Lepas salin pad, aku sempat cakap slow2 kat 'baby' sambil usap-usap perut " Baby, jangan keluar hari nih ye.Kecian kat papa. Papa ada exam. Bagi papa buat exam dulu ye sayang." Mungkin sudah takdir, kita nih hanya merancang Tuhan menentukan. Bangun jer dari tidur, terus aku check pad. Tengok-tengok dah keluar 'lendir darah'. Terus aku bagi tau papa.
Kitorang dgn 'tenang' (tak mengelabah sgt sbb dah ada experience yg pertama dulu), pack-pack barang yg diperlukan,charger hp (sempat lagi OK!hehe) dan juga video kamera (itu penting!!sbb nak rakam saat2 indah bersama baby nanti). Sempat jugak telepon Dr. Masitah dan inform pasal kondisi aku. Punyalah marah doktor tuh sbb aku lewat pergi hospital. Sepatutnya kalau dah pecah ketuban, memang kena segera ke hospital. Takut baby lemas dalam perut. Tapi aku percaya pada gerak hati aku yang baby aku tak apa-apa (tawakal kepada Allah).
Sampai jer Hospital Pusrawi Tun Razak, aku sempat lagi 'snap-snap' gambar. Buat kenangan walau tengah dalam kesakitan. Rasa rugi plak kalo tak snap..BOLE??Hehehe....Dalam pada itu, boleh gak menceriakan sedikit keadaan serta mengurangkan rasa gemuruh aku nak bersalin(even dah ada experince yg 1st). Setelah menahan kesakitan selama 8 jam, akhirnya aku selamat melahirkan puteriku yang diberi nama 'Bismillah Humairah' tepat jam 5.06 ptg secara normal.
Alhamdulillah...hanya Tuhan yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya aku ketika itu. Melihat muka Bismi dan juga sokongan dari papa yang tak henti-henti ketika hendak melahirkan Bismi, terasa hilang semua kesakitan yang aku alami. Thanks papa 'coz' sentiasa berasa di sisi mama saat mama melahirkan anak kita. Sayunk papa so much..Juga thanks to 'Mak' kerana menjaga Amin time Yus kesakitan serta to 'Amin' kerana memahami mama dalam keadaan sakit. Also to Mummy', yang sanggup rushing dari N9 hanya utk beri support pada anakmu ini. Sangat-sangat terharu pada pengorbanan semua. Terasa bersyukur sgt2 kepada Allah s.w.t. kerana semua yg aku syg berada di sisi aku sampai aku selamat melahirkan.
Dan pada ketika aku pantang kini, Mak Nah, Mak dan Mummy menjaga aku dan Amin dengan baik skali. Begitu juga dengan Papa. Thanks yg tak terhingga and cayunk cemua cecangat...muah muah...:D
2 ulasan:
tahniah...comel baby
TQ TQ
Catat Ulasan