Rase loya-loya dan mual-mual
Makan dah kerap tapi tak kenyang-kenyang jugak..
SEORANG ibu yang akan melahirkan anak pasti akan berasa takut dan bimbang terhadap dirinya dan juga janin yang dikandung. Perasaan ini akan memberi kesan kepada cara kuncupan rahim. Kuncupan itu tidak selaras menjadikannya lebih sakit serta tidak berkesan untuk membuka otot-otot pintu rahim. Seterusnya kesakitan ini akan menambah lagi rasa takut dan gelisah yang sedia ada. Oleh yang demikian, bakal ibu mestilah sentiasa berada dalam keadaan tenang, sihat fizikal dan mental.
Kajian yang dijalankan telah membuktikan terdapat senaman-senaman tertentu yang dapat membantu bakal ibu ketika melahirkan.
Beberapa contoh senaman yang dianjurkan:
Seandainya para pakar mengetahui tentang segala pergerakan dan keadaan dalam solat, pasti mereka mengakui bahawa solat adalah alternatif terbaik berbanding senama-senaman yang telah disyorkan. Begitu juga pastinya mereka akan menjadikan ia sebagai panduan berguna ketika berhadapan dengan para pesakit. Apapun, bagi kita cukuplah solat itu sebagai ibadat, tanda kehambaan kepada Allah Taala.
Dengan solat, kita beroleh pahala yang besar(jika didirikan dengan betul), penyelamat dari api neraka dan ia adalah jalan ke syurga. Benar sangatlah sabda junjungan Muhammad sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: “Wahai manusia! Solatlah lima fardhu kamu, Puasalah di bulan (Ramadhan) kamu, tunaikanlah zakat dan hartamu, taatilah pemerintah(yang adil) di kalangan kamu, pasti kamu akan masuk ke syurga.”
Melakukan senaman dan kerja-ke~a ringan semasa hamil adalah baik untuk meregangkan otot-otot. Senaman yang paling sesuai untuk wanitawanita yang sedang hamil ialah senaman yoga, kerana senaman yoga merupakan cara yang paling bagus untuk meregangkan otot-otot. Tujuan lain senaman yang dilakukan ialah untuk meningkatkan kelenturan dan memperkuatkan sendi-sendi.
Berikut ialah beberapa senaman yang disarankan untuk dilakukan oleh wanitawanita sedang hamil
Perhatian:
Elakkan dari melakukan gerakan melompat-Iompat dan gerakan yang tibatiba. Lakukan senaman dengan lemah-Iembut dan perlahan-Iahan.
| A. | MEREGANG LENGAN BERGANTIAN Anda boleh duduk atau berdiri untuk senaman ini. Dengan kedua belah lengan dijulurkan ke atas kepala, jangkaulah langit, mula-mula dengan lengan yang satu, kemudian dengan lengan yang satu lagi |
|
|
|
| B. | MEREGANG MATA KAKI Dengan satu kaki di muka kaki lainnya, telapak tangan menempel pada dinding, tekuklah lutut depan dan perlahan-Iahan condongkan badan ke arah dinding. Ulangi dengan kaki yang lain. Jangan melakukan peregangan sampai melampaui batas kenyamanan. |
|
|
|
| C. | JONGKOK Lakukan ini sekerap yang anda inginkan. Jongkok baik untuk meredakan ketegangan punggung dan untuk meregangkan mata kaki. |
|
|
|
| D. | MEREGANG Duduklah di atas lantai dengan tumit dipertemukan dan tarik ke arah tubuh anda sejauh kenyamanan memungkinkan. Perlahan-Iahan tekankan lutut ke arah lantai; tambahkan sedikit tekanan dengan tangan pada lutut kalau anda mahu. |
|
|
|
| E. | MEREGANG TUBUH Duduklah di atas lantai dengan kedua kaki direntangkan. Hulurkan lengan kanan sepanjang kaki kanan ke arah pergelangan kaki. Angkatlah lengan kiri ke atas kepala dan perlahan-Iahan julurkan ke arah kanan. Ulangi pad a sisi lainnya. |
|
|
|
| F. | PEREGANGAN BERBARING Berbaring rata menelentang dengan kedua lengan di sisi tubuh. Tekuklah kaki kanan dengan telapak kaki merata pada lantai. Tekuklah telapak kaki kiri ke atas sehingga jari kaki menunjukkan ke arah wajah anda. Tahan beberapa detik. Ulangi dengan kaki kiri di tekuk. |