Rabu, 25 November 2009

2 Hamster yang ComeL

Skang nih, amin dah ada kawan baru kat rumah. Aku and husband belikan dia 2 hamster yang tersangatlah comel kat The Mines. Memula tuh nak belikan amin sepasang 'rabbit'. Pastu, bila pikir-pikir balik macam menyusah jerk kalo kitorang pergi bercuti. Yela...sapa nak jaga and bagi makan 'rabbit' nanti kan??So kitorang decide belikan amin antara 'genny pig'(tikus yang version besar) ataupun hamster. Dah sampai jerk kat pet shop tuh, aku suruh budak tuh bagi amin pegang sekor-sekor haiwan nih. Nampak cam amin lagi suke pada hamster. Yang 'genny pig' tuh amin cam takut-takut skit nak pegang.Maybe besar skit kot dari hamster. Dan disebabkan nama 'pig' tuh ada dan bunyi tikus nih pun macam ala-ala 'pig'...aku and husband tak jadila nak belikan amin. Risau gak kan...Hehe..

Hamster yang aku belikan amin nih jenis yang tak gigit. Cam mana aku tahu?Sebelum nak beli tuh, aku suruh amin pegang hamster tuh. Nasibla tak penyet hamster tuh dibuatnye. Agaknya dia geram sangat tengok hamster tuh. Dahla kecik and bulu dia pun lembut. Boleh dikatakan jinak jugak la hamster nih.Kitorang bagi nama 'Kiki' and 'Lala'. Dua-dua jantan sebab pet shop nih tak jual yang betina. Takut hamster nih beranak banyak-banyak. Huh...takut budget lari la tuh!

Apa-apa pun, welcome kepada 2 keluarga baru kami yang akan menceriakan lagi hidup amin and family.Hehehe...


Kiki and Lala

Selasa, 24 November 2009

Daging masak Kicap..Nyummy

Sambil surf internet dan mencari resipi yang best-best. Aku berkenan dgn 1 resipi nih.Ingat esok nak try buat. Saje nak share-share ngan korang. Ane tau, korang pun berminat gak ke?Huhuhu..

Daging masak kicap
-----------------------------
Bahan-bahan :

1 kilo daging goreng (hiris/potong kecil)
(I selalu beli daging goreng coz nak masak lauk ..senang empuk dan cpat lembut)
2 cili hijau & cili merah (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 bawang besar (kisar)
2 bawang putih (kisar)
kicap manis cap kipas udang
2 sudumkn rempah kari
1 sudumkn cili sos/tomato
2 bji kentang potong 6 (goreng dan ketepikan)
garam dan gula sekucup rasa
sedikit kacang peas
sedikit air

Cara-cara:
--------------
Tumiskan bahan kisar hingga naik wangi.Masukkan rempah kari dan gaul rata.
Masukkan daging gaul kesemua bahan hingga mendidih dan daging empuk.Letak cili sos & tomato sos..gaul sedikit dan tuangkan kicap manis dan sedikit air,garam & gula secukup rasa.Bila dah mendidih barulah masukkan kentang yg digoreng tadi bersama kacang peas.Gaul 3 minit dan sehingga kuahnya agak pekat sedikit..kalau tak suka pekat bole tambahkan air.Akhir sekali matikan api dan di hidang kan.

Selamat Mencuba....

Baby boy ke baby girl????

Hari tuh scan baby kat Poliklinik An-Nur Cheras. Doktor kate kemungkinan aku dapat baby girl tapi menengok pada keadaan perut aku skang yang semakin membesar. Rase macam sama jerk time aku mengandungkan amin. Ntah-ntah lelaki. Bukan ble caye sangat result scan tuh sebab doktor tuh cume guna scanner 2D. Kalo 3D ble la gak percaye sebab jelas nampak susuk tubuh baby.

Ntahla...baby girl ke baby boy ke..memane pun aku tak kisah. Kalo baby girl, best gak. Dapatlah aku sepasang anak and ada gak geng kat rumah. Kalo baby boy pun best gak. At least amin ada kawan nak bermain dan berlasak-lasak dengan dia. Yang penting, baby sihat dan cukup sifat.:D

Jumaat, 20 November 2009

Kenduri Kendara

Ramai betul member-member yang nak kahwin hujung tahun nih..Antaranya:
  • 22/11/2009: Ain Burhanuddin-member zaman MMU dulu a.k.a housemate aku.
    Nih la antara rakan baik aku yang kekal sampaila skang.
  • 29/11/2009: Mira-member zaman MMU aku gak. Insya-allah, aku akan hadir kalo tiada aral melintang. Lagipun, time tuh dekat ngan raya Haji. Tapi aku akan usaha pergi gaks.
  • 13/12/2009:Shima-member dari zaman kecil sampaila aku dah jadi mak orang nih. Aku ada sponsor 1 set cupcake utk dulang hantaran Shima. Hopefully dia suka.
  • 19/12/2009:Zul-member aku gak bakal husband Shima nih. Aku kena gak pegi belah dia di N9 sebab time aku kahwin dulu, kat semua tempat Shima and Zul sure ada. Kini giliran aku la plak bagi support kat diorang.
  • 19/12/2009:Rohaida-member aku zaman sekolah menengah dulu a.k.a member bergosip aku dulu. Mana tak nya..kata pun dok sebelah menyebelah. Ada jerk la kitorang gosip-gosipkan. Lepas majlis rumah Zul,Insya-allah aku akan shoot gi rumah Rohaida plak.;)
  • 6/12/2009:Faizal Rashid-member zaman sekolah rendah dulu. Kitorang pernah jadi classmate dulu. Kalo tak silap aku, time darjah 6.
  • 13/12/2009:Diana Kamal-member zaman sekolah menengah aku. Insya-allah, aku runner gi kenduri Diana lepas kenduri Shima jika tiada apa-apa.
Pada semua bakal-bakal pengantin merangkap kengkawan ku,Selamat Pengantin Baru dan Selamat melangkah ke alam perkahwinan. Semoga cepat-cepat dapat anak.:P

Selasa, 17 November 2009

Girls Matter

When a Girl is quite,
Millions of things are running in her minds.

When a Girl is not arguing,
She is thinking deeply.

When a Girl looks at u with eyes full of questions,
She is wondering how long you will be around.

When a Girl answers "i'm fine" after a few words,
She is not fine at all.

When a Girls stares at you,
She is wondering why are you lying.

When a Girls lays at your chest,
She is wishing for you to be hers forever.

When a Girls calls you everyday,
She is seeking for you attention.

When a Girls sms's you everyday,
She wants you to reply at least once.

When a Girls says I love you,
She means it.

When a Girls says she cant live without you,
She has made up her mind that you are her future.

When a Girls says I miss you,
No one in this world can miss you more than her...

p/s: tuh pun kekedang kaum Adam susah nak paham...:p

Isnin, 9 November 2009

amin & pink car

Semalam, aku,husband & mamy bawak amin jejalan kat Jusco Seremban. Then, nampak kete mainan nih. Comel sgt!! Apa lagi, kitorang suruh amin naik. Amin punye la syok sampai tak nak turun dari kete comel nih...satu hal plak, nak pujuk die turun dari kete tuh..

tengok muke amin, takut kitorang angkat die

muke nak naik kete tuh lagi...


VIDEO





Sport Day KPM

Last Friday & Saturday, memang hari yang sungguh memenatkan. Even aku tak join sukan yang dianjurkan tapi cuaca di Bukit Jalil teramatlah 'the hotty'. On Friday tuh, husband aku masuk acara bola tampar. Konon wakil jabatan dia ah..Then, Saturday plak, dia masuk acara bola sepak and badminton. Gile kose btul husband aku. Semua acara dia nak masuk. Masuk 1 acara udah ler. Pastu complaint sakit kaki la, sakit badan la, sakit buku lali la, sakit tangan la....semua sakit. At the end, aku gak la, yang kena bubuh minyak panas dan urut kaki dia...Isk..isk..isk...nak cakap kang, marah. Jadi, layankan ajerk la kerenahnye...yek papa!!

bola tampar

go..papa...go

papa & kamal


VIDEO

Selasa, 3 November 2009

Family Dinner

Last Sunday, we have family dinner at Seremban. Memang best la restoran nih. Kita pilih jerk apa benda yang kita nak makan dan masak sendiri kat tengah-tengah table. Suka hati la nak masak dengan butter atau bakar atau nak steam. Ikut citarasa sendiri. Then, kita bole choose makanan berat yang kita nak sama ada nasi ke mee ke yee mee ke bihun. Kalo nak makan semua skali pun takpe.Huhuhu..Then yang paling aku suka ada satu section yang die letak semua ais krim. Ada macam-macam perisa. Suka hati nak makan banyak mana. Satu kepala dia charge only RM 19 for adult and RM 9 for children. Consider cheap kan?Memang puas hati kitorg makan.

Amin plak paling suka makan ikan bakar & ais krim. Makanan lain yang aku suapkan semua dia tak nak. Punye la banyak makan ais krim & ais batu. Sampai bertambah-tambah. Nih ikut mama la nih. Suke benda-benda sejuk.

amin & atok.
Bekas warna merah tuh penuh dgn ais amin

amin & atok yang kekeyangan

papa tengah tunggu makanan die masak.
Tengok kat tengah tuh dah berasap-asap

nih pinggan pertama aku yang penuh dgn sisa
sotong,ikan, udang,ketam dll...

VIDEO
amin meratah ais




family dinner

Karaoke time!

Waduh!Lepas kitorg balik dari Pahang, Kak Ja & Chik ajak kitorg gi karaoke plak kat Jalan Ipoh. Memula tuh, ada gak rasa malas nak gi memandangkan badan dah penat and lepas tuh plak nak travel gi Seremban. Tengok atok aku sakit. Tapi bagi tak mau mengecewakan family, kitorg join jugak la. Lagipun, 'regu' ada. Lagi syok la layan karaoke. Tambah plak, Tok (nenek husband) ada. Layan lagu Thailand aje la kami sambil2 menari. Macam-macam kerenah. Tapi yang penting, kami sekeluarga TETAP HAPPENING & SPORTING. Tuh yang paling aku suka about this keluarga nih...

Tapi aku & husband tak join lama (kalo tak silap, diorg habis pukul 2.30 pagi). Dalam kul 11 lebih, kitorg mintak diri dulu nak ke Seremban. Tak mau la lambat2. Lagi plak, takut amin meragam nak tito.

Nih antara gambar2 yang sempat di'snap-snap'.

bilik VVIP yang di'book'

Kak Ja menyumbangkan beberapa lagu

mak & Tok

me & azalea

me & yana (amin & adik kat belakang)

fara sempat interframe

adik & amin(mengantuk anak mama ek)

ada banyak lagi pic, nanti upload kat facebook


Vacation in Kuantan dan sewaktu dgnnya....

Adoi...kerja jalan jerk aku and family bulan nih.. Last Friday, aku temankan husband aku outstation kat Kuantan for 2 days and 1 night. Kitorang stay kat Grand Continental Hotel berhampiran ngan Mega Mall, Kuantan (yang pada pandangan aku, shopping complex yang paling 'canggih' dan cantik kat bandar Kuantan nih). Aku 'hangkut' skali 2 orang anak Kak Ja(anak buah husband aku) iaitu adik and Fara join sekaki kat sane. At least, aku tak lonely sangat time husband aku pergi keja. Ada gak geng nak sembang-sembang. Kebetulan lak, Fara baru habis exam PMR and adik plak agak 'free' even next week dia ada final exam. (Hehehe...sempat lagi berjalan yek dik. Tak saboo tunggu cuti sekolah).

Dan secara kebetulan jugak, ada lagi 1 group family husband(abg Ngah,Shafiq, Ita,Sherina dll) pun pergi vacation kat Kuantan. (Memang tak rancang actually.Semua secara kebetulan). Jadi kitorg jumpa diorang nih semua kat sane. Lepak-lepak kat depan tasik@sungai (ntah mana satu, aku pun tak pasti),lepaskan amin & sherina main-main kat park. Memang seronok diorang kena lepas. Ada video yang Ita rakam. Nantila aku bluetooth kat dia and upload kemudian kat sini. Kalo korang tengok gelagat amin & sherina time nih, memang syok. Happy jerk kehidupan kanak-kanak!

Sepanjang kat sana, kitorang habiskan masa round 1 bandar Kuantan (main redah sajalah even tak tau jalan). Yang paling aku suka tengok kat bandar dia ialah masjid dia. Sungguh cantik pada pandangan mata aku. Mungkin colour masjid tuh yang kebiru-biruan, menyejukan mata memandang.

Lepas tak tau lagi mana nak rounder, kitorg gi Teluk Cempedak. Pantai kat sana tersangat la cantik. Rasa nak mandi jerk kat situ tapi time kitorang datang tuh punya la panas terik.Jadi, tak jadila nak turun laut.Takut kena 'sunburn'. Husband kate memang nampak lain dari 5 thn lepas time dia datang dgn kengkawan dia. Makin cantik dan ada 'kengkawan baru' (monyet) yang berkeliaran mintak makananan. Aku memang tak excited la tengok 'kengkawan baru' nih. Jadi 'fobia' skit sebab time aku kecik dulu, kalo tak salah aku kat Batu Caves la. Ada monyet tuh rampas makanan dari tangan aku, time aku tengah syok makan makanan favourite aku lak tuh. Terus aku nangis. Dari start tuh, terus aku takut pada binatang bernama monyet.

adik, amin, aku & fara

kami di teluk cempedak

fara & adik

pemandangan di teluk cempedak...cantik kan

kami 3 beranak



VIDEO