Khamis, 13 Januari 2011

Emas!Gold!


Dulu time anak dara, aku memang suka gile pada barang kemas or accessories silver atau white gold. Pantang birthday or ada duit lebih skit, sure aku akan beli white gold. Takat mas kuning nih memang aku tak pandang. Masa tuh, pada aku hanya mak-mak or makcik-makcik jerk yang sesuai pakai mas kuning.

Tapi bila dah kahwin nih...baru minat aku pada mas
kuning nih membuak-buak. Mungkin faktor umur yang dah meningkat nih kot. Kate mak-mak or makcik-makcik jerk suka kan.. So aku dah tergolong dalam golongan tuh dah. Tapi jiwa nih tetap muda...and even dah peringkat mak-mak tapi masih boleh jual saham ye..Huhuhu...

Kekadang terfikir, adei ruginya aku beli white gold banyak-banyak. Kalo aku beli emas kan, dah untung berganda-ganda. Dulu emas murah jerk.. RM400 dah boleh dapat yang lawa-lawa dan besar. Tapi skang nih, takat RM400 tuh, emasnya ciput jerk. Design pun tak cantik. Betapa harga emas naik mendadak-dadak kat pasaran dunia.

So pada kengkawan yang dah dapat dividen ASB tuh, apa kata sebahagian atau sesuku duit tuh joli dan sebahagian lagi, kita beli emas untuk pelaburan jangka masa panjang. Tak rugi...nilai emas tak akan jatuh dan tiada susut nilai. Macam kita beli rumah jugak. Harga akan sentiasa naik dan naik dan naik. Dan ada juga kedai emas yang buat installment untuk beli emas. Sebulan dalam RM200 jerk utk 10gram emas setahun. Murah kan?

Jadi, fikir-fikirkanlah




Tiada ulasan: