Khamis, 28 Mei 2009

Berus GiGi

One sweet day, aku jalan-jalan kat Jusco Cheras Selatan. Ternampak plak berus gigi comei yang sesuai untuk baby 0-12 month. Amin pun skang dah ada 6 batang gigi (4 gigi atas dan 2 gigi bawah). Jadi, aku rase dah tibe mase utk amin blajar berus gigi dia sendiri. So, aku pun beli berus gigi comei nih beserta ubat gigi perisa strawberry. Aku tak mau ah nanti gigi amin kekuningan akibat tak berus gigi. Nih antara steps aku ajar dia:-

1. Aku buat demo depan amin (ala-ala model gitu), tunjuk dia cara nak berus gigi dengan betul. Yang best tuh, amin boleh gelak-gelak tengok aku berus gigi. May be kelakar kot tengok berbuih-buih keluar kat mulut nih. Campur plak dengan papa dia yang tak habis-habis kacau aku. Hilang consentrasi aku nak mengajar amin..Hehe

2. Sambil2 tuh, aku bagi amin berus gigi dia. Lepas dia tengok aku berus gigi. Dia pun sambil gelak-gelak, masuk kan berus gigi comei dalam mulut dia. Memula tu, dia bukan memberus gigi dia tapi makan ubat gigi perisa strawberry tadi. Sedap agaknya kot. Tak pe la. Janji dia tau fungsi berus gigi tuh cam ne.

3. Keesokan nya, aku buat demo skali lagi depan amin (cara model tak berbayar..nih kena claim kat papa dia nih..hehe). Macam smlm gak, amin makan ubat gigi dia.. Aduhai anak ku ini. Lain ku ajar, lain plak ko buat. Tak perlah..bersabar. Nanti lame-lame sure amin ikut (kata hati aku)

4. Dalam 1 week mengajar, baru la amin pandai skit-skit guna barus gigi dia. Itu pun dia main gigit-gigit berus gigi tuh. Pastu kejap dia masukan berus gigi tuh dalam mulut dia, kejap kuarkan balik. Takpe..pelan-pelan blaja ye nak..At least, amin dah reti guna dan pegang berus gigi skit-skit.


Selasa, 26 Mei 2009

Hala Tuju Ekonomi Orang Melayu

Lupa laks nak cerita pasal 1 lagi seminar yang aku join last week iaitu Hala Tuju Ekonomi Orang Melayu (menarik kan topik dia) anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) N9. Even aku adalah ahli DPMM, Putrajaya (dah terjoin awal sbb tak tau lak kat N9 ada DPMM..Huhu), aku tetap nak join seminar ni disebabkan topik dia yang menarik nih (nasib ada orang dalam boleh bantu..THANKS TUAN atas timbang rasa). Seminar ini dirasmikan oleh Dato Mukriz (anak Tun Dr. Mahathir).

As a whole, seminar ini lebih tertumpu kepada pasaran antarabangsa (sebab adanya penglibatan MITI & MIDA. Ada juga SMIDEC & SME Bank skali). Tapi jika aku perhatikan, kebanyakan usahawan-usahawan yang hadir (bizman &bizwomen) ini terdiri drpd pengusaha IKS dan juga service sector. Jadi sedikit sebanyak, mungkin ada beberapa perkara yang Agensi Kerajaan ini terangkan tidak dpt difahami oleh certain pengusaha. But its one of guidance for us who want to go beyond the border..(amat menarik utk plan biz di masa akan dtg).

Yang menarik perhatian aku, time Dato Mukriz bagi speech. Agak kagum jugak dengan dia. He's just like his dad. Cool and mantain. Speech contain pun padat even dia bagi speech tanpa menengok text..(aku pun tak boleh buat cam dia). Yang aku sangat berpuas hati, dia bagi opinion dia juga tentang hala tuju ekonomi melayu yg orang2 melayu perlu fokus dan ambil perhatian. Thanks Dato. At least sedikit sebanyak terjawab juga teka teki dlm kepala otak ni..Thanks juga kepada DPMM N9 kerana menganjurkan seminar yang sebegini. Moga dpt diteruskan dan bertambah maju di masa-masa akan dtg

Pameran Bulan Teknologi Pertanian, Kluang Johor

Tadi aku gi MARDI di Kluang, Johor bersama sang suami atas tiket MARDI N9 bagi meramaikan lagi PAMERAN BULAN TEKNOLOGI PERTANIAN. Pameran ini dirasmikan oleh Dato Noh Omar. Walaupun pameran ini tidak sebesar di N9 tapi ada juga teknologi-teknologi yang dipamerkan menarik minat aku. Cuma agak terkilan sedikit sebab tak semua mesin yang dipamerkan berjalan. Hanya diletakan di suatu sudut jerk (ye ah..nama pun PAMERAN kan..isk demand lebih lak aku nih) dan tak byk yang mempromosikan produk hiliran cendawan. Setahu aku pengusaha cendawan di Johor la yang paling ramai. Mana pegi semua otai2 cendawan?? Satu peluang yang terlepas begitu saja..sayunk..

Aku agak kagum dengan bandar bernama Kluang nih. Pembangunan baik dari segi infrastruktur dan juga pertaniannya sungguh hebat. Tak sangka plak bandar sekecil ini dah bole menandingi Seremban. Aku suka konsep bandar yang agak terancang ni. Kawasan tanah digunakan sebaik-baiknya tanpa kosong (Nilai tanah skang tinggi wooo...)Bagus dan Syabas bagi KLUANG! Hopefully N9 dapat aplikasikan konsep nih dan jadikan ini sebagai contoh yang baik kerana aku tengok di N9 banyak skali kawasan2 terbiar dan tidak diusahakan. Kenapa jadi begitu ya?

it's me

door gift yang aku dpt

Jumaat, 22 Mei 2009

P1 W1MAX

Wah..aku skang adalah pelanggan kepada p1 wimax. Memandangkan aku malas nak pasang phone line kat apartment aku (buat apa??..handphone dah ada..gile kose nak phone umah laks..menaikan lagi bil2 yg sedia ada)Jadi, aku decide on trying wireless wimax broadband..but sebelum aku decide nih pun, aku dah buat survey byk kat internet pasal broadband.Ada pro and cons gaks. Risau gak nanti bayar mahal2, x dapat coverage. AKU JUGAK YANG RUGI!

Setakat ini hari, alhamdulillah. I LURVE WIMAX..Memang laju ah compare dgn streamyx and Jaring (yang aku pakai sebelum2 nih). Amat memuaskan hati aku..Thanks P1 WIMAX. Kau melengkapi hidupku di mana jua (aku bole bawak merata-rata..ke rumah mak mentua aku, ke rumah family aku..ke office aku..pendek kata, kat mana-mana jerk ah).

Rabu, 20 Mei 2009

Karnival Kerjaya & Keusahawanan



15 May- 17 May 2009 yang lepas, adanya Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 di PWTC. Tujuan aku gi karnival ni, bukan untuk mencari kerja tapi ingin mencari peluang-peluang keusahawanan yang ada. Tapi agak kuciwa jugak la sebab kebanyakan booth yang ada hanyalah untuk company yang offer pekerjaan dan juga training (nih yang plg byk).

Bagi booth keusahawanan cuma beberapa kerat jerk kat bahagian atas. Majoriti company yang involve pun, tak menarik perhatian aku dan tak banyak info yang aku dapat dari karnival nih. Adei, len kali war-war kan jerk la, Karnival Kerjaya. Tak payah la letak keusahawanan graduan. Agensi-agensi kerajaan yang tertentu pun, x involve dalam karnival ni. Camno?Patut Belia kena adalah, MARA, SMIDEC, MARDI (bagi yang usaha agriculture) dll. Baru la matlamat tuh tercapai. Isk..isk..isk..

Taman Burung

Kali ini, aku and sang suami bercadang nak bawak amin jalan-jalan ke Taman Burung. Kitorang nak kenalkan amin dengan Mr. bird bird pulaks. Asyik meow (kucing) jerk dia tahu. Jadi, kitorang nak dia belajar something new plaks selain dari meow..

seronok amin dapat pegi Taman Burung

Tiket utk masuk ke Taman Burung utk adult is RM15 tapi kalo korang ada Metrojaya card @ Jusco card (nih confirm, ramai yang ada) boleh la dapat diskaun RM5 which korang kena bayar RM10 jer sorang. Amin (under 1 year old) free of charge. Punya la lame tak gi Taman Burung. Time cintan2 dulu penah la (haha..kantoi plak tempat dating aku dulu..muahaha). Tak berubah banyak pun, baik dari segi burung nya (panjang umur bird bird kat sini) atau environment nya. Cuma 1 jerk berubah iaitu toilet baru (tuh pun belum siap lagi). Isk isk isk..

amin pelik tengok burung byk sgt

Even hari panas time kat sana, tapi amin diam jerk. May be sebab dia asyik and suka tengok bird bird yang diorang lepaskan spt kakak tua, merak, burung nuri dan beberapa jenis lagi yang aku pun tak ingat namanya. Yang bestnya, amin cam nak merangkak kuar dari stroller, nak kejar burung merak. Aku plak yang takut-takut ngan burung tuh sebab datang dekat sangat dengan kitorang. Amin gak yang relaks jerk. Boleh gelak-gelak dgn papa dia.

kusyuk amin tengok bird

Lagi satu moment yang best, time kitorang ajar amin cakap 'bird' dia pun ikut cakap 'bird' gak..kalo dia nampak burung terbang pun, dia cakap 'bird' sampai la skang, alhamdulillah..berkat usaha nak ajar amin skit-skit. Tapi bila suruh panggil papa, kekadang dia panggil 'Ete'. Hehehe..cam kelakar jerk bunyinya...Mama dia tau plak. Tuh yang membuatkan sang suami agak 'bengkek' sebab amin selalu panggil dia 'Ete'..Even amin baru 9 months tapi dia cepat paham apa yang orang ajar kat dia. Cepat-cepat belajar ye sayunk mama.

Sabtu, 16 Mei 2009

TAGGED

1.) Think back five months ago, were you single?
- huhuhu..single celah mana weh?punya husband n baby amin lagi..

2.) Who can you blame for your bad mood today?
- setakat nih..masih lagi GOOD MOOD.

3.)How was last night?
- tut!!x bole jawab...HAHAHA

4.) How are you feeling right now?
- Generating Ideas..ideas..ideas..

5.) Who were the first 2 people you heard this morning?
- baby amin and papa

6.) What are you listening to?
- Barney: 7 days in a weeks..(nyanyi sama amin)

7.) Do you think someone is thinking about you right now?
- yup..first skali sure amin (sbb dia nak susu) and of course papa

8.) Last thing you bought?
- baju amin and kasut amin...comei sgt2!

9.) Are you a big fan of snowstorms or thunderstorms?
- Snow lover..but NO STORM STORM PLEASE..

10.) Are you a jealous person?
- i guess so..(kena ada weh..bahaya kalo tak dak)

11.) do you cry a lot?
- Nop..but amin does..:P

12.) What were you doing at 12:30 this afternoon?
- still surfing internet

13.) Think a lot before you sleep?
- nope..ku pikir tidooo ajerk!

14.) What's running through your mind right now?
- BIZNEZ...

15.) Do you have a friend of the opposite sex you can talk to?
- yurp...

16.) Do you like alcohol?
- nop la...x penah rasa pun dan x minat utk rasa

17.)Is there anybody you wish you could be spending time with right now?
- baby amin and papa

18.) Do you wish someone would call or text you right now?
- Nop...need privacy rite now

19.) Is your life anything like it was a year ago?
- nope...been better and better..alhamdulillah

20.) This time last year, can you remember who you liked?
- hurm...yurp

21.) How late did you stay up last night?
- 4am bila baby amin sakit

22.) You can only drink ONE alcohol for the rest of your life, what is it?
- mineral water???haha

23.) Have you lost contact with someone you wish you didn't?
- yurp..nak buat cam ne.x der jodoh

24.) Who are your favorite people to talk to when you’re down?
- my sweet and charming, papa

25.) Does anyone call you baby?
- papa time mengada-ngada

26.) Are you a patient person?
- yurp..but have my own limits

27.) What is the last thing you said out loud?
- AMIN...(time dia nak selerak kan barang)

28.) Any plans for tomorrow?
- bawak amin gi jalan-jalan

29.) What can't you wait for?
- holiday!

30.) Would you go out in public looking like you do right now?
- musti

31.) What's the worst way to say I love you?
- I Lap U...huh

32.) Seven days from now will you be in a relationship?
- ukan 7 days lagi..skang pun sudah:P

33.) Are you mad about anything?
- anything will do la..haha

34.) What do you carry with you at all times?
- handbag and amin

35.) Are you mean?
- mean??I am not

36.) What holiday is your birthday closest to?
- hari laye cina

37.) What's the last thing you searched for on Google?
- francais

Isnin, 11 Mei 2009

amin jumpa maktok & tokwan

Last week, family belah sang suami dari Kedah datang KL sebab GG (adik sang suami) masuk pertandingan masakan RasaMas suku akhir dekat MMU, Cyberjaya (Huhu..tempat aku belajar dlu tuh..4 tahun dah x pegi sana..dan byk jugak yg berubah. Jeles pun ada. Huk..huk..huk..) Mungkin nasib tak menyebelahi, GG tak sampai final tapi dapat gak la hadiah RM500 +RM 500 voucher Ayamas+ sponsor menginapan 1 mlm kat D'Palma IOI Resort..kira okies la.Puas hati gak.

Sambil2 tuh, sempat gak la tokwan & maktok lepas windu kat amin dan jumpakan amin ngan sepupu amin yang baru, baby Azim (anak GG). Comei jerk tengok keletah amin ngan sepupu dia. Amin cam takut2 nak pegang baby Azim. May be sebab baby Azim kecil lagi kot. Nanti bila baby Azim dah besar skit, baru amin ble main ngan dia, ye sayunk?

maktok & tokwan & amin

baby amin & baby azim

tatih amin tatih

amin & atok tertido

Lepas balik dari Bukit Tinggi dan hantar mamy ke spa utk berurut (sakit badan akibat aktiviti kat sana), aku ajak abah gi salon rambut untuk manja-manja kan rambut kami berdua. Sampai jer kat salon favourite aku (even though tuh salon mak nyah, tapi mak suka you..), ramai plak orang. Jadi kena tunggu sat. Sambil2 tunggu tuh, abah & amin ble plak tertido sat..comei jerk aku tengok diorang berdua. Nak dekat 1 hour jugak la kitorang menuggu. Tapi hasil nya memuaskan..

memula abah dodoikan amin

Rabu, 6 Mei 2009

Acah-acah titooo

Mase malam BBQ kat Bukit Tinggi..amin dah letih sangat sebab siang nya aku and sang suami ajak dia jalan-jalan 1 bukit tinggi. Mungkin dah terlampau letih sgt sampai amin tertido kat bahu atok..tapi sebelum tido betul-betul, dia ble plak pura-pura tido..time aku nak ambil gambar dia, tetibe dia terjaga..pandai anak mama main acah-acah tido..kartun tul anak aku nih..hehehe..kecik-kecik pandai wat lawak!


amin dari jauh

skali aku nak ambil gmbr dekat, dia jaga tetibe

pastu, tito balik...

Jalan-Jalan ke Bukit tinGGi

Last week, aku and family (include sang suami, amin, mamy, abah & fadly) gi Bukit Tinggi sempena Hari Keluarga PEKERTI N9. Nih first time aku gi Bukit Tinggi and second time for sang suami. So aku la yang terlebih excited dari sang suami. Punye la bawak byk baju sejuk...rupanya kat sane takda la sesejuk kat Genting Highland. Huhu..Whole aktiviti kat sane pun best..tapi rasanya kalo takder aktiviti PEKERTI, aku rasa busan gak gi sane sebab tempat dia yang jenis 'peaceful' sgt. Tapi pada yang ingin cari ketenangan atau sukakan ketenangan, tempat dia memang sesuaila..udara pun 'fresh'..Mungkin dah tua-tua skit, baru aku ke sini lagi. Hehehe...SESUAI gitu!

amin and papa kat entrance castle

mama pun nak ambil gambar gaks

kat dewan bersama papa

Ba..ba..chak!!

Amin dah pandai main ba..baaa..chak ngan mama.Yeah..berjaya jugak aku ajar anak aku sorang nih...walaupun amin baru 9 bulan, tapi dia cam paham2 jerk orang ajar. Tengok keletah amin, buat hati aku terhibur dari duka lara. Eceh... Lupa segala masalah...asyik nak gelak jerk ngan dia. Hehe..korang tengok la keletah dia kat bawah nih..

pandang mama sayunk

ba...ba..

chak...sayunk mama



Amin dah pandai Driving...

Wah..anak mama dah pandai drive kete. Amin nak bawak mama jalan-jalan laa..syokla mama..Hari-hari amin bole bawak mama gi shopping..Yeah!yeah!! Papa tinggal kat rumah sebab papa tak suka shopping (Muahahahaha..baiknya aku)

amin ngah driving..mama nak gi ane?

sempat amin amik roti aku..bagi roti mama balik!!

Bowling timE...

Mase utk bawak amin jejalan...Last week, ada tournament bowling Piala Exco Pertanian (piala ayah aku la tuh). Memang best la..aku ajak abang Shahrul, Fadly, Abg Jai (pegawai khas ayah aku) dan Khir (anak dato Razak) join group aku sbb dalam 1 group, dia nak 5 orang. Sang suami tak join sebab nak jaga amin (bagus! bagus! suami minsali..wah amik kesempatan plak aku..huhu). Yang tak bestnya, dah dekat2 akhir, penganjur kate markah kitorang tak diambil kira sebab kitorang family ayah aku. Jadi cam tak adil kalo piala tuh kitorang dapat. (waaa..aku dalam hati memaki-hamun..tak guna tul!Dah la kitorang main bersungguh-sungguh..tak dapat hadiah plak tuh...isk isk isk) Takpela..ukan rezeki kami..Tapi ikut betul2, ada chance team aku menang.
amin and mama

amin and 'lakis' group
(dr kiri: atok, paksu, haikal, papa&amin, abg sharul & man)


Akibat frust skit, aku ajak sang suami and amin gi main-main kat park kecil dalam Seremban Parade. Sonok jerk amin dapat maik gelongsor, jongka-jongkit dan merangkak sane-sini..Best jadi budak kecil nih kan..tak yah pikir apa-apa. Yang diorang tau, SERONOK SERONOK saja..teringin plak nak jadi baby balik..bila lapar,orang suapkan..bila nangis, orang dodoikan..bila busuk, orang mandikan..bila Uhh Uhh, orang basuhkan..hehehe...(apa yang aku merepek nih da)
amin nak main gelongsor la mama

wah, aktif la anak mama nih


Selasa, 5 Mei 2009

Amin Mamam Ais-kriM...NyumMy!!

Amin skang nih pantang tengok orang makan, sure dia nak makan skali..tak kisah makanan tuh pedas ke tak, dia cam nak rasa. Tapi favourite amin ialah ais-cream...tak kisah perasa apa. Janji sejuk..Kalo dia makan ais-cream, habis mulut comot-comot..nih pic yang aku snap time amin ngah mamam ais-cream red bean...Nyum Nyum..tuh mama nya favourite gak ;)

hurm...sedapnya..

syoknya anak mama makan