Selasa, 19 Januari 2010

Pemergian Arwah Zack

15hb Januari 2010 bersamaan 29 Muharam 1431 merupakan suatu tarikh yang tidak mungkin dilupakan buat seluruh keluarga SS. Perginya Allahyarham Zack @ lebih dikenali sebagai 'Abang Long' dikalangan ahli keluarga meninggalkan kesan yang mendalam dan juga 'shock'. Kejadian berlaku secara mengejut memyebabkan semua ahli keluarga bagai tak percaya boleh menimpa arwah. Tapi benda yang sudah berlaku merupakan ketentuan daripada Allah. Allah Maha Penentu segalanya. Kita harus tabah dan redha dengan ketentuan itu. Setiap manusia yang hidup pasti akan mati jua. Itulah yang harus kita terima. Al-Fatihah untuk arwah.

Antara kenangan bersama arwah (bawah: tiga dari kanan):



p/s: Actually, aku agak terkilan kerana upload gambar nih lambat sebab arwah pernah bertanya pada aku..'Kak yus, dah upload blum gambar futsal hari tuh?..dan aku hanya menjawab' Blum lagi ah, Zack. Tengah cari time nak update blog'...:((

Tiada ulasan: