Ahad, 20 Februari 2011

Adei!

Hari nih aku menjadi 'super boros'. Yup..mana tak ku katakan boros. Skali kuar, aku beli 3 pasang kasut. 1 kasut Hush Puppies and 2 lagi dari Primavera. Isk...isk...isk..lepas nih, banyak la benda nak kena 'catu' sebelum dapat gaji next month..Adei!

Dan bertambah 'down' lagi, 'lappy' aku plak buat pasal. Adei..nak kena repair plak ker nak tukar 'lappy' baru??Erm....Apapun, aku nak kena tanya pomen gak. Kalo kos nak repair lebih kurang jerk ngan 'lappy' baru, ada baiknya aku tukar jerk terus. Lagipun 'lappy' yang ada skang dah berumur 5 tahun. Memang patut pun ko rosak. Skali skala nak kena servis jugak kan...Dan alang-alang tuh, terus tukar window 7..Huhuhu...

Semoga rezeki aku for next month semakin melimpah ruah. Dan aku skang dengan aggressive nye mencari punca rezeki dari pelbagai sudut. Smoga usaha aku nih membuahkan hasil..Insya-allah...


Selasa, 15 Februari 2011

Shoalin


Cuti Maulidur Rasul nih, aku and family dok melayan tengok DVD yang belambak dan tak tertengok lagi. Bak kate Papa, 'Beli jerk lebih, tengoknye tidak'. Ha..skang cuti, mama nak layan DVD puas-puas. Nak tunggu tengok wayang? Memang 'idaklah kan?' Anak-anak kecik lagi...Rasa leceh plak. Tungguk la depa nih besak dan berakal skit. Baru kita start tengok movie balik yek Papa..?

Salah satu citer which I think the best dan 'layan' was citer 'Shoalin'. Yup..memang super best and I give 5 star for this story. Why? Sebabnya citer nih merangkumi segala aspek kehidupan dan segala luahan rasa spt suka,duka, kasih sayang, kebencian, kemarahan, dendam, keagamaan dan kekeluargaan. Lengkapkan? Cubalah layan cite nih. You wont regret, I'll tell you.

Tengah-tengah syok tengok 'Shoalin', tetiba Papa kata ' Kenapa Malaysia tak buat macam nih kan?Adakan satu akademi silat dan keagamaan skali'. Then aku terfikir, 'Betul gak kate Papa tuh'. Alangkah bagus kalo kerajaan Malaysia nih tubuhkan satu akademi ketenteraan melayu khususnya utk mengajar anak-anak muda skang nih tentang ilmu persilatan (yg aku rasa dah tak ramai anak muda yang berminat ttg ilmu pertahanan diri nih) dan juga agama Islam secara lebih mendalam.

Pada aku bila dedua nih seiring, akan terhasillah lebih ramai anak-anak melayu yang berguna, berilmu dan beragama. Secara tak langsung, kuranglah jugak masalah sosial dikalangan masyarat kita. Dan kalo boleh direalisasikan, jadikanlah akademi nih sebagai akademi yang 'wajib' dimasuki untuk anak-anak muda yang ingin menjadi pemimpin negara(tak kiralah dari parti yang mana...itu sebenarnya tak penting!Yang penting semangan perjuangan seseorang tuh) atau pun yang ingin menjadi tentera atau polis. Jadikan akademi nih juga sebagai suatu yang 'gah'. Kira cam sesiapa masuk akademi nih, dianggap seorang yang 'bagus' dan 'berkepimpinan'.

Mungkin kah akan terjadi di Malaysia? Tunggu dan lihat jerk lah akan perubahan itu.

Peluru terbang

Amin skang dah berusia 2 tahun lebih..nak tau hobi Amin apa skang? Setiap kali keluar atau nampak barangan mainan..sure dia akan kuar ayat nih sambil buat muka ala-ala kesian..."Mama/Papa nak belon?" or "Mama/Papa nak pistol?" Aduhai anak!....Akibat cian kat anak punye pasal...aku and papa turut kan jugak. Dan bila Amin dapat jerk belon atau pistol tuh, dia akan main sampailah benda tuh rosak atau habis.

Yang syoknya, bila Amin main belon dalam rumah, dah terasa rumah nih macam 'theme park kanak-kanak' dah. Bismi pun join skali gak abang dia, ikut sama kejar (a.k.a merangkak ye bukan berlari) belon tuh..macam la dia dah ada 'kaki'. Dan kekadang, mama dia pun ikut serta. Syok gak dapat loncat-loncat sambil pecah belon. hai...kalolah hari-hari buat cam nih, bolehla mama jadi tinggi skit,betul tak papa?Hehehe...Asyik papa mengata mama pendek jerk.:P

Dan kalo Amin main pistol plak..mama rasa cam ada 'war kecik' dalam cite 'Night At The Museum'. Peluru datang dari pelbagai arah kalo Amin ngan Papa main tembak-tembak. Kekadang mama tengah leka tengok TV, tetiba "pap'..adei peluru tuh kena muka mama. Aik Amin, marah mama ek sebab tak layan Amin main tembak-tembak. Hehehe...anak-anak!!Manalah hidup mama tak ceria tanpa kehadiran anak-anak dan papanya (tuh harus cakap ek..kalo tak nanti Papa merajuk plak). Cam hari tuh..papa kate mama tak cayang papa dah ek?Mama cayang anak-anak jerk. Isk..isk..isk..papaku..Mustilah mama sayang dan kasih pada anak-anak dan papanya skali. Kalo takda papa, takda jugak lah anak-anak. :D

Pada kengkawan yang bakal atau dah ada anak..kalo anak korang nak explore atau nak main benda yang diorang minat even kekadang benda tuh akan buat rumah sedikit messy. Bagi jerk dan jangan halang. Sediakan tempat kat diorang siap-siap. Ia bagus untuk perkembangan mental dan fizikal diorang. Bagi anak-anak cepat faham dan enjoy diorang nye childhood..

Alamak...Bismi dah datang mengacau..Dia pun cam Mama dia gak..suka pada komputer. Pantang tengok Mama lepak depan laptop, mulalah dia pun nak tekan-tekan...Takut nanti kang tak jadi plak entry yang aku buat nih..Chow dlu kengkawan! Nak bagi dia tekan puas-puas.

Rabu, 9 Februari 2011

Bibik oh bibik!

Lame sudah tak update citer 'sensasi' kat sini. Actually ada memacam citer nak story. Antaranya:-
  • Aku skang tengah sibuk training bibik kat rumah. Yang datang pun memang fresh dari Indonesia dan tiada pengalaman kerja sebagai pembantu rumah. Jadi jenuh gak la nak ajar bibik nih satu per satu. Tapi alhamdulillah, bibik cepat faham dan anak-anak pun dah mula mesra dengan dia. Itu yang paling penting sebenarnya. Dan punca aku start ambil bibik sendiri pun sebab aku dah mula bekerja bawah orang. Kalo tak, jangan harap aku ambil bibik even berkemampuan. Coz pada aku, jaga anak sendiri lagi puas hati dari jagaan orang. Tapi bile dah dapat offer bekerja, aku 'rela dalam paksa' jugak la disebabkan aku tak nak menyusahkan mak dan mentua aku jaga anak-anak. Diorang pun ada 'biz' dan 'aktiviti sendiri' yang nak dibuat. Tambah plak, costing yang tinggi nak ulang-alik hari-hari dari seremban or gombak ke tmpt kerja. Ditambah plak, aku dan papa tak boleh nak berjauhan dengan anak-anak. Apa-apa, biarlah anak-anak ada di depan mata dan dekat dengan kami. Kalo takda anak-anak, rasa sunyi jer hidup. Dicukupkan lagi dengan anak-anak aku yang tak mahu ke nursery. Huhuhu...suku hari diorang kat sana, nursery call kate anak-anak aku menangis. Dan yang paling best, kakak tuh ngadu kat aku...amin pukul kepala dia sebab paksa amin mandi.Hahaha....hero jugak anak mama nih! Dalam hati aku kata 'padan muka ko dan memang patut pun amin pukul ko sebab ko tak pandai pujuk dia mandi...Hehehe...' Jadi, setelah discuss ngan papa...solution utk semua problem yang timbul ialah dgn mengambil seorang bibik. Hopefully bibik ni dapat jaga amin & bismi dgn baik dan tak banyak kerenah. Insya allah.....
  • Hari first bibik bekerja, aku heran kenapa la dia nih mandi tak bukak lampu dan tak bukak paip air. Rupa-rupanya dia tak tahu. Kat kampung dia, tak pakai elektrik dan air pun dapat dari perigi. Masa aku tunjuk kat dia cara2 bukak suis dan paip air, dia punyalah kagum. Tuh belum lagi time aku tunjuk cara2 guna washer machine dan vacuum. Lagi dia tercengang. Hehehe..tapi aku kesian tgk muka dia. Muka dia cam teringat kat kg halaman dan anak-anak dia. Dia ke sini pun sebab nak cari rezeki dan sekolah kan anak-anak. Bila aku bagi dia call kg, menangis teresak dia. Yelah, kalo aku kat tmpt dia pun aku sedih sbb berjauhan dgn suami dan anak-anak. Sabar lah bibik. Mungkin ada hikmah disebaliknya. As for me, insya allah...aku akan cuba sedaya upaya utk menjadi majikan yang baik dan bertimbang rasa. Janji boleh jaga amin & bismi dgn baik. Kalo boleh, sayang mereka sekali macam sayangkan anak sendiri.
  • Adik ipar aku dari Kedah dah berhijrah ke KL. Alhamdulillah...tambah lagi anggota keluarga di KL. Bertambah meriah rasa. Rumah plak dalam 15 min jer dari rumah aku. In case apa-apa, family yang terdekat dah ada. Smoga penghijrahan ini dapat merubah kehidupan adik ipar aku ke tahap yang lebih baik. Insya-allah...
  • Cerita lain...???kita sambung esok yak. Skang pun dah nak dekat pukul 12pm, aku tak tidur lagi...esok plak nak kerja.Papa and anak-anak semua dah lelap. Dan kalo nak tahu, aku memang suka tatap dan selami muka papa and anak-anak masa diorang tidur. Dan kekadang tindakbalas yang aku sendiri tak sedari, aku akan cium dahi mereka dengan sendiri. Rasa bahagia dan tenang jiwa bila aku buat cam tuh. Terdetik jugak kat hati, rasa bersyukur yang tidak terhingga terhadap Allah kerana anugerahkan aku 'harta' yang cukup berharga untuk aku sayangi dan disayangi. Isk...sentimental plak malam nih..cukup2!!tidur dulu yek tuan-tuan dan puan-puan...

Good nite and sleep dreams!!