Another vacation yang aku lupa nak update kat blog iaitu time aku se'family' pergi ke Genting Highlands. Nih first time, aku bawak amin jejalan kat Genting. Lagi plak, agak lama jugak aku and husband tak pergi Genting. Kalo tak silap aku, sejak kitorg nikah, memang tak jejak kaki lagi kat sana.
Kitorang bermalam kat First World Hotel. Tuh pun kitorang bernasib baik ada bilik sebab time kitorang pergi nih time 'peak season'. Hotel yang lain semua penuh kecuali hotel Awana yang pada aku agak jauh ke bawah. Aku lebih prefer amik hotel-hotel yang dekat dengan themepark. Tak yah, susah2 nak turun naik kereta. Tak larat....
Macam biasa. Memang amin excited mase gi sana. Bukan sebab mainan tau tapi syok tengok lampu-lampu yang berwarna-warni and decoration pokok Christmas yang 'lip-lap,lip-lap'. Tambah plak, ramai budak-budak yang sebaya dengan amin kat sana. Sempat la dia mencari kengkawan kat sana yang kebanyakan anak Cina. Pandai anak mama cari kawan ek :D
Selain bermain indoor game, kitorg pun masuk gak Rumah Salji. Sejuknya memang 'toksah' cakapla. Memang gegile sejuk sampai mengigil-gigil kitorg kat dalam tuh even dah pakai baju sejuk. Papa, orang pertama yang keluar dari Rumah Salji tuh akibat kesejukan dengan Amin. Hehehe..tuh la, 'cekeding' lagi. Lemak tak banyak kat badan. Nak buat cam noo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan