Dari dulu hingga sekarang, selalu kita bercakap tentang 'PENGORBANAN SEORANG IBU'. Tapi adakah kita paham sebenarnya akan maksud tersebut atau hanya pada perkataannya sahaja?
Besarnya pengorbanan ibu terhadap diri kita. Dari dalam kandungan sehinggalah dewasa kini, ibu tetap menyayangi, menjaga, melindungi serta memberi sokongan dan dorongan untuk kita terus berjaya menjadi anak yang berguna. Besarnya pengorbanan dan kasih sayang yang ibu berikan sehinggakan kita tidak mampu membalasnya dengan wang ringgit sekalipun.
Dulu, aku akui aku tidak paham akan pengorbanan yang ibu lakukan. Dan ada ketika, aku berselisih faham dengan ibu ku sendiri. Itulah dikatakan 'darah muda' dan berperangai 'keanak-anakan'. Selalu menganggap diri betul dan tidak mengakui kesilapan sendiri.
Percaya atau tidak, baru kini, aku sedar akan pengorbanan dan kasih sayang ibu yang sebenar-benarnya setelah aku sendiri menjadi seorang ibu. Bagaimana perasaannya menjadi seorang ibu?Bagaimana payahnya bersekang mata dan penat lelahnya menjaga anak-anak?Bagaimana susahnya mendidik anak-anak utk berdisiplin dan menjadi anak yg soleh/solehah?Ibu..besar sungguh tanggungjawabmu sampaikan aku sendiri tidak dpt nak huraikannya satu persatu..
Sempena 'Hari Ibu' ini, aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada ibuku akan kesilapan-kesilapan dahulu. Sesungguhnya aku tidak berniat untuk menyakiti hatimu ibu. Dan aku sebenarnya amat menyayangimu Ibu. Tanpamu, tidak wujudlah aku ke dunia ini, Tanpa kasih sayang dan tunjuk ajarmu, tidak aku menjadi seperti sekarang. Walaupun, tidak berjaya sepenuhnya lagi dalam karier, tapi aku sedang tekun berusaha untuk ke arah itu. Asalkan ada sokongan dan dorongan daripada ibu, ayah, suami dan anak-anak ku,,,
Insya-allah..
Tidak lupa juga, kepada ibu mentuaku, ibu-ibu angkatku dan terutama skali mummy yang amat ku kasihi...SELAMAT HARI IBU. I love my mommy, mak chom, mak nah, mak perlis dan mama so very much...muahh muahh!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan