Jumaat, 10 September 2010

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat arwah tokbak yang telah pergi ke rahmatullah pada 1 aidulfitri 2010, jam 6.30 a.m tadi. Semoga roh tokbak di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Ini merupakan suatu kehilangan yang sangat besar buat aku sekeluarga. Sudah tiada orang yang tertua dalam family (tokbak is 100 years old). Sudah tiada orang untuk dengar kisah-kisah askar dulu. Sudah tiada orang untuk bercerita tentang ilmu keagamaan. Sudah tiada orang untuk berlawak mesra di meja kopi pada waktu pagi. Sudah tiada lagi orang yang tunjuk tumbuk kat amin setiap kali amin bawak lari tongkat tokbak. Sudah tiada lagi orang untuk merajuk dengan anak-anak dan cucu-cucu. Sudah tiada lagi orang untuk kita suap setiap kali ada family dinner. SEMUA KINI TIADA LAGI.....Im gonna miss tokbak so very much. He's the only grandfather i ever had. Tiada lagi nenek. Tiada lagi tokbak untuk aku panggil. Tiada lagi tokbak untuk aku salam setiap kali sampai rumah.

Yang PASTI, hari raya kali nih merupakan salah satu kisah sedih dalam hidup aku dan setiap kali Hari Raya, aku PASTI teringat kat tokbak.

Al-Fatihah.....................

Tiada ulasan: