Jumaat, 25 Jun 2010

My Little 'Shin Chan' & My Little 'Pumpkin'

Bismi skang sudah 2 bulan. Dia dah pandai gelak-gelak bila orang agah dia & pandai nangis kalo orang marah dia (acah2 marah).Sensitif gak anak mama nih. Ha..jangan tak tau, kecik2 lagi Bismi dah pandai berlakon. Kejap2 senyum, kejap2 cebik, kejap2 buat muka suka & kejap2 buat muka sombong. EeeEee...Geram jerk tgk gelagat Bismi nih...Hari-hari kena cubit pipi ngan mama. Naik 'bam-bam' pipi dia.

Bismi 2 bulan

My Little Pumpkin

Along Amin plak dah pandai jaga Bismi. Kalo Bismi nangis, dia lah orang pertama yang tengok Bismi kat katil baby. Pastu tepuk-tepuk Bismi kononnya kasi dia tido balik (tapi Bismi x penah tido pun.Terus terjaga lagi ada..hehehe). Kekadang Amin akan pujuk & main ngan Bismi 'tepuk amai-amai'.Sampai mengekek-ngekek Bismi gelak bila Along Amin pegang tangan dia suruh tepuk. Comel sangat tengok telatah 'My Little ShinChan' (nama manja for Along Amin) & ' My Little Pumpkin' (nama manja for Bismi)nih. Nampak dah kasih sayang antara adik-beradik semakin erat. Mama harap anak-anak mama saling menyayangi dan rapat antara satu dgn yg lain. Tak mau gaduh-gaduh ye syg..Air dicincang tak akan putus.

Suka Along Amin pegang tangan Bismi


My Little ShinChan & My Little Pumpkin

Tiada ulasan: