Khamis, 29 Julai 2010

Tajul Muluk

Terkenang dulu masa zaman kecik-kecik, Tok Tam (adik kpd arwah Tok Mak) pernah ajar aku pasal 'tajul muluk'. Dia kata aku boleh ganti dia jadi dukun.Hahaha..kelakar plak bila terkenang balik. Walhal time tuh aku nak belajar sebab busan tak ada aktiviti kat rumah Tok Mak.Ble? Isk..kalo Tok Tam tahu, mahu dia maki aku. Tapi aku ikhlas belajar dengan dia. Tak rugi wa cakap lu.

Seingat aku, buku 'tajul muluk' dia langsung tak cantik tapi kandungannya amat-amat berguna. Kalau nak belajar 'tajul muluk' ni, korang kena fasih tulisan jawi kalo tak memang korang tak akan dapat belajar & faham punyalah sebab kiraanya pun kena jawi. Nasib mamy hantar aku pergi sekolah agama awal. Kalo tak, aku pun 'hanyut 'tak tau tulisan jawi.Dan sampai skang nih aku dok mencari buku yang aku tulis dlu-dlu. Sayang...ntah manala pergi. Kalo ada, aku boleh gak jadi 'tokmoh' korang kan..boleh tilik sana sini..Hahaha

Akibat excited yang terlebih, aku terus type 'tajul muluk' kat search engine. Tetiba jumpa satu web nih yang agak menarik juga info dia untuk aku kongsi bersama korang. Ada betul & ada yang salah gak. Ini bukan lah sejibik cam kitab aku belajar tapi boleh la cuba untuk suka-suka.Dalam banyak-banyak, aku suka betul dia ramalkan rahsia zodiak lelaki & rahsia mengenal lelaki dari bulan kelahiran Islam. Cam betul la weh..exactly true..I Like..huhu

Kalau korang nak cuba,boleh klik di sini

Enjoy!!

Rabu, 28 Julai 2010

Picture from Amin's BirthdaY

Antara pictures time birthday party Amin...
Yang lain, sila tengok Facebook yak..

Welcome to Amin's Birthday Party

My Happy Family

I like Stripe..
Mama borek, Bismi Rintik

Londehla pipi Bismi kena cium dgn Pak Tam

Memalu Amin time nak potong kekOrang suruh bina menara
Amin merobohkan menara
Isk..isk..isk...

As a whole, birthday party Amin berjalan dengan lancar.
Dan yang PASTI, Amin tersangat HAPPY dengan birthday celebration nih.

Terima kasih kepada Mamy, family & kengkawan yang hadir.
Kedatangan korang merupakan suatu penghormatan buat aku & family.
Mohon maaf jika ada kekurangan di sana sini.

Doa Waktu Pagi

Marilah kita mulakan pagi ini dengan berdoa kepada Allah s.w.t.

1. *Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari dengan (kesedaran bahawa) Kerajaan(bumi dan segala isinya) ini seluruhnya milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu baginya tiada Tuhan selain dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.*(3x)

2. *Kami terjaga di pagi hari dalam fitrah Islam dan kalimat ikhlas dan dalam agama nabi kami,Muhamad SAW dan dalam millat(ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif(lurus) sedang dia bukan seorang musyrik. *(3x)

3. *Ya Allah, pada pagi ini kami nikmati afiat pemberianMu(keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia(dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu atasku,didunia dan akhirat.* (3x)

4.*Ya Allah nikmat apa saja yang aku peroleh di waktu pagi hari atau seseorang diantara makhluk-Mu sebenarnya adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagimu segala puji dan syukur.*(3x)

Jumaat, 23 Julai 2010

Happy Birthday Amin!!

Selamat Hari Lahir yang ke-2 anakandaku,
Muhammad Yushairil Amin.

Mama & Papa
harap anakanda akan menjadi
insan yang baik, bertanggungjawab, cemerlang & soleh.

Mama & Papa
akan sentiasa 'MENDIDIK' & memberi yang 'TERBAIK'
untuk masa depan anak-anak

Sentiasa Ingat!

Mama & Papa
always love you
&
you will always be our
'Little Shin Chan'


p/s: Cam nih la muka Amin kalo merajuk dgn Mama & Papa

Vehicle Market Value

Tengah tak ada kerja memalam nih, aku tetiba terfikir plak nak tahu market value kereta aku. Tapi tak bermakna aku nak jual kereta aku OK. Just nak tahu sahaja. Namun nak jual...MUNGKIN TIDAK!! Coz kereta yang aku pakai skang nih, consider 'MY DREAM CAR' dari zaman sekolah lagi. Betapa aku memang gila-gilakan kereta nih sampailah skang. Even ada 1 lagi kereta, tapi kereta inilah yang menjadi 'PUJAAN HATIKU'.

Tambah-tambah pulak, tokey kat 'workshop' bagi tau aku, ada orang tanya-tanya & nak beli kereta nih. Lagilah menambahkan keinginan aku nak tau market value kereta aku skang ni...best sangat ke sampai ramai yang 'AIM' kereta nih...Hurm............

So, sesapa yang nak tau gak market value kenderaan anda...Silalah klik disini

p/s: Bila tgk market value kereta aku,isk isk isk....... Aku compare price time beli dulu dengan skang. Rase jauh beza. Cukuplah dengan kereta-kereta yang ada skang. Papa ku sayang...jangan ditambah lagi kereta ek!! Mama nak kita tambah-tambahkan rumah..BERBALOI-BALOI!! Semoga Allah melimpah-limpahkan lagi rezeki kita & anak-anak.

Rabu, 21 Julai 2010

Daftar Perniagaan


Sesiapa yang buat 'online business'
patut berdaftar dengan SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
Sekiranya tidak berbuat demikian,
anda akan didenda RM5000 atau 2 tahun penjara.

Banyak juga yang bagi 'respon negatif' di internet
PATUTNYE anda menyambut baik cadangan kerajaan nih
BAGUS & sbg JAMINAN yang kita tidak akan
melakukan PENIPUAN kepada pengguna

Aku sudah BERDAFTAR.

ANDA BILA LAGI??

p/s: Sesiapa tak tau cara nak berdaftar, sila klik disini.

Khamis, 15 Julai 2010

Just Came Back!

Yeah, I'm back again
from a loooong vacation

Destination:
Penang>Kedah>Perlis>Thailand>Penang>KL
for almost a week

Got so much to tell but I dont know where to start
May be later..
Let me upload the pictures first
Then, we story-story & gosip-gosip yak!

Rabu, 14 Julai 2010

Al-Fatihah


Al-Fatihah buat arwah Kak Anggerik
Marilah kita sama-sama berdoa semoga rohnya
ditempatkan di kalangan orang yang beriman & solehah

Sedih rasa hati yang amat sangat kerana
pemergian satu-satunya kakak angkat yang rapat dengan aku
Skang tiada lagi tempat mengadu & melawak pada seorang kakak
Rindu yang amat sangat...

Kak Anggerik, terlalu cepat kau pergi
Allah lebih sayangkan kakak dari kita semua
Adik doakan kakak aman di sana.
Segala jasa, kenangan dan senyum tawamu tetap
akan ku ingat sampai bila-bila..

You are the best sister ever
&
I love you so very much

Selasa, 13 Julai 2010

Kenapa Bismillah?

Ramai gak family ngan kengkawan yang tanya & cakap kat aku..kenapa bagi nama Bismillah kat anak aku?Tak berat ke nama tuh kat dia?Unik nama tuh, lain dari yang lain..etc.

Actually nama 'Bismillah' tuh,papa Bismi yang suka manakala mamanya plak suka pada nama 'Humairah'. Maka kami gabungkan 2 nama tuh dengan erti & niat dalam hati 'Dengan nama Allah, kami memberi nama pada anak perempuanku 'Humairah' yang membawa maksud 'Pipi kemerahan/Permaisuri' di dalam hidup kami.

Selain itu, ini adalah antara sebab-sebabnya kenapa kami memberi nama 'Bismillah' kepada puteri kami.



BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha> Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail..

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

sabda Rasulluah, ''siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada''....

Selasa, 6 Julai 2010

Amin's Birthday Invitation


Kami sekeluarga would like to invite friends & family to Amin's 2 years of Birthday Celebration.
Here are the details:

Place: Mc'Donald Taman Sri Gombak
Time: 4.30pm to 6.30pm
Theme: Joy & Colourful

We really hope to see you ol' there.