Rabu, 27 Januari 2010

Genting Higland here we go...

Another vacation yang aku lupa nak update kat blog iaitu time aku se'family' pergi ke Genting Highlands. Nih first time, aku bawak amin jejalan kat Genting. Lagi plak, agak lama jugak aku and husband tak pergi Genting. Kalo tak silap aku, sejak kitorg nikah, memang tak jejak kaki lagi kat sana.

Kitorang bermalam kat First World Hotel. Tuh pun kitorang bernasib baik ada bilik sebab time kitorang pergi nih time 'peak season'. Hotel yang lain semua penuh kecuali hotel Awana yang pada aku agak jauh ke bawah. Aku lebih prefer amik hotel-hotel yang dekat dengan themepark. Tak yah, susah2 nak turun naik kereta. Tak larat....

Macam biasa. Memang amin excited mase gi sana. Bukan sebab mainan tau tapi syok tengok lampu-lampu yang berwarna-warni and decoration pokok Christmas yang 'lip-lap,lip-lap'. Tambah plak, ramai budak-budak yang sebaya dengan amin kat sana. Sempat la dia mencari kengkawan kat sana yang kebanyakan anak Cina. Pandai anak mama cari kawan ek :D

Selain bermain indoor game, kitorg pun masuk gak Rumah Salji. Sejuknya memang 'toksah' cakapla. Memang gegile sejuk sampai mengigil-gigil kitorg kat dalam tuh even dah pakai baju sejuk. Papa, orang pertama yang keluar dari Rumah Salji tuh akibat kesejukan dengan Amin. Hehehe..tuh la, 'cekeding' lagi. Lemak tak banyak kat badan. Nak buat cam noo...

mama & aminmy happy family

us again!


amin keriangan

Selasa, 26 Januari 2010

Trip to Zoo Negara

Aku lupe nak update pasal trip ke Zoo Negara bersama amin and papa. Time aku bawak amin ke sana, memang dia excited habis. Ye lah. Selama nih, aku cume ajar dan tunjuk gambar 'animals' kat dalam buku jer. Skali, bila dia dapat tengok yang 'real', terus dia jadi over excited. Siap lari-lari lagi nak pegi tengok semua animal yang ada.

Bila amin tengok singa dan harimau, dia akan cakap 'Ngaum' (ala-ala suara garau version anak rimau la..comei jerk bunyi dia).Cuma 'gajah' jer, amin jadi takut. Mungkin sebab terlampau besar kot bagi dia.Hehehe....

Overall, aku happy bawak amin jejalan kat Zoo Negara. Even though, dia masih kecik lagi tapi dia cepat belajar dan paham banyak benda.

amin and mama serta sang bangau

amin syok tengok rusa

eh..eh..anak mama nih!
beraninya tunggang harimau kumbang!!

amin ketakutan tengok gajah

VIDEO


Isnin, 25 Januari 2010

Hobi baru

Aku rasa skang nih husband aku kena 'pembawakan budak' la. Jika dulu, dia jarang sangat nak main bola petang-petang nih. Tapi sejak aku mengandungkan anak ke-2 nih, boleh dikatakan hari-hari dia nak main bola. Macam ketagih plak. Balik jerk keje, terus siap-siap nak main bola. Bila aku tegur, dia kata nak 'bermasyarakat'. Hehehe...Cam kelakarkan...

Tapi takpela. Elok gak untuk kesihatan dia. Jangan bertambah kurus lagi udahla...:P Kekadang, bila aku ada mood, aku pun temankan husband. Jadi 'pom pom gurl' pun jadi la.

Amin pun skang nih, dah jadi macam papa dia. Dah pandai tendang bola and bila bola masuk gol, dia cakap 'GOL'. Pandai anak mama!Nanti dah besar skit, 'tag team' ngan papa yek sayunk. Sure Amin main bola lagi hebat dari papa dia. Huhuhu...

p/s: Jangan marah ek papa...nanti bertambah tua!Hehe

Penawar Syifa

Sedang aku syok 'surfing' facebook,friendster, blogspot and berita online, tetiba aku terpanggil nak search kat google tentang penawar syifa. Banyak gak info yang aku dapat dan secara tidak langsung menambahkan skit pengetahuan agama aku yang sedia tak banyak nih. Selain dari internet nih, korang jugak boleh tgk kat Astro Oasis, 7.30pm.

Menarik sebenarnya bila kita ketahui tentang khasiat-khasiat yang terkandung dalam Al-Quran. Bila ayat-ayat Al-Quran ini dijadikan amalan, insya-allah banyak kebaikan yang akan kita perolehi. Sini, aku nak share blog yang aku rasa bagus utk korang semua baca dan jadikan rujukan.

Khamis, 21 Januari 2010

Teknik pernafasan ketika proses bersalin

Aku nak share pembacaan aku dengan korang tentang teknik pernafasan ketika bersalin. Pada yang dah berkahwin, bagusla dijadikan rujukan but pada yang belum berkahwin, anggaplah sebagai menambah ilmu pengetahuan korang bila korang dah jadi ibu nanti.:P

Actually, time aku bersalinkan Amin dulu, aku mempunyai masalah skit tentang teknik pernafasan ini. Walhal, ia bagus utk semua ibu mengandung. Plus, aku tak ikuti kelas anatenal. Jadi, time nak deliver amin, aku mengambil waktu yang agak panjang ( hampir 10 jam tuh menahan kesakitan!) dan menahan kesakitan yang hanya Allah saja tahu.

Hopefully, utk 2nd baby nih, aku tidak mempunyai apa-apa masalah dan aku dapat atasi or kurangkan skit kesakitan tuh without epidural. Insya-allah..

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi

Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua

Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

Teknik Meneran

Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.

“Overwhelming Urge“

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

“so-so urge“

Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan

Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing

Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down

Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.

Rabu, 20 Januari 2010

Tagged

Apa perasaan anda sekarang?

  • masih dalam keadaan 'mamai' dan blur-blur

Saya nak makan..?

  • ais krim connetto tp malas nak amik kat dapur

Saya tak suka ..?

  • saya dipaksa buat benda yang saya tak suke

Impian saya?

  • nak kaya raya, punya big & happy family

Haiwan yg saya tak suka?

  • lipas, semut, cicak...

Saya harapkan?

  • dpt membeli sebiji rumah teres sebelum berusia 30 thn.

Jika boleh putarkan masa?

  • saya ingin ke zaman kanak-kanak yang penuh dengan keriangan tanpa fikir apa-apa masalah

Saya pada 10 tahun akan datang?

  • hot mama haha insyaAllah

Handphone saya adalah sebuah?

  • yang senang digunakan dan boleh mengambil gambar serta video

Saya pernah bercinta sebanyak?

  • banyaknya..cinta kepada Allah, Nabi dan Rasul, dll

Saya suka pada?

  • benda-benda yang comel dan pelik

Kawan² saya?

  • semuanya sporting dan happening

Pernah dikhianati?

  • pernah...

Apa yg anda hendak lakukan terhadap org yg mengkhianati anda?

  • lantak pegi..tak usah difikirkan sangat

Senaraikan 6 org utk di tag:

  • sesiapa jerk la yang berminat

Selasa, 19 Januari 2010

Pemergian Arwah Zack

15hb Januari 2010 bersamaan 29 Muharam 1431 merupakan suatu tarikh yang tidak mungkin dilupakan buat seluruh keluarga SS. Perginya Allahyarham Zack @ lebih dikenali sebagai 'Abang Long' dikalangan ahli keluarga meninggalkan kesan yang mendalam dan juga 'shock'. Kejadian berlaku secara mengejut memyebabkan semua ahli keluarga bagai tak percaya boleh menimpa arwah. Tapi benda yang sudah berlaku merupakan ketentuan daripada Allah. Allah Maha Penentu segalanya. Kita harus tabah dan redha dengan ketentuan itu. Setiap manusia yang hidup pasti akan mati jua. Itulah yang harus kita terima. Al-Fatihah untuk arwah.

Antara kenangan bersama arwah (bawah: tiga dari kanan):



p/s: Actually, aku agak terkilan kerana upload gambar nih lambat sebab arwah pernah bertanya pada aku..'Kak yus, dah upload blum gambar futsal hari tuh?..dan aku hanya menjawab' Blum lagi ah, Zack. Tengah cari time nak update blog'...:((

Khamis, 7 Januari 2010

O.M.G.

O.M.G!!!!!Tomorrow ada appointment ngan doctor kat HKL. Aiyak, takutnya esok. Apala yang akan berlaku. Dahla hari nih, hidung aku bleeding plak tetibe. Mungkin panas dalam kot (utk menyedapkan rasa hati). Harap everything will be O.K. Pray for me kay!

Planning vacation to Sabah....

Insya-allah, next month kalo takda apa-apa aral melintang, aku se'family' and family SS (include family Kak Ja,Chik,Chak and Kak Ya) akan pergi vacation ramai-ramai ke Sabah. Anggaran dalam 30-35 people. Sure seronok. Memacam ragam nanti ada. Last skali kitorang vacation ramai-ramai pun ke Sarawak. Tuh pun last 2-3 years ago. Banyak kenangan manis time kat sane.

Ada lagi tinggal beberapa minggu sebelum kitorg berangkat this 6th to 8th February nih..Antara tempat-tempat yang aku planning nak pergi:-
  • 1Borneo shopping centre-pusat membeli-belah yang terbesar di Sabah
  • Filipino Market
  • Island Hopping-Pulau Sapi, Pulau Manukan & Pulau Mimatik (hopefully dpt snorkelling)
  • Gaya Market- Sunday Morning
  • Museum Sabah
  • Kinabalu Park
  • dll yang masih perlu buat research spt tmpt mkn yg sedap dan transport
Harap planning kitorg nih berjalan dengan lancar and meriah serta dapat mengeratkan silaturahim yang ada.

Isnin, 4 Januari 2010

Apesal la susah sangat!!

F.E.D.U.P aku dengan facebook.
Makin bermasalah kalo nak download gambar.
Lembap and skit-skit connection problems..

Dipendekan kata...

Facebook is totally S.U.C.K

Appointment

8th January 2010, 11a.m...i got appointment with Dr. Iskandar at HKL.
Hopefully, everything will be just F.I.N.E. and nothing seriously happening to me.
Just pray for me, kay geng!

Sabtu, 2 Januari 2010

Happy New Year!!

HAPPY NEW YEAR EVERYBODY!!

Harap tak terlambat utk aku wish selamat tahun baru pada semua...
Mulalah tahun ini dgn azam & semangat baru..