Selasa, 3 November 2009

Vacation in Kuantan dan sewaktu dgnnya....

Adoi...kerja jalan jerk aku and family bulan nih.. Last Friday, aku temankan husband aku outstation kat Kuantan for 2 days and 1 night. Kitorang stay kat Grand Continental Hotel berhampiran ngan Mega Mall, Kuantan (yang pada pandangan aku, shopping complex yang paling 'canggih' dan cantik kat bandar Kuantan nih). Aku 'hangkut' skali 2 orang anak Kak Ja(anak buah husband aku) iaitu adik and Fara join sekaki kat sane. At least, aku tak lonely sangat time husband aku pergi keja. Ada gak geng nak sembang-sembang. Kebetulan lak, Fara baru habis exam PMR and adik plak agak 'free' even next week dia ada final exam. (Hehehe...sempat lagi berjalan yek dik. Tak saboo tunggu cuti sekolah).

Dan secara kebetulan jugak, ada lagi 1 group family husband(abg Ngah,Shafiq, Ita,Sherina dll) pun pergi vacation kat Kuantan. (Memang tak rancang actually.Semua secara kebetulan). Jadi kitorg jumpa diorang nih semua kat sane. Lepak-lepak kat depan tasik@sungai (ntah mana satu, aku pun tak pasti),lepaskan amin & sherina main-main kat park. Memang seronok diorang kena lepas. Ada video yang Ita rakam. Nantila aku bluetooth kat dia and upload kemudian kat sini. Kalo korang tengok gelagat amin & sherina time nih, memang syok. Happy jerk kehidupan kanak-kanak!

Sepanjang kat sana, kitorang habiskan masa round 1 bandar Kuantan (main redah sajalah even tak tau jalan). Yang paling aku suka tengok kat bandar dia ialah masjid dia. Sungguh cantik pada pandangan mata aku. Mungkin colour masjid tuh yang kebiru-biruan, menyejukan mata memandang.

Lepas tak tau lagi mana nak rounder, kitorg gi Teluk Cempedak. Pantai kat sana tersangat la cantik. Rasa nak mandi jerk kat situ tapi time kitorang datang tuh punya la panas terik.Jadi, tak jadila nak turun laut.Takut kena 'sunburn'. Husband kate memang nampak lain dari 5 thn lepas time dia datang dgn kengkawan dia. Makin cantik dan ada 'kengkawan baru' (monyet) yang berkeliaran mintak makananan. Aku memang tak excited la tengok 'kengkawan baru' nih. Jadi 'fobia' skit sebab time aku kecik dulu, kalo tak salah aku kat Batu Caves la. Ada monyet tuh rampas makanan dari tangan aku, time aku tengah syok makan makanan favourite aku lak tuh. Terus aku nangis. Dari start tuh, terus aku takut pada binatang bernama monyet.

adik, amin, aku & fara

kami di teluk cempedak

fara & adik

pemandangan di teluk cempedak...cantik kan

kami 3 beranak



VIDEO

Tiada ulasan: