Jumaat, 13 Mac 2009

MATTA Fair 2009

Tadi aku gi MATTA Fair kat PWTC dengan sang suami and kak Ja. Amin aku tinggalkan kat rumah mentua aku. Nak bawak takut Amin buat hal lak sebab kat sane nanti sure ramai orang. Kang tak pasal-pasal dia nangis, aku plak melepas tak dapat survey pakej yang menarik kat sane.

On the ke PWTC tadi punya la ramai gile orang. Nak cari parking pun susah. Walhal hari orang bekerja lak tuh. Pelik..Pelik....Last-last aku parking jer kete kat The Mall. Selamat pun selamat dari aku parking kat tepi jalan, pastu kena saman lak ngan polis. Satu hal plak nak bayar saman. Dah la skang nih ekonomi agak gawat. Baik duit saman tuh aku simpan dalam ASB.Eceh..simpan laa sangat aku nih. Huhuhu..

aku and kak ja

Sesape antara korang yang suka gi bercuti atau nak gi tempat yang korang tak penah lawati lagi (mungkin sebab mahal ke atau korang cetek ilmu-ilmu tmpat peranginan nih), jangan lepaskan peluang ni sebab banyak pakej2 menarik lagi murah yang ditawarkan sama ada tmpt peranginan dalam negara mahupun luar negara. Pameran ni berlansung dari 13 hingga 15 mac ni. Selain MATTA Fair, ada jugak Karnival MARA (bagi yang mencari tmpt belajar yang sesuai especially pada yg nak sambung belajar @ lepasan SPM/STPM), Pameran Jewellery (cantik2..naik silau aku tgk), Warehouse sale (memacam brand la yg ada, pilih jer mana berkenan kat hati) dan Pameran FOTOKEM (terliur jerk tgk kamera Nikon...huk huk huk, murah lak tuh...tension!tension!)

Selesai round 1 PWTC tuh, kami pun balik. Sampai jek umah, terus aku bukak balik risalah2 yg kitorg dpt tadi. Punyela berselerak ruang tamu dengan kertas. Macam kapal pecah..Last-last, aku dgn sang suami setuju amik pakej percutian gi Pulau Perhentian, Melaka, Port Dickson and Jakarta-Bandung. Terus kitorg bukak kalender, bahagi-bahagikan tmpt dan timing yg sesuai nak gi. Destinasi yang plg awal skali iaitu 2 week from now ialah Melaka. Satu mlm kat Hotel Equatorial = RM98..murah murah!!ada lg murah hotel NAZA baru RM 80..include makan skali utk 2 pax. gi 2D 1N cukupla. Janji jalan.Btui dak?Hehe..yang lain-lain, may be hujung bulan 5, hujung bulan 8 and 11..semua masih dlm perancangan.

ruang tamu berserabut dgn kertas

Tiada ulasan: