Rabu, 2 Mei 2012

Kerja kerajaan vs Kerja swasta

Mesti ada di antara korang yang tengah or masih memburu untuk kerja di kerajaan, bukan? Bila SPA bukak perjawatan especially PTD..wah bukan main semangat lagi untuk pergi exam..ada tuh yang 5x ambil exam, still tak lepas lepas. Tapi yang penting korang tak berputus asa. Cuba dan cuba lagi.

Betul! Kerja ngan government memang banyak benefit nya. Namun begitu, ada pro and cont nya. Kerja swasta pun mempunyai kelebihannya tersendiri. Antaranya:- 

Kerja Kerajaan
Kerja Swasta
Kebaikan
Kelemahan
Kebaikan
Kelemahan
·    Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
·    Kenaikan gaji setiap tahun
·    Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
·    Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
·    Caruman KWSP atau pencen
·    Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
·    Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
·    Kestabilan ekonomi sendiri
·    Potensi dibuang kerja amat tipis
·    Kerja yang lebih tenang dan selesa
·    Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
·    Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
·    Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
·    Gaji pokok yang kecil
·    Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
.    Posting jauh dari tempat tinggal

·    Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
·    Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
·    Gaji pokok yang tinggi
·    Berorientasikan keuntungan syarikat
·   Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
·    Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa  di mengikut kelayakan
·    Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
.    Ruang kerja yang kondusif
·    Potensi dibuang kerja tinggi
·    Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
·    Masa depan tidak terjamin
.    Boleh pilih kerja

* Di atas hanyalah bayangan kasar yang mungkin tidak terjadi lagi di mana-mana tempat. Peace!! 

Pada aku, kerja di mana-mana pun sama sahaja. Sekiranya korang talented dan commited dalam bekerja, letaklah di mana-mana pun korang boleh bekerja. Cuma....(berdasarkan pengalaman  aku)

Bagi aku, sesiapa yang pernah bekerja di swasta boleh bekerja di government tapi bagi sesiapa yang bekerja di government, amat payah dan sukar untuk bekerja di swasta. Kenapa? Soklan sensitip untuk aku hurai lebih-lebih. Lu pikirlah sendiri! 

p/s: Sesiapa yang dah bekerja di government sepatutnya bersyukur dan bekerja bersungguh-sungguh. Jangan kerana potensi dibuang kerja tipis, korang ble bersikap sambil lewa. Buatlah kerja yang telah diamanahkan sesuai dengan gred dan kenaikan gaji yang PM kita beri sekarang. 

Aku nak mintak maap sekiranya ada yang terasa. Bukan semua yang sebegitu tapi segelintir kumpulan yang sebegini telah merosakan imej government. Berubahlah untuk menjadi pekerja yang lebih baik. 

Sekian.

1 ulasan:

Aidanisme berkata...

aku sokong.. aku dulu swasta skrg kerajaan, tp masa memula masuk gomen, tensyen sbb semua nya lembab dan buat semua benda sambil lewa.. nak mewah keja sawasta la tapi mcm kau ckp, tak berapa terjamin sgt la.. huhu