Jumaat, 31 Julai 2009

Al-Fatihah....

Pagi ini, aku menerima berita yang sungguh mendukacitakan. Agak terkejut sebenarnya sebab aku tak sangka ia akan berlaku. Kak Nina(salah sorang ahli keluarga angkat aku kat Sabah) telah meninggal dunia. Innalillahiwainailaihirajiun(btulkah ejaan nih?Hentam sajalah). Marila kita sama-sama bertafakur untuk seketika.Al-Fatihah.....

Semoga rohnya ditempatkan dgn orang-orang yang beramal soleh dan solehah serta beriman. Takziah juga kepada keluarga di Sabah. Harap Mamy,Baba, Abg Azrin dan semua family bersabar banyak-banyak dan redha dgn apa yang berlaku. Adik di sini pun berasa sedih dgn ketiadaan Kak Nina. Ingin juga diri ini terbang ke Sabah tapi apakan daya..jarak memisahkan kita..hanya doa adik dan keluarga di Semenanjung sebagai pengganti diri ke sana. Insya-allah, jika tiada aral melintang, adik and family akan terbang ke Sabah tahun depan. Boleh adik lawat semua keluarga kat sana.

Pada abang ipar(suami Kak Nina), harap abang bersabar dan tabah hadapi semua ini. Memang sukar utk kita semua menerima takdir ini. Tapi Allah lagi menyayangi Kak Nina. Kita doa yang terbaik utk dia di sana. Abg jaga baby (anak Kak Nina yang baru berusia 3 bulan)baik-baik ya bang. Dia memerlukan kasih sayang sepenuhnya dari abang sekarang. Memang tanggungjawab itu makin berat tapi adik tahu abg boleh lakukannya. Ramai yang akan support abang dari belakang terutama Mamy. Abang jangan cepat putus asa dan hilang harapan.

Ntahla..berat rasanya hendak menulis sekarang. Airmata bercucuran tak henti-henti dari tadi dan tangan plak mengeletar semasa menaip blog ini. Aku perlu rest dan tenangkan jiwa sekejap. Dari tadi telefon Kak Anggerik and Mamy tapi tak berangkat. Mungkin diorang pun sibuk menguruskan hal jenazah kat sana. Aku akan cuba call lagi sampai dapat.....pedih rasanya kehilangan orang yang kita sayang dan tak dapat plak berjumpa di saat-saat akhir. Aku rasa cam diri tak berguna..:(

Ahad, 26 Julai 2009

Renungan bersama...

I've just got this from a friend...
Really like the wording...
and totally make me insaf...
I want my MUMMY...

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sama-sama kita renungkan...

Selasa, 21 Julai 2009

Jemputan Parti Hari Jadi Amin

Lagi 2 hari, genap la umur anak aku setahun..kekadang macam tak percaye jerk, aku sudah menjadi seorang ibu dan juga seorang isteri. Terasa cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar jugak, terasa diri ini semakin tua. Hehe..(takpe, janji hati aku MUDA).Itu yang PENTING. Nak sedapkan hati lagi...Nombor itu hanya suatu mainan fikiran. Yang juga membuatkan kita bertambah matang. Apapun, kita harus teruskan hidup selagi nyawa dikandung badan dan nikmati keindahan dunia dan anugerah yang telah ALLAH berikan kepada setiap manusia.

Apa la aku membebel nih..isk isk isk...tukar topik..tukar topik...

Actually aku nak invite kengkawan sekalian beserta family dan anak-anak ke:

PARTI HARI JADI AMIN YANG PERTAMA
PADA 25 HB JULAI 2009
JAM 5 PTG
DI
P1-10-06 PANGSAPURI ANGSANA,
JALAN PENGGAWA 2/2,
BANDAR MAHKOTA CHERAS
43200 CHERAS,KL.


In case kalau korang sesat, boleh call aku di talian 016-9069003. Jumpa korang di sana..


Khamis, 16 Julai 2009

1. Bekas kekasih saya adalah:
suami saya sekarang..huhu

2. Saya sedang mendengar :
amin ketawa dengan papa dia sekarang...

3. Mungkin saya patut:
tito sekarang kerana esok akan bermula hari yang amat sibuk

4. Saya suka :
membeli-belah dan melancong sana sini

5.Sahabat-sahabat baik saya :
akan bersama saya sama ada susah atau senang

6.Saya tak paham :
kenapa ada orang yang tak reti mengawal kemarahan

7.Saya kehilangan :
sabar bila ada orang yang asyik nak menang jer

8.Ramai yang berkata :
saya perlu menambah sorang lagi anak tahun hadapan..haha

9.Makna nama saya :
penyayang dan juga satu jenis bunga di Jepun

10.Cinta itu adalah :
memerlukan KEPERCAYAAN

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
tidur dgn nyeyak nya...

12.Saya akan cuba :
menjadi ibu dan isteri yang baik kepada suami dan juga meneroka bidang yg belum pernah saya ceburi

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
berpanjangan..bersemi dalam ingatan dan hati

14.Telefon bimbit saya :
perlu dibawa kemana saja saya pergi

15.Bila saya terjaga dari tidur :
itu tandanya amin nak susu...

16.Saya paling meluat apabila :
berdepan dgn orang yang suka berpura-pura dan talam 2 muka

17.Pesta/Parti adalah :
tempat yang menghiburkan (hanya utk zaman bujang)

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Kucing peliharaan yang bernama 'JEBON' (malang skali ada orang dah curi)

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
0-10 tahun dan 18 hingga kini.....

20.Hari ini :
saya EL kerana ada interview di Cyberjaya..huhu

21.Malam ini saya akan :
berehat banyak2 kerana esok merupakan hari yang sungguh sibuk

22.Esok pula saya akan :
menjadi bertambah stress dgn kerja2 yang menimbun

23.Saya betul-betul inginkan :
percutian...

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
bercakap dlm hati 'mulakan hari ini dgn riang' dan 'kenapa la pipi nih menjadi bertambah tembam'..huhu

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
pusat membeli-belah la...

26.Makanan Barat atau Jepun :
Jepun...

27.Bilik yang terang atau gelap :
Gelap semestinya

28.Makanan segera adalah :
yang tercepat skali saya sediakan...

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Hari ini saya E.L

30.Siapa yang anda nak Tag?
sesiapa sahaja yang berminat

Khamis, 9 Julai 2009

Apa yang ku rasa???

D.I.D.A.L.A.M.D.I.L.E.M.A

Sedang menghadapi masalah dilema..
yang agak menganggu pikiran dan perasaan aku sekarang..
keputusan perlu dibuat..


pikir yuyu..pikir semasak-masaknya..

masing-masing ada pro and cons


kalau korang cam mana

mana yang korang pilih
(pilih 2 antara 4)


PENGALAMAN @ MONEY @ MINAT @ FAMILI

Selasa, 7 Julai 2009

Aku yang gile M.A.C

Kalau nak tanye aku bab-bab jenama alat solek yang aku suka, sure aku akan pilih M.A.C dan Bobbi Brown. Antara sebabnya ialah:
  • warna-warna yang cantik dan pelbagai
  • warna up to date
  • tahan lama
  • shining
  • natural
  • tidak berminyak
  • packaging (terutama yang limited edition)
Pun begitu, aku suka gak pada jenama Maybelline especially pada lipstik dan compact powder nya. Memang suit ngan kulit aku yang agak oily nih. Lipstik dia pun tak keringkan bibir aku...I Like..

Tadi sempat gak la aku beli refill compact powder and blusher M.A.C (limited edition). Melayang lagi duit aku..aiyak!Tak lame lagi nak raya, lagi banyak la duit keluar..Adei!Time untuk berjimat cermat dari sekarang and time untuk mencari lebih pendapatan. Chaiyok yuyu!!

blusher and compact powder

Video: amin yang lawak

Kejadian nih memang lawak yang spontan. Pelakon utama dia, lain dan tak bukan....AMIN


video

Video: amin main sorok-sorok

Video nih papa yang snap mase kitorang makan kat KFC Seri Kembangan. Suka amin main sorok-sorok dengan mama and papa:D

video

Video: Amin gi gym

Video nih papa yang ambil time aku tengah arobik kat gym. Sempat lagi amin main bola kat situ. Dia pun nak exercise gaks cam mama dia.Hehehe...


video

Nokia E63

Yeah..another new phone mengantikan Nokia 6110 yang sudah lama aku pakai. Kalo tak silap aku dari 2004 lagi. Handphone nih aku dapat sempena birthday aku from Uncle Rapon (merangkap bapak angkat aku). Masih lagi dalam keadaan baik. Actually aku memang suka handphone nih sebab saiznya yang sebesar tapak tangan aku and senang aku nak bawak mana-mana.Nih la satu-satunya handphone aku yang lama dan tak penah rosak. Akan kusimpan nokia 6110 nih jadi kenangan. Kalo handphone baru aku buat hal, aku pakai la balik handphone nih.

Berbalik citer Nokia E63. Aku minat design dia yang agak classic dan ala-ala komputer nih. Tapi satu jerk kekurangan. Kalo aku tengah driving, agak susah aku nak sms atau call disebabkan button dia yang berserabut dan banyak sangat(maybe lepas nih nak cari bluetooth keyboard). Neway, hp nih aku pakai time emergency jika hp nokia xpress music5800 dah habis battery (aku nih ada tabiat yang malas nak charge battery..kuikui) Kire nih back up jerk ah. Lagipun tak bole pakai selalu sebab bil kan. Kalo prepaid, senang skit aku nak budget.

nokia E63

Isnin, 6 Julai 2009

amin nak mamam muffin

Sajer jer aku amik video nih. Sambil tunggu muffin aku masak, aku amik video amin dalam kendongan bibik sebagai kenangan. :D

video

Amin merempit di Pameran Kucing

video

Pameran Kucing di Midvalley

5/7/2009 bersamaan dengan semalam, aku, papa and amin gi tengok pameran kucing kat Midvalley. Wah!!Memang comel-comel belaka semua kucing-kucing kat sini. Puppies pun comei gak tapi tak bole la nak pegang. Geram giler tengok kucing yang bulu panjang dan lebat (jenis parsi). Rase cam nak ramas jerk muke sekor-sekor (Hehehe..asal plak aku yang lebih-lebih nih.isk isk isk). Amin yang memang minat kucing excited tengok semua cats yang ada kat sini sampai aku and papa ajak balik pun, dia tak nak.

Tengah dok jalan-jalan kat pameran nih, amin berhenti la kat 1 group nih (malays) dalam 5 orang minah and sorang mamat nih. Tuh pun sebab diorang ada kucing. Kalo takda kucing tuh, aku rase amin pun tak hingin berhenti kat diorang. Yang minah-minah nih tak kisah sangat tengok amin nak pegang kucing diorang tapi yang mamat sekor nih memang 'kerek' giler. Dia cam tak bagi amin pegang kucing tuh. Cepat-cepat dia amik kucing tuh masuk dalam box. **WTF**Ingat anak aku nak kasi kucing tuh mati ker??Tak gugur la bulu kucing ko tuh kalo anak aku pegang? Lagi plak, kucing tuh tak la comel OK!hidung peyek...EeeE..menyirap aku dengan jantan sekor tuh. Cepat aku dukung amin, takut dia nangis tak dapat pegang kucing tuh. Takpe sayang, ada banyak lagi kucing lawa and comei dari yang tuh..

Huh!!Meh la sini aku nak sound skit pada peserta cat cat sedunia, kalo tak mau kasi kucing korang kena usik atau amik gambar(konon kucing tuh stress), please la tak payah la masuk pertandingan atau pameran cam nih. Masuk la contest kucing yang tertutup. Lagi plak, kitorang yang dok masuk pameran tuh berbayar OK. Dewasa RM5 and kanak-kanak plak RM2. So please, let us enjoy. Kami nak tangkap gambar ke pegang ke, bermanja ke, ikut suka kami la. Kami datang berbayar dan untuk meramaikan keadaan. Kalo takda kami kami nih, confirm pameran nih pun tak dapat sambutan. So, jangan la 'hangpa' nak berlagak and kerek. TAK DA MAKNANYA.

Nih antara gambar yang aku sempat snap:

cantik bulu kucing nih..I like

amin singah tengok rabbit