Khamis, 26 April 2012

Senaman-10 minit

Assalamualaikum

Selain dari pemakanan yang betul, kaedah senaman yang betul juga penting dalam proses menurunkan berat badan. Terutamanya bagi mereka yang benar benar serius hendak menurunkan berat badan.

Pernah tak rasa jogging berkilometer atau berjam jam senam tapi sikit je kalori yang dibakar. Sebenarnya, dengan kaedah senaman yang betul, tak perlu spend masa berjam jam atau jogging pusing satu taman pun. Di rumah pun boleh. Tanpa menggunakan alat.

Macam mana nak bersenam kalau tak cukup masa, tak sempat nak pegi gym atau memang takde duit nak masuk gym. Kaedah senaman ni cuma memerlukan 10 minit bagi beginner, boleh tambah bila dah biasa dan selesa. 
(1) Warm up badan
(2) Lari anak (setempat- kalau dalam rumah) selama 30 saat.
(3) Sprint (lari laju laju) selama 30 saat. Lari selaju yang mungkin.
(4) Lari anak - Sprint adalah dikira satu set. Ulang sebanyak 6 set.

*Gunakan stop watch

Kalau ada basikal kat dalam rumah tu boleh guna kaedah ni jugak. Mula-mula kayuh perlahan, lepas tu kayuh sekuat mungkin. Kalau tak mampu nak sprint sampai 30 saat, buat 20 saat pun boleh.


Senaman ni lebih memenatkan dari berjogging 1km. Kalau tak percaya cubalah. Apa yang penting. Masa bersenam, kawal pernafasan dengan baik. Jangan lupa minum air yang mencukupi (lebih kurang 500ml)

Kalau dah advance, boleh tambah set tu. Selain tu boleh gabungkan dengan jenis senaman yang lain seperti core muscle training untuk kuatkan otot badan secara keseluruhannya. Aku paling suka plank. First time buat nak stay dalam posisi tu 30 saat pun seksa woo.. 





Contoh core muscle training (dengan gambar)

Tak perlu buat setiap hari. Cuma 3 kali seminggu. 10 ~ 30 minit sehari. Sambil tengok TV pun boleh kan. Hehehe..


p/s: Papa selalu perli Mama sebab exercise 10 min sehari. Makan lebih dari 10 min.. Haiyo!! Bukan nak bagi support 'orang tua' nih.. Ada kang aku 'lesing'. Hehehe..

Tiada ulasan: