Ahad, 25 April 2010

Trillion Thanks Papa!!

Trillion thanks to papa coz menjaga mama yg tengah berpantang and anak-anak selama 2 hari nih (sabtu & ahad). This is because mak mentua aku kena gi kenduri kat Gombuck while Mummy plak kena gi kempen kat Hulu Selangor.

So those 2 days, papa la yang memasak, mengemas, buatkan air akar kayu dan air mandi mama, tungku mama, mandikan anak2 serta jaga anak2 (siang malam). Thanks so much, SUPER PAPA...tak tau la kalo takda papa cam ne...musti mama terkial-kial gak nak handle semua benda dalam keadaan cam nih..

Love you so much sayang...


Selasa, 20 April 2010

Pantang Time!!

Selesai sudah proses 'melahirkan', tibalah pulak proses 'berpantang' selama 44 hari. Tapi kalo mengikut tradisi Mummy, kita orang pompuan kena berpantang penuh selama 3 bulan utk memastikan peranakan kita betul-betul sembuh dan urat saraf kita 'ready' terima benda-benda sejuk dan panas serentak. Jika kurang dari tempoh itu, takut nanti bila dah tua kita senang kena penyakit especially sakit belakang dan sakit urat. Berpantang bukan hanya pada makanan dan minuman saja tapi juga berpantang dengan suami. So suamiku, bersabo la banyak-banyak selama 3 bulan yek..Bak kata ayah mentuaku, 'Selamat Berpuasa'.Hehehe...

Selain utk kesihatan, time berpantang nih juga memberi peluang pada aku untuk menguruskan badan yang sedia kembang. Kali terakhir aku timbang time mengandung, berat badan aku mencecah 64kg. Waduh!!Naik 10kg...sungguhla banyak. So, aku kena tanamkan azam untuk kembalikan balik berat badan aku yang asal atau kurang dari itu. Antara yang aku amalkan semasa berpantang ialah:
  • makan nasi panas dengan lada hitam
  • amalkan mandi dengan serai wangi (especially waktu pagi)
  • bertungku (pagi & ptg). Boleh juga guna botol kaca berisi air panas
  • berbekung (pagi & mlm). Boleh juga selang seli pakai geder utk rampingkan pinggang
  • amalkan pakai pilis (utk mata lebih terang) juga memparam (utk elak angin masuk dlm bdn)
  • jangan tinggal stokin. Pakai selalu
  • jangan makan/minum benda sejuk
  • minum air sedikit demi sedikit
  • makan pil ikan haruan, pil perawan dan jamu utk menyembuhkan peranakan
  • bersihkan bahagian bwh dgn air rebusan daun sireh (produk Mustika Ratu)
  • ikat rambut biar ketat dan tinggi agar batu meriyan naik
  • Jaga kaki especially ibu jari kaki dari terpijak atau tersepak benda
  • Cakap perlahan-lahan. Jangan cepat tinggi suara
  • Kalau boleh, menyusukan baby dengan susu ibu sepenuhnya
Insya-allah, kalau diamalkan dengan disiplin semua pantang larang nih boleh mengembalikan bentuk badan asal dan badan kita akan sentiasa sihat dan awet muda.


Pengalaman bersalin ke-2

Tepat pukul 2 pagi (10/4/2010), aku terkejut jaga dari tidur. Sedar-sedar seluar pendek yang aku pakai habis lencun dek kerana air ketuban aku pecah. Tapi aku serba salah dan tak sampai hati nak bagi tau papa time tuh sbb pagi nanti papa ada exam PTD kat Putrajaya. Actually aku pun dapat jugak buat exam tuh kat UNITEN. Bila dipikir-pikir balik keadaan aku yang tak larat (tak boleh duduk lama sgt) dan tempat exam pun berasingan ngan papa, aku decide utk tak pergi. Takut gak terberanak time nak exam tuh. Mau masuk newspaper front page. Kan kes naya tuh...

Lepas salin pad, aku sempat cakap slow2 kat 'baby' sambil usap-usap perut " Baby, jangan keluar hari nih ye.Kecian kat papa. Papa ada exam. Bagi papa buat exam dulu ye sayang." Mungkin sudah takdir, kita nih hanya merancang Tuhan menentukan. Bangun jer dari tidur, terus aku check pad. Tengok-tengok dah keluar 'lendir darah'. Terus aku bagi tau papa.

Kitorang dgn 'tenang' (tak mengelabah sgt sbb dah ada experience yg pertama dulu), pack-pack barang yg diperlukan,charger hp (sempat lagi OK!hehe) dan juga video kamera (itu penting!!sbb nak rakam saat2 indah bersama baby nanti). Sempat jugak telepon Dr. Masitah dan inform pasal kondisi aku. Punyalah marah doktor tuh sbb aku lewat pergi hospital. Sepatutnya kalau dah pecah ketuban, memang kena segera ke hospital. Takut baby lemas dalam perut. Tapi aku percaya pada gerak hati aku yang baby aku tak apa-apa (tawakal kepada Allah).

Sampai jer Hospital Pusrawi Tun Razak, aku sempat lagi 'snap-snap' gambar. Buat kenangan walau tengah dalam kesakitan. Rasa rugi plak kalo tak snap..BOLE??Hehehe....Dalam pada itu, boleh gak menceriakan sedikit keadaan serta mengurangkan rasa gemuruh aku nak bersalin(even dah ada experince yg 1st). Setelah menahan kesakitan selama 8 jam, akhirnya aku selamat melahirkan puteriku yang diberi nama 'Bismillah Humairah' tepat jam 5.06 ptg secara normal.

Alhamdulillah...hanya Tuhan yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya aku ketika itu. Melihat muka Bismi dan juga sokongan dari papa yang tak henti-henti ketika hendak melahirkan Bismi, terasa hilang semua kesakitan yang aku alami. Thanks papa 'coz' sentiasa berasa di sisi mama saat mama melahirkan anak kita. Sayunk papa so much..Juga thanks to 'Mak' kerana menjaga Amin time Yus kesakitan serta to 'Amin' kerana memahami mama dalam keadaan sakit. Also to Mummy', yang sanggup rushing dari N9 hanya utk beri support pada anakmu ini. Sangat-sangat terharu pada pengorbanan semua. Terasa bersyukur sgt2 kepada Allah s.w.t. kerana semua yg aku syg berada di sisi aku sampai aku selamat melahirkan.

Dan pada ketika aku pantang kini, Mak Nah, Mak dan Mummy menjaga aku dan Amin dengan baik skali. Begitu juga dengan Papa. Thanks yg tak terhingga and cayunk cemua cecangat...muah muah...:D

ALHAMDULILLAH

basah air ketuban+darah di katil tak henti-henti sehingga melahirkan

sempat senyum walau dalam kesakitan

bersama insan yg aku cintai

tangisan dari Bismillah Humairah utk semua...

'Kasih Papa kepada Bismi'

Khamis, 8 April 2010

Kebaikan Helba

Banyak kali juga aku dengar tentang kebaikan helba/hilba nih.So aku nak share sedikit info dgn korang agar kita mendapat kebaikan bersama.

Hilba adalah tanaman/tumbuhan yang sangat terkenal di kawasan timur tengah dalam bahasa mesir tanaman ini bernama “Fenugreek”. Biji Hilba umumnya di gunakan sebagai makanan dan rempah rempah dan juga bumbu aromatik dalam masakan. Karena sangat terkenal dan kaya akan manfaat Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang hilba ini “Jika umatku mengerti akan manfaat hilba maka mereka akan sanggup menukarnya dengan emas” (Books of Sufi Healing ms: 58). Berikut ini beberapa resep pengobatan tradisional dengan menggunakan Hilba yang sudah di gunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) tabib Yunani kuno untuk mengatasi berbagai macam penyakit.

Campurkan Hilba dalam air hangat secukupnya aduk hingga merata dan diminum rutin setiap hari maka akan bermanfaat untuk:

- Menghilangkan perut kembung
- Melancarkan haid yang tidak teratur
- Membantu melancarkan buang air besar
- Menguatkan jantung
- Membantu mengatasi sakit kepala/migren
- Dapat mengurangi berat badan
- Mengatasi radang kulit/bisul
- Menyuburkan rahim/kandungan

Campurkan Hilba dalam air hangat + madu asli bermanfaat untuk:

- Mengurangi dan menghilangkan kebiasaan merokok
- Membantu mengatasi Anemia
- Untuk kecerdasan dan ketahanan tubuh jika di minum oleh anak2 usia baligh
- Memperbanyak Air Susu (ASI) pada ibu yang sedang menyusui (konon bisa mencapai 300%)
- Membantu kesuburan sperma dan sel telur untuk yang susah punya keturunan
- Meningkatan Nafsu wanita dan laki laki untuk keharmonisan rumah tangga
- Mengatasi ejakulasi dini