Sabtu, 26 Jun 2010

Pembantu Rumah/ Servant/ Maid

Salam semua...
Sesiapa yang tengah mencari
Pembantu Rumah/ Servant/ Maid
Sila hubungi saya di 019-3882182
or email shoppingin1click@yahoo.com

Thanks

Jumaat, 25 Jun 2010

My Little 'Shin Chan' & My Little 'Pumpkin'

Bismi skang sudah 2 bulan. Dia dah pandai gelak-gelak bila orang agah dia & pandai nangis kalo orang marah dia (acah2 marah).Sensitif gak anak mama nih. Ha..jangan tak tau, kecik2 lagi Bismi dah pandai berlakon. Kejap2 senyum, kejap2 cebik, kejap2 buat muka suka & kejap2 buat muka sombong. EeeEee...Geram jerk tgk gelagat Bismi nih...Hari-hari kena cubit pipi ngan mama. Naik 'bam-bam' pipi dia.

Bismi 2 bulan

My Little Pumpkin

Along Amin plak dah pandai jaga Bismi. Kalo Bismi nangis, dia lah orang pertama yang tengok Bismi kat katil baby. Pastu tepuk-tepuk Bismi kononnya kasi dia tido balik (tapi Bismi x penah tido pun.Terus terjaga lagi ada..hehehe). Kekadang Amin akan pujuk & main ngan Bismi 'tepuk amai-amai'.Sampai mengekek-ngekek Bismi gelak bila Along Amin pegang tangan dia suruh tepuk. Comel sangat tengok telatah 'My Little ShinChan' (nama manja for Along Amin) & ' My Little Pumpkin' (nama manja for Bismi)nih. Nampak dah kasih sayang antara adik-beradik semakin erat. Mama harap anak-anak mama saling menyayangi dan rapat antara satu dgn yg lain. Tak mau gaduh-gaduh ye syg..Air dicincang tak akan putus.

Suka Along Amin pegang tangan Bismi


My Little ShinChan & My Little Pumpkin

Rabu, 23 Jun 2010

Extra Income

Akibat kerajinan yang terlampau meng'surfing' internet nih..tetiba aku click kat satu website nih berkenaan dengan Program RM20,000 dalam 20 hari. Menarik kan? Siapa yang tak mau duit kan..btul tak?

Tambah menarik lagi, kita akan dapat komisyen jika kita berdaftar dan promote iklan nih di mana-mana kita suka sama ada kat email, facebook, twitter, website, blogspot etc. Ikut suka hati korang la. JANJI ada orang klik kat iklan tuh dan daftar program diorang.

Komisyen yang akan kita dapat ialah 50% pada nilai RM200 setiap jualan. Pada aku, banyak juga la komisyen dia. Jom la ramai-ramai klik kat sini. Ane tau..rezeki masing-masing.Ble gak dapat extra income.

Selasa, 22 Jun 2010

Rambut Palsu

Aku baru jerk balik dari Jusco Mahkota Cheras.Bukan main penat rasanya.Mau taknya..Aku jalan kaki dari rumah ke Jusco (rajin kan..mentang-mentangla dkat gile ngan rumah).Malas nak guna kete. Kasi kete aku rehat sehari. Lagipun, dah lama tak exercise sejak aku mengandung Bismi.

Tarik nafas dulu sebelum nak story kat korang....FUH!!!

Dah aku tawaf satu Jusco tuh, aku duduk la kat satu port nih sambil dukung Bismi. Tetiba cam aku perasan ada orang pandang kat aku & Bismi. Ada 'aunty' tuh senyum-senyum kambing kat kami. Aku pun senyum kucing balik la kat dia. Ntah cam ne, mulut peramah aku nih tetiba jer mulakan conversation:-

Aku: Aunty pekaber & dari mana?

Aunty: Baik.Aunty dari Sabah. Tuh adik kamu ke? (sambil tunjuk kat Bismi)

Aku: Eh, tak la.Nih anak saya. My second daughter..

Aunty: (sambil gelak)Aunty ingat adik kamu. Kamu nampak muda sangat.Cam 17-18thn.Haha..umur kamu berapa?

Aku: 26 years..mana ada muda aunty. Tua lagi ada la..

Aunty: Cantikla anak kamu. Mata coklat & rambut lebat cam rambut palsu..

Aku: (Dengan hidung yang kembang kempis, aku plak gelak besar) RAMBUT PALSU????Ada ke rambut palsu untuk baby???Hehe..Gen kot aunty...

Aunty tuh pun tergelak sama. Tapi aku wondering jugak. Kot iya pun nak cakap rambut Bismi lebat..jangan aah cakap cam rambut palsu.Tak logik sungguh..Isk isk isk..cakap la rambut lebat cam rambut mama dia..(eceh,nak jugak tuh!haha)

Apa-apa jerk la Aunty..LAYAN

Ahad, 20 Jun 2010

New Faces


Gempak jerk status aku kan?
Bukan apa..
Aku baru jerk tukar template blog nih..
Amcam?
Ada lawa cam tuan dia tak?
Hahaha...
Kidding..:P

Exercise Mata

Jom kita exercise mata

Asyik hadap PC jerk, sure mata korang pun tegang

Satu...Dua...MULA...

1- erm,nk ckp cket neh kat awak.. bce NO 5
2- Mmmm..cmne ek nk ckp? Bce je la NO 8
3- nk taw ekh? erm,bce NO 9
4- huh,drpd pning bek bce jap NO 15
5- cmne ek nk ckp.. NO 17 je k..
6- kite nk ckp skg tp lbh bek bce NO 16
7- kite akn ckp tp bce dlu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple jek..tp bce dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cme bce jap NO 18
10- Blom lg la..bce NO 19 ye..
11- da pnt ekh? Bce jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp klu...(ah bce no 3 la)
13- tggal cket jek lg bce NO 20
14- argh,pnt neh..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. bce la NO 6
16- lorh,msh tak phm lg kew? Bce NO 12
17- ades,nk ckp neh..bce NO 7
18- kite tak tau klu awk phm..tlg bce NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nt awk akn taw..
20- oke2,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 jek k

Amacam?

Dah segarkan mata korang....:P

Rabu, 9 Jun 2010

Cium Anak Dapat Pahala

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembalike rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pulA akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab

p/s: ...hari-hari mesti cium papa, amin and bismi...(◕‿◕✿)

Selasa, 8 Jun 2010

TaG LaGi??

Lagi 1 tag yg perlu ku jawab

1. tindakan anda bila dengar bunyi kilat dan petir
tutup tv dan peluk amin(coz amin takut kilat).

2. reaksi anda bila ada orang mengutuk anda
setakat bergurau, ok je..tak ambil kisah

3. reaksi anda bila TERjumpa dengan artis favourite
wat biasa jer dan senyum

4. maxis or celcom
Celcom Postpaid


5. TIGA bad habit
-malas bangun pagi
-malas nak charge tepon
(bila dah habis bebetul baru terhegeh-hegeh nak charge)
-suka drive kete laju-laju

6. apa yang anda lakukan bila ada orang lain sebuk dengan hal anda
biarkan je. dh minat nk wat camne, hehe..

7. apa reaksi anda bila TERkentut busuk / kuat di khalayak ramai
buat tak tau je la
tapi setakat ni masih mampu slowkan bunyi lagi, haha..
korang pun sama gak kan? tak nak ngaku la tu =)


random question about your relationship

1. the date u have declared with ur first couple
first couple?tak hingat lah...

2. apa yang anda lakukan sekiranya anda merindui bf anda
tepon dia sampai abis kredit and kalo jumpa peluk dia kuat-kuat

3. adakah anda mempercayai bf anda 100%
99%

4. how ur first date with ur 1st couple
malu2 kucing..

5. adakah anda rasa bf anda pandai pujuk
tak..:P

6. reaksi & tindakan anda bila bf anda habiskan kredit untuk orang lain
Tak kisah..tapi wondering jugak la siapa 'org lain' tuh

7. what r u goin to do if ur besties have a relation wit ur ex
tak per
kisah lama jgn dikenang

8. adakah anda akan menelefon bf anda jika disuruh
tak..terus jerk tepon

9. reaksi anda bila bf anda masih berhubungan dengan ex dia.
jeles la beb, mana bleh.
tak sanggup dimadukan, haha..

pheww..
senang je jawab tag ni
nk tau senang ke susah
try la jawab
skrg korang plak cuba k, hehe..

Tag Menge'tag'

Lama sudah tak menge'tag'.So here it goes...

1). Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Buat tak tahu je.. Malas nk layan org cam nie..

2). 6 orang di hati anda?
-papa
-amin
-bismi
-abah
-mamy
-fadly

3). Anda rasa anda comel?
ya..hahaha(skali skala perasan OK!)

4). Single or taken?
Mama+Papa=Amin+ Bismi

5). Blog yang anda suka?
Mustilah blog aku and shopping blog

6). Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Yeah..can not stand la kecah-kecah

7) Lagu terakhir yang anda dengar?
I Love You-Barney

8). Last text message?
Thanks..Esok I akan deliver ur foot detox

9). Last phone call?
Lupa dr mana..tp ada org panggil utk interview

10). Hari terakhir anda menangis?
Bila tgk Bismi selamat dilahirkan

11). List lima color favorite anda?
Choco, Blue and White

12). Orang terakhir anda ber-YM?
Azizi(adik papa)

13). Game paling anda suka?
Wedding Dash

14). Adakah anda peminat MCR?
MCR ?? apa tue?

15). Apa perasaan anda jawab tag ni?
Suka

16). Anda rasa tag ini best?
best woo!!

Tag lagi 3 orang
sesiapa yg berminat