Jumaat, 31 Julai 2009

Al-Fatihah....

Pagi ini, aku menerima berita yang sungguh mendukacitakan. Agak terkejut sebenarnya sebab aku tak sangka ia akan berlaku. Kak Nina(salah sorang ahli keluarga angkat aku kat Sabah) telah meninggal dunia. Innalillahiwainailaihirajiun(btulkah ejaan nih?Hentam sajalah). Marila kita sama-sama bertafakur untuk seketika.Al-Fatihah.....

Semoga rohnya ditempatkan dgn orang-orang yang beramal soleh dan solehah serta beriman. Takziah juga kepada keluarga di Sabah. Harap Mamy,Baba, Abg Azrin dan semua family bersabar banyak-banyak dan redha dgn apa yang berlaku. Adik di sini pun berasa sedih dgn ketiadaan Kak Nina. Ingin juga diri ini terbang ke Sabah tapi apakan daya..jarak memisahkan kita..hanya doa adik dan keluarga di Semenanjung sebagai pengganti diri ke sana. Insya-allah, jika tiada aral melintang, adik and family akan terbang ke Sabah tahun depan. Boleh adik lawat semua keluarga kat sana.

Pada abang ipar(suami Kak Nina), harap abang bersabar dan tabah hadapi semua ini. Memang sukar utk kita semua menerima takdir ini. Tapi Allah lagi menyayangi Kak Nina. Kita doa yang terbaik utk dia di sana. Abg jaga baby (anak Kak Nina yang baru berusia 3 bulan)baik-baik ya bang. Dia memerlukan kasih sayang sepenuhnya dari abang sekarang. Memang tanggungjawab itu makin berat tapi adik tahu abg boleh lakukannya. Ramai yang akan support abang dari belakang terutama Mamy. Abang jangan cepat putus asa dan hilang harapan.

Ntahla..berat rasanya hendak menulis sekarang. Airmata bercucuran tak henti-henti dari tadi dan tangan plak mengeletar semasa menaip blog ini. Aku perlu rest dan tenangkan jiwa sekejap. Dari tadi telefon Kak Anggerik and Mamy tapi tak berangkat. Mungkin diorang pun sibuk menguruskan hal jenazah kat sana. Aku akan cuba call lagi sampai dapat.....pedih rasanya kehilangan orang yang kita sayang dan tak dapat plak berjumpa di saat-saat akhir. Aku rasa cam diri tak berguna..:(

Tiada ulasan: