Selasa, 2 Jun 2009

Pendapatan..

Umumnya kita ada 3 jenis pendapatan.

1. Earned/Active Income
ia adalah pendapatan yang memerlukan kehadiran kita. Kalau kita tak bekerja, maka kita tak dapat duit. sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri. Ramai daripada kita hanya ada pendapatan ini sahaja. Jadi, kalau kita sakit untuk tempoh waktu yang panjang dsb, maka kita tiada pendapatan.

Kalau kita jual goreng pisang, walaupun dapat RM 200 bersih sehari, dan kita masih bekerja seorang diri, maka kita masih dalam kategori ini.

2. Passive Income
Inilah yang dinamakan duit bekerja untuk kita. Ia hanya dapat dibina selepas kita simpan duit kita dari earned/active income sebanyak mungkin dan menukarkannya kepada passive income. Hartanah adalah yang paling popular dikaitkan dengan passive income.

Kalau kita jual pisang goreng tepi jalan, dan kita berjaya buat 2 cawangan, dan mempunya pekerja, kita hanya tukang arah, maka itu juga dah termasuk sebagai passive income.

3. Portfolio Income
Ia adalah paper assets seperti saham, amanah saham, insurans dan sebagainya.

Earned As Much As You Can, As Fast As You Can

Topik ini berkait dengan active income. Untuk membina passive income, kita perlu Earned As Much As You Can, As Fast As You Can dalam active income.

Jadi kena cari bidang yang membolehkan kita mendapat unlimited income. Lagi rajin kita bekerja, lagi banyak kita dapat. Bukan lagi rajin kita bekerja, pendapatan kita tetap tak berubah.

Antara bidang yang perlu kita fikir-fikir:

1. Sales / Marketing
Commission based job sebegini mmg ramai yang mengeluh. tapi inilah ruang untuk mendapat unlimited income. Cuba jadi unit trust consultant, remisier saham, ejen insurans, real estate broker, ejen jual kereta, ejen jual kamus, sertai MLM dan bidang yang sebegitu.

Mahadi Badrul Zaman (lihat entri: http://www.bicarajutawan.com/forum/viewtopic.php?t=338) adalah sebahagian kisah orang berjaya dalam bidang ini.

2. Active Paper Trading
Terlibat dalam share market, forex, futures, options, commodities sebagai player in the market. bukan remisier. Ia adalah bidang yang highly leverage. Sekiranya dalam sales/marketing kita perlukan sales skills yang tinggi, dalam bidang ni pun kita perlukan skills tertentu yang mesti dipelajari dan dikuasai.

3. Business
Ada di antara kita memandang rendah kepada orang jual air tepi jalan, jual burger, repair komputer dsb. Kita rasa itu kerja untuk orang yang tidak ada pendidikan. Ingat, Michael Dell bermula dengan repair, jual komputer pasang sendiri dari bilik kolej sewaktu dia masih belajar lagi, dan kini Dell berkembang pesat.

Yang penting, kita mesti sediakan small business kita boleh berkembang ke big business. Ini yang selalu ramai small business owner gagal buat.

Pilihan di tangan kita. Dengan matlamat kewangan yang ada, seharusnya kita bertindak segera, kerana masa tidak menunggu kita.
__________________

Tiada ulasan: