Memaparkan catatan dengan label present. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label present. Papar semua catatan

Sabtu, 13 November 2010

Congratulation!


To Adik a.k.a Arina a.k.a baby sitter amin

Congratulation dear
for your excellent 5A's UPSR result
Hebat anak buah aku nih..
Keep it up!

dan
hadiahnya ialah........



Thanks to ibu and kak yus
kerana berjaya memujuk adik memilih
canon 550d dari nikon d90..

and abang yen
sebagai advisor camera

dan yang paling penting
dan yang paling utama
AYAH
kerana sponsor hadiah nih
hehehehe...

Ahad, 1 Ogos 2010

Vacation Utara (Part 1)

Update skit dari vacation aku yang lepas. (part 1)

First day, kitorang singgah Penang hanya utk makan mee udang sahaja kat Teluk Kumbar. Memang best giler mee udang dia. Kalah lah mee udang Sg. Dua. Location pun not bad. Hampir dengan port kapal-kapal nelayan. Lagi plak, kitorang sampai sana petang. Memang tepat pada masa nelayan bawak balik berduyun ikan-ikan yang fresh dan dijual dengan harga yang tersangat murah. Siap boleh 'nego' lagi. Kalo rumah aku kat Penang, rasa aku borong jerk semua ikan-ikan kat situ. Then, kitorang pun singgah umah 'Kak Tun' dan bermalam kat sana. Sempat jugak sebelum bola start, Kak Tun ajak kitorang 'pekena' nasi kandar. Tersangat lazat. Walau perut nih dah penuh dengan mee udang tapi kami sumbat gak. Thanks Kak Tun & Abg Nam. Korang memang best.

Depan kedai Mee Udang

Second day, mama & papa ajak Amin & Bismi naik ferry. Punyalah excited Amin tengok laut. Balik-balik tunjuk kat laut sambil cakap 'Fish', 'Mama Fish', 'Papa Fish'. Nasib dia tak ajak kitorang berenang time tuh. Kalau tak, haru jugak dibuatnya.Bismi plak dok diam dalam pangkuan. Yelah, baru 2 bulan. Tak tau benda lagi. Tunggu besar skit sure becok mulut dia cam Along Amin. Lepas merayap 1 Penang, kitorg terus gi umah Tok Wan, Kedah.Malamnye, kitorang belanja family Kedah makan malam kat Old Village. Menariknye tempat ni, dia dibina di tebing sungai. Cantik & takut gak aku..Manalah tau, tengah syok-syok makan.Tetiba ada buaya muncul ke..isk mintak la dijauhkan. Jadi kitorang pilih port yang tinggi skit. Agak-agak tempat yang buaya tak boleh gigit, BOLEH?Hehehe..Bukan apa. Aku lagi suka makan dengan senang hati dari susah hati.:P Lagi plak, banyak anak buah termasuk anak aku masih kecil lagi. Jadi tak sesuai rasanya ambil port yang berada atas sungai atau tebing sungai. Merbahaya!Makanan kat Old Village pun memang best dan murah..BERBALOI-BALOI.

Kami sekeluarga di Old Village

Third day, kitorang sempat singgah ke rumah Paksu Lan. Nak tgk baby Paksu yang sebulan tua skit dari Bismi. Muka pun nak dekat serupa. Dedua comel. Lepas singah menyinggah beberapa tempat, kitorang gi Bukit Kayu Hitam. Dah alang-alang tuh, kitorang masuk sekali Thailand dengan family Abang Wan.Shopping barang-barang rumah, kasut, toy Amin & Bismi etc. Punya la round mencari patung Barney Amin. Nasib jumpa. Tuh hadiah dari Mama & Papa utk Amin. Hehehe..Barang-barang kat Thailand sememangnye murah. Tapi kena pandai tawar. Kalo tak memang mahal gak harganya. Yelah, mentang-mentang kitorang Malaysia. Mulalah diorang nak naikan harga. Thanks to Abang Wan & Mak Su sebab bawak kitoang masuk Thailand walaupun tak ada passport. Huhuhu...Lain kali kita pergi lagi yak. Settle bab-bab shopping, kami terus ke Chalet Amin di Perlis (buat kat tanah mak &ayah angkat aku, Mama & Abah Chob) untuk menunaikan janji kami nak tido kat sana. Yelah, sejak chalet nih dibuat kitorang tak pernah balik tido. Sekadar singgah jerk. Kalo tido pun kat rumah Ayah Mat (ayah angkat yg ke-2 di Perlis). Tuh yang menimbulkan kemarahan Ayah Chob. Chalet dah buat tapi anak-anak tak mau tidok.Huhu..sorry ayahanda.

Sama tak muka Amani & Bismi?

Hari seterusnya, kitorang gi kenduri kahwin adik angkat aku, Aishah (anak Ayah Mat). Meriah jugak kendurinya. 3 hari 2 mlm tuh. Makanan memang amat best..macam-macam ada. Puaslah anakanda makan especially ayam kampung. Memang favourite anakanda. Lepas kenduri, kitorang merayap plak gi Taman Ular. Bawak anak-anak buah & Amin gi jejalan sekitar Perlis. Seronok la tengok depa. Dah habis round Perlis, kitorang berangkat balik ke Kedah balik sebab nak buat persiapan untuk Majlis Berendoi plak. Sampai je umah Tok Wan, Amin terus bukak baju mandi kolam ngan sepupu-sepapat dia sampai taknak keluar dari kolam. Jenuh gak lah nak pujuk Amin kuar dari kolam tuh. Bukan apa, takut dia kena batuk @ selsema jerk. Malamnya, kitorang buat game untuk 1family. As usual, kalo dah semua berkumpul memang umah Tok Wan jadi riuh & gamat dengan kerenah masing-masing. Bukan anak-anak jerk, mak ayahnye pun tak terkecuali. Ada jerk yang buat lawak spontan & yang pasti HARU dibuatnye. Tambah lagi kalo Tok Wan pun join skali. Lagi lah RIUH.

kitorang bersama anak-anak buah

aku & family Ayah Mat
malam sebelum kenduri

family yang HAPPENING!

Amin & sepupunya

Selasa, 18 Mei 2010

Syukur alhamdulillah...

Alhamdulillah...aku berjaya turunkan berat badan aku hampir 10kg skang. Sungguhlah happy. Cuma tummy dan bahagian peha jerk nak kena kasi trim skit (macam rumput plak bole trim trim yek). Bahagian lengan plak nak kena kasi firming skit lagi.Rahsianya..??Jeng..jeng..jeng...

Aku gunakan 'foot detox patches' yang member aku syorkan. Memang berkesan. Thanks to Ms.T kerana bagi aku cuba produk nih. Fungsi foot detox nih ialah untuk membuang segala toksin dalam badan, melancarkan peredaran darah, menyembuhkan penyakit migrain dan sengal-sengal badan. Selain dari tuh, ia juga dapat melangsingkan badan jika diguna secara berterusan. Maknanya korang kena pakai hari-hari. Jangan kejap pakai kejap tak. Memang tak nampak sangat kesannya.

Setelah aku pakai foot detox nih, aku rasa cepat dahaga. Dah rasa cam unta plak.Asyik-asyik pergi kitchen, cari air. Aku minum plak bukan gelas kecil ok. Skali teguk,satu gelas besar (cam saiz gelas buah yang korang order kat kedai). Tapi bukan air buah lah yang aku minum. Mau kembung perut. Disyorkan aku minum air panas suam. Selain dari langsing, aku terasa badan aku segar dan tak penat. Yelah, skang kan kena jaga Amin & Bismi. Kekadang aku kurang tidur kalo diorg meragam tengah malam. Untuk maklumat lanjut pasal produk nih, korang click kat sini.

Alhamdulillah..mungkin juga rezeki anak-anak. Aku berjaya jual lebih 2000kpg foot detox selama 2 minggu. Ramai juga yang berpuas hati setelah mencuba foot detox nih. Selain dari end user, ada juga yang berminat untuk menjadi pengedar. Aku amat alu-alukan. Untuk harga pengedar, bolehlah juga ke laman web di atas.

Kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan terima kasih pada pembeli2 dan kengkawan yang menyokong aku membuat biz online. TQ TQ. Insya-allah, tak lama lagi (mungkin seminggu dua lagi) selain dari foot detox, aku akan mula menjual hand bag pulak (menyambung biz yang aku buat time U dulu). Aku mungkin tak ble janjikan design yg cantik-cantik (coz lain org lain citarasa) tapi aku boleh janjikan harga yang termurah dari harga pasaran. Itu yang pasti...jadi nantikan lah kengkawan....


Isnin, 15 Mac 2010

TQ Semua!!!

Tahun nih a.k.a paling meriah sambut birthday..kalo biasanya tahun sudah-sudah,skali jerk..kali nih, sampai 3 kali aku celebrate birthday dengan family-family tersayang. Syukur, alhamdulillah. Thanks semua!!Sayang korang 'so the very banyak'(ayat apakah itu?lantakla..janji korang paham kan?hehe..)

First birthday, aku celebrate dgn family aku (abah,mamy,fadly,abg shahrul,abg wan,papa,amin & a few kengkawan abah) kat legend hotel. Ingatkan makan-makan biasa jerk..wupenye diorang nak celebrate birthday aku yang sehari awal. Thanks semua!!

p/s: - Special thanks to mamy & abah for the present and sanggup tido kat kl selama 2 mlm..Cian abah kena travel KL-Seremban gi kerja...Sayang both of you ter'over' much!!
- Time nih tak banyak picture yang boleh share sangat sbb tak bawak camera. Nanti aku upload dari camera abah...:p
me & my mamy (yg shy camera ;)

my little family

Second celebration was with my little family kat rumah Cheras. Only the three of us sahaja. Itu pun aku tak sangka jugak sebab kitorang dah celebrate a day before with my family. Nak dijadikan cerita, keluar jer kereta masa sampai kat rumah, aku nampak papa bawak paper bag yang tak tahu isinya. Dalam hati, bila plak 'org tua' nih beli??(huhu).Then dgn tak tau malunya aku tanya papa:-

mama:Tuh, birthday present mama ek papa?(mata dah bulat-bulat & buat muka manja skit):P

papa: Haah, mana mama tau nih?

mama: Taula, hari nih kan birthday mama (dgn bangganya berkata)

papa: Tahun nih, papa tak mau bagi barang kat mama. Papa nak bagi yang lain dari lain. Papa nak bagi mama minuman/jus kesihatan. Papa nak kasi mama sihat selalu..

mama:*&*&^$% (Blur-blur)(Dalam hati aku..biar betul suami aku sorang nih. Kot iya nak bagi aku sihat, tak da benda lain ke nak bagi..baik beli aku pil vitamin kat farmasi. Mentang-mentangla aku pregnant..) Apa-apala papa...janji papa ingat birthday mama. Present bukan jadi isu pertama. Apa papa kasi mama terima..Jus ke pil ke..telan jerk la...(aku bercakap sambil tersengeh-sengeh)

Time aku cakap cam tuh, papa pun tersengih-sengih. Aku plak sambung melayan tgk tv kat ruang tamu plus malas nak layan bercakap sangat akibat badan tetiba letih. Iyalah, skang kan berbadan dua.Pepaham jerk la..

Skali tiba-tiba, papa & amin kuar dari dalam bilik bawak kek sambil nyanyi 'Happy Birthday'. Amin la yg plg happy sbb dia memang suka lagu tuh. Terkezut & terharu aku. Thanks papa!!Thanks amin!!Cayunk both of you so so much...muah!!And thank you so much papa for the present (bukan jus kesihatan yek kengkawan..adalah benda lain.Rupanya jus tuh husband aku beli sesaja jer utk minuman di rumah). Ada-ada jerk suami ku sorang nih. Suka buat 'Gempak'...Isk isk isk...

my birthday cake

me and baby amin

kali nih, bagi amin yang tiup kek mama

The third celebration was with papa's family (mak, kak ja sekeluarga, nabila & yana) kat rumah aku di Cheras pada malam birthday aku. Thanks cemua!!Korang cemua memang happening la!!Gambar nanti gak aku upload sbb kamera gue tertinggal kat rumah my mother.;)

Pada member2 yang wish birthday, thank you so much...appreciate sesangat sebab korang masih ingat birthday aku...muah!!muah!!



Rabu, 24 Jun 2009

Thanksz!I Like...

my heart

mon, tues, wed,thus, fri, sat, sun

Mesti korang pelik kan apala benda kat atas nih...btul tak? Inilah panty yang aku paling suka, hadiah dari suami tersayunk...P&G..Kuikuikui...Menarikan? Thanks papa!!