Rabu, 24 Jun 2009

Funfair

Last week, aku, sang suami and mak bawak amin jejalan gi Funfair kat Giant Batu Caves. Mengekek ketawa dan suka amin tengok lampu-lampu kat funfair tapi bile kitorang bawak dia main kelincir, mula amin buat muka cuak dia. Dia peluk aku and papa dia kuat-kuat macam tak mau lepas. Agaknya dia gayat kot. Takpe, nanti lama-lama musti amin tak gayat lagi.

Then, aku dan sang suami ajak amin main bumper car. Amin naik ngan papa dia manakala aku terpaksa naik sorang-sorang. Huk huk huk...Papa, mama nak geng. Kali nih, mama nak baby gegirl laks. Tak kire. Papa kena gak kasi mama kawan. Time main bumper car, amin ketawa mengekek bila aku @ papa dia berlanggar kereta. Hehehe..nanti amin dah besar skit, amin plak main bumper car, ye sayunk.

amin tengok mama & papa main BINGO

mama & amin naik kelincir

muka cuak amin

jom main mary go round ngan amin

Muke yek yek!!

Hehehe..nak tengok tak muke amin tengah yek yek..jahatnye aku!sempat lagi snap muka amin yang berkerut-kerut nih...kenangan!:P Perkara yang jarang skali mak ayah nak amik gambar...Kuikui

berkerut-kerut muka amin

amin teran lagi..hahaha

Thanksz!I Like...

my heart

mon, tues, wed,thus, fri, sat, sun

Mesti korang pelik kan apala benda kat atas nih...btul tak? Inilah panty yang aku paling suka, hadiah dari suami tersayunk...P&G..Kuikuikui...Menarikan? Thanks papa!!

Ahad, 21 Jun 2009

Happy Father's Day

Happy Father's Day to abah (bapaku), papa (suamiku), ayah (pak mentuaku) and to all dads in the world. Semalam kami celebrate father's day kat umah Tam (adik mak mentuaku) kat rawang beramai-ramai. Ada juga 7 keluarga yang hadir di antaranya family aku, family abg Zul, family Cik, family Tam (of course la kan, tuan rumah!), family Kak Ya dan ada 2 family lagi yang aku tak berapa kenal belah Pak Tam (kalo tak salah aku la).


Memang bestla celebration semalam especially time game, the food (memang delisious) and also sessi ucapan para ayah. Thanks to Kak Ya, Cik Ti and Tam yang memasak..Aku siap tapau bawak balik tuh!Hehe..Cuma lupa nak suruh Nabilah tapaukan daging masak kurma. Adeii!!How can I forget???Damn!!

Time game paling happening. Hura-hara jadinya. Antara game yang diadakan pijak belon, rebut kerusi dan cari senarai barang. Utk acara pijak belon, memang aku tak join la kan. Aku memang fobia skit dengan bunyi belon meletup. Silap hari bulan, ada gak yang kena maki hamun dengan aku. Aku cuma join 2 acara lain yang tak melibatkan belon OK!

Utk acara rebut kerusi kategory mums, pemenangnya adalah aku (hahaha..itu pun sebab aku and papa main mengelat). Papa akan berhentikan bunyi music time aku btul2 dekat dgn seat. Maula aku tak menang kan..KuikuI..sorry ek ibu-ibu lain..Haha..

Utk acara cari senarai barang, family aku kalah sebab kitorg tak dapat cari belon hitam. Walhal satu jerk lagi barang. Adeii!!Pemenang utk acara nih ialah family Kak Ja sebab abg ngah (anak kak Ja) dah dapat amik belon hitam tuh dlu. Bagus-bagus. Cekap dan amanah sunggguh!!Hehe..Kenapala diorang tak tiup belon hitam tuh banyak-banyak. Tak pun suruh la cari belon merah ke, belon biru ke, hijau ke???kenapa la hitam yang jadi pilihan...isk isk isk

Sempena father's day nih, aku nak buat ucapan sepatah dua (berpatah-patah pun tak pe) utk para ayah yang aku sayangi.

To Abah(bapaku),

  • Thanks a trillion for bringing me to this world. Tanpa abah and mamy, mungkin adik tak ada kat dunia nih.
  • Thanks a trillion for the love that u giving me. Even adik dah berkahwin, tapi kasih sayang abah kepada adik tetap adik rasai. Tak pernah berkurang pun, malah bertambah-tambah lagi. In fact, amin and am pun dah share kasih sayang abah. Thanks abah kerana dapat menerima mereka dalam hidup abah and menyayangi mereka sebagaimana adik sayangkan am and amin.
  • Thanks a trillion for the support that giving me. You always there when I needed. Segala nasihat dan pengorbanan abah, sukar utk adik balas. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
  • Thanks abah for everything. Even abah sibuk, tapi adik tahu, abah buat semua utk family kita juga dan Abah tetap juga luangkan masa utk family. Thank abah. You are the best father in the world. I lurve you so much!!
To papa (suamiku),
  • Thanks papa kerana menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan very supportive. You always giving me support and be there when I needed you the most. Cheer me when I sad. When I down, you bring me up again and again and again tanpa jemu.
  • Thanks papa kerana sabar dengan kerenah mama. Mungkin ada tingkah laku yang tak menyenangkan, tapi papa bersabar dan advice mama supaya berubah utk jadi yang lebih baik. Insya-allah, I'll be a good wife and mums to our kids..
  • Thanks papa kerana menjadi seorang ayah yang penuh dgn kasih sayang dan memahami. Adakalanya mama sibuk, papa boleh menjaga amin (mandikan, basuh yek yek (hehe), pakai baju amin, main dengan amin etc). Pada mama, susah utk berjumpa dengan seorang suami dan ayah spt papa. Harap kita dpt tambah lagi cahayamata tahun depan. Kuikuikui..
  • Semoga rumahtangga kita diberkati Allah dan berpanjangan hingga ke akhirnya. Susah dan senang, kita hadapi sesame. SEMANGAT!
  • Mama nak papa tahu, mama sayang sangat kat papa and amin. Papa and amin la dunia dan syurga mama. Moga rumahtangga kita aman and hormoni.
Aku ada snap photo and video time father's day nih. Nanti aku uploadkan sebab aku malas nak on kan laptop aku. Tunggu ek.....:D

Jumaat, 19 Jun 2009

Congrate Papa!

I'm so happy for you, papa!!Akhirnya salah sorang dari kita dapat gak keje government. Tercapai jugak cita-cita dan plan kite kan papa? At least ada gak jaminan untuk masa mendatang.

Tapi kekadang tuh rasa lain plak papa takda. Biasa gi mana-mana, sure ada papa. (boleh kata dah macam belangkas dah kita). Ada gak teman nak berborak dan bergaduh. Nih, mama feel lonely plaks. Windu ah takda papa kat sebelah (adei..macam la tak jumpa laki aku hari-hari..mengada sungguh!!Hehehe). Takpe, nanti lame-lame, i'll get used to it!(Chaiyok yuyu!!)

Selasa, 16 Jun 2009

Bulan Teknologi Pertanian

Once again, aku pegi lagi pameran bulan Teknologi Pertanian atas tiket MARDI N9. Thanks Tuan Norman atas jemputan kepada Sunnur Mushroom Farm (SMF). Kali nih, aku tak pergi ngan my cayunk husband (disebabkan dia ada appointment lain kat KL), so aku decide utk bawak salah sorang pekerja aku, Rita (merangkap manager kat SMF) utk temankan aku ke Stesen MARDI Kuala Linggi. Memula tuh, bercadang gak aku nak ikut rombongan MARDI dgn bas.Pastu, aku pikir-pikir balik, kalo aku follow by bus, sure lambatnye diorang balik. Jadi, ada baiknya aku drive dari terpaksa menunggu lame( masa itu emas la katakan..huhu).

Banyak juga yang aku pelajari dari pameran ini. Kali nih, aku memang puas hati. Dia tunjukan semua brosur mesin yang MARDI ada even hanya dua mesin saja yang operate dan satu inkubator yang baru dirasmikan tadi untuk hasilkan minyak pati. Minyak pati ini dihasilkan dari serai wangi, serai makan dan juga daun nilam bagi membuat minyak wangi, aromaterapi, balm, minyak urut, losyen, sabun, gel mandian, pelembap dan juga syampu. Menarik kan? Kalo korang berkesempatan utk ikuti pameran atau kursus seperti ini, make sure korang jangan lepaskan. At least, korang kuar tengok kepompong orang lain which is interesting to learn and applied (if korang dah betul2 bersedia). Boleh buat duit wooo......

Tengah dok dengar ucapan dari dif2 terhormat (dgn cuaca yang agak bahang dan panas), aku suruh Rita beralih ke depan sebelah aku (tmpt yang agak redup and selesa skit sebab belakang memang btul2 kena pancaran matahari) Kecian plak aku tengok dia berpeluh-peluh kat belakang. Tetibe ada sorang pakcik nih (pakai kopiah OK!) sound Rita, jangan duduk kat sebelah aku!!!Apa hal plak!Ko tak nampak ke cuaca panas terik??Salah ke dia duduk sebelah aku? Kenapa nak bersikap perkauman?Apa ingat majlis nih forum perdana ke? Even dia berbangsa India, still she have the right. Dia manusia gak. Ada hati dan perasaan. Kecian gile, aku tgk muka Rita tadi..Nak jerk aku sound pakcik tuh tapi memandangkan majlis tengah berlangsung. Tak m0 lah aku kecoh-kecoh.

Tuh takpe lagi...Selang beberapa minit, pakcik nih tetibe blah (tak tau la mana dia gi..ukan hal aku nak amik tahu). Adalah sorang makcik nih dan sorang cucu dia duduk kat tempat pakcik tadi. Then, tetibe pakcik nih datang balik suruh makcik and cucu dia nih blah dari tempat duduk dia tadi (siap bagi arahan guna jari telunjuk tuh)WTF!! Kecian gile tengok makcik tuh. Pakcik nih sungguh tak beretika dan beradab. Kalo ko dah blah tuh, carilah tempat lain. Ingat seat tuh ko bayar ke?? Suka hati dia jerk...Dah la pakai kopiah, tunjukla sikap baik-baik dan sopan. Malu aku dengan Rita (yang berbangsa India).

Akibat menyampah tengok pakcik tuh lama-lama (aku memang cam dah nak naik angin dah tadi, nasib Rita sabarkan), aku blah tengok pameran yang ada. Menyirap aku dgn orang berperangai cam tuh. Even bukan aku yang kena, tapi aku dapat rasakan perasaan Rita, makcik and cucu dia tadi tuh. Diorang plak tak melawan. Adeii!!Memang aku tak boleh terima.

Kepada pakcik tadi, ubahla perangai. Awak tuh dah berumur. Sepatutnya tunjukan la teladan yang baik kat anak bangsa dan juga sikap bertimbang rasa. ESQ kureng!!Gi belajar balik la pakcik, baru sesuai kopiah tuh atas kepala. Maaf pada sesapa yang terasa apa yang aku tulis nih. Aku hanya melepaskan geram dan tulis apa yang aku rasa.

As a whole, MARDI berjaya menarik perhatian aku. Mungkin lepas nih, aku akan apply utk satu atau dua mesin kat kilang. Nak tengok dulu prosedur dia cam ane...

Sabtu, 13 Jun 2009

Musim Durian


Bermula kembali musim yang aku tunggu-tunggu....MUSIM DURIAN!!

Kalau nak tau, aku nih memang gile DURIAN. Even ada orang tak berapa dgn buah tempatan ini kerana baunya yang dikatakan busuk (so whut? aku tetap suka) :P

Kekadang aku pelik gak tgk certain orang yang tak suka makan atau hidu bau durian nih..Kalau orang tuh bukan warganegara malaysia, boleh gak diterima akal nih. Nih rakyat malaysia sendiri tak boleh nak berbangga dengan buah tempatan sendiri. Cam mengedik jerk kan...poyo jerk!! (konon ala-ala mat salleh la tuh)

Bukan mati pun makan buah durian nih weh..ko makan isinya, ukannya kulit luarnya..Isi durian nih manis tapi ada certain tuh pahit skit (yang nih orang Cina plg suka sebab boleh buat ubat katanya).

Yang menjadi favourite aku ialah durian kampung. Kalo durian kahwin nih, aku tak berapa suka sangat. Walaupun saiznya besar dari durian kampung tapi isi dia kureng manis (or may be taste aku nih suka yang kecil-kecil comei kot...hahaha). Lain orang, lain la favouritenya. Apa-apa pun, aku hanya suka yang orinally ASLI. Tak suka yang klon-klon nih...tak CLASS!!Huhuhuhu..:P

May be petang nih, aku nak masak bubur Durian plak..Adei, dah terliur-liur dah nih..Lazat!Lazat!! Tak sabar nak makan...ada yang nak join?hehe

Ahad, 7 Jun 2009

It's mamam time

syoknya amin mkn nasi sampai licin pinggan

amin dah pandai mkn sendiri

isk..mama nih..jgnla amik gambar amin

Sabtu, 6 Jun 2009

tagged from aida

Besides your lips, where is the favorite spot to get kissed?
cheek and mouth..xoxo

how did you feel when you woke up this morning?
cant open my eye..so tiring

who was the last person/people you took a photo with?
wif my cutie amin

would you consider yourself spoiled?
hurm..can i say nop..:P

will you ever donate blood?
nop..takut ah!

have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
yurp...and still have one now

do you want someone to be dead?
norp...

what does your last text message say?
ala..aku kat rawang. kenapa tak bagi tau awal-awal ko nak datang cheras?huk huk huk

what are u thinking right now?
vacation!!

do you want someone to be with you now?
nop..need a privacy right now

what was the time you went to bed last night?
12.30a.m

where did you buy the tee you are wearing now?
Comma

is someone on your mind right now?
blank....

who was the last person who text you
Shima

TEN Lucky Person to do this quiz...
1. shima
2. miss eitak
3. myra
4. nicol
5. melissa
6. deeda
7. wawa
8. nisa
9. nurul
10. who ever read this tagged..u're most welcome to do tis quiz...

Who is no. 2 having a relationship with?
hurm..dont know..may be i can ask her now ' who u having relationship with eitak?' hehehe

Is no. 3 a male or a female?
female

If no. 7 and and no. 1 get together, would it be a good?
female n female..together???GILA ka??

What is no. 1 studying about?
she's now working

When was the last time you chatted with them?
1. shima - having little conversation on phone just now
2. miss eita- at naddy's engagement
3. myra - at chat bow (i think)
4. nicol - YM (inviting me to her engagement);)
5. melissa- long time didnt have any conversation with her
6. deeda- chat box
7. wawa- chat box
8. nisa- dont have any conversation wif her lately
9. nurul- YM (talking about nokia 5800..hehe)

Is no. 4 single?
single...no more

Say something about no. 2.
a good friend of mine who going to be 25 this sunday..Happy Birthday Eitak!!

What do you think about no. 2 and no. 6 being together?
hurm...norp..cant be..they are not LES..OK!!

Amin The Rabbit

Comei tak amin pakai baju Rabbit?Hehehe..nih gambar studio amin diambil di SOGO sempena Baby Comel Competition..result tak tau lagi...korang doa-doa kan la amin menang yek..;)

pandang sini sayunk

muat amin duduk dalam kotak ek

amin and mr. pooh

amin and apple'nya'

my adorable baby

isk..campak plak bunga tuh

this is mine, all mine

yeah..it's mine all rite!

Selasa, 2 Jun 2009

Pendapatan..

Umumnya kita ada 3 jenis pendapatan.

1. Earned/Active Income
ia adalah pendapatan yang memerlukan kehadiran kita. Kalau kita tak bekerja, maka kita tak dapat duit. sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri. Ramai daripada kita hanya ada pendapatan ini sahaja. Jadi, kalau kita sakit untuk tempoh waktu yang panjang dsb, maka kita tiada pendapatan.

Kalau kita jual goreng pisang, walaupun dapat RM 200 bersih sehari, dan kita masih bekerja seorang diri, maka kita masih dalam kategori ini.

2. Passive Income
Inilah yang dinamakan duit bekerja untuk kita. Ia hanya dapat dibina selepas kita simpan duit kita dari earned/active income sebanyak mungkin dan menukarkannya kepada passive income. Hartanah adalah yang paling popular dikaitkan dengan passive income.

Kalau kita jual pisang goreng tepi jalan, dan kita berjaya buat 2 cawangan, dan mempunya pekerja, kita hanya tukang arah, maka itu juga dah termasuk sebagai passive income.

3. Portfolio Income
Ia adalah paper assets seperti saham, amanah saham, insurans dan sebagainya.

Earned As Much As You Can, As Fast As You Can

Topik ini berkait dengan active income. Untuk membina passive income, kita perlu Earned As Much As You Can, As Fast As You Can dalam active income.

Jadi kena cari bidang yang membolehkan kita mendapat unlimited income. Lagi rajin kita bekerja, lagi banyak kita dapat. Bukan lagi rajin kita bekerja, pendapatan kita tetap tak berubah.

Antara bidang yang perlu kita fikir-fikir:

1. Sales / Marketing
Commission based job sebegini mmg ramai yang mengeluh. tapi inilah ruang untuk mendapat unlimited income. Cuba jadi unit trust consultant, remisier saham, ejen insurans, real estate broker, ejen jual kereta, ejen jual kamus, sertai MLM dan bidang yang sebegitu.

Mahadi Badrul Zaman (lihat entri: http://www.bicarajutawan.com/forum/viewtopic.php?t=338) adalah sebahagian kisah orang berjaya dalam bidang ini.

2. Active Paper Trading
Terlibat dalam share market, forex, futures, options, commodities sebagai player in the market. bukan remisier. Ia adalah bidang yang highly leverage. Sekiranya dalam sales/marketing kita perlukan sales skills yang tinggi, dalam bidang ni pun kita perlukan skills tertentu yang mesti dipelajari dan dikuasai.

3. Business
Ada di antara kita memandang rendah kepada orang jual air tepi jalan, jual burger, repair komputer dsb. Kita rasa itu kerja untuk orang yang tidak ada pendidikan. Ingat, Michael Dell bermula dengan repair, jual komputer pasang sendiri dari bilik kolej sewaktu dia masih belajar lagi, dan kini Dell berkembang pesat.

Yang penting, kita mesti sediakan small business kita boleh berkembang ke big business. Ini yang selalu ramai small business owner gagal buat.

Pilihan di tangan kita. Dengan matlamat kewangan yang ada, seharusnya kita bertindak segera, kerana masa tidak menunggu kita.
__________________

Isnin, 1 Jun 2009

Jalan & Penat

It's 1.45 a.m already and i still didnt sleep even though i just came back from Johor Bahru (my cousin's wedding)-Malacca (jalan-jalan shopping, cari makan and singgah tengok Pesta Sungai Melaka..which is interesting gak)-N9 ( ikut jln short cut LEKAS coz high way tersungguhlah JEM ekoran cuti sekolah)-Cheras (home cweet home).

Damn tul. Jalan dari Malacca to KL boleh JEM (sepanjang jalan OK!) Bayangkan la berapa kilometer panjangnya JEM tuh..Aduhai..Tak larat aku and sang suami dok dalam kete tuh lama-lama. Mau kematu punggung nih. Kalo aku tau jadi begini, aku ajak sang suami tido jerk kat Malacca tadi. Boleh mandi swimming pool lagi dengan amin.(ambil kesempatan plak)

Malacca skang nih sungguh membangun dan banyak perubahan. Jeles plak aku tengok. Kenapa la tak jadi begini time aku belajar dulu??Isk isk isk..kalo tak, sure hari-hari aku merewang jerk kat Bandar Melaka. Shopping Centre pun bertambah gempak,plus banyak lagi tempat pelancongan yang diperkenalkan cam Eye on Melaka, Melaka Cruise, Menara Taming Sari dan mcm-mcm lagi aah. Amat menarik untuk aku and family kunjungi lagi. Insya-allah.