CARA MUDAH BUANG DARAH BEKU IKAN
Darah beku ikan yang terlekat di kepalanya memang sukar untuk dibuang. Gunakan berus gigi lama dan gosokan pada bahagian ikan tersebut. Darah beku akan hilang dan boleh dimasak tanpa was-was.
ELAK SANTAN DARI MEMBAZIR
Untuk memastikan santan bertahan lebih lama dan mengelakkan pembaziran, masukkan beberapa biji lada ke dalam santan. Simpan dalam peti sejuk.
DAGING CEPAT LEMBUT
Semasa merebus daging, cuba tambahkan ketumbar yang telah digoreng tanpa minyak ke dalam periuk. Masukkan sekali halia yang telah diketuk. Daging bukan sahaja lebih lembut tetapi juga wangi.
KELAPA PARUT TAHAN LAMA
Selepas memarut kelapa dan sebelum disimpan ke dalam peti sejuk, masukkan setangkai cili kering ke dalam bekas berisi kelapa tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan