Tengah syok blog walking ( Al-Maklumlah...aku skang tengah tak berapa nak ada kerja atau ada kerja tapi buat-buat slow skit...macam kawan aku nan sorang tuh!), tetiba terkezut kerani Opis masuk bagai angin lintang menghempas badai. Haiyo...apala salahnya ketuk dulu kawan! Ingatkan kenapa la..Wupenya, dia tanya sama ada aku nak gi kursus ke tak nak...
Tengah aku dok pikir-pikir, skali dia kuar statement " Kenapa muka skang nih nampak pucat jer?". Okies!!Ini adalah orang ke-6 yang tegur muka aku skang pucat dan macam orang sakit. Walhal aku EVERYDAY MAKEUP!! Tensionnya!!
Is it because Im avoiding rice this whole week? Or my lipstick not too bright enought? Haish...DIET, SALAH!! TAK DIET PUN SALAH!! I have another week to go for avoiding rice..lepas tuh dah boleh makan HANYA untuk LUNCH sahaja! Bersabau la yek!!
Progress utk 1 week yang pertama nih....1 kg sudah reduce! Alhamdulillah...dari tak reduce langsung kan!
And beside than avoiding rice, I also take AyurSlim Capsules by Himalaya rite after I have my meal untuk pembuangan toksin a.k.a berak setiap hari. Sebelum nih, aku memang menghadapi sedikit masalah pembuangan sama ada 2 or 3 days sekali. Tuh yang badan makin membesar lelagi aku pulak dah jarang pakai foot detox akibat MALAS atau TERLUPA kan? Walhal ada jerk benda tu kat umah. Tak mahal pun capsule nih. Dalam RM30-RM45 (Ikut kedai and farmasi)sebotol. Bolehlah kalo korang nak cuba.
At least once a week ( bergantung pada kerajinan jugak) , aku akan turun naik tangga. Dia punye azab. Masya-allah. Kalah kepenatan pergi jogging for 1km. First time buat nih, frankly aku MUNTAH. Agaknya baru oksigen nak masuk kot dalam badan yang tepu lemak nih. But then, when you get used to it...korang cuma akan mengah mengikut level (ikut kemampuan masing-masing). Macam aku, aku akan start mengah bila dah level 7. Time tuh aku tanam semangat tak nak berhenti selagi belum sampai level 10. Sweat?? Usah cakapla. Memang menyimbah keluar.
Keluar topic plak nih kan?? Camne nih...nak buat muka kembali berseri-seri?? Kena preggy balik lah camni sbb Papa kate Mama nampak berseri kalo Mama preggy....Apakah?? Aku dalam mission NAK KURUS nih! Okies...mungkin aku kena makan daging banyak untuk tambah darah..atau cari lipstick yang LONG LASTING untuk kekal anggun sepanjang hari...Apa kata anda?
1 ulasan:
sama la ckj pun jenuh duk fikir macam mana nak diet ni.. ckj pun buat la cara naik tangga tu.. mengah seh.. huhu.. last2 naik lif je.. haha..
macam na nak buat berseri2.. no idea la.. huhu..
Catat Ulasan