. Thanks my daughter! Bismi pun nak mama dia cun kan..eceh!perasan terlampau plaks!! Kalau Amin dulu, jangan harap nak minum susu botol even dipaksa. Dia nak juga breast feed. Tuh lah bezanya anak laki & perempuan.

Regarding expo nih plak, overall aku suka semua products yg dia offer. Mmg harga berpatutan dan murah jugak lah. Mau tak aku kate murah..Dia offer up to 80% dari harga pasaran. Apa lagi, aku pun memborong lah baju-baju untuk Amin & Bismi, stokin, baby shampoo, alas leher, bantal, selimut, dan macam-macam lagi lah..tapi mostly on clothes la aku perabis......... huhu!!kopak jugak aku sebelum akhir bulan nih..:P

Lagi 1 barang yang aku sempat ushar tapi tak beli ialah stroller baby. Pada aku tak berbaloi plak nak perabis beribu-ribu semata-mata utk stroller tuh. Ingat nak belikan Bismi stroller baru coz stroller Amin tayar dia agak bengkok skit. Kenapa bengkok?Ha..tuh kena tanya Amin yek kengkawan..Risau gak aku kalo Bismi guna tetiba dia patah terus. Kes naya plak. So, skang aku dalam proses tgh survey2 stroller yg multi function dan harga pun berbaloi..nanti aku update kat korang yek.

Balik jerk dari expo, terus aku kena 'bad flu' and 'bad cought'. Padan la muka aku kan...degil tak mau dgr cakap suami..hahaha!! Pengajarannya kawan-kawan, kalau kamu masih dalam pantang, jangan ngada-ngada nak kuar jejalan..nanti jadi cam aku. Terus sakit sana sini...Hehehe..Sekian!!


Khamis, 6 Mei 2010

My wish list!!

There are many things, i will like to achieve this year (insya-allah, kalo diizinkan Allah). Antaranya:-
  • Gold necklace with my name on it 'Hanna'. Letter 'H' tuh aku nak letak diamond :-X
  • Vacation with family. This time, aku target nak pergi Kelantan, Terengganu and Pahang. Hopefully papa ada byk cuti lagi coz ingat nk bercuti direct 1 week. Asyik bercuti belah2 selatan jerk. Nak jugak berubah angin.
  • Gold necklace for Bismi. Orang tua kate kalo dah dpt anak perempuan, kenalah letak at least 1 brg utk ' semangat badan'. So,ikutkan saja lah. Lagipun tak rugi.Btul tak?
  • Home theatre...aku belum decide lagi nak choose yang mana. Masih lagi dlm proses survey
  • This one maybe 'weird' skit tapi aku teringin sgt for this year Hari Raya my family(me,papa, amin & bismi) pakai baju punjabi and kurta..Hehehe! Dah byk sgt collection baju kurung & baju melayu. Apa kata this year kita berubah angin and menyahut seruan 1Malaysia.
  • Save amount of money (jumlahnye tak ble la kasi tau yek) for family vacation to Hong Kong Disneyland(Insya-allah, may be next year or 2 years more). Kalo dulu, mama pergi HK time bujang-bujangan. Kali nih, mama nak bawa family mama plak ke sana. Selain Disneyland, HK merupakan 'Shopping Heavan'.Huhuhu..which is 'I Like'!!Sambil berhibur,ble gak gi shopping skali...
Hopefully, my wish list nih akan terlaksana before end of this year...Semangat yUyU!!

Khamis, 11 Februari 2010

SabahTrip wif family SS was soo awesome!!

'Keletihan' & 'Kepenatan' balik dari Sabah masih lagi tak hilang walau sudah 2 hari berlalu. Sakit badan aku, hanya Tuhan yang tahu sampaikan aku boleh demam 1 hari. Mungkin perubahan cuaca kat sana yang agak bahang dan berjalan yang 'tak hingat dunianye' serta yang ter'ober' shoppingnya' membuatkan seluruh badan aku sakit dan sengal. Pun begitu, percutian ke Sabah bersama-sama family SS memang menyeronokan dan 'happening' (as usual) walaupun ada sedikit dugaan di saat-saat akhir. Tapi semua tuh, tidak membantutkan ke'happy'an kami sebelumnya. Selama 3 hari 2 mlm di Kota Kinabalu, kami se'family' dipenuhi dengan pelbagai aktiviti:

Day 1

- Bertolak dari rumah dalam pukul 6.30 pagi
- Penerbangan berlepas dari LCCT ke Kota Kinabalu dalam pukul 9.4opagi
- Sampai di lapangan terbang KK dalam pukul 12.30 tgh hari
- Check-in di Grand Borneo Hotel dalam pukul 2 ptg (lewat skit sbb mencari transport utk ke hotel)
- Selebihnya masa, keluarga SS keluar bershopping di 1Borneo Hypermall, berkaraoke, ber'swimming pool', bowling, makan-makan dan sempat tengok midnight movie cerita ' Anan Sempit' beramai-ramai (memang syok sampai aku ketawa terbahak-bahak!).

Day 2

- Bangun pagi (sebab takut berebut toilet..hehe)
- Bas sampai dalam pukul 9.30 pagi
- Antara lokasi yang dilawati:
  • Pasar pagi - Macam2 yang dijual di sini, antaranya mutiara (barang yang cukup sinonim di Sabah), baju, sayur&buahan, binatang peliharaan (yang aku paling geram skali anak arnab campuran.Memang comel dan murah. Dalam RM 20 tapi kalo tawar tuh mungkin ble dapat RM 15 seekor. Tapi lecehla nak bawak naik flight. Jadi lupakan hajat tuh!!:P), kristal, barang hiasan antik dan batu karang, kuih-muih serta pelbagai lagi barangan yang menarik. Yang penting korang kena pandai tawar. Kalo tak harganya cukuplah mahal sebab kita bukan orang setempat.
  • Pasar Filipin - Terkenal juga sebagai pasar kraf tangan. Ada pelbagai jenis kraftangan and souvenir utk korang beli. Cam biasalah.Harga memang kena tawar. Kalo tidak, mahal tak terkata. Terdapat juga produk perikanan kering spt ikan kering/masin, udang kering, gamat, sotong kering dan juga keropok ikan. Pada sesiapa yang mengandung cam aku, memang tak tahan bau time lalu kat tempat nih. Sampai ter'mun...' aku dibuatnya. Nasib tak pening kepala sbb bau yang bercampur-baur.
  • Jeselton Port - Singgah sebentar kat sini utk survey harga bot dan snorkelling ke Pulau Manukan.
  • Pantai Tanjung Aru - Pantai yang cukup terkenal di Sabah. Pantai ni memang cantik. Angin laut pun best dan fresh. Cuma satu jerk kekurangannya. Makanan di sini agak tak sedap dan mahal. Kalo setakat nak makan ringan-ringan.Itu OK. Tapi kalo nak makan yang berat-berat. Jangan di sini sebab terlampau mahal. Bayangkan aku order ikan bakar sekor dan sotong sekor, kena dalam RM 50. Itu belum masuk nasi putih dan air. Memang 'mentekedarah' harga makanan kat sini. Baik aku makan kat hotel. Lagi puas hati.
  • Muzium Sabah & Kampung Budaya - Murah jer tiket utk masuk ke Kampung Budaya nih iaitu RM 2 seorang. Untuk warga emas, F.O.C. Agak menarik juga tempat dia. Ia memperkenalkan kita pada budaya dan cara hidup masyarakat di Sabah mengikut suku kaum masing-masing seperti Kadazan dan Murut. Tempat utk dilawati agak besar sekitar 2 ekar. Jadi kami se'family' tak larat nak berjalan sebab masing-masing sudah kepenatan bershopping. Tak mampu lagi utk berjalan. Lagi plak, 'mak buyong' cam aku. Kaki dah bengkak dan sengal-sengal akibat jalan yang ter'ober'. So, kitorang decide utk balik ke hotel utk swimming plak. Dapat gak merendamkan badan dan kaki yang dah sengal-sengal nih.
- Balik ke hotel sekitar pukul 6
- Ada yang turun mandi pool dan ada juga terbungkang tido akibat kepenatan(hehe)
- Ada juga yang sempat sambung bershopping kat mall dan karaoke..(pendek kata acara bebas)

Day 3

- Bas sampai dalam pukul 8.30 pagi
- Sampai di Jeselton Port dalam pukul 9 pagi
- Menaiki 2 bot (satu speed boat : yang dinaiki oleh golongan veteran dan ibu2 mengandung cam aku walhal boat nih laju dari bot yang 1 lagi, satu lagi boat: dinaiki oleh golongan muda dan boat nih agak 'lembap' skit...huhuhu) ke Pulau Manukan.
-Tiba di Pulau Manukan sekitar pukul 10 pagi.
- Acara snorkelling bermula.
-Ada juga yang swimming, mengintai 'ikan putih'(huhu), mancari gamat/timur laut, makan-makan dan tak kurang juga relaks-relaks dan menenangkan fikiran.
- Air laut kat sini memang best..sejuk dan jernih sampai bole nampak ikan-ikan berenang, batu karang yang masih tak tercemar dan juga pasir yg halus. Teringin pergi lagi ke pulau nih jika ada kesempatan di lain masa.
- Bertolak dari Pulau Manukan ke KK City dalam pukul 2.30ptg.
- Sempat singgah ke Pasar Filipin sekejap sebab ada lagi yang masih nak bershopping.Hehe
- Ke rumah kak Nana( anak buah abg Zul) utk mandi dan tukar baju.
- Pukul 4.30 ptg, bertolak ke airport.
- Sampai di LCCT dalam pukul 9 mlm.

As a whole, trip yang Best, Happening & Sempoi....
Nih antara pic yang disnap...nak lagi clear, tgk kat fb kay...


Khamis, 3 Disember 2009

Christmas Sales!!!

I L.I.K.E when its come to 'shopping peak season'. Skang kan dah start Christmas Sales...Dalam kepala otak nih, ada macam2 nak beli...Antaranya:
  • Compact powder M.A.C
  • Eye liner M.A.C
  • Body Serum Clarins
  • Mask Clineque
  • Serum Bioterms
  • Bobbi Brown Palette
  • Lipstik Bobbi Brown
  • Barang baby/Amin
  • Baju Maternity especially seluar..(pewut makin membesar)
Ini dulu yang terpintas kat kepala otak.Nanti kemungkinan besar akan bertambah lagi..Huhu

Selasa, 7 Julai 2009

Aku yang gile M.A.C

Kalau nak tanye aku bab-bab jenama alat solek yang aku suka, sure aku akan pilih M.A.C dan Bobbi Brown. Antara sebabnya ialah:
  • warna-warna yang cantik dan pelbagai
  • warna up to date
  • tahan lama
  • shining
  • natural
  • tidak berminyak
  • packaging (terutama yang limited edition)
Pun begitu, aku suka gak pada jenama Maybelline especially pada lipstik dan compact powder nya. Memang suit ngan kulit aku yang agak oily nih. Lipstik dia pun tak keringkan bibir aku...I Like..

Tadi sempat gak la aku beli refill compact powder and blusher M.A.C (limited edition). Melayang lagi duit aku..aiyak!Tak lame lagi nak raya, lagi banyak la duit keluar..Adei!Time untuk berjimat cermat dari sekarang and time untuk mencari lebih pendapatan. Chaiyok yuyu!!

blusher and compact powder

Isnin, 27 April 2009

ProMosi!!

http://shoppingin1click.blogspot.com

Hehehe...cam gempak jerk 'title' aku kat atas tuh.Huhu...actually, aku baru jerk buat blogspot baru utk aku jual items baru dan lama especially collection baju2 aku, yang ada aku penah pakai skali dua dan langsung tak penah pakai pun ada.Hahaha..kekadang dah beli tuh, ble plak aku lupa pakai @ pakaian tuh aku beli sebab utk tambahkan collection baju jerk..mana tau in case ada apa2 occasion jerk. Tak payah susah2 nak kuar shopping dah.Satu lagi alasan, sejak2 aku dh beranak nih, ada gak baju2 dan seluar 2 aku yang dah tak muat tapi masih elok lagi la and still nampak brand NEW..Ada jugak collection2 yang aku baru beli utk tambahkan jualan kat blog. Aku juga nak offer pada sesiapa yang nak 'let go' barangan diorang yang masih bole guna dan berkeadaan baik utk aku promote kat blog aku. So, pada sesiapa yang interested, bole contact aku @ isi order form. Dan pada yang nak let go barang, emailkan aku gambar dan sebut harga korang. Kalo berpatutan, aku akan ambil utk publish dalam blog. Harap korang slalu lawat blog aku coz aku akan update barangan dan collection2 baru from time to time. Thanks guys for your support!!Really appreciate it!!

Sila layari http://shoppingin1click.blogspot.com