Selasa, 23 Februari 2010

Doa Seorang Isteri

Dapat dari one of my friend. Saje nak share di sini. Mari kita amalkan demi menjadi isteri yang mithali.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena

Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMuKerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa di hati..

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Rabu, 17 Februari 2010

Happy Chinese New Year!!

Gong Xi Fa Chai
pada semua kenalan & kengkawan ku yang berbangsa Cina

Semoga tahun 'Harimau' membawa byk luck & 'angpau'
juga kehidupan yg lebih baik

p/s: Thanks a lot frens for the 'angpau' & limau yang berbakul..
really appriate it!

Jumaat, 12 Februari 2010

Beauty & The Beast Collection

1) Video clip nih bile aku tgk time kecil dulu mendorong aku utk rajin membaca buku...
Mana-mana aku pegi, sure aku akan bawak buku utk dibaca macam Bell gaks..
Aku nak jadi bijak & cantik macam Bell (betapa besarnya pengaruh kartun time aku kecik2 dulu..hehe)



2) Video clip nih plak membuat aku percaya bahawa cinta itu BUTA. Ia tak bergantung pada harta kekayaan dan rupa paras yang cantik. Cinta datang dari HATI. Bila kita kenal seseorang itu melalui hatinya, rasa sayang kita akan berkekalan hingga ke akhirnya. Insya-allah.



3) Aku suka gaun yang Bell pakai time nih. Cantik sangat. And the way, Bell and Beast dance pun soo romantic. Music pun layan...

For Longer Than Forever

Nih antara lagu kartun yang aku suka time kecik-kecik dulu..
sweet & romantic sesangat..
kekadang berangan nak jadi princess tuh..hehe

Khamis, 11 Februari 2010

SabahTrip wif family SS was soo awesome!!

'Keletihan' & 'Kepenatan' balik dari Sabah masih lagi tak hilang walau sudah 2 hari berlalu. Sakit badan aku, hanya Tuhan yang tahu sampaikan aku boleh demam 1 hari. Mungkin perubahan cuaca kat sana yang agak bahang dan berjalan yang 'tak hingat dunianye' serta yang ter'ober' shoppingnya' membuatkan seluruh badan aku sakit dan sengal. Pun begitu, percutian ke Sabah bersama-sama family SS memang menyeronokan dan 'happening' (as usual) walaupun ada sedikit dugaan di saat-saat akhir. Tapi semua tuh, tidak membantutkan ke'happy'an kami sebelumnya. Selama 3 hari 2 mlm di Kota Kinabalu, kami se'family' dipenuhi dengan pelbagai aktiviti:

Day 1

- Bertolak dari rumah dalam pukul 6.30 pagi
- Penerbangan berlepas dari LCCT ke Kota Kinabalu dalam pukul 9.4opagi
- Sampai di lapangan terbang KK dalam pukul 12.30 tgh hari
- Check-in di Grand Borneo Hotel dalam pukul 2 ptg (lewat skit sbb mencari transport utk ke hotel)
- Selebihnya masa, keluarga SS keluar bershopping di 1Borneo Hypermall, berkaraoke, ber'swimming pool', bowling, makan-makan dan sempat tengok midnight movie cerita ' Anan Sempit' beramai-ramai (memang syok sampai aku ketawa terbahak-bahak!).

Day 2

- Bangun pagi (sebab takut berebut toilet..hehe)
- Bas sampai dalam pukul 9.30 pagi
- Antara lokasi yang dilawati:
  • Pasar pagi - Macam2 yang dijual di sini, antaranya mutiara (barang yang cukup sinonim di Sabah), baju, sayur&buahan, binatang peliharaan (yang aku paling geram skali anak arnab campuran.Memang comel dan murah. Dalam RM 20 tapi kalo tawar tuh mungkin ble dapat RM 15 seekor. Tapi lecehla nak bawak naik flight. Jadi lupakan hajat tuh!!:P), kristal, barang hiasan antik dan batu karang, kuih-muih serta pelbagai lagi barangan yang menarik. Yang penting korang kena pandai tawar. Kalo tak harganya cukuplah mahal sebab kita bukan orang setempat.
  • Pasar Filipin - Terkenal juga sebagai pasar kraf tangan. Ada pelbagai jenis kraftangan and souvenir utk korang beli. Cam biasalah.Harga memang kena tawar. Kalo tidak, mahal tak terkata. Terdapat juga produk perikanan kering spt ikan kering/masin, udang kering, gamat, sotong kering dan juga keropok ikan. Pada sesiapa yang mengandung cam aku, memang tak tahan bau time lalu kat tempat nih. Sampai ter'mun...' aku dibuatnya. Nasib tak pening kepala sbb bau yang bercampur-baur.
  • Jeselton Port - Singgah sebentar kat sini utk survey harga bot dan snorkelling ke Pulau Manukan.
  • Pantai Tanjung Aru - Pantai yang cukup terkenal di Sabah. Pantai ni memang cantik. Angin laut pun best dan fresh. Cuma satu jerk kekurangannya. Makanan di sini agak tak sedap dan mahal. Kalo setakat nak makan ringan-ringan.Itu OK. Tapi kalo nak makan yang berat-berat. Jangan di sini sebab terlampau mahal. Bayangkan aku order ikan bakar sekor dan sotong sekor, kena dalam RM 50. Itu belum masuk nasi putih dan air. Memang 'mentekedarah' harga makanan kat sini. Baik aku makan kat hotel. Lagi puas hati.
  • Muzium Sabah & Kampung Budaya - Murah jer tiket utk masuk ke Kampung Budaya nih iaitu RM 2 seorang. Untuk warga emas, F.O.C. Agak menarik juga tempat dia. Ia memperkenalkan kita pada budaya dan cara hidup masyarakat di Sabah mengikut suku kaum masing-masing seperti Kadazan dan Murut. Tempat utk dilawati agak besar sekitar 2 ekar. Jadi kami se'family' tak larat nak berjalan sebab masing-masing sudah kepenatan bershopping. Tak mampu lagi utk berjalan. Lagi plak, 'mak buyong' cam aku. Kaki dah bengkak dan sengal-sengal akibat jalan yang ter'ober'. So, kitorang decide utk balik ke hotel utk swimming plak. Dapat gak merendamkan badan dan kaki yang dah sengal-sengal nih.
- Balik ke hotel sekitar pukul 6
- Ada yang turun mandi pool dan ada juga terbungkang tido akibat kepenatan(hehe)
- Ada juga yang sempat sambung bershopping kat mall dan karaoke..(pendek kata acara bebas)

Day 3

- Bas sampai dalam pukul 8.30 pagi
- Sampai di Jeselton Port dalam pukul 9 pagi
- Menaiki 2 bot (satu speed boat : yang dinaiki oleh golongan veteran dan ibu2 mengandung cam aku walhal boat nih laju dari bot yang 1 lagi, satu lagi boat: dinaiki oleh golongan muda dan boat nih agak 'lembap' skit...huhuhu) ke Pulau Manukan.
-Tiba di Pulau Manukan sekitar pukul 10 pagi.
- Acara snorkelling bermula.
-Ada juga yang swimming, mengintai 'ikan putih'(huhu), mancari gamat/timur laut, makan-makan dan tak kurang juga relaks-relaks dan menenangkan fikiran.
- Air laut kat sini memang best..sejuk dan jernih sampai bole nampak ikan-ikan berenang, batu karang yang masih tak tercemar dan juga pasir yg halus. Teringin pergi lagi ke pulau nih jika ada kesempatan di lain masa.
- Bertolak dari Pulau Manukan ke KK City dalam pukul 2.30ptg.
- Sempat singgah ke Pasar Filipin sekejap sebab ada lagi yang masih nak bershopping.Hehe
- Ke rumah kak Nana( anak buah abg Zul) utk mandi dan tukar baju.
- Pukul 4.30 ptg, bertolak ke airport.
- Sampai di LCCT dalam pukul 9 mlm.

As a whole, trip yang Best, Happening & Sempoi....
Nih antara pic yang disnap...nak lagi clear, tgk kat fb kay...